You are on page 1of 1

NUR AISYAA HUMAIRA BINTI MOHD SOLLEH

Guru merupakan seorang yang memainkan peranan utama dalam membentuk kehidupan saya
sebagi seorang pelajar. Bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada pelajar tetapi juga bertindak
sebagai mentor, pembimbing, dan rakan. Guru saya Puan Azlina, telah menjadi sumber inspirasi saya
sejak hari pertama kelasnya. Beliau telah menggalakkan kami untuk melakukan yang terbaik, dan
bersunguh sungguh.

Cikgu Azlina memberi dorongan kepada kami untuk menyasarkan lebih tinggi dan mencabar
diri sendiri. Beliau akan sentiasa memberi motivasi kepada saya untuk melaksanakan apa-apa tugas
dengan sikap positif dan percaya pada diri sendiri. Beliau tidak pernah berputus asa dan yakin
dengan saya. Beliau juga akan menjawap setiap pertanyaan saya sehinga saya memahami apa yang
ingin beliau sampaikan.

Apa yang membuatkan saya sangat mengkagumi beliau ialah sifatnya yang lemah lembut
sabar, memahami dengan semua anak didiknya. Beliau juga sangat mudah didekati dan sentiasa
bersedia membantu pelajarnya. Beliau mempunyai pemahaman yang baik tentang subjeknya dan
dapat menerangkannya dengan bahasa yang mudah di fahami. Kelasnya sentiasa menarik dan
seronok, beliau tahu bagaimana untuk menarik minat pelajarnya.

Cikgu Azlina ialah menjadi seorang guru yang luar biasa dan inspirasi kepada saya. Beliau
sentiasa percaya pada saya dan telah menggalakkan saya untuk menjadi yang terbaik. Beliau
sentiasa ada untuk menyokong saya dan saya sangat berterima kasih atas bimbingannya.

Saya menutup karangan saya dengan serangkap pantun

Betik masak lebat di pangkal,


Penuh kapal bawa belayar,
Baik budi Panjang akal ,
Hormati guru tekun belajar,

You might also like