You are on page 1of 14

CATATAN TAKLIMAT PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

PENGERUSI : Pn Tan Choy Ying

Guru Besar SJKC SIN MIN, SIMPANG

TARIKH : 6 Julai 2020; 8.30 pagi

TEMPAT : Dewan kecil sekolah

1. MAKLUMAT AM

1.1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan bahawa pindaan ini


dibuat selaras dengan pindaan peraturan yang dikeluarkan oleh MKN
sebelum ini. Sehubungan dengan itu, mesyuarat ini bertujuan untuk
memastikan kesiapsediaan sekolah untuk:

1.1.1 menerima murid dalam bilangan yang besar selepas ini.

1.1.2 supaya tidak timbul isu dalam proses pembukaan semula sekolah.

1.1.3 memastikan semua guru dan murid berada dalam keadaan selesa
dan selamat.

2. PENATARAN OLEH TKPPM (SOS)

2.1 PENGURUSAN ALAT PENGIMBAS SUHU BADAN (THERMOMETER)


Thermometer hendaklah disimpan dengan baik dan pihak KKM akan
menyemak alat ini semasa mereka hadir ke sekolah untuk tujuan
1
pemantauan.

2.2 PEMANTAUAN OLEH JPN DAN PPD

JPN dan PPD diminta MEMANTAU SEMUA SEKOLAH (termasuk


Sekolah Rendah dan tadika/taska swasta yang berdaftar dengan KPM)
untuk melihat persiapan sekolah.

2.3 PEMBELIAN PERALATAN KESIHATAN

Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan RM 17.8 juta (RM1.5


juta untuk sektor pendidikan) untuk tujuan pembelian peralatan kesihatan.
PPD diminta memulangkan semula (jika ada) semua peralatan yang telah
dipinjam dari sekolah rendah sebelum ini.

2.4 TEMPAT MEMBASUH TANGAN

2.4.1 Sekolah diminta menambahkan bilangan sinki, paip air atau “mobile
sink” di tempat-tempat strategik di sekolah agar budaya membasuh
tangan dapat diterapkan kepada warga sekolah.

2.4.2 Guru dan murid TIDAK DIGALAKKAN membasuh pinggan dan


peralatan makan di tempat membasuh tangan untuk mengelakkan
sisa makanan mengotori kawasan sekitar.

2.4.3 Guru Besar (sekolah rendah) hendaklah menyediakan tempat


basuh tangan sebelum kemasukan semula murid-murid.

2
2.4.4 Sabun dan kaedah meletakkan sabun (yang sesuai) di tempat
membasuh tangan hendaklah difikirkan oleh pihak sekolah untuk
mengelakkan kesukaran dalam kalangan murid.

2.5 BILIK PDP / BILIK DARJAH / MAKMAL DAN PENGGUNAAN DEWAN


SEKOLAH, AUDITORIUM SEKOLAH DAN BILIK KHAS BERSAIZ
BESAR

2.5.1 Selaras dengan pindaan oleh MKN (berkumpul dalam bilangan


yang tidak melebihi 250 orang), maka sekolah BOLEH
MENGGUNAKAN dewan sekolah, auditorium sekolah atau bilik
khas bersaiz besar sebagai bilik pdp, dengan mematuhi 2 syarat
iaitu penjarakan sosial (bahu ke bahu: 1 meter) dan faktor
pengudaraan yang baik.

2.5.2 Sehubungan dengan itu, had maksimum sebanyak 20 orang setiap


kelas sebelum ini dipinda kepada JUMLAH OPTIMUM, bergantung
kepada saiz bilik tersebut. Pindaan ini juga mengambil kira
kemungkinan kemasukan murid yang lebih ramai ke sekolah
selepas ini.

2.5.3 Pindaan juga telah dibuat terhadap kedudukan meja murid. Pihak
sekolah dibenarkan menyusun meja murid dari tepi dinding (rapat
ke dinding) dan juga boleh disusun ke bahagian hadapan kelas.
Penyusunan ini mengambil kira jarak bahu ke bahu (bukan meja ke
meja).

2.5.4 Jika kelas tersebut (termasuk perabut murid) digunakan oleh murid
3
berbeza kerana sekolah memilih Model Persekolahan 2 (2 sesi)
maka perabut murid dan perabut guru hendaklah disanitasikan
dengan cara “sembur dan lap’ selepas sesi pagi selesai
menggunakan kelas tersebut. Begitu juga dengan murid-murid sesi
petang apabila selesai menggunakan kelas tersebut.

