You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PROGRAM BIJAK SIFIR

TARIKH
18 JULAI HINGGA 12 OGOS 2011

TEMA
“SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK”

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN JELEMPOK

ANJURAN BERSAMA
PANITIA MATEMATIK SKJ
KERTAS KERJA
PROGRAM BIJAK SIFIR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl:125, mafhumnya:-

“Ajaklah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan contoh teladan yang terbaik dan
berhujah lah dengan kata-kata yang baik……….”

1.0 PENGENALAN

Alhamdulillah, segala pujian dan syukur buat al-Khaliq yang Maha


Pengasih dan Maha Penyayang di atas segala rahmat. Selawat dan salam kasih
untuk junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat seterusnya mata
rantai agama Allah yang mengikut sunnah Baginda S.A.W sehingga hari Qiamat.
Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting
dalam kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius
oleh pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid
untuk menguasai mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam
kehidupan seharian.
Program ini akan diadakan selama empat minggu, di mana murid-murid
yang terlibat akan diberi satu buku Bijak Sifir yang memerlukan mereka untuk
mendapatkan tandatangan guru, ibu atau bapa dan juga rakan sebaya. Bagi
mendapatkan tandatangan tersebut,murid-murid perlu membaca sifir tanpa
melihat buku sifir di hadapan guru, ibu atau bapa dan juga rakan mereka. Sasaran
sifir yang ditetapkan ialah sifir 1, sifir 2, sifir 3, sifir 4, sifir 5, sifir 6 sifir 7, sifir
8, sifir 9, sifir 10, sifir 11 dan sifir 12. Ini bermakna, murid-murid perlu
mendapatkan sebanyak 36 tandatangan. Murid-murid yang berjaya mendapatkan
semua tandatangan dalam tempoh yang diberi akan diberi cenderamata.

2.0 MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat belajar murid khususnya


dalam subjek Matematik dan meningkatkan kemahiran mengingati sifir. Di
samping itu, ia mampu meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap subjek
Matematik.

3.0 OBJEKTIF

1. Menguasai kemahiran mengingati sifir.


2. Memberi kesedaran pentingnya penguasaan Matematik dalam kehidupan.
3. Persediaan menghadapi ujian-ujian akademik.
4. Mendisiplinkan diri dengan sikap bertanggungjawab, berdedikasi dan berbudi
pekerti mulia.
5. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

4.0 NAMA PROGRAM

PROGRAM BIJAK SIFIR

5.0 TEMA

“SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK”


6.0 ANJURAN

Panitia Matematik SKJ

7.0 TARIKH

18 Julai hingga 12 Ogos 2011

8.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Jelempok (SKJ)

9.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Tahun 1, 2, 3, 4 dan 5

10.0 AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA

PENAUNG : En. Mohd Noor Bin Ismail


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jelempok.

PENGERUSI : En. Wan Nizar Bin Wan Yusof


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Jelempok.
NAIB PENGERUSI : En. Ridzuan Bin Ramli
Ketua Panitia Matematik,
Sekolah Kebangsaan Jelempok
SETIAUSAHA : Cik Noor Farhana Binti Adnan

PENYEDIAAN BOOKLET : Cik Siti Sarah Binti Mohd Nasir

PAMPLET & DOKUMENTASI : En. Md Sori Bin Md Nor

CENDERAMATA : Pn. Rogayah Binti Abdullah

12.0 KOS PROGRAM

Bil Perkara Kos

1 Alat Tulis RM50.00

2 Hadiah 220 X RM5.00 = RM75.00

Jumlah RM125.00

13.0 PENUTUP

InsyaAllah, kami amat mengharapkan agar program ini dapat dilaksanakan seperti
yang dicita-citakan. Semoga Allah memberkati niat murni kami ini dan seluruh
pihak yang terlibat dalam menjayakannya. Wassalam.
Disediakan oleh,

-----------------------------
(NOOR FARHANA BINTI ADNAN)
Setiausaha
Program Bijak Sifir,
Sekolah Kebangsaan Jelempok.

Disokong oleh,

-----------------------------
(EN. RIDZUAN BIN RAMLI)
Naib Pengerusi
Program Bijak Sifir,
Sekolah Kebangsaan Jelempok

Diluluskan oleh,

-----------------------------
(EN. MOHD NOOR BIN ISMAIL)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jelempok

You might also like