You are on page 1of 4

TARIKH : 27/02/2018 (SELASA)

TEMPAT : KANTIN SEKOLAH

PENGANJUR : Unit Hal Ehwal Murid, SJK T LDG


KARMEN
Unit Bimbingan & Kaunseling, SJK T LDG
KARMEN
SAMBUTAN HARI LAHIR MURID
(AMALAN GURU PENYAYANG) 2018
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG KARMEN

1.0 PENGENALAN

Sambutan meraikan hari lahir murid-murid SJK (T) Ladang Karmen,


merupakan suatu program yang terkandung dalam Amalan Guru Penyayang. Program
ini adalah satu inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk budaya
penyayang di kalangan warga sekolah. Program ini akan diadakan setiap akhir bulan
semasa waktu rehat. Sambutan hari lahir ini akan melibatkan semua murid SJK (T)
Ladang Karmen bermula murid Tahun 1 sehingga murid Tahun 6. Semoga melalui
program sebegini dapat mengeratkan hubungan sesama murid dan guru serta pihak
pengurusan sekolah.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menghargai serta menjaga kebajikan setiap warga SJK (T) Ladang Karmen.

2.2 Memenuhi agenda Program Amalan Guru Penyayang.

2.3 Mengeratkan hubungan murid dengan para guru.

2.4 Supaya murid merasakan diri mereka lebih dihargai.

2.5 Agar murid merasakan mereka sebahagian daripada aset sekolah sekaligus
mereka akan lebih menyayangi sekolah.

3.0 MATLAMAT

3.1 Bermatlamat agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di
sekolah.

3.2 Menghidupkan budaya saling menghargai sesama warga sekolah.

3.3 Menimbulkan perasaan dihargai di kalangan warga sekolah

4.0 KUMPULAN SASARAN

1. YATHAVAN A/L RAVINDARAN TAHUN 5


2. DHARSHINI DASS A/P MANI DASS TAHUN 2

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN


5.1 Tarikh : 27/02/2018 (SELASA)

5.2 Tempat : kantin Sekolah

5.3 Penganjur : Unit Hal Ehwal Murid, SJK (T) Ladang Karmen
Unit Bimbingan & Kaunseling, SJK (T) Ladang Karmen

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn. Sathi a/p Sanayasi


(Guru Besar, SJK (T) Ladang Karmen)

Timbalan Pengerusi : Pn. Rajes Kanni a/p Arumugam


(GPK Hal Ehwal Murid, , SJK (T) Ladang Karmen)

Naib Pengerusi 1 : En. James Vincent a/l Nicholas


(GPK Kurikulum, , SJK (T) Ladang Karmen)

Naib Pengerusi 2 : Cik. Sugantthi a/p Subramaniam


(GPK Kokurikulum, , SJK (T) Ladang Karmen)

Penyelaras : En. Murugan a/l Kaniappan


(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Setiausaha : Cik. Anuratha a/p Munisamy

Ahli Jawatankuasa : Pn. K.Vasanthi a/p Krishnan


En. Baskaran a/l Gurusany
Cik. Neny Sartika Binti Mohd Ali
Pn. Hema a/p Ravindran

7.0 ANGGARAN KEWANGAN

Sumber Kewangan

Sumbangan Guru Besar , GPK HEM dan PCG untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling
= RM 30.00

Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Perbelanjaan Jumlah


1. Kek hari lahir RM 25 × 1biji RM 25.00

1. Hadiah hari lahir RM 2.50 × 2 murid RM 5.00

JUMLAH RM 30.00
8.0 ATURCARA PROGRAM

10.15 pagi : Ucapan Penyelaras Program

10.20 pagi : Ucapan Guru Besar

10.25 pagi : Penyampaian hadiah lahir murid

10.30 pagi : Acara menyanyikan lagu hari lahir

10.35 pagi : Jamuan kek kepada murid terlibat

10.40 pagi : Majlis tamat

9.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini diharap akan dapat menjadi satu titik tolak
ke arah mengeratkan hubungan guru, murid dan warga sekolah. Usaha ini dapat
mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera. Program ini secara
langsung akan dapat meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri murid seperti yang
disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Disediakan oleh:                                                                      Disahkan oleh:

..............................                                                                 ............................
(RAJES KANNI A/P ARUMUGAM)                                       (SATHI A/P SANAYASI)
 GPK HEM GURU BESAR
SJK T LADANG KARMEN SJK T LADANG KARMEN

You might also like