You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIS

W.D.T 72
90200 KINABATANGAN, SABAH

KERTAS KERJA
PROGRAM BAI’AH TAHUN 6
2019

HARI : KHAMIS
TARIKH : 14 MAC 2019
TEMPAT : DEWAN SK PARIS
MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 6 (BAI’AH)

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIS, KINABATTANGAN 2019

1.0 PENDAHULUAN

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Tahun 6 ini bertujuan membentuk
persefahaman antara pihak sekolah dan ibu bapa demi kepentingan murid-murid
tahun 6 dalam mencapai kecemerlangan murid-murid tahun 6 dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah tahun 2019. Majlis ini perlu diadakan untuk memberi
peluang membentangkan perancangan program-program sekolah sepanjang tahun
2019 khususnya dalam usaha memastikan kejayaan dalam UPSR tahun 2019 milik
murid-murid SK Paris. Selain itu, majlis ini juga diadakan bagi menggalakkan ibu bapa
memberikan idea-idea dan sumbangan dalam membantu pihak sekolah bagi
mencapai kecemerlangan murid-murid dalam UPSR pada tahun ini.

2.0 RASIONAL

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru tahun 6 (BAI’AH) ini bertujuan memberi
peluang kepada pihak sekolah, guru-guru tahun 6 serta ibu bapa untuk turut serta
dalam usaha memastikan kecemerlangan dalam UPSR tahun 2019 milik murid-murid
SK Paris.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mengeratkan hubungan serta kefahaman di kalangan ibu bapa serta guru-
guru tahun 6, pihak pentadbir serta Pejabat Daerah Kinabatangan
3.2 Memberi peluang kepada guru-guru tahun 6 memberikan penerangan
mereka dalam memastikan kecemerlangan murid-murid tahun 6 dalam
UPSR pada tahun ini.

1
3.3 Memberi peluang kepada ibu bapa untuk memberikan idea serta
sumbangan dalam kejayaan anak-anak mereka.
3.4 Memberikan motivasi serta dorongan kepada murid-murid UPSR tahun
2019 untuk memastikan mereka benar-benar sudah bersedia menghadapi
UPSR.
3.5 Memberikan pendedahan terus kepada ibu bapa tentang peranan mereka
untuk bekerjasama secara erat dalam kejayaan murid-murid.

4.0 SASARAN
4.1 Semua murid tahun 6

5.0 MAKLUMAT PROGRAM


5.1 Nama program : Program Bai’ah Tahun 6
5.2 Tarikh : 14 Mac 2019
5.3 Hari : Khamis
5.4 Masa : 7.10 pagi – 12.30 tengah hari
5.5 Tempat : Dewan SK Paris

6.0 AHLI JAWATANKUASA

Lampiran A

7.0 TENTATIF PROGRAM

Lampiran B

8.0 BUTIRAN PERBELANJAAN

Lampiran C

2
9.0 PENUTUP

Adalah diharapkan Program Bai’ah tahun 6 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
dan dapat mencapai objektif yang diingini. Semoga usaha murni ini mendapat
sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid
serta membantu murid-murid mencapai hasrat sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Muhammad Yussuf bin Talibe) (Puan Sabturiah binti Ali)


Guru Bimbingan dan Kaunseling, Penolong Kanan HEM,
Sekolah Kebangsaan Paris, Sekolah Kebangsaan Paris,
90200 Kinabatangan, 90200 Kinabatangan,
Sabah. Sabah.

Disahkan oleh,

(Encik Adnan bin Mohd Hussain @ Joseph )


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Paris,
90200 Kinabatangan,
Sabah.

3
Lampiran A

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi
En. Adnan bin Mohd Hussain @ Joseph
(Guru Besar)

Timbalan Pengerusi
Pn. Sabturiah binti Ali
(PK HEM)

Naib Pengerusi 1
Pn. Baile binti Perman
(PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2
En. Fitri bin Abd. Ghani
(PK KOKUM)

Setiausaha
Muhammad Yusuf bin Talibe
(Guru Bimbingan & Kaunseling)
Lampiran A

JAWATANKUASA SOKONGAN

Penyelaras Program
Muhammad Yusuf bin Talibe

Penyelaras Kecemerlangan Akademik UPSR 2019


Pn. Cecilia Demish

Guru Disiplin
En. Ashraf bin Anuar

Guru Bahasa Melayu


En. Sahari bin Maul

Guru Bahasa Inggeris


Pn. Cecilia Demish

Guru Matematik
Pn. Esther Robert

Guru Sains
En. Ashraf bin Anuar

Keagamaan / Moral
En. Awang Mohd Syamsul bin Rosli

Pendaftaran
Pn. Esther Robert
Pn. Rohana Jukarna

Kawalan Murid
En. Sahari bin Maul

Juruteknik Siaraya & Peralatan


En. Ashraf bin Anuar
Lampiran A

Persediaan Tempat
Cik Siti Aisyah binti Salleh
Pn. Nur Suai’dah binti Mohammad Amin
En. Ahirunnasrah bin Ahmad

Juruacara Majlis
Pn. Cecilia Demish

Brosur
Pn. Cecilia Demish

Jurugambar
En. Awang Mohd Syamsul bin Rosli

Persegaran
Cik Siti Aisyah binti Salleh
Pn. Suai’dah binti Mohammad Amin

Cenderahati
Pn. Esther Robert

Dokumentasi / Laporan
En. Muhammad Yusuf bin Talibe

Kebersihan
Pekerja Permbersihan Sekolah

Majlis Penutupan
Semua guru yang terlibat
Lampiran B

TENTATIF PROGRAM

7.10 pagi : Pendaftaran murid dan ibu bapa

7.20 pagi : Tandatangan slip keputusan penetapan sasaran UPSR 2019

8.30 pagi : Nyanyian lagu Negara ku, Sabah Maju Jaya, Lagu Sekolah &
bacaan doa

8.45 pagi : - Ucapan & taklimat oleh Puan Cecilia (penyelaras


kecemerlangan UPSR 2019)
- Memperkenalkan guru-guru tahun 6 / 2019
- Sasaran pencapaian UPSR 2019
- Aktiviti Peningkatan Prestasi UPSR 2019

9.30 pagi : Ceramah Motivasi oleh Encik Zaizul (Guru Kaunselor SK Kota
Kinabatangan)
10.30 pagi : - Sesi soal jawab
- Ikrar pelajar
- Ikrar ibu bapa
- Ikrar guru

10.45 pagi : Ucapan Guru Besar

11.00 pagi : Ucapan penangguhan oleh wakil YDP PIBG SK PARIS (Pn.
Supiah binti Wahid)
11.30 pagi : Penyampaian cenderahati kepada penceramah & perasmi

11.40 pagi : Sesi bersalam-salaman

11.45 pagi : Jamuan ringan

12.00 tgh : Bersurai


Lampiran C

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI RM

1. Makanan & minuman murid RM 4.50 X 51 RM 229.50

2. Buku nota untuk murid RM 1.50 X 51 RM 76.50

3. Cenderahati penceramah & RM 70.00 RM 70.00


perasmi
4. Fail putih keras RM 90.00 RM 90.00

JUMLAH RM 466.00

You might also like