You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU SATU,

JALAN RASATHURAI,

44000 KUALA KUBU BHARU,

SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL/FAKS : 03-60641261
KOD SEKOLAH : BBB5021 EMAIL : bbb5021@btpnsel.edu.my

Ruj. Kami : SKKKB1/600-4/1/6 ( )


Tarikh : 20 Ogos 2019

Kepada :

Semua Waris / Penjaga Murid Islam Tahun 6

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM MAJLIS BACAAN YAASIN & SOLAT HAJAT PERDANA SERTA
PROGRAM NURANI - UPSR 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Program Majlis Bacaan Yaasin &
Solat Hajat Perdana serta Program Nurani – UPSR 2019 khusus bagi murid-murid Tahun 6 yang bakal
menghadapi Peperiksaan UPSR. Program ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Program : Majlis Bacaan Yaasin & Solat Hajat Perdana - UPSR 2019
Tarikh : 29 Ogos 2019 ( Khamis )
Masa : 7.00 – 9.30 Malam
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SK Kuala Kubu Bharu Satu.
Atur cara : Solat Maghrib Berjemaah Bacaan Yaasin Tazkirah
Solat Isya’ Berjemaah Solat Hajat Berjemaah Bersurai
* Imam Jemputan : Tn Hj. Mohamad b. Said
( Imam Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Bharu )

Program : Program Nurani - UPSR 2019


Tarikh : 4, 5, 10 & 11 September – Hari Peperiksaan UPSR
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Surau, SK Kuala Kubu Bharu Satu.
Atur cara : Bacaan Yaasin (Pagi Hari Peperiksaan) Bersurai

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput pihak tuan/puan bagi bersama-sama
menjayakan program di atas serta memohon sumbangan untuk menampung perbelanjaan program solat hajat
tersebut.

4. Sumbangan tersebut bolehlah diserahkan melalui guru kelas sebelum 26 Ogos 2019. Segala kerjasama
dan sokongan yang pihak tuan/puan berikan untuk tujuan di atas pihak kami dahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.................................................

You might also like