You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT TAKLIMAT PEWARIS PRASEKOLAH

SJK(TAMIL) JERANTUT SESI 2018

TARIKH : 26 NOVEMBER 2017 (SABTU)

MASA : 3.00 PETANG

TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER

HADIR

1. EN KUMARASAMY A/L RAJAGOPAL (GURU BESAR)


2. PN MAHALETCHIMY A/P KRISHNAN (GPK KURIKULUM)
3. EN BATMANATHAN A/L AIYAPPAN (GPK HAL EHWAL MURID)
4. EN RAMAN A/L PONNUSAMY (GPK KOKURIKULUM)
5. CIK RUBINI DEVI A/P MUTTHUSAMY (GURU PRASEKOLAH)
6. CIK MEENAMBAL A/P KRISHNAN (GURU PRASEKOLAH)
7. PN. ROFEAH BT MOHD YASIN (PPM PRASEKOLAH)
8. PN. NOR IDAYU BINTI JAMALUDDIN (PPM PRASEKOLAH)
9. Semua Ibu bapa (Senarai nama yang dilampirkan)

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Aluan
2. Ucapan Guru Besar
3. Ucapan Guru Prasekolah
4. Pelantikan AJK Pewaris Prasekolah 2018
5. Hal-hal lain
6. Ucapan Penangguhan

1.0 UCAPAN ALUAN


1.1 Setiausaha mengalu-alukan kedatangan Guru Besar, Guru Penolong Kanan
kurikulum, pewaris prasekolah, guru-guru, dan pembantu pengurusan murid.
1.2 Setiausaha mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kehadiran ke
Taklimat Pewaris Prasekolah Bagi Sesi 2018.

2.0 UCAPAN GURU BESAR


2.1 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua pewaris prasekolah yang
dapat menghadirkan diri pada taklimat kali ini serta sudi menghantar anak-anak
mereka ke SJK(Tamil) Jerantut.
2.2 Guru besar telah membincangkan tentang beberapa isu-isu semasa prasekolah.
Berikut merupakan isu-isu semasa yang telah dibincang.
 Kehadiran murid-murid prasekolah
 Kekurangan meja dan kerusi bagi prasekolah baru.
3.0 UCAPAN GURU PRASEKOLAH
3.1 Ucapan salam dan selamat datang kepada guru besar, guru-guru penolong
kanan dan semua pewaris prasekolah.

3.2 Sejarah Kelas Prasekolah SJK(Tamil) Jerantut


 Kelas prasekolah di SJK(Tamil) Jerantut telah dimulakan pada tahun 2007.
 Terdapat dua buah kelas prasekolah iaitu Kalai Tamil dan Kalai Jothi.
 Guru kelas Kalai Tamil adalah Cik Rubini Devi manakala guru kelas kalai jothi
adalah Cik Meenambal.

3.3 Objektif prasekolah


 Menyediakan pengalaman pembelajaran bagi murid berumur 5 & 6 tahun.
 Menyuburkan potensi murid.
 Menguasai kemahiran asas iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.
 Memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke tahun satu.

3.4 Pakaian / Uniform murid


 Selaras dengan surat siaran KPM 600-1/4/12JLD 3 bertarikh 13 Julai 2017.
 Kemeja T putih berkolar, track bottom biru gelap dan kasut kanvas putih dan
berstoking putih .
 Lencana sekolah (bertampal /berjahit).
 Uniform sekolah – diberi dua pilihan iaitu, pilihan pertamanya pada hari isnin
murid-murid memakai uniform sekolah dan pilihan kedua pula memakai tshirt.
Majoritinya setujui untuk pilihan pertama.

3.5 Kehadiran murid


 Kehadiran murid ke sekolah adalah wajib kecuali atas masalah kesihatan.
 Murid perlu berada di kawasan sekolah jam 7.15 pagi.
 Waktu jemput murid semula ialah jam 12.00 tengah hari.
 Pengangkutan murid adalah tanggungjawab ibu bapa dan perlu diuruskan
oleh ibu bapa sendiri. Pihak sekolah tidak akan menyediakan sebarang
pengangkutan kepada murid prasekolah.

3.6 Kesihatan dan Keselamatan


 Maklumkan guru sekiranya anak-anak mengalami penyakit yang kronik dan
berjangkit.
 Maklumkan guru sekiranya anak-anak tidak boleh makan makanan khusus
(contoh seperti makanan laut, buah atau lain-lain).
 Ibubapa atau penjaga sahaja diberikan kebenaran untuk mengambil murid.
 Maklumkan guru sekiranya pihak lain yang datang mengambil murid.
 Murid yang sakit tidak perlu hadir ke kelas dan serahkan surat sakit.
 Ibu bapa atau penjaga diminta menghantar dan mengambil murid di pintu
pagar utama sahaja.
 Murid tidak dibenarkan membawa barangan berharga seperti rantai dan
anting-anting serta membawa wang saku.

3.7 Kutipan Prasekolah 2018


 Berikut merupakan cadangan kutipan wang sumbangan dibuat atas
persetujuan ibu bapa seperti berikut:-
BIL PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH
1. Baju T-shirt & Track bottom RM 25.00 2 pasang RM 50.00
2. Pengurusan Diri RM 20.00 - RM 20.00
3. Sumbangan RM 5.00 (10 Bulan) RM 50.00
4. Buku Kerja RM 7.00 5 Buku RM 35.00
5. Baju Sukan RM 15.00 Sepasang RM 15.00
JUMLAH RM 170.00

3.8 Hari Orientasi Prasekolah


 Majlis peringkat sekolah ini akan diadakan pada 30 Disember 2017 bermula
jam 8.00 pagi di dewan sekolah.

4.0 PELANTIKAN AJK PEWARIS PRASEKOLAH 2018


4.1 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pewaris Prasekolah SJK(Tamil) Jerantut Tahun
2018 (sila rujuk lampiran).

5.0 UCAPAN PENGERUSI


5.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua AJK pewaris prasekolah yang
terpilih dan mengharapkan semua ibu bapa dapat memberi kerjasama
sepenuhnya dalam menjayakan program prasekolah bagi tahun 2018.
5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.
Disediakan Oleh;

..........................................................
(RUBINI DEVI A/P MUTTHUSAMY)
SETIAUSAHA,
SJK (TAMIL) JERANTUT,
PAHANG.

Disemak Oleh;

.................................................................................
(EN. KUMARASAMY A/L RAJAGOPAL SMP., AMP.,)
GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT,
PAHANG.

Disahkan Oleh;

………………………………...........................................
(EN. THANABAL A/L RASAKOBAL @RAJAKOPAL)
PEWARIS PRASEKOLAH,
SJK (TAMIL) JERANTUT,
PAHANG.

You might also like