You are on page 1of 9

____________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM DAERAH BIL. 2/2019


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEBAUH
____________________________________________________________________________

Tarikh : 09 Ogos 2019


Hari : Jumaat
Masa : 0830-1700
Tempat : Bilik Seminar, Dewan Suarah, Bintulu

Agenda:
1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat JKKD Bil. 2/2019
3. Perkara – perkara Berbangkit
4. Perbincangan & Pelaporan
i. Laporan Pengurusan Kurikulum
a. Kursus Orientasi KSSM Tingkatan 4 & 5 Zon Sarawak 2019
b. KSSR Semakan 2017 Tahun 4
ii. Bimbingan Instruksional Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBD)
iii. Perancangan Bengkel Latihan PPD
iv. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
v. Pentaksiran Kemahiran Saintifik (PKS) dan Pembudayaan Amali Sains
Sarawak(PASS)
vi. Dual Language Programme
vii. Perekodan Profesional Learning Community (PLC) dalam Sistem Pengurusan
Latihan (SPL) KPM
vii. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2(SKPMg2)
x. Dialog Prestasi Daerah Bil 2/2019

5. Hal-hal lain
6. Penutup

1
Kehadiran:

1. Encik Tero anak Bayel : Pegawai Pendidikan Daerah.


2. Encik Muhammad Farid bin Boon Bujang : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
3. Encik Hasmiyuhairi bin Yusoff : Penyelia Unit Pengurusan Akademik
4. Encik Stanley anak Oliver Tinggie : Penyelia Unit Hal Ehwal Murid
7. Puan Feizlina binti Talip : Pegawai SISC+
9. Encik Richard anak Umang : FasiLINUS Literasi Bahasa Inggeris
10. Encik Bryan anak Kerol : FasiLINUS Literasi Bahasa Melayu
11. Encik Mangai anak Tugau : Guru Besar SK Bukit Balai
12. Puan Aishah binti Yusup : Guru Besar SK Pandan
13. Encik Lemada anak Ungrol : Guru Besar SK Sungai Genaan
14. Encik Ibrahim bin Su’ut : Guru Besar SK Sungai Sebungan
15. Encik Mohamad Arbie bin Sa’ee : Guru Besar SK Sungai Sengian
16. Encik Talang anak Sabang : Guru Besar SK Kuala Sigu
17. Puan Mengan anak Balie : Guru Besar SK Bukit Mawang
18. Puan Marie Bernadette ak Michael Inting : Guru Besar SK Kuala Kebulu
19. En Abu Bakar @ Kiai bin Hj Mohamad Anis : Guru Besar SK Hermanus Assan
20. Puan Doris Amoi anak Labu : PK Pentadbiran SK Bukit Mawang
21. Encik Mingkul anak Damu : PK Pentadbiran SK Labang
22. Puan Annie a/p Jonip : PK Pentadbiran SK Sungai Sengian
23. Puan Moni anak Nanang : PK Pentadbiran SK Sebauh
24 Puan Nur Alya Abdullah @ Nency anak Rugen: PK Pentadbiran SK Sungai Genaan
25. Encik Nyegang anak Tawi : PK Pentadbiran SK Kuala Binyo
26. Puan Yap Moon See : PK Pentadbiran SJK Chung San
27. Richard anak Rayyim : PK Pentadbiran SK Bukit Balai
28. Encik Abu Bakar Asheari Bujang : PK Pentadbiran SK Hermanus Assan
29. Puan Rabecca anak Ikau : Ketua Bidang Bahasa, SMK Sebauh

2
1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu alukan kehadiran semua ahli ke Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
dan Dialog Prestasi Daerah Bil 2/2019.
Tindakan: Makluman
1.2 Peranan Pentadbir
Pengetua dan Guru Besar mempunyai peranan yang penting untuk memastikan dasar
dasar yang diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dapat dilaksanakan mengikut
ketetapan yang betul. Tanggungjawab utama Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah
adalah untuk memastikan kemenjadian murid. Beberapa faktor telah dikenalpasti yang
menyebabkan dasar dasar ini tidak berjaya diaplikasikan. Antara sebabnya ialah;
 Sistem penyampaian yang kurang berkesan. Penyampaian berpusat menyebabkan
berlakunya kecairan dan kepekatan maklumat.
 Sistem sokongan yang kurang padu antara pihak pentadbir dan hubungan sesama
manusia melibatkan deposit emosi yang memberi kesan kepada dasar dasar

Tindakan: Makluman

1.3 Amalan Baik


Pengerusi menyarankan agar semua sentiasa menambah ilmu dalam semua aspek dan
mengamalkan perundingan dan konsultasi dengan semua pihak agar dasar dasar yang
dirancang dapat diterima dan dilaksanakan dengan baik.
Tindakan: Makluman

1.4 Penghargaan
Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih atas usaha semua pihak terutama barisan
pentadbir , pengetua dan juga guru besar dalam membantu meningkatkan pencapaian
akademik Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada
tahun 2018. Selain itu, Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada sekolah yang telah
mengadakan kem kecemerlangan UPSR dan yang berkaitan. Usaha ini diharap mampu
meningkatkan kualiti dalam pencapaian SPM dan UPSR. PPD juga tiada halangan
sekiranya sekolah ingin mengadakan program progam seperti ini pada masa akan datang
Tindakan: Makluman

3
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah Bil. 1/2019

Pengesahan minit mesyuarat dicadangkan oleh Encik Abu Bakar dan disokong oleh semua
ahli mesyuarat.
Tindakan: Makluman

3.0 Perkara – perkara Berbangkit

Tiada perkara-perkara berbangkit.


