You are on page 1of 5

1

HARI ANUGERAH CEMERLANG


SAMTTAR 2014

Tarikh :
11 Mei 2014/11 Rejab 1435H (Ahad)

Tema :
PELAJAR CEMERLANG PENJANA PENDIDIKAN
GEMILANG


Tempat :
Dewan Al-Ghazali SAMTTAR,
Sungai Manggis.

Anjuran:
Unit Kurikulum
SAMT Tengku Ampuan Rahimah
Sungai Manggis, 42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan

2



1.0 NAMA PROGRAM
HARI ANUGERAH CEMERLANG SAMTTAR 2014


2.0 TEMA
PELAJAR CEMERLANG PENJANA PENDIDIKAN GEMILANG


3.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk mendapat kebenaran
mengadakan program tersebut diatas dan mendapatkan sokongan daripada
pengetua untuk memohon peruntukan kewangan daripada sekolah dan PIBG
Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis.


4.0 RASIONAL
Hari Anugerah cemerlang adalah hari ucapan dan penyampaian hadiah
kepada pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan awam serta
peperiksaan dalaman sekolah, pelajar terbaik dalam aktiviti ko-kurikulum dan
mempunyai sahsiah yang baik. Hari Anugerah Cemerlang juga adalah hari di
mana pihak sekolah mengiktiraf sumbangan para pelajar, guru, kakitangan
dan tokoh pendidik tempatan terhadap pencapaian cemerlang mereka di dalam
bidang masing-masing di dalam menaikkan nama sekolah.

5.0 OBJEKTIF
5.1. Memberi anugerah kepada para pelajar yang cemerlang dalam
peperiksaan awam dan peperiksaan dalaman sekolah.
5.2. Memberi penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam aktiviti
kokurikulum, guru, kakitangan dan tokoh pendidikan setempat terhadap
sumbangan mereka dalam mencapai kecemelangan sekolah.
5.3. Mengiktiraf pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik.
5.4. Memberikan anugerah kepada tokoh pelajar.
5.5. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru, ibubapa dan
masyarakat.

6.0 ANJURAN
Unit Kurikulum Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan
Rahimah, Sungai Manggis,
Banting.


3


7.0 KUMPULAN SASARAN
7.1. Pelajar cemerlang peperiksaan PMR, SMA, SPM, STAM, STPM dan
MUET tahun 2013.
7.2. Pelajar cemerlang setiap kelas Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dalam
Peperiksaan Akhir Tahun 2013.
7.3. Tokoh pelajar akademik, kokurikulum dan pelajar yang mempunyai
sahsiah yang baik.
7.4. Ketua dan Penolong Ketua Umum serta Ketua dan Penolong Ketua
Asrama.
7.5. Guru-guru, kakitangan dan bekas guru SAMTTAR, Sg Manggis yang
cemerlang di dalam menyumbang usaha ke arah kecemerlangan sekolah.

8.0 TEMPAT
Dewan al-Ghazali Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah,
Sungai Manggis.

9.0 TARIKH
11 Mei 2014/11 Rejab 1435H (Ahad)


10.0 JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Pn Siti Romziah Bt Madong
Naib Pengerusi 1 : Pn. Norafizah bt Ahmad
Naib Pengerusi 2 : Ustaz Ramli bin Rashid.
Naib Pengerusi 3 : Tuan Haji Khairollah bin Haji Tahir.
Naib Pengerusi 4 : Puan Norlina binti Shaharuddin.
Pengarah : En Ahmad Zawawe bin Hassan
Timb. pengarah : Pn.Nor Azah Azan binti Mohamed.
: Pn.Sotnizan binti Sapare.
: Pn.Ilya Romiza Binti Suri.
: Pn.Norazna binti Kusni.
: Pn.Norraha Binti Banuri.
: Pn. Laiyinah Az-Zahra binti Mohamad Rabeh
Setiausaha : Pn.Raja Nurhidayah bt Raja Azaman
Bendahari : Pn.Umi Kalsom bt Ismail

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Lihat lampiran A

11.0 ATURCARA PROGRAM
Lihat lampiran B
4



12.0 IMPLIKASI KEWANGAN

12.1 ANGGARAN PERBELANJAAN
Lihat lampiran C

12.2 SUMBER KEWANGAN
12.2.1 Sekolah
12.2.2 PIBG SAMT TAR



13.0 PENUTUP
Adalah diharapkan usaha murni ini dapat dilaksanakan dengan sebaik
mungkin dengan harapan ianya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari
segi semua segi sama ada dari segi sahsiah, akademik mahupun ko-kurikulum.
Melaluinya juga, diharapkan agar segala ilmu yang diperolehi nanti mampu
melahirkan pelajar yang mampu memberi sumbangan yang terbaik untuk sekolah
khususnya dan kepada agama, masyarakat dan negara umumnya.


Disediakan oleh , Disemak oleh ,




(RAJA NURHIDAYAH BT RAJA AZAMAN)
Setiausaha HAC 2014




Disahkan oleh ,



..




5

You might also like