You are on page 1of 15

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 19 2023/2024

SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH SUBANG

Tarikh : 11 Jun 2023


Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Wawasan, Sekolah Kebangsaan Lembah Subang

1. PERUTUSAN PENASIHAT
1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi
hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 2023/2024.
1.2 Guru Besar juga mengucapkan selamat datang kepada murid-murid yang
hadir.
1.3 Guru Besar memperkenalkan barisan pentadbir Sekolah Kebangsaan
Lembah Subang (Sekolah Amanah) kepada tetamu yang hadir.
1.4 Guru Besar memaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Lembah Subang
disahkan antara senarai nama sekolah yang mengikuti Program Transformasi
Sekolah 2025, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama Kohort 8 Tahun
2023 bertarikh 12 Mei 2023.
1.5 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada murid-murid dari program ‘Kashu
Mughany’ yang berlatih cuma tiga hari untuk membuat persembahan yang
cukup memberangsangkan pada AGM PIBG. Murid diberi peluang dan ruang
untuk menonjolkan bakat melalui program ‘Kashu Mughany’.
1.6 Guru Besar memaklumkan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
masih diteruskan. Manakala, ujian SEGAK akan dijalankan kepada murid
Tahap 2 untuk mengenalpasti tahap kecergasan murid.
1.7 Guru Besar memaklumkan bahawa cuma 47 orang murid tidak dapat
menguasai Al-Quran. Guru-guru di SK Lembah Subang sentiasa komited
dengan melaksanakan intervensi untuk murid-murid bagi mengatasi masalah
tersebut.
1.8 Guru Besar memaklumkan bahawa amalan membaca telah diuar-uarkan di
sekolah. Guru Besar berharap ibubapa dapat memastikan anak-anak
membaca dirumah untuk menambah ilmu dengan menggunakan pelbagai
medium yang telah tersedia ada seperti YouTube, Google dan TikTok.
1.9 Guru Besar memaklumkan bahawa SK Lembah Subang akan dilawati oleh
SK Bandar Temerloh, Pahang pada 18 Julai 2023.
1.10 Guru Besar memaklumkan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan
Malaysia:
1) SPI Bil. 1/2018: Garis panduan penglibatan ibu bapa/penjaga dan
komuniti sebagai sukarelawan di dalam kelas.
2) SPI Bil. 5/2001: Batasan kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru di
sekolah.
1.11 Guru Besar meminta ibu bapa/penjaga agar cakna tentang perkembangan
anak-anak dari segi mental dan fizikal.
1.12 Guru Besar memohon ibu bapa dapat menyumbang dana dan tenaga demi
kebaikan anak-anak di SK Lembah Subang.

Tindakan : Makluman

2. UCAPAN YDP PIBG


2.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi hadir ke
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 2023/2024.
2.2 YDP mengingatkan semua hadirin tentang peranan PIBG sebagai
penghubung ibu bapa dan sekolah.
2.3 YDP menegaskan kepada ibu bapa bahawa PIBG tidak boleh mencampuri
urusan sekolah.
2.4 YDP menegaskan bahawa setiap maklum balas ibu bapa akan disampaikan
kepada pihak sekolah untuk diambil maklum.
2.5 YDP memaklumkan bahawa PIBG bukan sahaja menyumbangkan tenaga
tetapi dari segi sumbangan juga kepada pihak sekolah.
2.6 YDP memaklumkan sumbangan daripada ibu bapa digunakan untuk
program-program murid sahaja.
2.7 YDP menegaskan bahawa program sekolah yang telah dijalankan tanpa
kepentingan murid merupakan sumbangan khas yang dimohon daripada
pihak luar.
2.8 Antara sumbangan khas yang telah disalurkan kepada pihak sekolah oleh
PIBG:
2.6.1 Menaik taraf tandas sekolah
2.6.2 Majlis Berbuka Puasa
2.9 YDP mengingatkan bahawa sekolah masih terikat dengan peraturan KPM
disebabkan pandemik Covid-19 dan cuaca panas. Oleh itu, program di
sekolah masih tidak dapat melibatkan ibu bapa.
2.10 YDP menegaskan bahawa kejayaan sekolah dan PIBG adalah disebabkan
oleh ibu bapa. PIBG tidak dapat bergerak sendiri tanpa penglibatan ibu bapa.
2.11 YDP memohon maaf kepada semua pihak sepanjang beliau mentadbir PIBG.
2.12 YDP mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua hadirin.
2.13 YDP merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 2023/2024.