2.6 PILIHAN MODEL PERSEKOLAHAN

JPN dan PPD perlu mengenalpasti sekolah-sekolah yang perlu beroperasi


dengan model-model persekolahan tertentu. Terdapat 3 model
persekolahan yang dipertimbangkan iaitu:

2.6.1 Model 1 (model pengoperasian 1 sesi)

Bagi sekolah yang mempunyai kemudahan sedia ada yang lengkap


dan mencukupi untuk menampung semua murid.

2.6.2 Model 2 (model pengoperasian 2 sesi)

Bagi sekolah yang mempunyai kemudahan sedia ada yang boleh


menampung sebahagian daripada semua murid pada satu-satu sesi.

2.6.3 Model 3 (model pengoperasian penggiliran)

a. Bagi sekolah yang tidak mempunyai kemudahan yang


mencukupi yang boleh menampung semua murid walaupun
jika dioperasikan dalam 2 sesi.

b. Walau bagaimanapun, Model 3 adalah pilihan terakhir dan

4
kebenaran hanya diberikan kepada sekolah untuk memilih
Model 3 setelah berbincang dengan PPD. Pihak KPM juga
akan menyediakan Garis Panduan untuk mengoperasikan
sekolah menggunakan Model 3.

c. Sekolah yang terpaksa beroperasi dengan Model 3 perlu


melaksanakan sesi libat urus dengan ibubapa supaya
mereka memahami keadaan sebenar. Data-data berkaitan
hendaklah dikumpul dan disimpan oleh pihak sekolah.

2.7 MENGIMBAS SUHU BADAN DAN MENGURUSKAN


MURID BERGEJALA

2.7.1 Suhu badan murid hendaklah diambil apabila murid masuk ke


sekolah tetapi TIDAK BOLEH diambil di dalam kelas atau di
dalam bilik-bilik tertentu (hanya dibenarkan di kawasan
berhampiran dengan pintu masuk sekolah sahaja).

a. Pihak sekolah boleh menyewa khemah yang dipasang


berhampiran pintu masuk atau menggunakan tempat parkir
kereta guru sebagai tempat untuk mengimbas suhu badan
murid.

b. Tempat mengimbas suhu badan murid tidak semestinya


menjadi tempat merekod suhu badan murid. Pihak sekolah
boleh merekodkan suhu badan murid di dalam bilik darjah atau
di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai untuk mengelakkan
kesesakan di tempat mengimbas suhu badan.

5
2.7.2 Murid yang mempunyai suhu badan 37.5 dan ke atas tidak boleh
dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Pihak sekolah perlu
mengimbas suhu badan sebanyak 3 kali dan jika suhu badan
masih menunjukkan bacaan yang tinggi, maka pihak sekolah perlu
menelefon ibubapa untuk mengambil murid tersebut.

2.7.3 Bagi mengimbas suhu badan murid yang berjalan kaki untuk jarak
yang jauh (1 km), pihak sekolah perlu memastikan murid ini berehat
terlebih dahulu sebelum diimbaskan suhu badan mereka. Imbas
suhu badan mereka sebanyak 3 kali jika bacaan yang dicatatkan

37.5 atau lebih. Jika bacaan suhu masih kekal 37.5 atau lebih dan
murid berkenaan menunjukkan tanda bergejala, pihak sekolah
perlu mengikuti langkah seperti di Perkara 2.11.2 dan 2.11.3.

2.7.4 Jika ada murid menunjukkan tanda-tanda bergejala, pihak sekolah


dikehendaki menelefon Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dengan
segera agar murid ini dibawa ke hospital dengan ambulan. Pihak
sekolah tidak boleh sama sekali menggunakan kenderaan guru
untuk menguruskan murid bergejala.

2.7.5 Jika terdapat murid yang menunjukkan tanda-tanda bergejala


selepas berada di sekolah, pihak sekolah hendaklah membawa
murid ini ke bilik isolasi dengan segera. Guru yang bertugas
hendaklah memakai PPE dan pelitup muka. Murid yang terlibat
juga perlu diberikan pelitup muka.

2.8 BILIK ISOLASI


6
2.8.1 Bilik isolasi hendaklah berada di blok akademik supaya tindakan
segera boleh diambil jika terdapat kes murid bergejala.

2.8.2 Nombor telefon PKD hendaklah diletakkan di bilik isolasi.

2.8.3 Guru bertugas di bilik isolasi hendaklah memakai PPE dan pelitup
muka. Pihak KPM telah membekal PPE kepada pihak sekolah
tetapi mungkin tidak mencukupi. Sehubungan dengan itu, pihak
sekolah boleh berbincang dengan PIBG untuk menambah bilangan
PPE. Nota: PPE hanya boleh digunakan sekali sahaja.

