You are on page 1of 3

LAPORAN PERJUMPAAN IBU BAPA MURID

PRASEKOLAH SK LEMBAH KERAMAT


SESI 2016

TARIKH : 14.11.2015
HARI : Sabtu
MASA : 09.30 pagi
TEMPAT : Makmal Komputer, SKLK
KEHADIRAN :
1. En. Majid Bin Madon- Guru Besar
2. Pn. Sharifah Maisurah Bt Syed Yasin-GPK 1
3. Pn. Habiba Bt Sakimin- GPK HEM
4. Pn. Nor Rafidah Bt Othman-Guru Prasekolah
5. Pn. Moniza Bt Rawi- Guru Prasekolah
6. Pn. Erma Niza Bt Mohd Isa- PPM
7. Pihak Ibu bapa -

ATURCARA MAJLIS:

09.30 Pagi : Pendaftaran


: Ucapan aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan doa
: Taklimat Prasekolah
: Perlantikan Jawatankuasa PEWARIS
: Bersurai

ULASAN:

1.0 Ucapan alu-aluan


1.1 Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan murid prasekolah sesi
2016
1.2 Sesi taklimat dimulakan dengan bacaan Al-fatihah
1.3 Encik Majid Bin Madon mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa
1.4 Beliau memaklumkan bahawa ini merupakan perjumpaan yang terakhir sebelum
bermula sesi persekolahan 2016

2.0 Waktu persekolahan


2.1 Waktu persekolahan bagi murid prasekolah ialah sama seperti sesi pagi iaitu 7.25
pagi (waktu masuk)
2.2 Semua murid Prasekolah akan turut terlibat semasa perhimpunan rasmi iaitu pada
hari Isnin setiap minggu dan kemudian masuk ke kelas selepas tamat perhimpunan
2.3 Murid yang datang awal dikehendaki duduk di tempat menunggu yang disediakan
di Pagar B untuk menjamin keselamatan murid. Murid tidak dibenarkan masuk ke
dalam kawasan Prasekolah sebelum guru atau PPM datang.
2.4 Ibu bapa diminta turun daripada kenderaan / meninggalkan kenderaan di luar
kawasan sekolah untuk keselamatan pelajar, sekiranya hujan ibu bapa dibenarkan
memandu masuk kenderaan dengan memastikan keselamatan pelajar
2.5 Waktu tamat sesi pembelajaran dan pengajaran 12.00 tengahari. Ibu bapa
dikehendaki mengambil anak selewat-lewatnya 12.30 tengahari. Ibu bapa yang
terpaksan mengambil anak lewat perlu memaklumkan kepada guru atau PPM
2.6 Sekiranya ibu bapa tidak dapat mengambil anak, maklumkan kepada guru siapa
yang sepatutnya mengambil anak

3.0 Keperluan di Prasekolah


3.1 Ibu bapa diminta menyediakan selipar untuk memudahkan pergerakan murid
semasa di dalam kawasan Prasekolah contohnya semasa ke tandas dan untuk
waktu kudapan
3.2 Ibu bapa juga diminta untuk membeli sendiri set buku Read Easy di kedai buku di
luar untuk kegunaan murid di kelas yang dianggarkan berharga RM40

4.0 Kesihatan
4.1 Sekiranya anak mempunyai masalah kesihatan, sila maklumkan kepada guru atau
PPM

5.0 Pakaian / uniform murid Prasekolah


5.1 Pihak sekolah tidak memaksa semua ibu bapa untuk membeli pakaian seragam
melalui pihak prasekolah, boleh beli sendiri
5.2 Pihak sekolah cuma membantu memudahkan urusan dalam pembelian pakaian
seragam yang sama di kalangan semua murid
5.3 Kepentingan pemakaian yang seragam adalah untuk keselamatan murid,
memudahkan pengecaman
5.4 Sekiranya pakaian seragam sudah diterima, sila patuhi jadual pemakaian uniform

6.0 Disiplin murid


6.1 Sekiranya murid balik dan menyebut perkataan yang tidak sepatutnya/ tidak
senonoh, sila maklumkan kepada guru untuk memastikan punca

7.0 Aktiviti tahunan


7.1 Terdapat bebarapa aktiviti tahunan yang akan dijalankan sepanjang tahun, oleh itu
sumbangan daripada ibu bapa adalah amat diperlukan untuk memastikan
kelancaran program

8.0 Kemasukan / permohonan tahun 2016


8.1 Pihak sekolah telah menerima sebanyak 83 permohonan dan hanya 50 orang
murid sahaja yang diperlukan untuk setiap tahun
8.2 Sekiranya terdapat rakan/ kenalan yang telah ditolak permohonan boleh mencuba
di SK Hulu Kelang
9.0 Lain-lain hal
9.1 Ibu bapa dikehendaki membeli lencana SK Lembah Keramat di kedai buku
sekolah untuk ditampal pada baju uniform ungu
9.2 Murid digalakkan datang awal ke sekolah dan bersarapan disekolah
9.3 Murid juga tidak digalakkan membawa bekalan dari rumah untuk mengelakkan
murid berebut
9.4 Sesi pembelajaran dan pengajaran dakan berlangsung bermula 8.00 pagi hingga
12.00 tengahari, ibu bapa dikehendaki memaklumkan kepada pemandu van
sekiranya anak diambil dengan van sekolah. Ibu bapa juga dikehendaki
menyerahkan nombor telefon pemandu untuk dihubungi
9.5 Harga keseluruhan untuk pakaian seragam ialah RM 75 :
Uniform ungu : RM 30
T-shirt Negeri : RM 20
T-Shirt Sekolah :RM 25
9.6 Pakaian murid sebelum mendapat pakaian seragam ialah t-shirt puitih dan seluar
hitam

10.0 Pelantikan Ahli Jawatankuasa PEWARIS 2016

PENGERUSI :Pn. Syarifah Fadzilah Bt Syed M. Hussein


NAIB PENGERUSI :Pn. Noraini Bt Johari
SETIAUSAHA :Pn. Farah
BENDAHARI :Pn. Norakmar Bt Md Sood
AJK :
1) En. Wan Asmawi B. Wan Mohd Bhawi
2) En. Shuib B. Abd. Karim

Taklimat ditangguhkan pada pukul 11. 30 pagi.

Pencatat,

………………………….
(Moniza Bt Rawi)
Setiausaha Jawatankuasa Prasekolah
SK Lembah Keramat

You might also like