Tindakan : Makluman

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18


3.2 Dicadang oleh : Mohd Al Bohari bin Zaini
3.3 Disokong oleh : En. Ahmad Fikri bin Mat Ali

Tindakan : Makluman
4. PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG 2022/2023
4.1 Pn. Aina Fadhlin Syahmina binti Abas (Setiausaha PIBG) membentangkan
Laporan aktiviti PIBG sepanjang 2022/2023:
LAPORAN SETIAUSAHA
AKTIVITI PIBG SEPANJANG 2022/2023

BIL. SUMBANGAN PROGRAM/AKTIVITI TARIKH

1. SAMBUTAN HARI RAYA 2022 26 MEI 2022

2. AGM PIBG 2022/2023 28 MEI 2022

3. SUMBANGAN KARPET PENTAS DEWAN WAWASAN MEI 2022

4. BAIK PULIH TAMAN PIBG SKLS JUN 2022

5. BAIK PULIH BILIK MUZIK SKLS JUN 2022

6. BAIK PULIH TANDAS SEKOLAH SESI 2022 JUN 2022

7. MAJLIS PERPISAHAN ENCIK ROSDI 29 JULAI 2022

8. SUMBANGAN HARI SUKAN DAN PERALATAN SOFBOL JULAI 2022

9. SUMBANGAN MEJA BANGKU KANTIN JULAI 2022

10. SUMBANGAN LARIAN MERDEKA 27 OGOS 2022

SUMBANGAN PEMBELIAN BENDERA BULAN


11. SEPTEMBER 2022
KEBANGSAAN

12. MAJLIS PERPISAHAN PUAN CLARE OKTOBER 2022

SUMBANGAN PEMBELIAN KUNCI LOKAR MURID


13. NOVEMBER 2022
TAHAP 1

SUMBANGAN KEM MOTIVASI DAN LAWATAN SAMBIL


14. NOVEMBER 2022
BELAJAR

15. SUMBANGAN PASUKAN RUGBI PEREMPUAN JANUARI 2023

16. MAJLIS APRESIASI 2022 10 FEBRUARI 2023

17. GOTONG ROYONG 2023 16 MAC 2023

SUMBANGAN BANNER PERSEKOLAHAN SESI


18. MAC 2023
2023/2024

19. SUMBANGAN PEMBELIAN BUKU TEKS MAC 2023

20. MAJLIS BERBUKA PUASA DAN CERAMAH MOTIVASI 7 APRIL 2023

4.2 Pengesahan pembentangan Laporan Tahunan


4.2.1 Dicadang oleh : En. Ahmad Fikri bin Mat Ali
4.2.2 Disokong oleh : Pn. Zakiah binti Ramli Muzammil

Tindakan : Makluman

5. PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN PIBG 2022/2023


5.1 Cik Che Ku Nur Syauqina Adlin binti Che Ku Mohamad Rafee
membentangkan laporan kewangan PIBG sepanjang tahun 2022/2023.

LAPORAN KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 30 APRIL 2023
(No. Pendaftaran: SEL:1095)

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN


BAGI TAHUN BERAKHIR 30 APRIL 2023

2022 2023

PENDAPATAN

BAKI TERAKHIR YURAN PIBG RM 7027.68 RM 17615.68

SUMBANGAN KHAS RM 31265.73 - RM 2067.87

SUMBANGAN YURAN PIBG RM15590.00 RM 7100.00


PIBG
SUMBANGAN KHAS RM 200.00 RM 10655.10

JUMLAH PENDAPATAN RM 54083.41 RM 33302.91

JUMLAH PERBELANJAAN RM 38535.60 RM 20472.60

LEBIHAN PADA TAHUN RM 15547.81 RM 12830.31


NOTA TERPERINCI PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN 2022

BERAKHIR PADA 30 APRIL 2023

TAHUN 2022

A PENDAPATAN (MEI HINGGA DISEMBER 2022) RM

BAKI TERAKHIR PADA 30 APRIL 2022 38293.41

SUMBANGAN PIBG TAHUN 2022 15790.00

JUMLAH PENDAPATAN 54083.41

B PERBELANJAAN (MEI HINGGA DISEMBER 2022)

