You are on page 1of 12

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2019/2020

Tempat : Dewan Kampung Fajar Harapan


Tarikh : 16 Februari 2019
Masa : 8.00 – 12.00 tengahari
Kehadiran : Rujuk lampiran

1 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi (En. Muhamad Hairul Nizam bin Hasan) selaku Yang Di-Pertua PIBG
mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudiaan ahli mesyuarat untuk hadir bagi
menjayakan majlis mesyuarat agung tahunan PIBG pada kali ini.

1.2 Beliau juga turut mengharapakan agar mesyuarat pada kali ini akan dapat mengeratkan
lagi perhubungan antara ibu bapa dan guru dan beliau juga berharap keeratan yang
terjalin akan membolehkan SK Fajar harapan terus cemerlang pada masa akan datang.

Makluman

2 MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2018

2.1 Pengerusi meminta Cik Dg Syuhada Nabilah selaku setiausaha PIBG bagi sesi 2018
untuk membentangkan minit mesyuarat agung bagi tahun 2018 dan meminta ahli
mesyuarat juga turut meneliti minit mesyuarat yang dipaparkan.

2.2 Pengerusi memberi respon mengenai beberapa isu yang dikemukakan pada mesyuarat
agung sesi 2018, iaitu berkaitan isu keselematan seperti meletakkan papan tanda
“BERHENTI” di kawasan murid melintas dan isu beberapa penambahbaikan kelas-kelas
yang telah selesai dan diambil tindakan.

2.3 Pengerusi menjelaskan bahawa kesemua isu-isu yang dikemukakan telah selesai dan
telah mendapat respon daripada pihak pentadbir.

2.4 Minit mesyuarat agung tahunan bagi tahun 2018 telah mendapat cadangan pengesahan
daripada Encik Mohd Zainol Hairi.

2.6 Sokongan pengesahan minit mesyuarat tahunan bagi tahun 2018 telah dicadangkan oleh
Encik Lamsari bin Badul.

Makluman
3 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN 2018

3.1 Cik Dg Syuhada Nabilah selaku setiausaha PIBG 1 pada tahun 2018 membentangkan
laporan tahunan PIBG bagi tahun 2018.

3.2 Cik Dg Syuhada Nabilah melaporkan beberapa aktiviti PIBG bagi tahun 2018 yang
melibatkan mesyuarat ahli jawatankuasa sebanyak 4 kali, pengisian 6 aktiviti utama
untuk kehadiran ibu bapa yang mesti melibatkan lebih daripada 65% kehadiran ibu bapa,
1
sukarelawan daripada kalangan ibu bapa yang mesti melebihi 5%, sumber kewangan
PIBG dan beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah bersama-sama
dengan PIBG.

3.3 Semua ahli mesyuarat bersetuju untuk menerima laporan tahunan 2018.

Makluman

4 MEMBENTANGKAN, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN


BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

4.1 En. Jeffery bin Mekeong selaku bendahari PIBG bagi tahun 2018 telah membentangkan
penyata kewangan PIBG bagi tahun 2018.

4.2 Laporan kewangan bagi sesi 2018 telah mendapat cadangan pengesahan daripada
Puan Sharifal Nurul Fhaisha dan telah mendapat sokongan cadangan pengesahan oleh
Encik Gadapi bin Atti.

