You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

CERAMAH BAHAYA BULI


SK FAJAR HARAPAN 2022/2023

TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK FAJAR HARAPAN

ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK FAJAR


HARAPAN

PENGENALAN
Pembangunan pesat dalam era globalisasi secara langsung telah membawa pelbagai
perubahan dalam dunia pendidikan di negara kita. Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
meneruskan agenda pendidikan khususnya dalam melahirkan anak-anak murid yang berdisiplin
dan bersahsiah terpuji merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara bijak oleh semua
pihak.

RASIONAL

Keterlibatan murid dalam melanggar disiplin sentiasa menimbulkan pelbagai masalah


sosial yang tiada penyelesaiannya. Oleh itu, satu pendekatan yang komprehensif dan holistik
perlu diambil supaya gejala disiplin di peringkat sekolah menengah dapat ditangani dengan
berkesan dan efisien. Masalah buli di sekolah juga merupakan satu isu disiplin yang semakin
menular dikalangan pelajar sekolah. Gejala buli merupakan satu masalah disiplin yang berat
yang boleh menyebabkan pelajar dikenakan hukuman yang berat sekiranya kesalahan itu
dilakukan. Buli sebenarnya mendekatkan diri pelajar kepada masalah gansterisme samada di
dalam mahu pun di luar sekolah.
Program Menangani Perbuatan Buli ini difikirkan sesuai dan tepat dalam langkah KPM
untuk meninjau dan menyelami hati budi anak-anak murid dalam usaha untuk membimbing dan
membantu mereka dalam mengharungi alam remaja yang penuh pancaroba. Dengan
kerjasama pihak Sekolah Henry Gurney, di harap tahap kesedaran pelajar berkenaan gejala
buli dapat ditangani dengan berkesan diperingkat sekolah.
OBJEKTIF
1 Murid-murid sedar tentang kesan dan impak negatif perbuatan buli terhadap diri
mereka.
2 Murid-murid dapat panduan dan bimbingan ke arah kehidupan yang aman dan terteram
tanpa diganggu oleh kaki buli.

MATLAMAT
Menjadikan Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan daripada sifar buli.

SASARAN

Melibatkan pelajar Tahun 6 seramai 73 orang (lelaki dan perempuan).

ANJURAN DAN KELOLAAN

Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling

Kelolaan : Unit Bimbingan & Kaunseling SKFH, Unit PPDA, Unit Disiplin

TARIKH DAN TEMPAT

1. Tarikh :

2. Tempat : Dewan Terbuka SKFH

3. Masa : 8.00 am - 9.30 am

PENGISIAN

1. Ceramah Menangani Buli


2. Tayangan Klip Video Buli.
3. Pameran
ANGGARAN PERBELANJAAN

PERBELANJAAN JUMLAH (RM) PERUNTUKAN

 Saguhati RM 100.00
penceramah PCG KAUNSELING
RM 200.00
 Banner buli
JUMLAH KESELURUHAN RM 300.00

SUMBER KEWANGAN

i. PCG Kaunseling
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Ninang Binti Kongkong@anang (Guru Besar, SK Fajar Harapan)


Tim. Pengerusi : En. Jumarno bin Muhammad (Penolong Kanan HEM)
N. Pengerusi 1 : Pn. Rositdah Binti Hj Arshad (Penolong Kanan Pentadbiran)
N. Pengerusi 2 : En. Ali Bin Salif Sahidul (Penolong Kanan Koku)
Setiausaha : En. Muhammah Erwin Bin Jamal

PENUTUP

Semoga Program Menangani Perbuatan Buli ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
dan semoga anak-anak didik SK Fajar Harapan akan mendapat kesedaran bahawa perbuatan
buli akan merosakkan peribadi seseorang insan. Buli juga akan mengakibatkan masyarakat kita
hilang rasa kasih sayang dan kesepaduan di antara satu sama lain.

ULASAN GURU BESAR

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
Disediakan oleh, Disemak oleh,

(MUHAMMAH ERWIN BIN JAMAL) (JUMARNO BIN MUHAMMAD)


Guru Bimbingan dan Kunseling GPK HEM
SK Fajar Harapan SK Fajar Harapan

Disahkan oleh,

(NINANG BINTI KONGKONG@ANANG)


Guru Besar
SK Fajar Harapan

You might also like