AGM PIBG 2022 3,950.00


SAMBUTAN HARI RAYA 2022 1,000.00
KARPET PENTAS DEWAN WAWASAN 1,000.00
AGM PIBG 2022 (BUKU PROGRAM) 576.60
BAIK PULIH TAMAN PIBG SKLS 1,000.00
BAIK PULIH BILIK MUZIK 2,500.00
BAIK PULIH TANDAS SESI 2022 8,278.00
BAIK PULIH TANDAS SESI 2022 1,722.00
MAJLIS PERPISAHAN EN. ROSDI 3,000.00
HARI SUKAN DAN PERALATAN SOFBOL 4,000.00
MEJA DAN BANGKU KANTIN 3,000.00
PROGRAM LARIAN MERDEKA 3,500.00
PEMBELIAN BENDERA BULAN KEBANGSAAN 2,000.00
MAJLIS PERPISAHAN PN. CLARE 500.00
PEMBELIAN KUNCI LOCKER MURID 2,000.00
KEM MOTIVASI DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR 500.00
CAJ BANK 9.00

JUMLAH PERBELANJAAN 38535.60

C LEBIHAN SEMASA 15547.81


TAHUN 2023

A PENDAPATAN (JANUARI HINGGA APRIL 2023) RM

BAKI TERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022 15547.81

SUMBANGAN PIBG TAHUN 2023 17755.10

JUMLAH PENDAPATAN 33302.91

B PERBELANJAAN (JANUARI HINGGA APRIL 2023)

PASUKAN RUGBI PEREMPUAN 2,050.00


PERSIAPAN MAJLIS APRESIASI 2022 6,654.00
BUKU CEK 7.50
PERSIAPAN MAJLIS APRESIASI 2022 1,627.10
MESYUARAT PIBG 60.00
BANNER PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024 141.00
GOTONG-ROYONG (JAMUAN) 500.00
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN CERAMAH MOTIVASI 5,425.00
PEMBELIAN BUKU TEKS 1,552.00
GOTONG-ROYONG (PEMBELIAN CAT) 1,000.00
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN CERAMAH MOTIVASI (PA 900.00
SISTEM)
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN CERAMAH MOTIVASI 150.00
(AIR MINERAL DAN CAWAN)
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN CERAMAH MOTIVASI 400.00
(CENDERAMATA)
CAJ BANK 6.00

JUMLAH PERBELANJAAN 20472.60

C LEBIHAN SEMASA 12830.31

5.2 Pengesahan pembentangan Laporan Kewangan


5.2.1 Dicadang oleh : En. Ahmad Fikri bin Mat Ali
5.2.2 Disokong oleh : Pn. Zakiah binti Ramli Muzammil

Tindakan : Makluman
6. PERBAHASAN USUL

6.1 USUL 1 (Pn. Nor Azila binti Amer, Pn. Rohana binti Hassan & Pn. Nur Eleza)

Mengadakan kelas tambahan untuk murid yang lemah.

6.1.1 Kelas tambahan akan dilaksanakan untuk murid-murid tahun 6 pada


setiap hari Sabtu bermula 17 Jun 2023.

6.2 USUL 2 (Pn. Nurul Hanis binti Mohd Bakri)

Hias bilik darjah bersama murid demi keceriaan bersama.


Membuat jadual secara sistematik supaya tidak membebankan murid
membawa buku teks/latihan terutamanya murid darjah 1.

6.2.1 Pada 16/3/2023, Gotong-royong Perdana telah dijalankan bersama


ibu bapa dan murid tetapi kehadiran ibu bapa sangat kurang
memuaskan. Guru-guru telah bertungkus-lumus menghias dan
mencantikkan kelas.
Jadual telah disusun mengikut SPI iaitu cuma 3-4 subjek dalam
sehari. Matapelajaran telah disusun dengan betul. Tiada isu beg berat
kerana lokar telah disediakan.

6.3 USUL 3 (En. Muhammad Izhar bin Ahmad Shapie)

Penjadualan semula kelas untuk sesi petang pada hari Jumaat. Kelas
bermula pada jam 2.30 petang.

6.3.1 Guru Besar akan melaksanakan penjadualan semula jika mendapat


100% persetujuan dari ibu bapa yang hadir.
Majoriti tidak bersetuju penjadualan semula kelas untuk sesi petang.

6.4 USUL 4 (Pn. Ummi Faruah binti Noordin)

Guru perlu lebih peka dan kerap menggunakan buku aktiviti yang telah
tersedia oleh Pihak KPM.

6.4.1 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3 Tahun 2022.

6.5 USUL 5 (Nurul Fakhira binti Abdullah)

Meningkatkan lagi pembacaan buku di kalangan murid-murid.


6.5.1 Guru Penolong Kanan 1 memaklumkan bahawa sekolah telah
melaksanakan beberapa program seperti Bacaan 10 Minit, Sudut
Nilam, Anugerah Peminjam & Pembacaan Buku Terbanyak. Jadual
penggunaan perpustakaan juga telah digunapakai.

