You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN KALI – 1/2022

SK( Asli) Bukit Cheding

42700 Banting, Selangor.

Tarikh : 29.3.2022

Masa : 12.50 Tengah hari

Tempat : Bilik Mesyuarat Heliconia

Kehadiran:
1. En. Mohamad Rizal bin Misnan
2. En. Mohd Syafiq bin Zainal Abidin
3. En. Zuhairi bin Abdullah
4. En. Mohd Tahir bin Abdullah
5. Cik Wak Suraina a/p Jimi
6. Pn. Nor amira binti Taufik

AGENDA 1: UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN


1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kali -1 bagi sesi 2022
1.2 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang dirancang dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

AGENDA 2 : RANCANGAN MENGAJAR

2.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani menjelaskan Buku Rancangan Mengajar ditulis dengan berpandukan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang terkini

dan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas iaitu [ PU(A) 531 Per 7&PU (A) 531 Per 8 ].

2.2 Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran diserahkan kepada semua guru.

2.3 Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah disiapkan. Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menyediakan RPT 202 2. RPT Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan akan dibuat dalam bentuk Hard Copy dan Soft Copy.

2.4 Pengerusi menerangkan format penulisan Buku Rancangan Harian sekurang-kurangnya perlu ada unit, tajuk, objektif, aktiviti, BBM dan catatan.

AGENDA 3 : AKTIVITI TAHUNAN

3.1 Memaklumkan bahawa buku tulis mesti ada untuk pendidikan kesihatan. Wajib ada aktiviti dalam buku tulis sebagai bukti kita menjalankan sesi pendidikan kesihatan.

3.3 Memaklumkan aktiviti ujian SEGAK perlu dilakukan 2 kali setahun iaitu pada bulan 3 untuk penggal pertama dan bulan 8 untuk penggal ke 2. Ujian tersebut perlu direkodkan

didalam kad rekod ujian SEGAK dan di masukkan ke dalam aplikasi yang telah di sediakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Selangor.

AGENDA 4: ANGGARAN PERBELANJAAN

4.1 Ketua Panitia meminta kepada semua guru menyenarai peralatan PJK yang diperlukan untuk tahun ini dan diserahkan kepadanya untuk atau boleh meminta peralatan tersebut

melalui nota minta yang boleh didapati di pejabat.

4.2 En. Mohd Tahir mencadangkan segala aktiviti seperti pembelian hadiah Pertandingan kuiz menggunakan sumber kewangan PCG.

4.3 En. Mohd Syafiq mencadangkan supaya membeli lebih banyak bola memandangkan kita kekurangan bola di stor PJ.

4.4 Cik Suraina mencadangkan supaya menambah bilangan pundi kacang dan juga sebuah bangku gimnastik memandangkan ia perlu bagi memenuhi keperluan pengajaran dalam

KSSR. Beliau juga mencadangkan supaya membeli peralatan lain yang bersesuaian untuk murid tahap 1.

4.5 Program yang dirancang sepanjang tahun.

Bil. Program Tarikh Kos

1. 1M1S Julai 2022 Rm100

2. Pertandingan Dalaman Sukan Sekolah. Januari 2023 Rm200

3 Pertandingan Kuiz Sukan dan Kesihatan. Oktober Rm200

4.6 Program Pembangunan Panitia PJPK.

Bil Program Tarikh Kos

1 Sharing Session RPT PJPK Mac 2022

2 Sharing Session RPH PJPK Mac 2022

3 Video Critics Oktober 2022


4 Peer Coaching Ogos 2022

4.7 program yang di rancang sepanjang tahun PPKI

Bil. Program Tarikh

1. 1M1S Julai 2022

2. Pertandingan Dalaman PPKI Sukan Sekolah Januari 2023

3 Pertandingan Kuiz Sukan dan Kesihatan. Oktober 2022

4 Pertandingan masak makanan sihat PPKI September 2022

AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJK dan memastikan peralatan tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu juga segala

peminjaman peralatan dicatatkan dalam buku catatan peminjaman peralatan.

5.2 Pastikan buku latihan Pendidikan Kesihatan ditanda dan digunakan sebaik mungkin bagi mengelakkan aduan dari ibu bapa penggunaan buku tulis PJK yang terlalu sedikit untuk

setahun.

5.3 Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan kadar yang segera untuk proses membuat tempahan barang.

AGENDA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Mesyuarat disudahi dengan bacaan surah Al Asr’.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.20 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………………… ………………………………………………..

( PN Nor Amira Binti Taufik ) ( ZUHAIRI BIN ABDULLAH )

Setiausaha , Ketua Panitia Pendidikan Jasmani

Panitia PJK PPKI SK(Asli) Bukit Cheding

SK(Asli) Bukit Cheding

You might also like