4.3 En.Muhamad Hairul Nizam telah bersetuju untuk meluluskan penyata kewangan berakhir
31 Disember 2018.

Makluman

5 MEMBAHASKAN USUL

Bil. Keselamatan/Kebajikan murid Nama Pembawa Usul Respon


En.Hairul memaklumkan
bahawa kawasan letak
bas akan dibuat
Cadangan pembinaan stesen bas penambahbaikan dan
tambahan untuk keselesaan Ramlag bin Mohamad pergerakan murid
1.
murid agar tidak mengganggu (Gemala Pura) melalui kawasan letak
pengguna jalan raya yang lain bas yang baru dijamin
tidak akan mengganggu
pengguna jalan raya
yang lain.
Pn.Rositdah memberi
Memohon pihak sekolah agar
respon bahawa alasan
mempertimbangkan alasan murid
murid datang lewat
sekiranya tidak dapat hadir ke
sekiranya kenderaan
sekolah atas sebab hujan atau Mursidih bin Arnesto
2. rosak boleh diterima,
jalan licin kerana murid dihantar (Kg.Tagupi)
namun pastikan murid
ke sekolah menggunakan
dapat mengurus masa
motosikal dan jarak tempat tinggal
dengan baik bagi
murid jauh dari sekolah
mengelakkan kelewatan.
Murid-murid selalu membawa Pn.Rositdah
buku yang banyak ke sekolah Asmat bin Gais memaklumkan bahawa
3.
sehingga sakit bahu, mohon pihak (Embara Budi) murid sememangnya
sekolah menyediakan jadual tetap telah diberi jadual tetap
2
untuk memudahkan murid dan buku sepatutnya
membawa buku ke sekolah dibawa mengikut jadual.
En.Jumarno
memaklumkan bahawa
ibu bapa/penjaga yang
ingin memnawa murid
keluar dari sekolah perlu
Cadangan agar tidak
mencatat nama terlebih
membenarkan sesiapa atas nama
dahulu di dalam buku
pakcik, makcik, kenalan, atau
catatan keluar murid
saudara membawa murid keluar Mohd Usop Pulai
4. yang telah disediakan di
dari sekolah. Hanya ibu bapa (Fajar Harapan)
pejabat. Murid hanya
sebenar sahaja diberikan
akan dibenarkan dibawa
kebenaran membawa keluar anak
keluar setelah
jika berlaku kes kecemasan.
ibu/bapa/penjaga
menunjukkan kad
pengenalan dan
memaklumkan
pentadbir.
Pn.Rositdah memberi
respon bahawa masa
persekolahan yang
disusun kini sudah terlalu
awal iaitu pada hari
Rabu, Khamis dan
Jumaat, murid akan
pulang lebih awal.
Berikutan isu ini pernah
Anak-anak lewat sampai ke diutarakan pada
Fatimah binti Sappi
5. rumah sehingga kadang-kadang mesyuarat agung
(Hamparan Badai)
tidak sempat makan tengahari sebelum ini, sekolah
terpaksa memendekkan
masa dan menambah
minggu persekolahan.
Selain itu, Pn.Rositdah
memohon agar para ibu
bapa untuk
mengingatkan anak
masing-masing bergerak
dengan cepat.
Memohon agar pihak sekolah
Cik Dg Syuhada
memaklumkan/menghantar surat
memberi respon bahawa
kepada pengurus kilang/ladang
surat sudah diedarkan
sekiranya ada
6. Ahard bin Udang kepada semua pengurus
perjumpaan/mesyuarat bersama
ladang serta surat juga
ibu bapa agar mendapat
telah diedarkan lebih
pelepasan keluar untuk mengikuti
awal kepada ibu bapa.
perjumpaan/mesyuarat