6.6 USUL 6 (Pn. Nur Adila binti A. Karim)

Mempelbagaikan aktiviti bulanan seperti pidato & perbahasan (Bahasa


Melayu & Bahasa Inggeris), Abacus Calculation Contest (Matematik).

6.6.1 Guru Penolong Kanan 1 memaklumkan bahawa aktiviti seperti yang


dinyatakan akan/telah diadakan sewaktu minggu panitia. Perbahasan
dan pidato dilaksanakan pada perhimpunan pagi di Speaker’s Corner.

6.7 USUL 7 (Pn. Siti Aida binti Nyan)

Guru turut serta bersama pengawas dalam melakukan sebarang tugasan


bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan.

6.7.1 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menyatakan bahawa perkara
seperti yang dinyatakan jarang berlaku. Pihak sekolah menyediakan
jadual guru bertugas bersama pengawas.

6.8 USUL 8 (Pn. Raudah binti Abu Bakar)

Tutup lubang pagar yang berlubang supaya tiada lagi anjing berkeliaran di
padang sekolah.

6.8.1 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan bahawa


masalah yang dinyatakan sudah diatasi dan akan dinaiktaraf jika
berlaku lagi masalah sedemikian. Pihak sekolah akan memberi
teguran dan peringatan kepada pengawal keselamatan untuk
mengawal sekolah.

6.9 USUL 9 (Pn. Suhana Melati binti Mohamad Rathy)

Tidak membenarkan Kedai Buku SKLS untuk menjual selain dari bahan
keperluan pelajar.

6.9.1 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan bahawa


pemantauan dan tindakan akan sentiasa diambil.
6.10 USUL 10 (Pn. Rosmizah binti Rashid)

Program-program yang hendak dilaksanakan oleh pihak sekolah perlulah


dimaklumkan lebih awal.
Kedai Buku SKLS perlu lebih peka dengan buku-buku dan tanda nama yang
telah ditempah oleh ibu bapa.

6.10.1 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan bahawa


arahan adalah dari pihak kementerian. Pihak sekolah perlu patuh
kepada arahan kementerian.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid akan berhubung dengan
pengurus kedai buku berkenaan isu tanda nama.

6.11 USUL 11 (Pn. Nur Adila binti A. Karim)

Menukar/Memberi pilihan kemeja-t sukan murid perempuan sedia ada


kepada kemeja-t lengan panjang.

6.11.1 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan bahawa


murid diberi pilihan samada memakai baju lengan panjang atau
pendek.

6.12 USUL 12 (En. Mohd Azli bin Jamaasim)

Kutipan sumbangan sebanyak RM 100.00 setahun dicadangkan


memandangkan kos pelaksanaan aktiviti dan harga barang yang melibatkan
murid dan sekolah telah bertambah.

6.12.1 Sumbangan dikekalkan RM 50.00/keluarga.

Tindakan : Makluman

7. PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2022/2023


7.1 YDP PIBG dengan rasminya membubarkan Jawatankuasa PIBG sesi
2022/2023.

Tindakan : Makluman
8. PELANTIKAN YDP & AJK PIBG SESI 2023/2024

8.1 YDP PIBG


8.1.1 En. Azli bin Jamaasim
8.1.1.1 Cadangan : Pn. Aina Fadhlin Syahmina binti Abas
8.1.1.2 Sokongan : Pn. Zakiah binti Ramli Muzammil
8.1.1.3 Undian : 114

8.1.2 En. Mohd Nasir bin Jamaluddin


8.1.2.1 Cadangan: En. Azli bin Jamaasim
8.1.2.2 Sokongan: Pn. Nur Syamsiah binti Derus
8.1.2.3 Undian: Tiada

8.1.3 En. Jamaluddin bin Mohd Tahir mencadangkan cadangan ditutup.


8.1.4 Pn Rozita bt Salleh menyokong cadangan ditutup.

8.2 NYDP PIBG


8.2.1 En. Mohd Nasir bin Jamaluddin
8.2.1.1 Cadangan : En. Azli bin Jamaasim
8.2.1.2 Sokongan : Pn. Rozita bt Salleh
8.2.1.3 Undian : Tiada

8.2.2 En. Muhamad Al-Bohari bin Zaini mencadangkan cadangan ditutup.


8.2.3 Pn. Nur Nadhirah binti Abdul Rahman menyokong cadangan ditutup.

8.3 AJK IBUBAPA


8.3.1 En. Mohd Saiful bin Zainudin
8.3.1.1 Cadangan : En. Muhammad Amzar Zamir bin Abu Bakar
8.3.1.2 Sokongan : En. Azli bin Jamaasim
8.3.1.3 Undian: 38
8.3.2 En. Jamaluddin bin Mohd Tahir
8.3.2.1 Cadangan : En. Azli bin Jamaasim
8.3.2.2 Sokongan : Pn. Intan Shuhana binti Othmawi
8.3.2.3 Undian: 17