2.8.4 Sekolah dinasihatkan agar menyediakan bilik isolasi yang


berasingan untuk murid lelaki dan perempuan. Jika sekolah tidak
mempunyai bilik tambahan, memadai jika meletakkan penghadang
di antara katil murid lelaki dan katil murid perempuan. Jika terdapat

2 kes berlainan jantina serentak, maka pihak sekolah perlu


menjadualkan 2 guru (lelaki dan perempuan) di bilik isolasi.

2.9 TANDAS

2.9.1 Tidak perlu penjarakan sosial di dalam tandas dan pihak sekolah
dinasihatkan agar menggunakan semua mangkuk tandas
sepenuhnya tetapi dengan kaedah yang bersistem. Contoh:
menyediakan kad/pas masuk tandas mengikut bilangan mangkuk
tandas yang ada.

2.10 BILIK GURU

7
2.10.1 Pihak sekolah perlu pastikan ukuran jarak 1 meter di antara bahu
ke bahu (bukan dari meja ke meja).

2.10.2 Jika penggunaan meja dan kerusi guru di sekolah berkonsepkan


gunasama (di antara sesi pagi dan sesi petang), maka pihak
sekolah perlu memastikan proses sanitasi dilakukan dengan cara
“sembur dan lap” selepas guru pertama selesai menggunakan
perabut tersebut. Nota: begitu juga dengan perabut murid dalam
kelas jika kelas tersebut digunakan oleh murid-murid yang
berbeza sesi.

2.11 KANTIN SEKOLAH

2.11.1 Pihak sekolah hendaklah memastikan makanan TIDAK DISAJIKAN


untuk murid dan guru tetapi MESTI DIBUNGKUS.

2.11.2 Jika ramai murid kembali ke sekolah (selepas ini), pengusaha


kantin dinasihatkan agar menambah meja dan kaunter supaya
murid HANYA beratur sekali sahaja untuk membeli dan membayar.
Pengusaha kantin tidak dibenarkan untuk menggunakan kaedah
seperti sebelum ini, iaitu mengambil makanan di tempat lain dan
membayar di tempat lain.

8
2.11.3 Kaedah “pre-order” yang dilakukan oleh banyak sekolah boleh
diamalkan tetapi pihak sekolah hendaklah memastikan TIADA ISU
yang timbul ekoran keputusan itu. Isu yang dijangka timbul adalah
berkaitan perkara-perkara berikut:

a. jika murid ditugaskan untuk mengutip bayaran.

b. jika wakil murid ditugaskan mengambil makanan di kantin.

c. jika guru kelas ditugaskan mengutip bayaran setiap kelas.


(isu beban tambahan dalam kalangan guru).

2.11.4 Murid TIDAK DIBENARKAN makan di kantin, di pondok bacaan


atau di wakaf / binaan yang ada di sekitar sekolah. Mereka hanya
dibenarkan makan di dalam bilik pdp sahaja. Guru DIBENARKAN
makan di kantin JIKA KANTIN SEKOLAH mempunyai ruang yang
sesuai setelah mengambil kira penjarakan sosial.

2.11.5 Pihak sekolah boleh sarankan guru dan murid membawa sudu dan
garpu pakai buang (bagi mereka yang membawa bekal sendiri ke
sekolah).

2.11.6 Pihak sekolah hendaklah memastikan guru dan murid TIDAK


MENGGUNAKAN sinki dan paip untuk membasuh pinggan selepas
digunakan (rujuk perkara 2.7).

2.11.7 Pihak sekolah hendaklah meletakkan tong sampah bertutup dan


berplastik (di bahagian dalam) di kawasan-kawasan yang strategik.
2.11.8 Kantin sekolah TIDAK BOLEH dijadikan tempat untuk
melaksanakan pdp walaupun sekolah mempunyai ruang kantin
yang luas.

2.12 BAS SEKOLAH

2.12.1 Berdasarkan nasihat Kementerian Pengangkutan, TIADA


penjarakan sosial di dalam bas awam atau bas sekolah tetapi
penumpang bas perlu sentiasa memakai pelitup muka.

2.12.2 Pemandu bas perlu mengingatkan murid agar sentiasa memakai


pelitup muka sepanjang masa mereka berada di dalam bas.

2.12.3 Sekolah dibenarkan memulakan sesi persekolahan dengan 2 tahap


yang berbeza untuk mengelakkan kesesakan di laluan berhampiran
sekolah.

2.13 MURID BERGEJALA

2.13.1 Semua murid digalakkan memakai pelitup muka di sekolah.

2.13.2 Murid bergejala kecil (pening, batuk kecil) dikehendaki memakai


pelitup muka, manakala murid bergejala besar perlu dibawa ke bilik
isolasi dengan segera.
2.13.3 Pihak sekolah perlu berkomunikasi dengan ibubapa jika ada murid-
murid yang mempunyai 8 penyakit seperti di bawah. Pihak sekolah
boleh benarkan murid-murid ini UNTUK TIDAK HADIR ke sekolah
setelah menerima permohonan bertulis daripada ibubapa yang
dikepilkan dengan dokumen daripada pihak hospital.