Tindakan: Makluman

4.0 PERBINCANGAN

4.1 LAPORAN PENGURUSAN KURIKULUM

4.1.1 KURSUS ORIENTASI KSSM FASA 3 TINGKATAN 4 DAN 5 ZON SARAWAK


Lapan kursus Mata Pelajaran Utama melibatkan Jurukatih Utama (wakil
bahagian).Kursus Orientasi Kssm Fasa 3 Tingkatan 4 Dan 5 Zon Sarawak bagi
lapan mata pelajaran utama yang melibatkan Jurulatih Utama (wakil bahagian)
telah dilaksanakan dalam bulan April sehingga bulan Jun 2019. Berikut
merupakan Jadual perlaksanaan kursus dan Jurulatih Utama Daerah (sekolah)
yang terlibat;

BIL MP TARIKH TEMPAT SEKOLAH TERLIBAT

1 SEJARAH 29/4 – 30/4 SK MERPATI JEPANG, SMK BINTULU


KUCHING

2 PENDIDIKAN MORAL 29/4 – 30/4 SMK ST. THOMAS, SMK ASYAKIRIN


KUCHING

3 PENDIDIKAN ISLAM 2/5 – 3/5 SK MERPATI JEPANG, SMK BARU BINTULU


KUCHING

4 BAHASA MELAYU 24/6 – 25/6 SMK AGAMA SHEIKH HAJI SISC+ PPD SEBAUH
OTHMAN SMK BINTULU
SMK ASYAKIRIN

5 MATEMATIK 26/6 – 27/6 SMK AGAMA SHEIKH HAJI SMK KEMENA


OTHMAN, KUCHING SMK KIDURONG

6 SAINS 26/6 – 27/6 SMK TUN ABANG HAJI SMK BANDAR BINTULU
OPENG, KUCHING SMK BARU BINTULU

Jurulatih utama daerah yang telah menghadiri kursus ini akan menatarkan kepada
guru guru sekolah bahagian Bintulu pada tarikh yang akan dimaklumkan. Bagi mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Geografi masih menunggu surat pemakluman
daripada pihak JPN Sarawak.
Tindakan: Makluman

4
4.1.2 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
SEMAKAN 2017 TAHUN 4
Sektor Pengurusan Akdemik, JPN masih dalam fasa Bengkel Pemurnian Bahan
Sokongan KSSR (Semakan 2017) Tahun 4. Cik Azlince Natasha Lee (SK Bukit
Balai) merupakan Jurulatih Utama Negeri untuk Mata Pelajaran Pendidikan Seni
(Dunia Muzik)
Tindakan: Makluman

4.2 BIMBINGAN INSTRUKSIONAL PENTAKSIRAN BILIK DARJAH 2019

4.2.1 Setakat Ogos 2019, Sebanyak 4 sekolah telah diberi pendedahan tentang PBD
2019 oleh SISC+. Sebagai makluman, urusan yang berkaitan PBD adalah
dibawah tanggungjawab Unit Pengurusan Akademik manakala SISC+ merupakan
rakan pembimbing kepada Guru Besar dalam memastikan PBD dilaksanakan
mengikut ketetapan di sekolah.
Tindakan: Makluman

4.3 PERANCANGAN BENGKEL LATIHAN PPD


Berikut merupakan perancangan bengkel Latihan PPD bagi suku tahun 2019;

BIL PROGRAM/BENGKEL/LATIHAN TARIKH TEMPAT

Bengkel Pemantapan Pengetahuan


1 Kandungan dan Pedagogi Guru Matematik 29 Ogos 2019 SMK SEBAUH
SM 2019
05 & 06 Sept 2019
2 Fun Time With English (SM) SMK SEBAUH
(02.30 – 05.00)
Bengkel Pengkhususan Pengetahuan
PKG, BINTULU
3 Kandungan Pedagogi Guru Matematik Bukan 21 – 23 Ogos 2019
SK SEBAUH
Opsyen SR 2019
*Tertakluk kepada perubahan
Tindakan: Makluman

4.4 SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH

5
PERKARA PELAKSANAAN

Sedia maklum berkenaan pemansuhan peperiksaan pertengahan tahun dan


UJIAN TAHAP 1 akhir tahun bagi murid tahap 1. Oleh itu, tiada lagi pengisian SAPS bagi murid
tahap 1.
Sistem SAPS hanya membuka pengisian bagi 3 kategori pengisian iaitu:
1.Peperiksaan Pertengahan Tahun (Tahun 4,5 & 6) (Tingkatan 1 – 5)
UJIAN TAHAP 2
2.Peperiksaan Percubaan UPSR (Tahun 6: Dibuka sehingga 30 Ogos)
3.Peperiksaan Akhir Tahun (Tahun 4,5 & 6)

