You are on page 1of 2

Guru Kesayangan Saya

Setiap murid mempunyai guru kesayangannya. Begitu juga dengan

saya. Guru kesayangan saya ialah Cikgu Salina. Beliau berbadan sederhana
dan rambutnya panjang. Beliau memakai cermin mata.

Cikgu Salina mengajar saya Bahasa Melayu. Beliau seorang guru yang
baik. Beliau mengajar kami dengan bersungguh-sungguh. Beliau sentiasa
memastikan kami menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Apabila kami tidak
faham, beliau akan memberi tunjuk ajar dengan sabar.

Selain itu, saya sayang akan Cikgu Salina kerana pengajarannya sangat
menarik. Beliau pandai bercerita. Saya suka cara Cikgu Salina mengajar. Saya
mudah faham apa yang diajar oleh beliau. Oleh itu, saya tidak berasa bosan
dalam kelas.

Tambahan pula, Cikgu Salina seorang guru yang peramah dan

penyayang. Apabila kami melakukan kesalahan, beliau tidak memarahi kami.
Sebaliknya, beliau akan menasihati kami agar tidak mengulangi kesalahan itu.
Beliau juga selalu menggalakkan kami supaya rajin belajar.

Pada sebelah petang, Cikgu Salina akan melatih kami bermain hoki.
Beliau merupakan jurulatih hoki yang sangat dedikasi di sekolah saya. Teknik
permainan yang diajarkan oleh beliau banyak membantu pasukan hoki
sekolah saya meraih kejayaan dalam setiap perlawanan.

Saya berasa amat bersyukur dan bertuah kerana mempunyai seorang

guru yang baik hati dan penyayang seperti Cikgu Salina. Saya akan belajar
bersungguh-sungguh untuk membalas budinya.

You might also like