You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JK KOKURIKULUM BIL.

3 / 2021
SK TANJUNG BUNDUNG, BINTANGOR SARAWAK

TARIKH : 26 Ogos 2021 HARI : Jumaat


MASA : 9.30 Pagi TEMPAT : Bilik Guru

KEHADIRAN :
1. Semun Bin Jali ( Guru Besar )
2. Pn. Helen Empera ( Penolong Kanan Kurikulum )
3. Cik. Masnie Masidi ( Penolong Kanan HEM )
4. En. Michael Pillow Ak Belayong ( Penolong Kanan Ko-Kurikulum )
5. Pn. Rojita Abut ( Guru Prasekolah )
6. En. Merikan Ak Baseh ( Guru )
7. En. Louis Anding ( Guru )
8. Pn. Wong Seng Leng ( Guru )
9. Pn. Su Xiao Yun ( Guru )
10. Cik. Nurul Pasihah Bte Hassan ( Guru )
11. Pn. Mezenah Binti Peli ( Guru )
12. Pn. Zahratulnadirah Binti Ibrahim ( Guru )
13. Pn.Safiah Wahab ( PT )
14. Cik Lisha Qushaira Marusin ( PPM )
15. En. Izmir Fadzil Bin Ibrahim ( Guru / Pencatat )

Tidak Hadir : -

AGENDA MESYUARAT :
1. Kata Aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Yang Lepas
3. Perkara Berbangkit Daripada Minit Yang Lepas
4. Karnival Kokurikulum Peringkat Daerah dan Negeri
5. Pengurusan PAJSK dan SEGAK 2021
6. Hal-Hal Lain
AGENDA 1 - KATA ALUAN PENGERUSI
1.1 Guru besar Encik Semun Bin Jali mempengerusikan mesyuarat kali ini
mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kerjasama guru-guru dan
kakitangan sekolah kerana mengahadiri mesyuarat kali ini.
1.2 Guru besar turut berharap kemenjadian murid dalam bidang kokurikulum tidak
dipinggirkan semasa pdpr ini.
1.3 Oleh itu, penglibatan yang maksimum perlu diusahakan oleh guru penasihat dan
penyelaras kelab sepanjang karnival kokurikulum yang bakal diadakan tidak kira
sama ada di peringkat daerah atau pun yang lebih tinggi.

Makluman & tindakan semua kakitangan

AGENDA 2 - PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.3/2020


Dicadang oleh : Cik Masnie Masidi
Disokong oleh : Pn. Wong Seng Leng

AGENDA 3 – PERKARA BERBANGKIT DARIPADA MINIT YANG LEPAS


3.1 Penyelarasan pelaksanaan aktiviti kokurikulum kepada murid SK Tanjung Bundung
adalah secara modul dan diberi setiap minggu melalui wakil atau penjaga yang datang ke
sekolah untuk mengambil bahan pdpr seminggu sekali.
Makluman semua kakitangan

AGENDA 4 – KARNIVAL KOKURIKULUM PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI

4.1 SK Tanjung Bundung telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan
Fotografi (Nature Photography Contest Primary School). Sebaran kertas konsep setiap
pertandingan yang akan dipertandingkan juga akan dikongsi melalui medium whatsapp bagi
memudahkan guru penasihat memilih dan meneliti kriteria serta syarat pertandingan
sebelum memilih wakil sekolah dalam setiap pertandingan yang akan disertai.

4.2 Guru penasihat dikehendaki melatih dan mempersiapkan wakil sekolah sebelum
menyertai pertandingan di peringkat luar. Hal ini adalah untuk melihat potensi dan bakat
murid itu berkembang dengan lebih baik pada masa akan datang.

Tindakan: Guru Penasihat Kelab, Permainan dan Unit Beruniform


AGENDA 5 - PENGURUSAN PAJSK DAN SEGAK 2021
5.1 PAJSK murid tahap 2 akan dikemaskini pada penggal terakhir sesi persekolahan
2021 dalam sistem sedia ada oleh guru penolong kanan kokurikulum dan dibantu oleh guru
penasihat setiap kelab.

5.2 SEGAK tahun 2021 telah dibatalkan bagi murid sekolah rendah kerana keadaan
semasa yang tidak sesuai untuk melaksanakan aktiviti tersebut.

Makluman & tindakan : GPK KK dan Guru PJK Tahap 2

AGENDA 6 - HAL-HAL LAIN


6.0 Daripada En. Semun Bin Jali
6.1. KESELAMATAN PELAJAR SEMASA PENGLIBATAN AKTIVITI LUAR
Guru besar mengingatkan guru-guru penasihat serta jurulatih agar sentiasa
mematuhi garis panduan SOP Covid-19 yang telah ditetapkan kerajaan semasa
melatih, membawa murid ke tempat pertandingan atau lokasi yang sesuai semasa
bertanding. Hal ini kerana situasi semasa yang masih lagi tidak stabil dan dikhuatiri
berlaku sebarang jangkitan dalam kalangan murid serta warga sekolah.

Makluman dan Tindakan : Semua staf

Penutup

Pengerusi berterima kasih kepada yang hadir dalam mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan
pada pukul 11.00 pagi.

Dicatat oleh , Disemak oleh , Disahkan oleh ,

............................... ........................... .......................


( IZMIR FADZIL BIN IBRAHIM) (FADILLAH BIN DOLLAH) (SEMUN JALI)
SETIAUSAHA JK KOKU 2021, PK KOKURIKULUM, GURU BESAR
SK TG BUNDUNG SK TG BUNDUNG SK TG BUNDUNG

You might also like