You are on page 1of 4

Program Jalinan Kasih Tahun 6

KERTAS CADANGAN
"PROGRAM JALINAN KASIH TAHUN 6, 2018"

TARIKH : 20.01.2018 (Sabtu)


MASA : 8.30 pagi
TEMPAT : Makmal Komputer, SK. Paroi

1. PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Paroi sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan


murid terutama dalam bidang pendidikan bagi memastikan mereka memperolehi
kecemerlangan dan kejayaan dalam PPSR (Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah) yang
menggantikan UPSR. Keputusan UPSR hanya satu daripada empat komponen dalam PPSR.
Tiga lagi ialah PentaksiranBilik Darjah (PBD), Pentaksiran Akt. Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Oleh yang demikian,
Jawatankuasa Kecemerlangan Tahun 6 berusaha mengadakan Majlis Perjumpaan Ibu Bapa
dan Guru memberi panduan, pendedahan dan maklumat kepada ibu bapa serta keperluan
pembelajaran anak-anak mereka untuk memupuk jati diri dalam mengharungi
cabaran-cabaran masa kini yang tidak hanya berfokus pada kecemerlangan akademik sahaja,
tetapi turut melihat pencapaian mereka secara holistik sebagai seorang insan.

2. RASIONAL

Program ini adalah untuk memastikan bahawa semua Ibubapa yang menyertainya
mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran dan
sosial anak-anak mereka. Ia juga turut menyalurkan maklumat yang sesuai dan perlu kepada
ibubapa dalam membantu pihak sekolah untuk mendidik anak-anak supaya cemerlang dan
menjadi orang yang mempunyai impian yang tinggi. Murid bukan hanya tertumpu pada
akademik tetapi lebih kepada kemenjadian murid.

1
Program Jalinan Kasih Tahun 6

3. OBJEKTIF

3.1 Berkongsi maklumat bersama ibubapa agar mereka akan lebih peka dan
prihatin serta proaktif kepada kejayaan dan kecemerlangan akademik dan
sahsiah anak-anak seiringan dengan perubahan terkini iaitu PPSR.
3.2 Membantu ibubapa secara lebih sistematik supaya lebih memahami
perkembangan terkini perubahan UPSR ke PPSR 2018
3.3 Memberi penerangan kepada ibu bapa aktiviti-aktiviti dan program yang
dijalankan sepanjang tahun untuk Tahun 6.

4. KUMPULAN SASARAN

4.1 Ibubapa

5. Peruntukkan Kewangan

5.1 Perbelanjaan :-

i) Makan & Minum

a) (YDP + 80 orang ibubapa + 24 orang guru)


RM6.00 x 105 orang = RM 630.00

ii) Lain-lain (Buku Program) = RM 30.00

JUMLAH RM 660.00

Sumber Kewangan : Peruntukkan PIBG

2
Program Jalinan Kasih Tahun 6

6. AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM

TARIKH : 20.01.2018
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI

PENGERUSI : En. Jalal bin Taib (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI : En. Hazly Bin Nur Hasyim (GPK Akademik)


Pn. Fazni Bt Abdul Ghaffar (GPK HEM)
Pn. Salmah Bt Abdullah (GPK Kokurikulum)

PENYELARAS : Pn. Azlinda Bt. Ibrahim

SETIAUSAHA : Cik Azizah Binti Azis

BENDAHARI : En. Hasbullah bin Ramli

AHLI JAWATANKUASA KERJA

PENDAFTARAN/ SARANA PERSIAPAN DEWAN

Pn.Norazwah Bt. Khalid (6B) En.Firdaus B. Abdullah


Pn. Hjh Shazilah Bt. Abdul Majid (6D) En. Khairul Ikhwan B. Mohd Wafa
Pn. Norhayati Bt. Idris (6Z) Pekerja Sekolah

PENGACARA MAJLIS BACAAN DOA

Puan Wan Zuliana Bt. Wan Zainus Ust. Khairul Ikhwan B. Mohd Wafa

DOKUMENTASI SIARAYA

En. Mohd Rashid B. Nyadaman En. Norazlan B. Ismail

BUKU PROGRAM JAMUAN

Pn.Norjihan Bt. Awang Hassim Pn. Rohana Bt. Zainal Abidin


Pn. Hjh Azlinawati Bt. Adnan
Pn. Syarifah Bt. Mohamad Brahim
Pn. Zuliana Bt. Ibrahim

3
Program Jalinan Kasih Tahun 6

PENERANGAN PPSR PENERANGAN PROGRAM


At-TAQWA
En. Jalal bin Taib
En. Hazly Bin Nur Hasyim Pn. Azlinda bt. Ibrahim
Pn. Fazni Bt Abdul Ghaffar
Pn. Salmah Bt Abdullah
Cik Norazizah Bt. Azis
Pn.Azlinawati Bt. Adnan

7. TENTATIF PROGRAM

Masa Agenda
8:30 pagi Pendaftaran Ibu bapa dan Guru
9:00 pagi Ucapan Pengerusi Majlis
9:10 pagi Bacaan Doa
9:20 pagi Ucapan Guru Besar
9:30 pagi Penerangan PPSR 2018
10:30 pagi Pembentangan Aktiviti At-Taqwa
10.45 pagi Jamuan Dan Bersurai

8. PENUTUP

Adalah diharapkan semua Ibubapa dan murid yang telah mengikuti program
ini akan dapat maklumat yang bermanfaat dalam memastikan anak mereka sentiasa
bersedia untuk menjadi remaja yang cemerlang dan berjaya dalam peperiksaan UPSR.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________ ______________________
(PN. AZLINDA BT IBRAHIM) ( )
PENYELARAS PROGRAM PPSR

Disahkan oleh,

________________________

You might also like