You are on page 1of 10

SJK (C)

MING
SHING

KERTAS KERJA
PROGRAM BIJAK SIFIR

Program Panitia Matematik


2018
1.0 PENDAHULUAN
Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting
dalam kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius
oleh pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid
untuk menguasai mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan
dalam kehidupan seharian. Fokus utama adalah membantu murid - murid yang
belum menguasai terutama murid LINUS dan PROTIM di samping murid - murid
perdana yang masih belum menguasai sepenuhnya. Program ini akan diadakan
selama tiga minggu di mana murid-murid yang terlibat akan membaca sifir yang
telah di hafal pada guru matematik masing - masing. Satu kelas akan memilih
seorang murid yang terbaik dan diberikan hadiah.

2.0 RASIONAL
Rasional menjalankan projek ini adalah untuk menarik minat dan
perhatian murid-murid terhadap subjek Matematik. Sedia maklum, Matematik
merupakan matapelajaran asas yang wajib dikuasai oleh setiap murid. Justeru
itu melalui program bijak sifir ini, diharap dapat meningkatkan prestasi murid-
murid dalam subjek matematik.

3.0 OBJEKTIF
 Membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran arus
perdana.
 Membantu murid LINUS dan PROTIM yang masih lemah sifir.
 Menambah kecintaan pelajar terhadap subjek Matematik.
 Membolehkan murid menguasai sifir 2 hingga 12 dengan baik dan berkesan.
 Satu kaedah pertandingan bagi meningkatkan minat murid untuk belajar sifir.
 Untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik dan seterusnya mencapai
target yang telah ditetapkan (GP Sekolah)
4.0 ANJURAN
Panitia Matematik SJk (C) Ming Shing

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN


3 Minggu ( 10 Jun 2015 – 10 Julai 2015)

6.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid Tahun 1 hingga Tahun Enam.

ISU

1) Masih ramai murid tidak menguasai sifir 2 hingga 12 dengan baik dan berkesan.

2) Peratus pencapaian MT masih belum ditahap cemerlang.

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Jumlah

1 Hadiah
(RM 10 × 17) individu RM 170.00
(RM 50 X 1) kelas RM 50.00

2 Banner 5x6 RM 80.00

JUMLAH RM 300.00
JAWATANKUASA PROGRAM BIJAK SIFIR

Penasihat : EN. Abu Kassim B. Abd Manap (Guru Besar)


Pengerusi : En. Redzuan B. Alias (GPK 1)
Naib Pengerusi 1.: Pn. Samarina bt Samon (GPK HEM )
2.: Pn. Salina bt Hamdan (GPK Kokurikulum )
Penyelaras : En. Roslan B. Muhd Zain ( Ketua Panitia Matematik )
Setiausaha : Pn. Roniza Bt Harun
Bendahari : Pn. Rosidah Bt Mohammad
Dokumentasi : Pn. Norazidah Bt Saharom
Pn. Nor Asiah Bt. Tahir
Pn. Salina Bt Hamdan.
Pn. Hairani Bt Dzulkefli
Pn. Sabarina Bt Abu Bakar
Hadiah : Pn. Norhayati Bt Mohd Ali
Pn. Shahaliza Bt Md Shah

CABARAN BIJAK SIFIR

Setiap murid di kehendaki menghafal dan membacakannya pada guru matematik kelas
masing- masing dalam tempoh cabaran iaitu selama 3 minggu yang telah di tetapkan.
Setiap sifir yang di hafal akan di rekodkan pada carta dalam kelas masing- masing.
Murid yang paling pantas menghabiskan sifir akan di kira sebagai pemenang. 1 kelas
yang paling tinggi peratus murid yang berjaya menghafal akan di pilih sebagai
pemenang.

PENUTUP
Semoga program yang dirancang ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat
sokongan serta kerjasama dari semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung
atau tidak dalam menjayakannya.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh,

…………………..
(EN. ROSLAN BIN MUHAMAD ZAIN)
Ketua Panitia Matematik,
SK Nyatoh, Rantau.

