You are on page 1of 4

PK01 – Pengurusan Panitia

PK01/3
LAPORAN TAKLIMAT PENDAFTARAN MURID
TAHUN 1/2022 SECARA DALAM TALIAN
SJK (C) CHEOW MIN

1. Program : Taklimat Pendaftaran Murid Tahun 1/2022 Secara


Dalam Talian SJK(C) Cheow Min

2. Tarikh : 13 Mac 2022

3. Hari / Masa : Ahad / 10.00 pagi hingga 11.00 pagi

4. Tempat : Kediaman masing-masing

5. Pengenalan Program :

Taklimat pendaftaran bagi murid tahun 1 merupakan program tahunan yang


dijalankan di SJK(C) Cheow Min bagi ibu bapa murid tahun 1. Namun, akibat
pandemik Covid-19 taklimat ini telah dijalankan secara atas talian di kediaman
masing-masing.

6. Objektif Program :

Pada akhir program, ibu bapa dan murid dapat :

 Mengenali pentadbir dan guru SJK(C) Cheow Min


 Mengetahui Program Transisi yang bakal dijalankan.
 Mengenali aktiviti dan perjalanan harian murid semasa berada di sekolah.

7. Sasaran Program :

Taklimat ini diadakan untuk para guru SJK (C) Cheow Min, ibu bapa murid tahun
1.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

8. Butiran aktiviti :

Taklimat pendaftaran murid Tahun 1 telah dilaksanakan pada 13 Mac 2022..


Aktiviti dimulakan dengan ucapan daripada Puan Neo Siew Ngo, Guru Besar
SJK(C) Cheow Min. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa
yang hadiri dan berharap agar semua ibu bapa serta penjaga murid dapat
memberikan kerjasama yang lebih erat kepada pihak sekolah pada tahun ini.
Beliau turut mengingatkan semua hadirin bahawa kehadiran aktiviti yang
dijalankan di peringkat sekolah amat penting dan melibatkan pelibatan ibu bapa
atau penjaga murid. Beliau turut memperkenalkan barisan pentadbir SJK(C)
Cheow Min. Taklimat diteruskan tentang pelaksanaan Ujian Saringan Kendiri
oleh murid sekolah. Guru besar juga mengingatkan kepada murid agar sentiasa
mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
tentang Covid-19. Taklimat diteruskan oleh Puan Koh Lay Tuan, Guru Penolong
Kanan HEM. Setelah itu, taklimat disambung oleh Puan Tan Geok Hwa, Guru
Penolong Kokurikulum. Taklimat diakhiri dengan ucapan terima kasih daripada
guru besar kerana penyertaan ibu bapa dalam taklimat pendaftaran tahun 1 bagi
sesi 2022.

9. Penilaian Program :

9.1 Kekuatan Program :

Taklimat pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2022 yang dijalankan secara atas
talian telah berjaya mendapat penyertaan daripada murid, pihak ibu bapa
dan guru. Walaupun masih dalam situasi pandemik Covid-19, namun taklimat
ini tetap berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan daripada semua
pihak. Selain itu juga, ahli jawatankuasa taklimat pendaftaran tahun 1 telah
memainkan peranan masing-masing dengan baik dan bersemangat sehingga
taklimat dapat dilaksanakan dengan lancar. Justeru, pihak ibu bapa juga
dapat memberikan maklum balas dan sesi soal jawab yang baik kepada guru
besar semasa taklimat berlangsung selama lebih kurang 1 jam pelaksanaan
taklimat ini.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

9.2 Kelemahan Program :

Terdapat sebilangan kecil pihak ibu bapa dan murid SJK(C) Cheow Min yang
tidak dapat menyertai taklimat pendaftaran ini kerana faktor kekangan
daripada aspek kemudahan telefon bimbit, persekitaran kawasan perumahan
yang tidak sesuai dan akibat daripada pandemik Covid-19 itu sendiri.
Tambahan lagi, terdapat sebilangan murid tahun 1 yang tidak mematikan
mikrofon semasa awal taklimat secara atas talian dijalankan menyebabkan
gangguan perjalanan taklimat.

9.3 Cadangan Penambahbaikan :

Cadangan penambaikan pertama yang wajar dilakukan adalah ahli


jawatankuasa taklimat perlu mengingatkan kepada ibu bapa agar dapat
menyertai taklimat awal 15 minit agar taklimat dapat berlangsung dengan
lancar. Penggunaan data internet yang baik daripada pihak ahli jawatankuasa
juga memainkan peranan yang penting agar taklimat dapat diberikan dengan
lancar dan tidak tersekat-sekat.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

10. Dokumentasi Bergambar :

Disediakan : Disahkan oleh :

……………………… ……………………
AHMAD YUSUF ALIAS PN. NEO SIEW NGO
Ahli Jawatankuasa Taklimat Pendaftaran Guru Besar
Murid Tahun 1/2022 SJK(C) Cheow Min SJK(C) CHEOW MIN

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like