You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROGRAM BACAAN TERBANYAK NILAM


( NADI ILMU AMALAN MEMBACA )
SK KAMPUNG TANAM, DALAT.

TARIKH
Januari – Oktober 2021

TEMPAT
SK Kampung Tanam

ANJURAN
Pusat Sumber Sekolah
1.0 PENGENALAN PROGRAM

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan kesemua
aktiviti galakan membaca yang pernah dan sedang dijalankan di sekolah dengan memberikan
pengiktirafan yang sesuai kepada murid. Program ini merupakan satu pendekatan untuk
mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menggalakkan murid banyak membaca yang melibatkan semua genre, bahan yang
berkualiti dan tidak terkongkong kepada pembacaan yang berorientasikan peperiksaan
semata-mata.

2.2 Melahirkan ramai murid yang cintakan bahan bacaan.

2.3 Melahirkan tokoh murid yang berketrampilan, mempunyai sifat kepimpinan, berani
berhadapan dengan khalayak, berkeyakinan, berpengetahuan luas dan berjiwa besar melalui
pembacaan.

2.4 Menjadi pemangkin kepada amalan dan budaya membaca dalam masyarakat kita.

3.0 RASIONAL

3.1 Bernasnya pemikiran, cekapnya penulisan dan petahnya berhujah serta berisinya buah fikiran
semuanya melalui sikap dan tabiat suka membaca.

3.2 Kecemerlangan akademik, moleknya sahsiah dan seimbangnya emosi adalah kerana banyaknya
membaca.

4.0 SASARAN

Semua murid SK Kampung Tanam

5.0 TARIKH DAN TEMPAT


5.1 Pelaksanaan : Januari – Oktober 2021
5.2 Tempat : Tempat kediaman masing – masing
5.3 Penyampaian Hadiah Program NILAM: 29 November 2021

6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : En Maurice Josaphat Jepun

Timbalan Pengerusi : En Edmund bin William Otoi

Naib Pengerusi 1 : Pn Latifah binti Saimi

Naib Pengerusi 2 : En Muzzammil bin Abdullah

GKMP : Pn Latifah binti Saimi ( GKMP Bahasa Malaysia)

: En Edmund bin William Otoi (GKMP Bahasa Inggeris )

: Pn Claire ak Bujang (GKMP Matematik)

: Cik Wong Yun Yu (GKMP Sains)

Setiausaha : Pn Sharimah binti Hamid

Naib Setiausaha : Pn Angelina binti Andrew Daal

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM BACAAN TERBANYAK NILAM (NADI ILMU
AMALAN MEMBACA)
1. Penyelaras NILAM :
o Puan Sharimah binti Hamid
o Puan Angelina binti Andrew Daal
2. Dokumentasi :
o En. Mohd. Khairil Anuar Bin Ibrahim
3. Hadiah :
o Pn. Claire ak Bujang
o Pn. Stella Hii Jiunn
4. Jurugambar:
o En Khairul Izzuddin bin Zaini
5. AJK NILAM:
o Semua guru penyelaras dan guru kelas.

8.0 STRATEGI PELAKSANAAN:

 Nama Program :
Program Bacaan Terbanyak NILAM

 Objektif :
Memupuk sifat suka bersaing membaca bilangan buku terbanyak dalam kalangan murid.
 Kaedah Pelaksanaan :
o Murid membaca pelbagai bahan dan merekod aktiviti yang telah dijalankan di dalam sistem
IQ NILAM atau buku NILAM.
o Hadiah diberikan pada murid secara drive – through.
o Melibatkan semua murid Tahun 1 – Tahun 6

 Tindakan : Guru mata pelajaran, guru kelas dan guru NILAM.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Butiran Jumlah

Peruntukan

a) Pusat Sumber Sekolah RM 270.00

Perbelanjaan

Hadiah

PEMBACA TERBANYAK

Pembaca terbanyak Jan - Oktober

1 Set Alat Tulis x RM20 x 6 kelas = RM 120.00

1 Set Alat Tullis x RM15 x 6 kelas = RM 90.00 RM 270.00

1 Set Alat Tulis x RM10 x 6 kelas = RM 60.00

Jumlah RM 270.00

10.0 PENUTUP

Aktiviti ini diharapkan akan berjaya menanamkan minat suka membaca dalam kalangan murid
dan dapat memupuk serta menyemarakkan budaya suka membaca dalam diri semua murid
sekaligus mampu melahirkan murid yang cemerlang minda dan sahsiahnya.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh:

....................................... ....................................... .................................. ..


(SHARIMAH BINTI HAMID) (ANGELINA BINTI ANDREW DAAL) (MAURICE JOSAPHAT JEPUN)

GURU PENYELARAS NILAM GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA GURU BESAR

You might also like