Tindakan: Makluman

4.5 PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SAINSTIFIK (PKS) PEMBUDAYAAN AMALI SAINS


SARAWAK (PASS)
4.5.1 PdPc Amali Sains perlu dijalankan di sekolah. Guru perlu menyesuaikan
persekitaran dengan aktiviti amali yang boleh dan sesuai di jalankan di Bilik Darjah
atau luar kelas. Kunjung Bantu Program Pembudayaan Amali Sains Sarawak (SR &
SM) akan dijalankan dan di maklumkan terlebih dahulu. Tempoh lawatan Kunjung
Bantu Program Pembudayaan Pentaksiran Kemahiran Saintifik (PKS) ke sekolah
menengah fasa 2 akan berlangsung dari 1 Ogos hingga 20 September 2019.
Tindakan: Pengetua dan Guru Besar

4.6 DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)


4.6.1 Bermula tahun 2020, DLP akan dilaksanakan di seluruh Sarawak dengan
penjenamaan DLP Sarawak untuk murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan kecuali
SJK. Sekolah perlu bersedia untuk pelaksanaan dan disarankan agar merujuk
garis panduan pelaksanaan DLP di sekolah.
Tindakan: Makluman

4.6.2 PPD telah diarahkan untuk melaksanakan tinjauan keperluan latihan guru (TNA)
dalam kalangan guru Sains & Matematik Tahun 1 bagi mengenal pasti tahap
penguasaan Bahasa Inggeris guru. Tinjauan telah dilaksanakan pada 31 Julai
2019. 24 guru telah hadir manakala 3 yang lain tidak dapat menghadirkan diri.
Tindakan: Makluman

6
4.7 PEREKODAN AKTIVITI PLC DALAM SPLKPM
4.7.1 Setakat Ogos 2019, status pengisian aktiviti PLC dalam data SPLKPM hanya
mengesan dua aktiviti yang telah direkodkan. Justeru itu, Encik Hasmiyuhairi
mengingatkan sekolah untuk merekodkan aktiviti PLC yang telah dilaksanakan di
sekolah sebelum 13 Ogos 2019. Selain itu, sekolah juga perlu memastikan PLC
bukan sahaja dilaksanakan tetapi hendaklah membudayakan PLC dalam
persekitaran sekolah.

Lampiran: Cara Perekodan

1. Isikan ID dan kata kunci


2. Klik Daftar LDP dibawah tajuk LDP Kumpulan

7
3 4

Tindakan: Pengetua dan Guru Besar

4.8 Standard KPMG2


Tindakan: Pengetua dan Guru Besar

PERKARA PELAKSANAAN

Pengisian portal SKPMg2 dalam 2 fasa iaitu:


1. Januari hingga 31 Mac 2019
TEMPOH
2. Ogos hingga 15 November 2019
PENGISIAN
(Pengisian April hinga 31 Julai tidak wajib namun digalakkan pengisian bagi membolehkan pihak sekolah
melihat perkembangan pencapaian pertengahan tahun masing-masing dan membuat intervensi).

Januari hingga 31 Mac 2019:


Penilaian kendiri PdP guru
April hingga 15 November 2019:
PENGISIAN Pencerapan 1 dan 2 boleh dilaksanakan pada bila-bila masa di antara April hingga November manakala
SKOR pdp pengisian skor di portal hendaklah dibuat mengikut ruangan pengisian berikut:
Pencerapan 1: Jalur April-Julai (dibuka hingga Nov)
Pencerapan 2: Jalur Ogos-November
*Sila muat turun instrumen penilaian di portal – PdPc Ver 1.2

4.9 DIALOG PRESTASI DAERAH

4.9.1 Sila rujuk cabutan Keputusan Dialog Prestasi yang dilampirkan.


Tindakan: Makluman

8
5 Hal – hal Lain

5.1 UPSR 2019 masih dijalankan dalam format yang sama seperti tahun 2018 berdasarkan
surat pekeliling Bil 2.Tahun 2015. (Format Peperiksaan Pusat Ujian Sekolah Rendah
(UPSR) Tahun 2016. Oleh itu, pencapaian sekolah tidak akan diberikan kedudukan
berdasarkan skala pencapaian( ranking).
Tindakan: Pengetua dan Guru Besar

6 Penutup
Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat atas kehadiran
dan kerjasama yang diberikan sepanjang mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam
17.00 petang.

Disediakan oleh:

HASMIYUHAIRI BIN YUSOFF


Penyelia Unit Pengurusan Akademik
Pejabat Pendidikan Daerah Sebauh
Tarikh:

Disahkan oleh:

TERO ANAK BAYEL


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Sebauh
Tarikh:

You might also like