3
Bil. Pendidikan Nama Pembawa Usul Respon
Pn.Rositdah
memaklumkan bahawa
sebenarnya setiap hari
Selasa adalah Hari
Bahasa Inggeris.Oleh itu,
semua warga sekolah
digalakkan untuk bertutur
dalam Bahasa Inggeris.
Penggunaan Bahasa Inggeris Mohd Laji bin Jati
1. Pn.Rositdah berkongsi
dalam kalangan murid (Hamparan Badai)
masalah kekurangan
guru opsyen Bahasa
Inggeris iaitu hanya tiga
orang sahaja guru
opsyen yang tidak dapat
menampung untuk
mengajar sebanyak 18
buah kelas.
Pn.Rositdah
memaklumkan bahawa
guru-guru akan sentiasa
dipanggil berkursus dari
semasa ke semasa bagi
meningkatkan ilmu-ilmu
baru dalam pendidikan
selain program
Professeional Learning
Meningkatkan cara mengajar guru Mohd Laji bin Jati
2. Coaching (PLC) yang
agar lebih efektif (Hamparan Badai)
wajib untuk
meningkatkan tahap
efisiensi guru-guru. Di
samping itu, pencerapan
guru juga dibuat
sebanyak tiga kali
setahun bagi
menambahbaik tahap
pdpc guru-guru.
Pn.Hjh.Saabi memberi
respon bahawa terdapat
beberapa orang guru
yang melaksanakan
kelas tuisyen
persendirian berbayar,
Mohd Laji bin Jati
3. Menubuhkan program tuisyen sekiranya ada ibu bapa
(Hamparan Badai)
yang berminat, bolehlah
berurusan sendiri dengan
guru tersebut. Bagi murid
tahun 6, kelas tambahan
akan bermula pada bulan
Mac dan lewat sedikit
4
atas kekangan terlalu
banyak program yang
bertindih.
En.Hairul memberi
respon bahawa ada guru
Menubuhkan kumpulan dalam kelas yang membuat
talian (Whatsapp) di antara guru Abraham Mananang kumpulan whatsapp,
4.
dan ibu bapa bagi memudahkan (Hamparan Badai) cadangan agar
pemantauan prestasi anak berbincang sendiri
dengan guru kelas anak
masing-masing.
Pn.Hjh.Saabi memberi
Cadangan agar memberi kerja respon bahawa pihak
rumah kepada murid setiap hari Anuar Muin kementerian masih
5.
untuk semua mata pelajaran (Gemala Pura) membuat perbincangan
khususnya Pendidikan Islam mengenai isu ini dan
akan dimaklumkan kelak.
En.Hairul memberi
Cadangan agar guru-guru kelas cadangan agar
khususnya memberikan nombor meletakkan nombor
Rabiah Peru
6. telefon kepada ibu bapa agar telefon guru-guru kelas di
(Sahabat 26)
mudah dihubungi sekiranya hadapan pagar sekolah
berlaku hal-hal kecemasan bagi memudahkan ibu
bapa untuk berurusan.
En.Hairul memberi
respon bahawa
sebenarnya sekiranya
ibu bapa peka dan sering
bertanya anak-anak
mengenai apa yang telah
mereka pelajari di
sekolah, semua telah
diajar oleh guru.
Terdapat guru yang
membuat pertandingan
sifir terpantas bagi
Murid perlu menghafal sifir setiap Herman bin Mohaidin menggalakkan
7.
minggu (satu sifir satu minggu) (Hamparan Badai) murid-murid mengingat
sifir dan teknik yang
diajar oleh guru sangat
berkesan dimana murid
bukan sekadar
menghafal, tetapi tahu.
En.Hairul berharap agar
ibu bapa dapat
meluangkan sedikit masa
untuk bertanya
perkembangan
anak-anak dan
membimbing anak
5
masing-masing.
En.Hairul memaklumkan
bahawa, sekiranya
melibatkan wang, agak
Menyediakan ruang penyimpanan
8. Abdul Rahman sukar sedikit, namun
buku di bahagian belakang kelas
sumbangan daripada
orang perseoarangan
sangat digalakkan.

