You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

HARI PENDAFTARAN TAHUN SATU 2020

1.0 TAJUK PROGRAM

1.1 Hari Pendaftaran Tahun Satu 2020

2.0 MATLAMAT

2.1 Mendedahkan bakal murid-murid Tahun satu kepada suasana


persekolahan sebenar.

2.2 Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai hal ehwal


sekolah yang perlu mereka ketahui.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid yang akan menempuh


alam persekolahan supaya lebih bersedia menjelangnya hari
persekolahan sebenar.
3.2 Mengenalkan suasana persekolahan dengan lebih dekat lagi
dengan membawa mereka bertemu dengan guru-guru serta
melihat persekitaran sekolah seperti bilik darjah, pusat sumber,
tandas, kantin, pejabat, surau dan bilik-bilik khas.
3.3 Menjelaskan kepada ibu bapa hal-hal berkaitan persekolahan
anak-anak yang perlu mereka ketahui bagi mereka yang anak-
anaknya baru melangkah ke alam persekolahan demi menjalinkan
hubungan yang lebih rapat di antara sekolah dengan ibu bapa serta
untuk kebaikan bersama.

4.0 PERINGKAT PERLAKSANAAN

4.1 Majlis peringkat sekolah ini akan diadakan pada hari Ahad, 29
Disember 2019 bermula jam 8.00 pagi hingga jam 11.00 pagi.
4.2 Majlis ini akan melibatkan kerjasama dari semua guru Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Batang Benar, Nilai.

5.0 SASARAN PENYERTAAN

5.1 Program ini diadakan khas untuk murid-murid Tahun Satu yang
akan memulakan sesi persekolahan mereka pada tahun 2020.
6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA PELAKSANA
HARI PENDAFTARAN TAHUN SATU
SJK TAMIL LADANG BATANG BENAR,NILAI

Penasihat
En. Asokkumar Manikam (Guru Besar )

Pengerusi
Pn. Shoghilah Tamilarasan (GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi I
Pn. Malar Arasan (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi II
Pn. Santhi Ramasamy (GPK Kokurikulum)

Setiausaha
Pn. Yogavani Krishnan
Penyelaras Hari Pendaftaran

AHLI
JAWATANKUASA

Pendaftaran
Pn.B. Hindumathi Fotografi
En.R. Panir Sellvam
Bacaan Doa & Makanan
Pn. A. Puganeswary Persiapan Dewan
Pn. M. Ponmani
Pengacara Majlis, Dokumentasi & Pekerja
Buku Program
Pn. K. Yogavani
Disiplin
Semua Guru
Aktiviti Murid
Pn. L. Kalaimathi
7.0 TENTATIF HARI PENDAFTARAN TAHUN SATU 2020

08:00 pagi Pendaftaran


- Ibubapa/Penjaga mendaftar nama
- Berkumpul di Bilik Darjah 1

08:30 pagi - Thevaram


- Ucapan Aluan Guru Besar
- Suaikenal Guru SJK Tamil Ladang Batang Benar, Nilai

Murid masuk ke Kelas


Aktiviti Orientasi (Mewarna, Rakan Belon, Nyanyian)
- Pn. L. Kalaimathi

Taklimat kepada Ibu bapa Tahun 1

- Taklimat HEM – Pn. Shoghilah Tamilarasan


- Taklimat KSSR/PBS – Pn. Malar Arasan

** Borang- borang berkaitan, diedarkan

** GPK HEM memberi penjelasan kepada ibubapa berkenaan dokumen


yang perlu dilengkapkan:
 Salinan Sijil Lahir Murid
 Salinan Kad Pengenalan Ibu bapa/penjaga
 Salinan Sijil Perkahwinan
 Salinan Penyata Pendapatan
 Salinan Kad Imunisasi Murid
 Gambar Murid
 Borang maklumat murid
 Salinan Bil Air, Elektirik atau telefon

Kudapan & Bersurai


8.0 PENUTUP

Hari Pendaftaran Tahun 1 pada tahun 2020 ini diharap dapat berjalan
dengan baik dengan kerjasama daripada semua pihak. Pihak sekolah berharap
semua ibu bapa/penjaga dapat menghantar anak-anak mereka yang telah cukup
umur untuk mendaftar di alam persekolahan supaya mendapat pendidikan awal
kanak-kanak secara menyeluruh. Justeru, segala perancangan yang telah
dirancang oleh pihak sekolah dapat dijalankan dengan jayanya.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

....................................................... ...................................................
( Yogavani A/P Krishnan) GPK HEM
Penyelaras Hari Pendaftaran Tahun 1/ 2020

Disahkan oleh,

...............................................
Guru Besar

You might also like