You are on page 1of 2

‫سكوله كبغساٴن الدغ سابافالم بلورن‬


SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG SABAPALM BELURAN
PETI SURAT 27, 90107 BELURAN, SABAH

No. Rujukan: SKLS(BN)/


Tarikh: 19 September1 9
MAC 2013

Ibu Bapa/Penjaga Murid Tahun 6


Sekolah Kebangsaan Ladang Sabapalm
90107 Beluran Sabah

Tuan/ Puan,

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN BERJEMAAH BAGI MURID TAHUN 6
UPSR 2018

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Majlis Solat
Hajat dan Bacaan Yasin Berjemaah sempena persediaan pelajar tahun 6 untuk
menghadapi peperiksaan UPSR 2018. Butir -butir berkaitan majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 20 September 2018

Hari : Khamis

Masa : 6.00 – 8.00 Petang

Tempat : Masjid Al-Rahman, Kg Bulan Sabapalm

3. Majlis Solat Sunat Hajat dan Bacaan Yassin merupakan sebahagian daripada
program tahunan bagi SK Ladang Sabapalm khususnya, pihak Panitia Pendidikan
Islam. Sehubungan itu, tuan/puan berserta anak dijemput untuk mengimarahkan
majlis tersebut. Adalah diharapkan tuan/puan dapat memberi kerjasama yang
sebaiknya bagi menjayakan majlis ini.

4. Di sini, disertakan bersama atur cara majlis. Butiran adalah seperti berikut:

Masa Aktiviti
6:00 Petang Para guru dan tetamu hadir di Masjid
6.30 – 6.45 Petang Solat Maghrib & Sunat Hajat Berjemaah
6.45 – 7.00 Petang Ucapan alu-aluan GB SK Ldg.Sabapalm
7.00 – 7.30 Petang Bacaan Yassin
7.30 – 8.00 Malam Solat Isyak Berjemaah
8.00 Malam Jamuan/Bersurai

5. Untuk makluman, diharap kepada ibu bapa/penjaga untuk membawa 2 botol air mineral
untuk dijadikan sebagai air bacaan yassin untuk anak-anak menghadapi peperiksaan
UPSR nanti.
6. Kerjasama daripada pihak ibu bapa/penjaga amatlah diharapkan untuk memberi semangat
dan sokongan moral serta pemberian restu kepada anak-anak yang akan mengambil
peperiksaan UPSR nanti.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………………………….

(MOHD ABDUL HAKIM BIN RUDDIN)

Ketua Panitia Pendidikan Islam,


Sek. Keb. Ladang Sabapalm,
Beluran, Sabah.

You might also like