Bil. Kantin Nama Pembawa Usul Respon


Mempelbagaikan makanan di En.Jumarno menjelaskan
Mohd Laji bin Jati
1. kantin supaya murid dapat bahawa makanan yang
(Hamparan Badai)
membuat pilihan dijual dikantin sudah
cukup banyak, harga
berpatutan dengan
kuantiti serta telah
diluluskan dan
Makanan yang dijual agak mahal Patricia binti Mohammad
2. dimesyuaratkan. Murid
bagi murid (Hamparan Badai)
kurang gemar makan
kuih, oleh sebab itu,
empat jenis kuih sahaja
disediakan.
En.Jumarno memohon
agar ibu bapa mendidik
anak-anak untuk
memaklumkan peniaga
kantin sekiranya belum
menerima makanan yang
Memohon agar peniaga kantin dibeli kerana keadaan
lebih prihatin ketika murid murid yang tidak beratur
membeli makanan kerana ada Lamsari bin Badul dan berebut
3.
murid yang sudah menyerahkan (Embara Budi) menyebabkan kesukaran
duit, tetapi tidak menerima kepada peniaga kantin.
makanan yang dibeli Cadangan membuat
laluan/pembahagi akan
dibincangkan dengan
PIBG. En.Hairul memberi
respon dan cadangan
agar murid membawa
bekal sendiri dari rumah.

Bil. Tandas Nama Pembawa Usul Respon


Memohon agar kebersihan dan En.Hairul memaklumkan
Patricia binti Mohammad
1. kelengkapan peralatan di dalam bahawa semua isu ini di
(Hamparan Badai)
tandas dipertingkatkan bawah bidang kuasa
Membaik pulih tandas yang beliau dan beliau maklum
Sinarty Diam
2. berdekatan dengan blok tahun 1 dan tindakan segera
(Hamparan Badai)
dan tahun 6 akan diusahakan.

6
Cadangan agar tandas sekolah
dibina semula memandangkan
Abd.Rahim bin Sulaiman
3. tandas yang sedia ada sudah
(Hamparan Badai)
uzur dan tidak selesa untuk
digunakan oleh murid
Menaiktaraf kebersihan
4. Abdul Rahman
tandas-tandas sekolah

Bil. Bas Nama Pembawa Usul Respon


En.Hairul memberi
Memohon agar pihak sekolah
cadangan agar ibu bapa
dapat menyediakan bas untuk ibu Sahaila Mohammad
1. memaklumkan kepada
bapa pada mesyuarat akan (Hamparan Badai)
pemandu bas kampung
datang
masing-masing.
En.Hairul memaklumkan
bahawa isu ini telah
berkali-kali diutarakan,
surat dan amaran juga
telah beberapa kali
dibuat. Namun,
semuanya sudah diluar
kuasa pihak pengurus.
Cadangan En.Hairul
Menguatkuasakan larangan
Johana Lorensus untuk membendung isu
2. menjual makanan ringan di dalam
(Embara Budi) ini ialah dari ibu bapa
bas
sendiri iaitu dengan
melatih dan mendidik
anak-anak untuk membeli
makanan yang
mempunyai logo halal
yang disahkan sahaja
dan didik anak-anak
mengenai keburukan
makanan ringan.
Cadangan agar bas diletakkan di Dzulkefli Salama En.Hairul memberi
3.
kawasan tapak tamu (Embara Budi) respon bahawa bajet
daripada FGV akan
Cadangan agar pihak dimohon untuk
pengurusan sekolah dapat Bidin bin Sapri menyediakan ruang khas
4.
menetapkan tempat letak bas (Hamparan Badai) dan perkara ini maklum
sekolah dengan baik dan selamat dan dalam pemerhatian
beliau.

Bil. Buku teks Nama Pembawa Usul Respon


Anak tidak mendapat pinjaman Masri bin Ramsit Pn.Hjh.Saabi memberi
1.
buku teks (Sahabat 34) respon bahawa pihak
Anak kehilangan buku teks setiap sekolah baru menerima
Teddymar Gabria
2. tahun, cadangan agar nama bekalan buku teks tahun
(Embara Budi)
ditulis di bahagian belakang buku 3 dan bekalan yang
7
teks supaya mudah untuk dihantar oleh pihak
dikenalpasti kementerian masih tidak
mencukupi dengan
bilangan murid. Mohon
agar ibu bapa lebih peka
kerana setiap buku teks
ada disediakan ruangan
untuk menulis nama.

