You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN KALI – 1 SESI 2024/2025

SK Jambu Bongkok,
Kampung Jambu Bongkok,
21610 Marang, Terengganu.
Tarikh : 18 Mac 2024

Masa : 12.50 Tengah hari

Tempat : Pejabat Guru, SK Jambu Bongkok

Kehadiran:

1. En. Marzuki bin Omar ( Guru Besar )

2. Pn. Siti Wahida Wahab ( Ketua Panitia PJK )

3. Pn. Ruhaida binti Mohd

4. Pn. Norazida binti Yaacob

5. Pn. Syarida binti Ismail

6. En. Ramsyamjani bin Mohd Lazim

7. En. Mohd Khomeini Hadi bin Md Daham

AGENDA 1: UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN

1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani Kali-1 bagi sesi 2024/2025.

1.2 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang dirancang dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

AGENDA 2 : UCAPAN ALUAN GURU BESAR SK JAMBU BONGKOK

2.1 Mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat Panitia PJ/PK Bil 1 2024/2025.

2.2 Beliau berharap semua guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat memberikan Kerjasama agar semua program yang telah dirancang pada sesi 2024/2025

dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

AGENDA 3 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 Cikgu Syarida binti Ismail mencadangkan Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Bil 2 2023/2024 diterima tanpa pindaan.

AGENDA 4 : MAKLUMBALAS MINIT MESYUARAT

4.1 Tiada maklum balas.

AGENDA 5 : RANCANGAN MENGAJAR ( E-RPH)

5.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani menjelaskan Buku Rancangan Mengajar (E-RPH) ditulis dengan berpandukan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian

Sukatan Pelajaran (HSP) yang terkini dan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas iaitu [ PU(A) 531 Per 7&PU (A) 531 Per 8 ].

5.2 Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran diserahkan kepada semua guru. Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah disiapkan.

5.3 Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menyediakan RPT 2024/2025. RPT Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan dibuat dalam bentuk Hard

Copy dan Soft Copy.

Tindakan : Makluman semua

AGENDA 6 : AKTIVITI TAHUNAN

6.1 Memaklumkan bahawa buku tulis mesti ada untuk pendidikan kesihatan. Wajib ada aktiviti dalam buku tulis sebagai bukti kita menjalankan sesi pendidikan

kesihatan.

6.2 Memaklumkan aktiviti ujian SEGAK perlu dilakukan 2 kali setahun iaitu pada bulan 3 untuk penggal pertama dan bulan 8 untuk penggal ke 2. Ujian tersebut

perlu direkodkan didalam buku rekod ujian SEGAK dan di masukkan ke dalam aplikasi idme.

6.3 Perekodan BMI bagi murid Tahun 1 sehingga Tahun 3 perlu dilakukan sebanyak 2 kali sepanjang tahun mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
Tindakan : Tindakan semua guru PJ

AGENDA 7: ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 Ketua Panitia meminta kepada semua guru menyenaraikan peralatan PJK yang diperlukan untuk tahun ini dan diserahkan kepadanya untuk atau boleh

meminta peralatan tersebut melalui nota minta yang boleh didapati di pejabat.

7.2 Cikgu Norazida mencadangkan supaya menambah bilangan bola tampar dan juga sebuah penimbang berat memandangkan ia perlu bagi memenuhi

keperluan pengajaran dalam KSSR. Beliau juga mencadangkan supaya membeli peralatan lain yang bersesuaian untuk murid tahap 1.

Tindakan : Makluman

AGENDA 8 : HAL-HAL LAIN

8.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJK dan memastikan peralatan tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu

juga segala peminjaman peralatan dicatatkan dalam buku catatan peminjaman peralatan.

8.2 Pastikan buku latihan Pendidikan Kesihatan ditanda dan digunakan sebaik mungkin bagi mengelakkan aduan dari ibu bapa penggunaan buku tulis PJK yang

terlalu sedikit untuk setahun.

8.3 Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan kadar yang segera untuk proses membuat tempahan barang.

Tindakan : Makluman

AGENDA 9 : UCAPAN PENANGGUHAN

9.1 Mesyuarat disudahi dengan bacaan surah Al Asr’.

9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.20 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

( ) ( MARZUKI BIN OMAR )

Setiausaha , Guru Besar,

Panitia PJPK SK Jambu Bongkok SK Jambu Bongkok

You might also like