Disemak oleh,

…………………..
(EN. REDZUAN B. ALIAS)
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
SK Nyatoh, Rantau.

Disahkan oleh,

…………………..
(EN. ABU KASSIM BIN ABD. MANAP)
Guru Besar,
SK Nyatoh, Rantau.

Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting


dalam kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius
oleh pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid
untuk menguasai mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam
kehidupan seharian.
Program ini akan diadakan selama empat minggu, di mana murid-murid
yang terlibat akan diberi satu buku Bijak Sifir yang memerlukan mereka untuk
mendapatkan tandatangan guru, ibu atau bapa dan juga rakan sebaya. Bagi
mendapatkan tandatangan tersebut,murid-murid perlu membaca sifir tanpa
melihat buku sifir di hadapan guru, ibu atau bapa dan juga rakan mereka. Sasaran
sifir yang ditetapkan ialah sifir 1, sifir 2, sifir 3, sifir 4, sifir 5, sifir 6 sifir 7, sifir
8, sifir 9, sifir 10, sifir 11 dan sifir 12. Ini bermakna, murid-murid perlu
mendapatkan sebanyak 36 tandatangan. Murid-murid yang berjaya mendapatkan
semua tandatangan dalam tempoh yang diberi akan diberi cenderamata.

2.0 MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat belajar murid khususnya


dalam subjek Matematik dan meningkatkan kemahiran mengingati sifir. Di
samping itu, ia mampu meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap subjek
Matematik.

3.0 OBJEKTIF

1. Menguasai kemahiran mengingati sifir.


2. Memberi kesedaran pentingnya penguasaan Matematik dalam kehidupan.
3. Persediaan menghadapi ujian-ujian akademik.
4. Mendisiplinkan diri dengan sikap bertanggungjawab, berdedikasi dan berbudi
pekerti mulia.
5. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

4.0 NAMA PROGRAM

PROGRAM BIJAK SIFIR

5.0 TEMA

“SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK”

6.0 ANJURAN

Panitia Matematik SKJ

7.0 TARIKH

18 Julai hingga 12 Ogos 2011

8.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Jelempok (SKJ)

9.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Tahun 1, 2, 3, 4 dan 5


10.0 AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA

PENAUNG : En. Mohd Noor Bin Ismail


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jelempok.

PENGERUSI : En. Wan Nizar Bin Wan Yusof


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Jelempok.
NAIB PENGERUSI : En. Ridzuan Bin Ramli
Ketua Panitia Matematik,
Sekolah Kebangsaan Jelempok

SETIAUSAHA : Cik Noor Farhana Binti Adnan

PENYEDIAAN BOOKLET : Cik Siti Sarah Binti Mohd Nasir

PAMPLET & DOKUMENTASI : En. Md Sori Bin Md Nor

CENDERAMATA : Pn. Rogayah Binti Abdullah

12.0 KOS PROGRAM

Bil Perkara Kos

1 Alat Tulis RM50.00

2 Hadiah 220 X RM5.00 = RM75.00


Jumlah RM125.00

13.0 PENUTUP

InsyaAllah, kami amat mengharapkan agar program ini dapat dilaksanakan seperti
yang dicita-citakan. Semoga Allah memberkati niat murni kami ini dan seluruh
pihak yang terlibat dalam menjayakannya. Wassalam.
Disediakan oleh,

-----------------------------
(NOOR FARHANA BINTI ADNAN)
Setiausaha
Program Bijak Sifir,
Sekolah Kebangsaan Jelempok.

Disokong oleh,

-----------------------------
(EN. RIDZUAN BIN RAMLI)
Naib Pengerusi
Program Bijak Sifir,
Sekolah Kebangsaan Jelempok

Diluluskan oleh,
-----------------------------
(EN. MOHD NOOR BIN ISMAIL)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jelempok

You might also like