Bil. Disiplin Nama Pembawa Usul Respon


En.Ali memberi respon
bahawa murid boleh
membawa dan memakai
kasut sukan semasa
bersukan. Pemakaian
kasut sukan di sekolah
Membenarkan murid memakai mempunyai peraturan dan
Belminah binti Usman
1. kasut sukan ketika latihan sukan SOP, iaitu boleh dipakai
(Embara Budi)
agar murid lebih bersemangat ketika berada di padang.
Namun, tidak digalakkan
memakai kasut sukan
kerana dikhuatiri hilang
dan biasanya kasut sukan
agak mahal berbanding
kasut sekolah.

Bil. Waktu Persekolahan Nama Pembawa Usul Respon


Selaraskan masa balik sekolah Bahrin bin Mailani Pn.Hjh.Saabi memberi
1.
Tahap 1 dan Tahap 2 (Fajar Harapan) respon bahawa masa
Pihak sekolah seharusnya pulang bagi Tahap satu
mengkaji semula masa pulang dan Tahap dua tidak boleh
murid kerana anak-anak tidak ada Noraya bte Jaiman diselaraskan kerana tahap
2.
masa untuk menguruskan diri (Hamparan Badai) dua mempunyai lebih satu
untuk ke sekolah agama pada subjek berbanding tahap
sebelah petang satu.

Nama Pembawa
Bil. Hal-hal lain/Usul Guru Respon
Usul
Pn.Rositdah memberi respon
bahawa murid sering
membiarkan/tidak mempedulikan
Sediakan peralatan tulis alat tulis masing-masing terutama
1. Maslina Muhamad
murid selengkapnya apabila waktu pulang. Mohon ibu
bapa memesan dan mendidik
anak-anak untuk sentiasa menjaga
peralatan tulis masing-masing.
2. Pastikan murid membawa Feinih Zaini Pn.Rositdah memberi respon

8
bekalan air secukupnya bahawa tahap satu merupakan
kerana didapati ada murid kumpulan murid yang paling aktif,
yang meminum air paip dan mohon ibu bapa bekalkan air
meminta air kawan secukupnya kerana dikhuatiri murid
meminum air paip.
Pn.Hjh.Saabi memberi respon
bahawa satu kes terjadi baru-baru ini
iaitu ada murid yang sanggup
berpindah sekolah kerana tidak
Mohon ibu bapa memantau
3. Norhafizah Che Mat mahu menyiapkan kerja yang
kerja sekolah anak-anak
diberikan oleh guru. Mohon ibu bapa
sentiasa meluangkan sedikit masa
untuk memantau anak
masing-masing.
Mohon murid yang sakit dari Pn.Rositdah memaklumkan bahawa
4. rumah tidak datang ke Rafidah Lamat pihak sekolah tidak boleh
sekolah sewenang-wenangnya memberi
ubat kepada murid. Sekiranya anak
tidak sihat, usah paksa datang ke
sekolah. Selain itu, untuk makluman,
sekolah sudah ditetapkan jadual
Mohon peka atas kebersihan lawatan dari klinik dan dimaklumkan
5. diri anak-anak, baju sekolah, Zubaidah Wahab oleh jururawat mengenai tahap
kuku kebersihan murid bermasalah. Ada
murid yang memakai baju sama
selama berhari-hari walaupun pihak
sekolah telah memberikan baju
baharu.
Pn.Rositdah memberi respon
bahawa sekiranya murid mempunyai
Sekiranya ada borang yang adik-beradik, sertakan borang yang
perlu diisi tolong isi dengan diberikan bersama bagi
lengkap dan segera mengelakkan kes keciciran bantuan.
6. bersama dokumen yang Rafidah Lamat Selain itu, mohon ibu bapa pastikan
diperlukan, pastikan baca maklumat yang diterima betul, jika
dan fahamkan dulu borang tidak pasti terus tanya kepada pihak
sebelum diisi sekolah, elakkan bertanya kepada
orang luar bagi mengelakkan
kekeliruan.
Mohon pihak yang
berkenaan membaiki atap,
siling dan pintu kelas yang En.Edid memaklumkan bahawa isu
Mohd Faizal Ab
7. hampir roboh kerana ini sudah maklum dan sudah diambil
Rahim
dibimbangi mengancam tindakan segera.
keselamatan murid