Murid-murid yang disahkan mengidap 8 jenis penyakit berikut


MESTI MEMAKAI PELITUP MUKA SEPANJANG MASA:

a. asma

b. jantung

c. kencing manis

d. buah pinggang

e. hati

f. murid yang menghadapi kerkurangan zat makanan yang


serius

g. murid yang kurang daya tahan (imuniti rendah).

h. murid yang memerlukan steroid sebagai ubat.

2.14 PELITUP MUKA

2.14.1 Pelitup muka tidak dibekalkan oleh sekolah kepada semua murid
tetapi bekalan hanya untuk murid bergejala semasa berada di
sekolah sahaja (yang akan ditempatkan di bilik isolasi).

2.14.2 Pelitup muka jenis fabrik dan jenis “washable” boleh


digunakan tetapi pelitup muka yang baik ialah daripada jenis
“3 layer”.

2.15 LAIN-LAIN

2.15.1 PENGGUNAAN “MASKINGTAPE” UNTUK PENANDAAN DI


LANTAI

Kebanyakan sekolah menggunakan “masking tape” untuk


melabelkan pergerakan laluan terarah tetapi kaedah ini kurang
sesuai apabila semua murid kembali ke sekolah nanti. Sekolah
dinasihatkan agar menggunakan kaedah semburan cat dengan 2
warna berbeza untuk memastikan tanda tersebut tidak tertanggal.

2.15.2 TANGGUNGJAWAB GURU DAN AKP SEBAGAI PENJAWAT


AWAM

a. JPN, PPD dan pentadbir sekolah hendaklah sentiasa


mengingatkan guru dan AKP bahawa mereka adalah
penjawat awam dan perlu hadir ke sekolah untuk bertugas.
Tiada kompromi berkenaan perkara ini. Kekecualian
diberikan kepada mereka yang tertakluk kepada perkara-
perkara yang dibenarkan untuk BDR (rujuk Garis Panduan
Pembukaan Semula Sekolah dan Soalan Lazim serta arahan-
arahan daripada KPPA, KSU dan KPPM).

Guru dan AKP yang tidak dapat hadir kerana halangan-


halangan tertentu, hendaklah mengepilkan dokumen yang
menyokong permohonan guru dan AKP berkenaan.
b. Kebenaran untuk Bekerja Dari Rumah (BDR) adalah
dibawah bidang kuasa Ketua Jabatan. Bagi kes guru,
Pengetua dan Guru Besar (PGB) hendaklah menyenaraikan
tugasan yang perlu dilakukan oleh guru berkenaan di rumah
dan guru perlu melaporkan kepada PGB masing-masing.

c. Guru-guru (dan penjawat awam lain) yang diberikan kebenaran


BDR mesti:

i. berada di rumah sepanjang tempoh bekerja/waktu


persekolahan.

ii. boleh dihubungi.

iii. hadir ke sekolah / pejabat apabila dikehendaki oleh


Ketua Jabatan.

2.15.3 PENGGUNAAN BANGUNAN SEKOLAH SEBAGAI KELAS


KAFA ATAU KELAS AGAMA

KPM akan mengeluarkan garis panduan pada minggu hadapan.

2.15.4 PROSES NYAHKUMAN DI SEKOLAH

a. KPM tidak melaksanakan proses nyahkuman di sekolah.


Pihak sekolah boleh menggunakan peruntukan daripada
sumber lain (selain daripada peruntukan sekolah) untuk
melaksanakan proses ini.

b. Merujuk kepada Perkara 2.8.4, proses tersebut adalah


proses sanitasi, bukan proses nyahkuman.
2.15.5 PEMANTAUAN OLEH AGENSI LAIN

Hanya PDRM dan KKM sahaja diberi kuasa untuk memantau


sekolah dalam tempoh ini (Angkatan Tentera Malaysia tidak
diberikan kuasa untuk memantau).

2.15.6 MURID YANG DISAHKAN POSITIF COVID19

Mana-mana murid yang disahkan dengan covid19 akan diuruskan


oleh KKM dan MKN, bukan tindakan pihak sekolah.

2.15.7 PERHIMPUNAN SEKOLAH

Sekolah tidak dibenar mengadakan perhimpunan sekolah. Semua


maklumat hendaklah disalurkan kepada murid melalui siaraya.

2.15.8 PERUBAHAN TERKINI DALAM PROSES PEMBUKAAN


SEMULA SEKOLAH

KPM akan memaklumkan kepada semua Pengarah JPN dan PPD


jika terdapat sebarang pindaan terkini.

You might also like