You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP BATU 27, MUAR

MINIT MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID KE 7 SESI 2023/2024


SK LKTP BATU 27

Tarikh : 07 Februari 2024


Masa : 1:15 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat SK LKTP BATU 27
Pengerusi : Encik Salikin bin M. Lani
Kehadiran (Bilangan) : 16/18
Yang Hadir :
1. Encik Salikin bin M Lani ( Guru Besar )
2. Encik Abdul Halim Tawfek bin Hj Khalil ( Penolong Kanan Kurikulum )
3. Puan Herdayati binti Abdul Aziz ( Penolong Kanan HEM)
4. Puan Norazimah binti Hashim ( Penolong Kanan Ko Kurikulum)
5. Puan Rosaini binti Majid
6. Encik Nik Syahayadi bin Nik Daud
7. Puan Salmah binti Abd. Rahman
8. Puan Hjh Ruzitah binti Talib
9. Tn. Hj Ruslee bin Bedul
10. Encik Kamaruddin bin Karman
11. Encik Mohd Jaafar bin Hussin
12. Cik Nurul Aida binti Ahmad Basri
13. Puan Nur Ashikin binti Madon
14. Puan Noor Hidaya binti Mohd Jamil
15. Puan Najwa Nadhirah binti Ibarahim
16. Puan Zanariana binti Mohmad Don

Tidak Hadir : Puan Noraidah binti Mahmoh (Berbengkel)


Puan Nur Sakinah binti Zainudin

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Ucapan terima kasih kepada rakan gpk dan guru yang dapat menghadirkan diri ke
mesyuarat ini ..
1.2 Guru besar memaklumkan sekali lagi jika mahu mengambil CRK (Cuti rehat Khas),
perlu awal dan dirancang.
1.3 Beliau memaklumkan juga bahawa mesyuarat hari ini adalah kesinambungan
daripada mesyuarat semalam.
2. Agenda : Guru Besar

2.1 Guru Besar menyatakan esok adalah hari terakhir untuk pdpc bagi sesi
persekolahan 2023/2024. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada gpk dan
rakan guru untuk kemenjadian murid pada sesi ini.
2.2 Pada tahun 2023 juga segala aktiviti berjalan lancar dan sesi persekolah bagi
2024/2025 adalah bermula pada 10 Mac 2024 akan datang. Beliau juga memohon
untuk sediakan surat pemakluman cuti sekolah dan bila tarikh naik sekolah kepada
ibu bapa.
2.3 Guru Besar juga memaklumkan cuti persekolahan akhir tahun sesi 2023/2024
bermula 9 Februari 2024 dan akan dibuka semula pada 10 Mac 2024 bergantung
pada pengumuman semasa.
2.4 Semasa cuti persekolahan tiada penggiliran untuk hadir bertugas bagi guru kecuali
GPK . AKP hadir bertugas seperti biasa. Bagi guru yang ingin hadir ke sekolah bagi
tujuan tertentu perlu minta izin daripada guru besar terlebih dahulu.
2.5 Guru Besar juga bertanya bila tarikh belian buku dan pendaftaran prasekolah, dan
pastikan esok senarai belian buku sesi 2024/2025 telah lulus.
2.6 Guru Besar mengucapkan tahniah dan syabas kepada rakan gpk, rakan guru dan
murid atas penyertaan aktiviti kurikulum dan ko kurikulum seperti pertandingan
TKRS dan lain-lain yang melonjakkan nama sekolah . Beliau berharap untuk tahun
2024, sama-sama menggembleng tenaga lagi untuk menaikkan nama sekolah,
untuk kredit dan akhirnya kemenjadian murid.
2.7 Beliau menambah aktiviti ko kurikulum yang banyak disertai murid , kebitaraannnya
lebih kepada TKRS.
2.8 Guru Besar berharap setiap aktiviti, sekolah perlu sertai , sekurang-kurangnya murid
mendapat sijil.
2.9 Berdasarkan perjumpaan semalam, ada senarai semak yang perlu disiapkan dan
dihantarke telegram. Guru besar mengharapkan semua list dapat dihantar dan
disiapkan sebelum 15 Februari 2024.
2.10 TS 25, akan dijelaskan oleh GPK 1, sivik, PAK 21. Pendekatan bertema, KBAT
akan diaudit pada tahun 2025. Tindakan untuk semua guru.
2.11 Kewangan – baki duit panitia perlu rujuk pada PT.
2.12SKPM, 80% telah selesai kecuali std 4
2.13RPH sekolah akan dibentangkan pada mesyuarat kali pertama awal persekolahan
nanti.
Tindakan : Semua guru

