You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KALI – 1/2022

SK KELAPA SAWIT NO.1


D/A Pejabat Pendidikan Daerah Subis
98150 Bekenu, Sarawak.

Tarikh : 14 April 2022


Masa :1.10 Tengah hari
Tempat : Kantin Sekolah.

Kehadiran:
1. Pn. Nur A’ain Bt Halili
2. En. Gordon Malcolm
3. Pn. Nik Noor Nabila Bt Nik
4. Cik Fanny Mapan
5. En. Abd Rahim Abd Rahman
6. En. Abdullah Zaki

AGENDA 1: UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN

1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani Kali -1 bagi sesi
2022

1.2 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang dirancang dapat dijalankan
dengan sebaik mungkin.
TINDAKAN : GURU PJK

AGENDA 2 : RANCANGAN MENGAJAR

2.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani menjelaskan Buku Rancangan Mengajar ditulis dengan berpandukan
DKSP yang terkini dan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas iaitu [ PU(A) 531 Per 7&PU (A) 531 Per 8 ].

2.2 DSKP , DSKP Penjajaran PJK diserahkan kepada semua guru.

2.3 Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah disiapkan. Mengucapkan terima
kasih kepada guru-guru yang menyediakan RPT 2021. RPT Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan dibuat
dalam bentuk Hard Copy dan Soft Copy.

2.4 Pengerusi menerangkan format penulisan Buku Rancangan Harian sekurang-kurangnya perlu ada tunjang,
tajuk, sub tajuk, objektif, aktiviti, BBM dan catatan.

TINDAKAN : GURU PJK

AGENDA 3 : AKTIVITI TAHUNAN

3.1 Pengerusi mencadangkan Aktiviti Kuiz Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berbentuk pengetahuan am akan
diadakan pada bulan Kecergasan.. Cadangan ini di sokong oleh En. Abdullah Zaki

3.2 Ketua Panitia memcadangkan bahawa buku tulis serta lembaran kerja mesti ada untuk pendidikan kesihatan.
Wajib ada aktiviti dalam buku tulis sebagai bukti kita menjalankan sesi pendidikan kesihatan dan disokong oleh
En. Anthony.
3.3 Memaklumkan aktiviti ujian SEGAK perlu dilakukan 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac untuk penggal
pertama dan bulan Ogos untuk penggal ke 2. Ujian tersebut perlu direkodkan di dalam kad rekod ujian SEGAK
dan di masukkan ke dalam aplikasi yang telah di sediakan oleh pihak KPM iaitu PJSK.

TINDAKAN : MAKLUMAN SEMUA

AGENDA 4 : PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

4.1 Setiap guru hendaklah membuat PBD setiap kali selesai satu-satu topik dalam mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan..
4.2 Guru-guru hendaklah memastikan terdapat catatan tahap penguasaan murid di dalam kelas dan cuba
mengenalpasti murid-murid yang lemah.

4.4 PK Kurikulum berharap agar guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat menyimpan hardcopy PBD
yang telah dibuat oleh guru-guru di dalam fail panitia sebagai rujukan.

4.4 Tiga kali setahun guru-guru pendidikan Jasmani dan kesihatan perlu memberi perlaporan tahap penguasan
murid kepada penyelaras PBD sekolah Pn Nik Nabila dan juga PK1.
TINDAKAN : GURU PJK

AGENDA 5 : ANGGARAN PERBELANJAAN

5.1 Ketua Panitia meminta kepada semua guru menyenarai peralatan PJK yang diperlukan untuk tahun ini dan
diserahkan kepadanya untuk atau boleh meminta peralatan tersebut melalui nota minta yang boleh didapati di
pejabat.

5.2 Peruntukan untuk Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pada tahun ini sebayak RM867.72. Harap guru-guru
menyenaraikan peralatan yang diperlukan untuk mengelakan pembaziran kerana duit peruntukan tidak banyak.

TINDAKAN : MAKLUMAN SEMUA

AGENDA 6: HAL- HAL LAIN

6.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJK dan memastikan peralatan
tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu juga segala peminjaman peralatan dicatatkan dalam buku
catatan peminjaman peralatan.

6.2 Pastikan buku latihan Pendidikan Kesihatan ditanda dan digunakan sebaik mungkin bagi mengelakkan
aduan dari ibu bapa penggunaan buku tulis PJK yang terlalu sedikit untuk setahun.

6.3 Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan kadar yang segera untuk proses
membuat tempahan barang.
6.4 Ketua Panitia memohon agar kebersihan stor sukan dijaga bersama. Selain itu diharap peralatan yang telah
dipinjam dikembalikan dan susun dengan bagus dengan pemantaun guru semasa pemulangan barang dibuat.
6.5 Ketua panitia mencadangkan supaya mengadakan gotong-royong untuk membersihkan dan mengemas Stor
sukan .

TINDAKAN : MAKLUMAN SEMUA

AGENDA 7 : UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 Mesyuarat disudahi dengan ucapan terima kasih.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.40 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………………… ………………………………………………..
( CIK FANNY MAPAN ) ( PN. NUR A’AIN BT HALILI )
Setiausaha , Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
Panitia PJK SK Kelapa Sawit No.1, Subis
SK Kelapa Sawit No.1, Subis

You might also like