You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTIH

PETI SURAT 1116,


91036 TAWAU
SABAH, MALAYSIA

LAPORAN MINIT CURAI/ KURSUS/ TAKLIMAT/ BENGKEL

BUTIRAN : PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS PERINGKAT DAERAH


TAWAU TAHUN 2019
NAMA TAKLIMAT Taklimat Pengurusan & Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2019
TEMPAT Bilik Gerakan SJKC Sin Hwa Tawau
PENGANJUR Unit Pemulihan Khas
TARIKH / HARI 14 Februari 2019 / Khamis
MASA 08:00 Pagi – 04:30 Petang
KUMPULAN SASAR Guru Pemulihan Khas / Guru Pemulihan Khas LINUS Daerah Tawau
PENGERUSI / PENCERAMAH En. Suzameh Hj. Salleh ( Pegawai Meja Unit Pend. Khas)
SALINAN KEPADA Sekolah dan Fail Pemulihan Khas

SPESIFIKASI KURSUS/BENGKEL/TAKLIMAT
PERKARA PERINCIAN

Ucapan En. Suzamreh Hj. Salleh

 Ucapan salam dan terima kasih kepada semua rakan Guru Pemulihan Khas
& Guru Pemulihan LINUS yang dapat menghadirkan diri.
 Beberapa maklumat penting yang akan disampaikan kepada semua dan
mohon kerjasama kepada guru-guru yang terlibat bagi melaksanakan
program yang dirancang dapat dilaksanakan.

Taklimat Dasar Kemeterian Pelajaran


 Dasar Kementerian Pelajaran perlu diketahui.
 Amanat tahun baharu Menteri Pendidikan iaitu ”Pendidikan Untuk Semua
Tanggungjawab Semua”.
i) Wawasan 2020
~ Pendidikan Berteraskan Nilai – mengembalikan cinta terhadap
sekolah.
KANDUNGAN ~ Autonomi (kuasa penuh) dan Akauntabiliti (tanggungjawab) –
TAKLIMAT autonomi mesti hadir bersama sikap kebertanggungjawaban
yang tinggi.
~ Ketinggian kualiti – sebagai pemangkin kecemerlangan (di dalam
kelas dan di luar kelas)

Taklimat Naratif Baharu Amalan Pendidikan

 PPPM 2013-2025 – keberhasilan utama Pendidikan Malaysia melalui Kualiti


Sekolah dan Kemenjadian Murid.
 Fokus Pembeljaran Berorentasikan Perkembangan adalah naratif utama.
i) Naratif 1 – Pelajar (pedagodi) iaitu
~ berpusatkan murid
~ pembelajaran bermakna / didik hibur/ pembelajaran abad ke21
~ pentaksiran bilik darjah sekolah 2025

ii) Naratf 2 – Guru (Perkembangan Kapasiti Guru)


~ sokongan profesional
~ memformalkan dan menginstitusikan Sistem Sokongan
Profesional
~ rakan peningkatan sekolah (SIP+)
~ pembimbing pakar peningkatan sekolah (SISC+)
~ rakan kepimpinan pendidikan instruksional (ELITE)
~ komuniti pembelajaran profesional (PLC)

iii) Naratif 3 – Kepimpinan Pendidikan (Pengurusan)


~ perspektif ”Bottom UP”
~ penambahbaikan berasaskan sekolah
~ dialog prestasi ( kebangsaan / negeri / daerah)
~ skpmg2 sebagai alat pengurusan

Taklimat Zero Reject Policy (ZRP)