8.3.3 En. Mohd Al-Bohari bin Zaini


8.3.3.1 Cadangan : Pn. Intan Shuhana binti Othmawi
8.3.3.2 Sokongan : En. Mohd Izhar bin Ahmad Syafie
8.3.3.3 Undian: 109

8.3.4 En. Mohd Izhar bin Ahmad Syafie mencadang ibu bapa yang
mencadangkan usul menjadi AJK Sukarela.

8.3.5. Pn. Hasmah binti Jusoh


8.3.5.1 Cadangan : Cik Che Ku Nur Syauqina Adlin binti Che Ku
Mohamad Rafee
8.3.5.2 Sokongan : Pn. Zakiah bt Mohd Zamil
8.3.5.3 Undian: 54

8.3.6 Pn. Zanariyah


8.3.6.1 Cadangan : Pn. Hasmah binti Jusoh
8.3.6.2 Sokongan : En. Mohd Nasir bin Salahuddin
8.3.6.3 Undian: 3

8.3.7 Pn. Noriana binti Yusof


8.3.7.1 Cadangan : Pn. Hasmah binti Jusoh
8.3.7.2 Sokongan : Pn. Siti Aida bt Nyan
8.3.7.3 Undian: 43
8.3.8 Pn. Nur Azlina bt Nawawi
8.3.8.1 Cadangan : Pn. Hasmah binti Jusoh
8.3.8.2 Sokongan : Pn. Siti Aida bt Nyan
8.3.8.3 Undian: 16

8.3.9 Cadangan ditutup


8.3.9.1 Cadangan : En. Abdul Rahman bin Ibrahim
8.3.9.2 Sokongan : En. Muhammad Amzar Zamir bin Abu Bakar

8.4 AJK GURU


8.4.1 Pn. Nurulaini Syazwana binti Mat Jamaludin
8.4.2 Pn. Aina Fadhlin Syahmina binti Abas
8.4.3 Pn. Intan Shuhana binti Othmawi
8.4.4 En. Mukhtarudin b Ab.Rahim
8.4.5 Cik Che Ku Nur Syauqina Adlin binti Che Ku Mohamad Rafee
8.4.6 Cik Nursyazwani binti Mohd Nawawi
8.4.7 Pn. Nurul Afini binti Marzuki
8.5 AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024

Yang Dipertua En. Mohd Azli bin Jamaasim

Naib Yang Dipertua En. Mohd Nasir bin Jamaluddin

Setiausaha Pn. Aina Fadhlin Syahmina binti Abas

Naib Setiausaha Cik Nursyazwani binti Mohd Nawawi

Cik Che Ku Nur Syauqina Adlin binti Che Ku


Bendahari
Mohamad Rafee

Naib Bendahari Pn. Intan Shuhana binti Othmawi

1. En. Mohd Al-Bohari bin Zaini


2. Pn. Hasmah binti Jusoh
AJK Ibu Bapa
3. Pn. Noriana binti Yusof
4. En. Mohd Saiful bin Zainudin

1. En. Mukhtarudin b Ab.Rahim


AJK Guru
2. Pn. Intan Shuhana binti Othmawi

1. Pn. Nurul Afini binti Marzuki (guru)


Juru Audit
2. En. Jamaluddin bin Mohd Tahir (ibu bapa)
8.6 UCAPAN DASAR YDP PIBG 2023/2024

8.6.1 YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah


melantik beliau sebagai YDP bagi tahun 2023/2024.

8.6.2 YDP PIBG berharap ibu bapa/penjaga di SK Lembah Subang


dapat memberikan kerjasama dalam pelaksanaan aktiviti PIBG
sepanjang tahun yang akan mendatang.

8.6.3 Beliau juga berharap ibu bapa/penjaga dapat mematuhi


peraturan dan pekeliling PIBG.

Tindakan : Makluman

9. Hal-hal Lain
Tiada

Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2022/2023 ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.

Disediakan oleh,

………………………………………………
(AINA FADHLIN SYAHMINA BINTI ABAS)
Setiausaha PIBG
SK Lembah Subang

Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………….. ………………………………………………
(AZLI BIN JAMAASIN ) (FAZLIYATON BT MOHAMED SHARIF)
YDP PIBG Guru Besar
SK Lembah Subang SK Lembah Subang

You might also like