You are on page 1of 3

பெற்றோ

ர்
ஆசிரியர்
SJK (T) BENTONG
MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SEKOLAH
KALI KEDUA TAHUN 2021
TARIKH : 14/10/2021
HARI : Khamis
TEMPAT : Dalam Talian (Google Meet)
MASA : 7.00 malam
KEHADIRAN :

1. En. Muruli Muthu 2. Dr. J. Jayendran


3. Pn.Bakis Bibi 4. En. S.Mathan
5. Pn.R.Kanakam 6. En. M.Saravanan
7. En.R.Asha 8. Dr. K. Kalaimani
9. Pn.S.Kirubananthini 10. En. M.Rajendran
11. En.S.Ravishankar 12. En. S.Vasanta Senudu
13. Pn.K.Solaiammal 14. Pn.P.Yamuna
15. Pn.T.Yogesveri
1.0 Ucapan Aluan Setiausaha

1.1 Setiausaha mengalu-alukan kehadiran para guru dan AJK ke mesyuarat PIBG yang
kedua bagi tahun 2021.
1.2 Setiausaha memaklumkan agenda mesyuarat pada hari ini.
Tindakan : Makluman

2.0 Ucapan Pengerusi –

2.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran para guru dan AJK ke mesyuarat PIBG yang
kedua bagi tahun 2021.

2.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang mengambil bahagian dalam
pertandingan rekacipta STEM peringkat kebangsaan.
Tindakan : Makluman

3.0 Ucapan Penasihat (Guru besar)

3.1 Guru besar mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran AJK PIBG.

3.2 Guru besar menyatakan bahawa tujuan perjumpaan ini adalah umtuk mengadakan
AGM sebelum 30 Oktober 2021. Terdapat beberapa cadangan untuk mengendalikan
AGM. Antaranya adalah secara talian atau bersemuka di luar premis kerajaan atau
sekolah.

3.3 Beliau mencadangkan untuk mengendalikan perjumpaan AGM di dewan Kuil Maha
Maari Amman, Chamang keranaterletak berdekatan dengan sekolah.
3.4 Guru besar mengalu-alukan kerjasama pihak ibubapa dengan warga pendidik SJKT
Bentong demi peningkatan akademik murid.
3.5 Timbalan pengarah KPM telah datang ke sekolah bagi memantau persediaan
pembukaan sekolah dan telah memuji persiapan dan persediaan pihak sekolah.

Tindakan : Semua ajk PIBG

4.0 Pembentangan minit mesyuarat lepas

4.1 Minit mesyuarat yang lepas telah dicadangkan oleh Pn.Bakis dan disokong oleh
En.Rajendran.

4.2 Isu – Tiada isu dibangkitkan.

Tindakan : Semua ajk PIBG

5.0 Pembentangan laporan kewangan

5.1 En.S.Ravi membentangkan laporan kewangan. Tiada persoalan dibangkitkan.

5.2 Laporan kewangan telah dicadangkan oleh En. M.Saravanan dan disokong oleh
Pn.P.Yamuna

Tindakan : Semua ajk PIBG

6.0 Mesyuarat Agung Tahunan

6.1 Guru besar memaklumkan bahawa JPNP memberi kebenaran untuk melaksanakan
AGM di luar premis kerajaan.

6.2 Pengerusi mencadang pengundian diadakan untuk membuat keputusan tentang


pelaksanaan AGM secara bersemuka atau dalam talian. Sebulat suara semua ahli
PIBG
bersetuju membuat AGM secara bersemuka.

6.3 En.Rajendran mencadangkan agar AGM ditunda ke tahun hadapan supaya dapat
mengelakkan risiko penularan covid. Guru besar mencadangkan agar
mengadakan AGM dengan mematuhi S.O.P yang ketat. Antara cadangan yang
diberi adalah hanya memberi kebenaran hadir kepada seorang wakil dari setiap
keluarga yang telah menerima suntikan vaksin penuh.
6.4 Akhirnya diambil keputusan bahawa AGM akan diadakan pada 27/10/2021 pukul 6
petang di Dewan Kuil Sri Maha Mari Amman Chamang. Agihan tugas bagi AGM akan
diberi kemudian.

6.5 Pengerusi memaklumkan tentang pemberian bantuan keperluan kepada kumpulan


B40 pada akhir mesyuarat agung nanti.
Tindakan : Semua ajk PIBG

7.0 Hal-hal lain


7.1 Tiada isu dibangkitkan.
.

Tindakan : Semua ajk PIBG

Mesyuarat ditangguhkan pada 9.00 malam.

Disediakan oleh,

(PUAN KIRUBANANTHINI A/P SELVAM)


Setiausaha PIBG,
SJK(T) Bentong.

You might also like