You are on page 1of 3

MINIT CURAI

LAPORAN KEPADA Pn. Rafidah binti Mohd Yussup

Guru Besar

SK Kampong Pasir, Johor Bahru


LAPORAN DARIPADA Nurulhuda binti Sharif

Guru SK Kampung Pasir


PERKARA / AKTIVITI / Kursus Penyebaran DSKP dan KSSR

PROGRAM Mata Pelajaran Sejarah Tahun 6


TARIKH 22 sehingga 23 April 2015
MASA 7.30 am 4.30 pm
TEMPAT SK Tasek Utara
ANJURAN Bahagian Pendidikan Guru
PENGERUSI En. Mohd Najib Bin Haron

Penolong PPD Sains dan Matematik (Rendah)


BAHAN YANG DIBERI DSKP Sejarah Tahun 6
HARI PERTAMA : 22 APRIL 2015 (RABU)

1. PENGENALAN OLEH PENGERUSI KURSUS


1.1 Program ini diadakan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada guru-
guru Sejarah untuk mengajar dan mengendalikan KSSR mata pelajaran Sejarah
Tahun 6 pada tahun hadapan.
1.2 Program ini juga memberi pendedahan kepada guru-guru Sejarah melakukan
satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada
yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi,
peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di
sekolah.

2. SLOT 1 TAKLIMAT UMUM KSSR DAN KBAT


2.1 Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid
dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
2.2 Tunjang KSSR dibina berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian,
Sikap dan Nilai Kemanusiaan, Literasi Sains dan Teknologi dan Ketrampilan Diri.
2.3 Sasaran matlamat KSSR mata pelajaran Sejarah membolehkan murid
memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air
dan kegemilangan Negara bagi melahirkan warganegara yang patriotic dan
menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.

3. SLOT 2 - TAKLIMAT FOKUS MATA PELAJARAN SEJARAH


3.1 Organisasi Kurikulum mata pelajaran Sejarah merangkumi Kandungan
Kurikulum Sejarah, Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik serta Asas
Kemahiran Pemikiran Sejarah.
3.2 Kandungan Kurikulum Sejarah menikut tema iaitu Sejarah Awal Negara,
Kedaulatan Negara dan Kemakmuran Negara Kita.
3.3 Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik ialah Dimensi Kewarganegaraan dan
Panduan Perlaksanaan Penerapan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik.
3.4 Kemahiran Pembelajaran Sejarah meliputi Asas Kemahiran Sejarah, Kemahiran
Kreatif dan Inovatif, Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dan KemahiranBerfikir
Aras Tinggi.

4. SLOT 3 - TAKLIMAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH


4.1 Terdapat beberapa kaedah pengajaran PdP Sejarah. Antaranya ialah Kajian Kes,
Kemahiran Berfikir, Belajar Cara Belajar, Pembelajaran Masteri, Pembelajaran
Akses Kendiri, Pembelajaran Luar Bilik nDarjah, Pembelajaran Secara
Konstektual, Pembelajaran Secara Konstruktivisme, Aplikasi Teori Kecerdasan
Pelbagai, Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan, Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi, Aplikasi Teknik Theory of Constraints, Teknik Awan,
Teknik Sebab dan Akibat, Teknik Penyelesaian Masalah, Teknik Bejar Sambil
Bermain, Experiental Activities Planner dan i-Think.
HARI KEDUA :23 APRIL 2015 (KHAMIS)

5. SLOT 4 PENTAKSIRAN
5.1 Pentaksiran yang dijalankan di peringkat sekolah dilakasanakn dalam bentuk
pentaksiran formatif dan sumatif.
5.2 Pentaksiran dilaksanakan semasa proses PdP secara berterusan melalui
pelbagai cara.

6. SLOT 5 PENERANGAN TENTANG DSKP


6.1 DSKP mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan
Standard Prestasi.
6.2 Terdapat 5 tahap penguasaan yang diperincikan.
6.3 Tema yang terdapat dalam DSKP Tahun 6 ialah:
6.3.1 Negara Malaysia
6.3.2 Kita Rakyat Malaysia
6.3.3 Pencapaian dan Kebanggaan Negara
TINDAKAN SUSULAN

1. Guru yang berkursus akan memberikan penerangan kepada guru-guru Sejarah


yang lain mengenai kandungan kursus ini.
2. Program In House Training akan diadakan pada bulan Disemmber 2015.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


(NURULHUDA BINTI SHARIF) (RAFIDAH BINTI MOHD YUSSUP)
Guru Sejarah Guru Besar
SK Kampong Pasir. SK. Kampong Pasir.
Johor Bahru. Johor Bahru.

You might also like