3.0 Agenda : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

3.1 Puan Herdayati mengucapkan terima kasih kepada guru besar, rakan gpk dan
rakan guru sepanjang sesi 2023/2024 ini telah bekerjasama dalam semua aktiviti
yang dianjurkan oleh unit HEM. Ada 13 program yang dirancang dan juga yang
adhoc. Aktiviti-aktivit yang dijalankan adalah seperti berikut :
BIL AKTIVITI PERINGKAT CATATAN
1 GOTONG-ROYONG MADANI SEKOLAH / PPD GURU, IBU BAPA,
MURID
2 PELANCARAN DUTA SAHSIAH SEKOLAH / PPD GURU, MURID
PEMANGKIN PEMBENTUKAN
KARAKTER KARAMAH
INSANIAH
3 PELANCARAN KEMPEN HIDUP SEKOLAH / PPD GURU, MURID
SIHAT TANPA VAPE DAN
ROKOK
4 PEELANCARAN KEMPEN SEKOLAH / PPD GURU, MURID
HENTIKAN BULI DAN
GANGGUAN SEKSUAL
5 MINGGU SOLIDARITI SEKOLAH / PPD GURU, MURID
PALESTINE
6 SAMBUTAN HARI KANAK- SEKOLAH / PPD GURU, MURID
KANAK DAN HARI LAHIR
7 RANCANGAN MAKANAN SEKOLAH / PPD 50 ORANG MURID
TAMBAHAN
(RMT)
8 PROGRAM SUSU SEKOLAH SEKOLAH / PPD 50 ORANG MURID
(PSS)
9 BANTUAN AWAL SEKOLAH / PPD SEMUA MURID
PERSEKOLAHAN (BAP) TAHUN 1 HINGGA
FASA 1 DAN FASA 2
TAHUN 6
10 KWAPM SEKOLAH / PPD 50 ORANG MURID
FASA 1 DAN FASA 2
11 KWAPM KECEMASAN (BANJIR) SEKOLAH / PPD 3 ORANG MURID
12 BANTUAN PAKAIAN MAIJ MAIJ 46 ORANG MURID
13 SUMBANGAN BANTUAN ANAK MAIJ 7 ORANG
YATIM

3.2 Puan Herdayati juga memaklumkan bahawa bagi bantuan sumbangan untuk
anak yatim, yang terlibat hanya 7 orang sahaja sebanyak RM700 tanpa
mengambil kira murid di prasekolah.
3.3 Bagi data murid pula, setakat ini seramai 19 orang murid telah keluar, iaitu murid
tahun 6 sesi 2023/2024. Bagi tahun 1 akan datang seramai 15 orang, 3 orang
perempuan dan 12 orang lelaki. Ini menjadikan jumlah keseluruhan seramai 98
orang.
3.4 Untuk untik kesihatan, 4 orang murid telah terima suntikan DC, sudah cukup 7
tahun (murid prasekolah), dam pihak sekolah meminta kerjasama ibu bapa
sendiri menghantar anak mereka mendapatkan suntikan.
3.5 Buku RKM(Rekod Kesihatan Murid)- gpk Hem mengucaokan terima kasih
kepada Cikgu Jaafar dapatkan daripada online. Buku RKM ini menjadi masalah
jika murid ingin berpindah sekolah dan murid naik ke tingkatan 1.

Tindakan :Semua guru Kelas

4.0 Hal-hal lain

4.1 Pn.Hjh Ruzitah


-Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru besar, barisan gpk dan guru-
guru kerana memberi sokongan kepada segala aktiviti prasekolah.
-Jamuan pra hari ini, dan setiap guru akan mendapat sebekas nasi ayam
-Beliau juga memberitahu esok adalah hari pemulangan barang-barang kepada
murid-murid prasekolah.

Tindakan : Makluman Semua guru

4.2 Ustazah Nur Ashikin


-Beliau memaklumkan kepada guru besar bahawa bagi sijil psikometrik untuk
tahun 4,5 dan 6 telah selesai.
-Psikometrik ini adalah untuk melihat kecenderungan murid dalam sesuatu mata
pelajaran.

Tindakan : Makluman Semua guru

5.0 Penutup

5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,
URUS SETIA
Mesyuarat Pengurusan HEM
Sk LKTP Bt 27, Lenga
Tarikh: 14 Februari 2024

You might also like