You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH SUBANG (SEKOLAH AMANAH)


Jalan PJU 1A/40 (70), Lembah Subang, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-79632329 Fax: 03-78459554

Tuan / Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM CERAMAH KEIBUBAPAAN DAN MAJLIS


BERBUKA PUASA.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh :07 April 2023 (Jumaat Malam Sabtu)

Tempat :Sekolah Kebangsaan Lembah Subang

Masa :5.00 Petang – 8.00 Malam

Pakaian Murid :Berbaju Melayu lengkap ( Lelaki)


Berbaju Kurung ( Perempuan )

Makanan :Ibu bapa boleh memberi sumbangan/ potluck makanan


ringan seperti kuih muih atau sebagainya

3. Sehubungan itu, adalah diharapkan dengan jasa baik pihak tuan dapat meluangkan
sedikit masa untuk bersama-sama mendengar ceramah dan memeriahkan majlis berbuka puasa
bersama murid-murid.

4. Di atas keperihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian,

“BERMUAFAKAT, BERINTEGRITI DAN BERINTELEGENSI”

Saya yang menjalankan tugas,

____________________________
(EN. AZLI B. JAMAASIM)
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Lembah Subang (Sekolah Amanah)

PIBG SKLS
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH SUBANG (SEKOLAH AMANAH)
Jalan PJU 1A/40 (70), Lembah Subang, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-79632329 Fax: 03-78459554

CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PERSATUAN IBU
BAPA DAN GURU DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM DAN BAHASA ARAB.

7 APRIL 2023 (JUMAAT MALAM SABTU)

4.30 Petang : Pendaftaran peserta

5.00 Petang : Ibu Bapa mengambil tempat.

5.10 Petang : Ucapan Pengerusi Majlis


: Bacaan Doa
: Persembahan Nasyid (Majlis Pembukaan)
: Ucapan Guru Besar Puan Fazliyaton Binti Mohamed Sharif
: Ucapan Tuan Mohd Ikhsan Bin Mohamad Din (Ahli Majlis MBPJ Zon 4 )
: Ucapan Tuan Ahmad Azri Bin Zainal Nor
( Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI)
: Ucapan YB Tuan Halimey Bin Abu Bakar (Adun Seri Setia)

5.45 Petang : Gimik penyampaian sumbangan dari Menteri Besar Incorprorated (MBI)

6.00 Petang : Ceramah Motivasi ( Encik Zaid Mohamad)

7.00 Malam : Persiapan Buka Puasa

7.45 Malam : Solat Maghrib / Makan

8.15 Malam : Bersurai

You might also like