You are on page 1of 5

1.

0 Tajuk

Program Minggu Kasih Sayang, SK Pandan Jaya 2019

2.0 Pendahuluan

Program minggu kasih sayang merupakan sambutan yang diadakan bagi meraikan
guru-guru yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan. Program ini dapat dirancang
untuk mengeratkan silaturahim antara murid dan guru sekolah. Di sekolah guru
berperanan memberi tunjuk ajar sebagai ibu bapa kerana guru bukan setakat mengajar
pengajaran untuk membina ilmu bahkan membangunkan sahsiah dan disiplin murid.
Melalui program ini, murid dapat berinteraksi dengan guru yang disayangi secara santai
tetapi penuh penghayatan dan pengajaran di sebalik aktiviti yang dijalankan.

3.0 Matlamat

Program ini juga bermatlamat agar menghidupkan budaya saling menghargai sesama
warga sekolah. Selain daripada itu, melalui program ini juga dapat menimbulkan
perasaan kasih sayang di kalangan murid-murid sekolah.

4.0 Objektif

Pada akhir program ini, warga sekolah akan dapat:


4.1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati
antara guru dan murid.
4.2 Mendidik murid agar menghargai dan berterima kasih kepada guru dengan
memberi ucapan terima kasih.
4.3 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
4.4 Mengenang dan membalas jasa-jasa guru-guru yang mencurahkan bakti dalam
mendidik murid.
5.0 Pelaksanaan

5.1 Pelancaran program pada waktu perhimpunan mingguan.


5.2 BKGK sekolah akan membuat jualan kad ucapan, bunga ros dan cenderahati
kepada murid dengan bantuan ahli PRS.
5.3 Murid menyerahkan barang yang dibeli kepada guru yang disayangi sepanjang
minggu kasih sayang.

6.0 Butiran Program

6.1 Tarikh Program


17 hingga 21 Jun 2019.

6.2 Tempat program


Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya, Kuala Lumpur

6.3 Sasaran/Penyertaan
Semua murid SK Pandan Jaya

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

7.1 Jawatankuasa Pengurusan

PENGERUSI : PN.KARIMAH BINTI MOHD ANUAR


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.

TIMBALAN PENGERUSI : PN.JULIYANA BINTI HERMAN


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.

NAIB PENGERUSI I : EN.ABDUL YAZID BIN ABDUL MUTALIB


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.
NAIB PENGERUSI II : EN.JACOB PAUL A/L L.P.P RAJA
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.

PENYELARAS : EN. VEERAH A/L SUBRAMANIAM


Guru Bimbingan Dan Kaunseling,
Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.

SETIAUSAHA : PN. SITI RUHANI BT OTHMAN


Setiausaha Unit Bimbingan Dan Kaunseling,
Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.

7.2 Ahli Jawatankuasa Kerja : Semua penyelaras Tahun 1 hingga 6

7.3 Tentatif Program


Sila rujuk lampiran I

8.0 Kewangan

8.1 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM


Tiada.
9.0 Penutup

Secara keseluruhannya, program ini diharap akan dapat menjadi satu titik tolak kearah
mengeratkan hubungan guru, murid dan warga sekolah. Usaha ini dapat mewujudkan
perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera. Program ini secara langsung
akan dapat meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri murid seperti yang disasarkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan ini, program sebegini juga melahirkan
jiwa yang penuh kasih sayang dikalangan murid-murid sekolah.

Disediakan oleh:

............................................................
(EN.VEERAH A/L SUBRAMANIAM)
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.

Disemak oleh:

............................................................
(PN.JULIYANA BINTI HERMAN)
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.

Disahkan oleh:

............................................................
(PN.KARIMAH BINTI MOHD ANUAR)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.
Lampiran I

TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi : Semua guru dan murid berkumpul di Dataran Perhimpunan SKPJ

7.35 pagi : Bacaan doa

7.40 pagi : Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis

7.45 pagi : Ucapan perasmian oleh Pn.Karimah Binti Mohd Anuar, guru besar
sekolah

7.55 pagi : Majlis Pelancaran Minggu Kasih Sayang.

8.10 pagi : Majlis bersurai.

You might also like