Mohon ibu bapa untuk En.Ali memberi respon bahawa ibu


menyediakan buku aktiviti bapa digalakkan menyediakan buku
8. Zubaidah Wahab
sendiri di rumah untuk latihan sendiri selain yang terdapat
anak-anak agar boleh di sekolah sebagai peneguhan bagi
9
membimbing anak-anak anak-anak.
menjawab soalan (ada
skema jawapan)
En.Ali memohon agar pihak
pemandu bas bertanggungjawab
Bas sering membunyikan kerana isu ini bukan di bawah bidang
hon semasa sesi pdpc masih kuasa pihak sekolah. Namun,
9. Zubaidah Wahab
berlangsung dan makanan terdapat pekeliling daripada pihak
ringan masih dijual kementerian mengenai larangan
membunyikan hon di kawasan
sekolah.
Mohon ibu bapa peka
dengan jadual anak-anak En.Ali memaklumkan bahawa, pada
kerana ada yang membawa minggu sukan, murid sudah
10. Zubaidah Wahab
kesemua buku sehingga dimaklumkan untuk membawa buku
menyebabkan beg menjadi bagi subjek selepas rehat sahaja.
berat
En.Ali memberi cadangan agar ibu
bapa membimbing anak-anak
dengan empat kemahiran ini iaitu
membaca, menulis, mengira dan
Tahap 1 perlu menguasai
11. Zubaidah Wahab menaakul. Kebanyakan murid
kemahiran 4M
kurang menguasai kemahiran
menaakul, ibu bapa perlu
merangsang anak-anak dengan
kemahiran menaakul.
En.Ali menjelaskan sebagai bapa
sendiri, punca murid sering bangun
lewat adalah disebabkan oleh
gajet/telefon bimbit. Mohon ibu bapa
memantau penggunaan gajet
anak-anak dan pastikan anak-anak
tidur awal tepat pada masa yang
ditetapkan. En.Hairul memberi
respon dengan memohon agar ibu
bapa dapat meluangkan masa untuk
Kehadiran murid teruk atas
bertanya perkembangan
alasan murid sering
12. Elizabeth Joseph anak-anak/pantau kegiatan
tertinggal bas kerana
anak-anak dan anak-anak perlu
bangun lewat
disistemkan di rumah. Sekolah
sudah buat sistem, ibu bapa perlu
sama-sama membantu menjalankan
sistem iaitu dengan membawa apa
yang ada di sekolah ke rumah,
bukan hanya di sekolah sahaja.
Selain itu, kurangkan waktu
menonton televisyen.

10
Nama Pembawa
Bil. Prasekolah Respon
Usul
Perbanyakkan menonton Kasmilah En.Ali memberi respon bahawa
1. video berkaitan huruf dan (Ibu murid Pra pihak sekolah menerima cadangan
suku kata Azzahra) ini dan akan dipanjangkan kepada
gur-guru prasekolah. En.Hairul
memberi respon dengan
Perbanyakkan kad-kad
mengucapkan terima kasih kepada
berkaitan ejaan, huruf vokal, Dy.Nor Lizah Kula
guru-guru prasekolah kerana telah
2. huruf jawi dan Bahasa (Ibu murid Pra
menggalakkan anak-anak
Inggeris agar mudah untuk Balqis)
menggunakan imaginasi yang
murid-murid memahami
merupakan salah satu kemahiran
menaakul.

6 PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG 2019/2020

6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa ahi jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019 akan dibubarkan dan
pelantikan baru akan dibuat.

