You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN

SAGIL KAMPONG

KERTAS CADANGAN

ZIARAH CAKNA, 2022

Anjuran :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SEKOLAH KEBANGSAAN
SAGIL KAMPONG
1. TAJUK PROGRAM

Program Ziarah Cakna 2022

2. PENGENALAN

Kementerian Pendidikan mengadakan program Ziarah Cakna di seluruh negara


bermula Januari 2022 ini bagi memperluas konsep sekolah penyayang dan
memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa, penjaga dan pelajar.
Selain pada itu program ini akan membuka ruang bagi guru untuk lebih mendalami
tingkah laku, merasai denyut kehidupan pelajar di rumah dan lain-lain keperluan
atau bantuan kepada mereka.

3. TUJUAN

3.1 Melahirkan murid-murid dan individu yang mempunyai perkembangan


mental dan rohani yang seimbang.

3.2 Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru.

3.3 Berterima kasih kepada penjaga di atas pencapaian yang cemerlang


daripada aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah.

3.4 Memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan


antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga melalui amalan ziarah guru ke rumah
murid.

4. RASIONAL

Program yang dianjurkan ini adalah merupakan aktiviti tahunan yang sewajarnya
diadakan pada setiap tahun. Selain daripada seruan daripada Kementerian
Pendidikan, program ini bertujuan merapatkan hubungan silaturahim di antara guru
dan juga ibu bapa. Secara tidak lansung, pihak sekolah dapat memberikan cadangan
dan berkongsi pendapat tentang masalah disiplin murid dan mencari jalan
penyelesaian agar masalah tidak terus berulang. Juga, bagi murid yang mempunyai
masalah lainnya seperti memerlukan bantuan makanan, sumbangan akan di buat
sekiranya perlu.

1
5. KUMPULAN SASARAN

Murid-murid yang mempunyai masalah tingkahlaku/kehadiran yang dilaporkan dari


semasa ke semasa.

6. SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan diperolehi daripada peruntukan Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Sagil Kampong.

7. TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh : Februari – November 2022
Hari : Mengikut kesesuaian.

8. TEMPAT

Rumah murid yang perlu di ziarah.

9. PENGENDALIAN PROGRAM
Program ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh satu Jawatankuasa Pengelola
daripada pihak Sekolah Kebangsaan Sagil Kampong..

2
10. AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Cikgu Muhammad Hafifi bin Radzuwan (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Cikgu Nor Khuda binti A,Wahab(Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Cikgu Ahmad Nazri bin Talib (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : Cikgu Nurhakimah binti Mahmud (Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha : Cikgu Darul Rizah binti Hj Hamat (Guru Bimbingan & Kaunseling)

AJK : Guru Disiplin & Guru Kelas yang terlibat

11. PENUTUP

Kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung amat diharapkan supaya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Semoga dengan wujudnya program Ziarah Cakna ini dapat merapatkan lagi hubungan
ibu bapa dan guru dan membantu murid untuk bertingkahlaku lebih positif dan
rasional.

3
Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

(DARUL RIZAH BINTI HJ (AHMAD NAZRI BIN TALIB)


HAMAT)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
SK Sagil Kampong
SK Sagil Kampong
.

Diluluskan Oleh:

(MUHAMMAD HAFIFI BIN RADZUWAN


Guru Besar,

SK Sagil Kampong

4
Lampiran

You might also like