You are on page 1of 7

BERILMU BERDISIPLIN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Sekolah Kebangsaan Nanga Meluan,
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Julau
96600 Julau, Sarikei ,Sarawak.
Email : skmeluan@gmail.com
Portal : www.moe.gov.my

Minit Mesyuarat Kokurikulum Bilangan 1/2022-2023

Hari : Khamis
Tarikh : 22 Februari 2019
Masa : 02:30 – 04:09 petang

Kehadiran :

1. En. Ambah Anak Tandang (Guru Besar)


2. En. Yusri bin Gelong (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
3. En. Wesley Manggie Anak Runggah (Guru Penolong Kanan HEM)
4. En. Robertson Jebamani A/L Enoch Annapalam (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
5. En. Sylvester Enggu Anak Mancha @ Unting (Guru Akademik Biasa)
6. En. Rubat Anak Chanat (Guru Akademik Biasa)
7. Ustaz Mohd Azam Bin Seman (Guru Akademik Biasa)
8. Pn. Felicia Sangan Anak Wesley Manggie (Guru Akademik Biasa)
9. En. Michael Beti Tuang (Guru Akademik Biasa)
10. Puan Masjuwita binti Mohd. Ebit (Guru Akademik Biasa)
11. Pn. Christie Minda Anak Rekey (Guru Akademik Biasa)
12. En. Mohd. Muhaffiz bin Mazelam (Guru Akademik Biasa)

Tidak Hadir Bersebab ; Tiada

UNIT KOKURIKULUM 2019MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 2/2019


BERILMU BERDISIPLIN

AGENDA MESYUARAT KOKURIKULUM BIL. 2/2019

Tarikh : 22 Februari 2019


Hari : Khamis
Tempat : Bilik Sains
Masa : 02:30 Petang

BIL AGENDA
1. Ucaptama Guru Besar
2. Ucapan alu-aluan Penolong Kanan Kokurikulum
3. Bacaan Minit
4. Pengesahan Minit Mesyuarat Kokurikulum Bil. 1/2019
5. Perkara Berbangkit Minit Mesyuarat Kokurikulum Bil. 1/2019
6. Hal-hal lain

UNIT KOKURIKULUM 2019MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 2/2019


BERILMU BERDISIPLIN

BIL BUTIRAN PERBINCANGAN

1 Agenda 1: Ucaptama Pengerusi – Encik Ambah Anak Tandang (Guru Besar)


1.1 Beliau mengalu-alukan kedatangan semua guru yang dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat
Kokurikulum Bil. 2/2019.
1.2 Beliau turut mengucapkan berbanyak terima kasih atas kehadiran dan perhatian semua guru.
1.3 Beliau mempersilakan Penolong Kanan Kokurikulum untuk meneruskan mesyuarat.

Tindakan: Makluman

2 Agenda 2: Ucapan alu-aluan Penolong Kanan Kokurikulum – En. Robertson Jebamani


2.1 Beliau mengalu-alukan kedatangan semua guru pada mesyuarat bilangan kedua tahun ini.
2.2 Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru atas komitmen dan kerjasama
dalam menjayakan aktiviti Kokurikulum pada tahun ini dan berharap agar pencapaian dalam
segala aktiviti yang disertai dapat dipertingkatkan.

Tindakan: Makluman
3 Agenda 3: Bacaan Minit
3.1 Encik Sylvester Enggu Anak Mancha @ Unting selaku Setiausaha Kokurikulum membaca
Minit Mesyuarat Kokurikulum Bil. 1/2019 yang bertarikh 03 Januari 2019.

Tindakan: Setiausaha Kokurikulum

4 Agenda 4: Pengesahan Minit Mesyuarat


4.1 Mencadang: En. Mohd. Muhaffiz Bin Mazelam
4.2 Menyokong: En. Michael Beti Tuang

Tindakan : En. Mohd. Muhaffiz dan En. Michael Beti Tuang

UNIT KOKURIKULUM 2019MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 2/2019


BERILMU BERDISIPLIN

BIL BUTIRAN PERBINCANGAN

5 Agenda 5: Perkara Berbangkit


5.1 Encik Michael Beti Tuang
i. Perkara 9.2.1 Baju PJ untuk murid yang tiada (Murid PRA, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 4 dan
Tahun 5).
ii. Perkara 9.2.5 Khemah
iii. Perkara 9.2.3 Lima Sukan Utama (Penyelaras Aktiviti Kokurikulum)

Respons (Perkara 9.2.1 dan Perkara 9.2.5): Penolong Kanan Kokurikulum memberitahu
bahawa pembelian baju PJ boleh diteruskan tetapi pembelian khemah terpaksa ditangguhkan
kerana masih menunggu peruntukan.

