You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROGRAM PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA

( KPI) KEY PERFORMANCE INDICATORS MURID UPSR BERSAMA IBU BAPA

1.0 PENGENALAN
Program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada murid Tahun 6 khususnya
untuk meningkatkan prestasi akademik masing – masing dengan meletakkan suatu target bagi setiap
matapelajaran peperiksaan awam (UPSR 2019) yang akan diduduki tahun ini. Dalam erti kata lain,
semasa program ini nanti, ibu bapa atau penjaga bersama – sama murid Tahun 6 berupaya
merencanakan target atau matlamat murid. Pada masa yang sama pihak sekolah secara tidak
langsung dapat menentukan target setiap matapelajaran utama di sekolah.

2.0 RASIONAL
 Permuafakatan antara guru dan ibu bapa akan dapat memberi peluang kepada
penyelesaian masalah pembelajaran murid.
 Menunjukkan kepekaan ibu bapa terhadap bidang akademik dan sahsiah anak – anak.
 Ibu bapa sedar akan tanggungjawab mereka serta memberi sokongan penuh kepada
program sekolah.
 Kerjasama antara ibu bapa dan guru diperlukan untuk meningkatkan kecemerlangan
akademik.

3.0 OBJEKTIF

o Meningkatkan peratus keseluruhan UPSR SK. St. Edmund.


o Menambah bilangan murid cemerlang yang mendapat 6A di dalam UPSR 2019.
o Mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ibu bapa untuk memantau
pembelajaran anak – anak
o semasa berada di sekolah. =
o Memastikan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah sentiasa berterusan
dan harmonis.
o Memastikan penyaluran maklumat kepada ibu bapa berhubung prestasi murid
Tahun 6 berjalan lancar.

4.0 SASARAN
Ibu bapa murid Tahun 6 dan murid Tahun 6 seramai 75 orang.

Rujuk Lampiran murid yang terlibat

5.0 PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 22 Februari 2019
Masa : 8.00 a.m – 10.30 pagi
Tempat : Dewan Menunggu SK St. Edmund
KERTAS KERJA PROGRAM PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA

( KPI) KEY PERFORMANCE INDICATORS MURID UPSR BERSAMA IBU BAPA

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Jawatankuasa Induk

Penasihat : Laurentius Thomas (Guru Besar )


Pengerusi : Busak Sia ( PK Kurikulum )
Naib Pengerusi II : Dayang Joraini Bt Bujang ( PK HEM )
Naib Pengerusi III : Apong @ Bakri Bin Abib ( PK Ko – Kurikulum )
Setiausaha : Bibi Brahim ( S/U Peperiksaan )
Naib Setiausaha : Cathelysia Laura Piri ( Guru Tahun 6 )
Penyelaras : Uji Anak Midin (Guru Bimbingan )
AJK : Semua guru Tahun 6

AJK Pelaksana

Pengacara Majlis : Hj Ag Zainalabidin Bin Usop


Banner & dokumentasi : Uji Anak Midin
Siaraya : Mohd Amirul Shahniezam
AJK Makanan & Minuman : Noraini Awang
Radiah Ubing
Penyusunan Kerusi di dewan : Hjh Hasnah Bt Untonh, Bibi Brahim
Pendaftaran Ibu Bapa : Cathelysia Laura Piri (6K)
Alexandra Stephen 6B)
Mohd Rezuan Bin Abdu Latip@ Latip (6M)

Pendaftaran Borang UPSR : Bibi Brahim

7.0 TENTATIF PROGRAM


8.00 pagi

Pendaftaran Ibu Bapa & murid Tahun 6

Ibu bapa & guru mengambil tempat dan duduk

Nyanyian Lagu Negaraku

Bacaan Doa

Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran

Ikrar Aku Janji Murid Tahun 6

Ikrar Ibubapa Murid Tahun 6

Sesi Suai Kenal Guru Tahun 6


KERTAS KERJA PROGRAM PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA

( KPI) KEY PERFORMANCE INDICATORS MURID UPSR BERSAMA IBU BAPA

Sesi Pemuafakatan

Perjumpaan Ibu bapa dengan guru kelas dam guru mata pelajaran & Penetapan Target

Menandatangani Surat Akur Janji/ Penetapan Target

10.30 pagi Majlis Bersurai

8.0 SUMBER KEWANGAN


PIBG SK Saint Edmund

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Perkara Kuantiti Harga seunit RM
1. Mee goreng 150 bungkus 2.50 375.00
2. Air mineral 13 kotak 10.00 130.00
3. Kertas A4 2 15.00 30.00
4. Laminating Film 1 65.00 65.00
Jumlah keseluruhan 600.00

10.0 PENUTUP
Diharapkan program seperti ini dapat memberi impak yang berkesan kepada pencapaian murid Tahun 6
SK St. Edmund dalam mencapai target yang diingini dan mencapai sasaran sekolah selaras dengan misi
dan visi ingin menjadikan SK St. Edmund cemerlang menjelang tahun 2019.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :


....................................... .......................................................
[ UJI ANAK MIDIN] [ DAYANG JORAINI BT BUJANG]
Guru Kaunseling penolong kanan Hal Ehwal Murid
Sek. Keb. Saint Edmund Sek. Keb. Saint Edmund
98700 Limbang. 98700 Limbang.

Disahkan Oleh,
..........................................
[ BUSAK SIA]
b.p Guru Besar
Sek. Keb. Saint Edmund ,98700 Limbang.
KERTAS KERJA PROGRAM PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA

( KPI) KEY PERFORMANCE INDICATORS MURID UPSR BERSAMA IBU BAPA

LAMPIRAN 1

IKRAR AKU JANJI MURID TAHUN ENAM

BAHAWASANYA KAMI,
MURID—MURID TAHUN 6 ,
SEKOLAH KEBANGSAAN ST EDMUND.

BERIKRAR DAN BERJANJI .


AKAN :

PATUH KEPADA TUHAN,

TAAT KEPADA IBU BAPA ,

HORMAT KEPADA GURU—GURU,.

KAMI JUGA BERJANJI,


MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH ,

BAIK TINGKAH LAKU,


DAN BERUSAHA SEDAYA UPAYA ,
MENCAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG,

DALAM UPSR 2019,


SERTA MENJULANG NAMA BAIK

SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT EDMUND

BAGI SESI 2019.


KERTAS KERJA PROGRAM PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA

( KPI) KEY PERFORMANCE INDICATORS MURID UPSR BERSAMA IBU BAPA

LAMPIRAN 2

IKRAR IBU BAPA TAHUN ENAM

KAMI PARA IBUBAPA MURID TAHUN 6 DI SEKOLAH


KEBANGSAAN SAINT EDMUND INI,

DENGAN INI AKAN MEMASTIKAN :


1. MEMBERI SOKONGAN TERHADAP PERANCANGAN SEKOLAH
2. MENGIKUTI DAN MEMATUHI HASRAT BAIK PIHAK SEKOLAH.
3. MEWUJUDKAN HUBUNGAN MESRA DENGAN PIHAK SEKOLAH.
4. MENJAGA DAN MEMBERI BIMBINGAN SERTA DIDIKAN YANG
SEMPURNA KEPADA ANAK KAMI
5. DI TAHUN 6.
6. SENTIASA MEMANTAU TINGKAH LAKU DAN PRESTASI
AKADEMIK ANAK – ANAK.
7. DATANG BERBINCANG DENGAN PIHAK SEKOLAH
DAN
8. MEMBERI SOKONGAN MORAL DAN KEROHANIAN KEPADA
ANAK – ANAK PADA SETIAP MASA.

You might also like