 ZRP adalah berkaitan dengan pematuhan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550],
Seksyen 29A. Pendidikan Rendah wajib menggariskan bahawa:
~ Subseksyen (2) Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara
Malaysia yang tinggal di malaysia hendaklah memastikan bahawa jika
anaknya telah mencapai umur enam tahun pada tahun pertama bulan
Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai
murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid sekolah
sepanjang tempoh pendidikan wajib.
~ Subseksyen (4) Ibu bapa yang melanggar subseksyen (2) adalah
melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
enam bulan atau kedua-duanya.
~ Berpandukan Akta 550, KPM menegaskan – MBK berhak untuk menerima
pendidikan wajib di sekolah rendah sama ada di Sekolah Pendidikan Khas
atau sekolah biasa melalui Prongram Pendidikan Inklusif (PPI) atau
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
~ Surat pelaksanaan ZRP bagi memberikan akses pendidikan kepada murid
MBK mulai tahun 2019, KPM.100-6/1/25 Jld.13(16) telah diedar kepada
semua JPN dan perlu disebar luas kepada PPD serta sekolah untuk
pelaksanaan.
 Beberapa isu yang diketengahkan semasa perbincangan berhubung dengan
penyelarasana pelaksanaan ZRP antaranya:
~ Bagaimana Pelaksanaan ZRP – semua MBK perlu diterima ke mana-
mana sekolah pilihan.
~ MBK boleh berdaftar di sekolah yang tiada PPKI
~ Tempoh percubaan selama tiga bulan masih berkuatkuasa tetapi bukan
tujuan untuk penolakan MBK
~ Pihak sekolah tidak boleh menangguhkan persekolahan MBK yang telah
didaftar. Sekolah jug perlu membantu memenuhi keperluan asas MBK
dengan melaksanakan penyesuaian munasabah.
~ Ibubapa boleh memohon penangguhan persekolahan MBK yang telah
didaftar dengan mengemukakan surat pemohonan dan dokumen
sokongan.
~ MBK boleh mengikuti program pendidikan inklusif (PPI) dengan syarat ibu
bapa/ penjaga/ komuniti perlu terlibat dalam pengurusan diri semasa sesi
pdpc sebagai sukarelawan dalam kelas (SDK).

Taklimat Perancangan Strategi Pemulihan Khas Daerah Tawau 2018-2020


 Pengenalan
 Matlamat
 Objektif
 Petunjuk Prestasi
 Sasaran 2017-2020
 Strategik dan inisiatif
Hal-hal Lain
 En. Suzamreh Hj. Salleh (Pegawai Meja PPD)
~ memaklumkan bahawa instrumen Tahap 2 (IPP2M / IKAM) masih diguna
pakai manakala tahap 1 boleh guna apa-apa instrumen .
~ sekolah diberi autonomi untuk menjalankan ujian 3M dan program
intervensi bagi tahap 1.

 Pn. Asmah Basirun (SK. Taman Tawau)


~ memaklumkan bilangan murid yang telah melepasi saringan tetapi guru
mata pelajaran masih lagi menghantar murid tersebut ke kelas pemulihan.
~ mohon kerjasama pegawai untuk memanjangkan perkara tersebut kepada
pihak pentadbir berkenaan bidang tugas dan kemahiran yang diajar
hanyalah asas 3M.

 Pn. Norbayah (SK. Perdana Tawau)


~ menayakan berkenaan format penulisan RPH adakah format yang telah
diselaraskan bagi subjek Pemulihan BM dan MT

 Pn. Hjh. Kalbi (SK. Blok Batu 22 Tawau)


~ memaklumkan ada beberapa buah sekolah yang terpilih akan
menjalankan program outreach mengikut jadual yang telah diberi oleh
pihak Jabatan Kementerian Kesihatan Tawau.

 En. Mohd Ali Mohd Ghazali (SK. Kg. Titingan Tawau)


~ memaklumkan bahawa format penulisan RPH pemulihan belum ada
pembaharuan dan segala perubahan akan dimaklumkan.
~ ucapan terima kasih kepada pegawai meja PPD yang akan bertukar atas
segala kerjasama dan tunjuk ajar serta perkongsian maklumat sepanjang
bersama.

 Membuat Laporan minit curai untuk simpanan fail.


TINDAKAN SUSULAN ~ Fail Sekolah
~ Fail Pemulihan Khas

Disediakan oleh, Disemak oleh,

SURIANI BINTI MOHD SAPE


MAJLIS GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH TAWAU

Tarikh:

You might also like