You are on page 1of 5

KERTAS CADANGAN

ZIARAH CAKNA 2020

Anjuran :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


UNIT DISIPLIN
1. TAJUK PROGRAM

Program Ziarah Cakna 2020

2. PENGENALAN

Kementerian Pendidikan mengadakan program Ziarah Cakna di seluruh negara


bermula Januari 2019 bagi memperluas konsep sekolah penyayang dan
memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa, penjaga dan pelajar.
Selain pada itu program ini akan membuka ruang bagi guru untuk lebih mendalami
tingkah laku, merasai denyut kehidupan pelajar di rumah dan lain-lain keperluan
atau bantuan kepada mereka.

3. TUJUAN :

1. Melahirkan murid-murid dan individu yang mempunyai perkembangan mental


dan rohani yang seimbang.
2. Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru.
3. Berterima kasih kepada penjaga di atas pencapaian yang cemerlang daripada
aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah.
4. Memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara
sekolah dengan ibu bapa/penjaga melalui amalan ziarah guru ke rumah murid.

4. RASIONAL

Program yang dianjurkan ini adalah merupakan aktiviti tahunan yang sewajarnya
diadakan pada setiap tahun. Selain daripada seruan daripada Kementerian
Pendidikan, program ini bertujuan merapatkan hubungan silaturahim di antara guru
dan juga ibu bapa. Secara tidak lansung, pihak sekolah dapat memberikan cadangan
dan berkongsi pendapat tentang masalah disiplin murid dan mencari jalan
penyelesaian agar masalah tidak terus berulang. Juga, bagi murid yang mempunyai
masalah lainnya seperti memerlukan bantuan makanan, sumbangan akan di buat
sekiranya perlu.

1
5. KUMPULAN SASARAN

1. Murid-murid yang berpotensi mempunyai masalah tingkahlaku.


2. Murid-murid yang sakit, cedera dan kemalangan, kematian penjaga.
3. Murid-murid yang cemerlang dan telah mengharumkan nama sekolah.

6. SUMBER KEWANGAN :
Sumber kewangan diperolehi daripada peruntukan Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK. Fajar Harapan.

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bagi tahun ini, program cakna akan dikendalikan oleh Guru Kaunseling dengan
kerjasama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dengan Guru Disiplin. Setelah
perbincangan dilakukan ketiga-tiga pihak bersetuju untuk membelikan peralatan tulis
dan buku kepada pelajar yang terpilih :

 Peralatan Tulis = 10 x RM 10 = RM 100


 Buku Tulis = 10 x RM 10 = RM 100
= RM 200

8. TARIKH PELAKSANAAN :
TARIKH : Februari – November 2019
HARI : Mengikut kesesuaian.

9. TEMPAT

Rumah murid yang perlu di ziarah.

10. PENGENDALIAN PROGRAM :

2
Program ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh satu Jawatankuasa Pengelola
daripada pihak Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan.

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM ZIARAH CAKNA

Penasihat : Puan Saabi Binti Hasin


Guru Besar SK. Fajar Harapan.
Pengerusi : Encik Jumarno Bin Muhamad
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Setiausaha : Encik Muhammah Erwin Bin Jamal
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
Naib Setiausaha : Puan Nurhazirah Binti Ismail

AJK : Guru Disiplin & Guru Kelas yang terlibat

11. PENUTUP :

Kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung amat diharapkan supaya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Semoga dengan wujudnya program Ziarah Cakna ini dapat merapatkan lagi
hubungan ibu bapa dan guru dan membantu murid untuk bertingkahlaku lebih
positif dan rasional.

Disediakan oleh :

………………………………………….
(MUHAMMAH ERWIN BIN JAMAL)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK. Fajar Harapan

Disemak oleh :

3
……………………………………….
(JUMARNO BIN MUHAMAD)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK. Fajar Harapan

Disahkan oleh :

………………………
(SAABI BINTI HASIN)
Guru Besar
SK. Fajar Harapan

You might also like