6.2 En.Hairul mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa PIBG sesi
2017/2018 yang telah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

6.3 En.Hairul membuka ruang bagi ahli mesyuarat untuk menyatakan cadangan bagi setiap jawatan.

6.4 Ahli jawatankuasa tertinggi PIBG bagi sesi tahun 2019/2020 adalah seperti berikut:

Jawatan Nama
Yang Di-Pertua En. Mohd Azali Bin Mohd Nor (Ibu bapa)
Naib Yang Di-Pertua En.Muhamad Hairul Nizam bin Hasan (Ibu bapa)
Setiausaha 1 Cik Nur Faezzah Umirah binti Mohd Rasid (guru)
Setiausaha 2 Cik Mariya Sazwana binti Mohd Syukri (guru)
Bendahari En.Muhammah Erwin bin Jamal (guru)
Biro KSIB Pn.Haryati Binti Tahar (ibu bapa)
Biro Maklumat En.Edid bin Lakibol (ibu bapa)
Biro Rohani En.Saiful bin Nurdin (guru)
Biro Pendidikan En.Jezzron Juladius (guru)
Biro Sukan dan Sosial En.Gadapi bin Atti (Ibu bapa)
Biro Ekonomi Pn. Shariffah Norulfhaisha Binti Ademawan (Ibu bapa)
Biro Pembangunan dan Keselamatan En. Kamajuan bin Maddawan (Ibu bapa)

6.5 Pertukaran tandatangan Buku Akaun PIBG bagi Sesi 2019/2020

Semua ahli mesyuarat telah sebulat suara bersetuju untuk melantik penama berikut sebagai
penandatangan cek:

BIL. NAMA NO.KAD PENGENALAN JAWATAN


1. En. Mohd Azali Bin Mohd Nor 790219-04-5115 Yang Dipertua PIBG
2. En. Muhammah Erwin bin Jamal 941218-12-6453 Bendahari PIBG

11
6.6 Berikut merupakan pemeriksa kira-kira yang baru dilantik:
1. En.Mohammad Aslam bin Kasan (guru)
2. Pn.Masnih (ibu bapa)

6.7 Berikut merupakan senarai wakil setiap kampung yang telah dilantik:

Kampung Nama wakil


Fajar Harapan En.Nasrun
Embara Budi En.Japari Zainal
Gemala Pura En.Nordin bin Minsadin
Hamparan Badai En.Herman
Tagupi Pn.Fauziah

6.8 En.Azali selaku Yang Dipertua PIBG yang baru memberikan ucapan terima kasih atas
kepercayaan yang diberikan untuk mengetuai barisan AJK PIBG sesi 2019/2020 dengan
harapan agar barisan AJK yang baru dilantik dapat mebantu ibu bapa dan guru. Semua AJK
akan berusaha meneruskan penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh AJK sebelum ini.

7 HAL-HAL LAIN

7.1 Pengerusi memberi cadangan agar sumbangan kewangan PIBG bagi setiap keluarga masih
dikekalkan seperti tahun sebelum ini. Pengerusi bertanya sekiranya ada ibu bapa yang
tidak bersetuju dengan jumlah yang ditetapkan tersebut. Ahli mesyuarat sebulat suara
bersetuju dan menetapkan sebanyak RM 15.00 bagi setiap keluarga untuk sumbangan
kewangan PIBG.

7.2 Pengerusi memohon agar semua ibu bapa dapat memberikan sokongan dan kerjasama
sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi membantu menjayakan setiap program yang
dianjurkan di sekolah.

8 PENANGGUHAN MESYUARAT

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dan di atas
kesudian semua ahli mesyuarat memberikan kerjasama.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________ ______________________

(Nur Faezzah Umirah Binti Mohammad Rasid) (Mohd Azali Bin Mohd Nor)
Setiausaha PIBG SK Fajar Harapan YDP PIBG SK Fajar Harapan
Sesi 2019/2020 Sesi 2019/2020

Disokong oleh, Disahkan oleh,

__________________________ ______________________

12

You might also like