Respons (Perkara 9.2.3): Penolong Kanan Kokurikulum memberitahu bahawa agihan lima
aktiviti utama Kokurikulum sudah diagihkan dan diedarkan serta telah dipamerkan pada
papan notis Kokurikulum di bilik guru.

Agihan Aktiviti Utama Kokurikulum:

AKTIVITI KOKURIKULUM PENYELARAS


1. Klinik 1M1S En. Michael Beti Tuang
2. Merentas Desa En. Michael Beti Tuang
3. Hari Sukan Negara En. Sylvester Enggu Mancha
4. Sukan Prasekolah Pn. Felicia Sangan
5. Kejohanan Olahraga/Sukan Tahunan En. Rubat Anak Chanat
Sekolah/Sukan Tara
6. Majlis Anugerah Sukan/Kokurikulum En. Robertson Jebamani (PK KK)

Tindakan: Makluman

UNIT KOKURIKULUM 2019MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 2/2019


BERILMU BERDISIPLIN

BIL BUTIRAN PERBINCANGAN

6 Agenda 6: Hal-hal lain


6.1 En. Robertson Jebamani (Penolong Kanan Kokurikulum)
6.1.1 Pergerakan Murid (untuk Sukan Tara, Sepak Takraw, Badminton, Olahraga)
a. Penglibatan murid dalam sesuatu acara yang dipertandingkan di peringkat
daerah membawa markah dalam PAJSK.
b. Guru yang terlibat dalam mengurus dan menghantar murid-murid yang
terlibat dengan sukan telah melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-
baiknya.
c. Buku PAJSK: Wajib diisi setiap aktiviti dan perlu ditandatangan oleh guru
penasihat.
d. Ko-Akademik: Pewujudan Kelab Ko-Akademik adalah untuk membiasakan
dan mencungkil bakat murid bagi penyertaan ke peringkat daerah pada tahun
hadapan.

6.2 En. Rubat Anak Chanat


6.2.1 Peralatan Sukan
a. Peralatan sukan tidak mencukupi untuk melatih murid-murid.
b. Peruntukan dari Unit Kokurikulum perlu dibincangkan untuk membeli peralatan
sukan.
c. Agihan peruntukan perlu dibincangkan.

Respons: Penolong Kanan Kokurikulum memberitahu bahawa belum ada peruntukan untuk
membeli peralatan sukan. Sekiranya menggunakan peruntukan dari Unit Kokurikulum, agihan
perlu dibahagikan secara berhemah.

Respons: Cikgu Michael menyatakan bahawa beliau bersedia membantu pembelian peralatan
sukan dan bercadang untuk menggunakan duit PCG Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan.

UNIT KOKURIKULUM 2019MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 2/2019


BERILMU BERDISIPLIN

BIL BUTIRAN PERBINCANGAN

6.3 En. Ambah Anak Tandang ( Guru Besar)


6.3.1 Futsal & Sepak Takraw
a. Perbelanjaan pembelian bola untuk sukan bola sepak dan sepak takraw
ditanggung sepenuhnya oleh beliau dan pembelian tersebut akan diusahakan
oleh Cikgu Rubat dengan mengambil kira keperluan murid.

6.3.2 Laporan Aktiviti Sukan


a. Semua laporan aktiviti sukan yang telah disertai perlu dibuat salinan untuk
simpanan beliau dan juga Penolong Kanan Kokurikulum.

6.4 En. Michael Beti Tuang


6.4.1 Kelab Sains
a. Beliau memohon supaya Kelab Sains digugurkan dan digantikan dengan Kelab
Olahraga pada minggu Ko-Akademik iaitu perjumpaan pada pukul 04:00
hingga 05:00 petang.

Respons: Guru Besar memberitahu bahawa aktiviti Kelab Sains diteruskan seperti biasa.

7 Agenda 7: Penangguhan Mesyuarat


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas perhatian yang diberikan.
Beliau mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat dan memberikan
respons tentang perkara-perkara penting yang dibincangkan dalam mesyuarat. Mesyuarat
ditangguhkan oleh Encik Ambah Anak Tandang dan disokong oleh semua guru pada
pukul 04:09 petang.

UNIT KOKURIKULUM 2019MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 2/2019


BERILMU BERDISIPLIN

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………….. ………………………………………………….

(RAYMON ANAK SINGING) (RUBAT ANAK CHANAT)


Setiausaha Kokurikulum, Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Nanga Kota, Julau SK Nanga Kota, Julau

UNIT KOKURIKULUM 2019MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 2/2019

You might also like