You are on page 1of 12

KOLEJ UNITI PASIR PANJANG,PORT DICKSON DIPLOMA PENDIDIKAN PRASEKOLAH DPP 1112 GURU DAN ALAM PENDIDIKAN TEMURAMAH

SEORANG GURU SUHAILAH BTE ABD MALEK 7356 SEMESTER 1 GROUP D TUGASAN 1 CIK MASDIANA BTE ABDUL RASID 25 JUN 2010

ISI KANDUNGAN

LATAR BELAKANG GURU

Nama beliau Vasentha Devi a/p Ankamuthu. Beliau berasal dari Melaka. Beliau dilahirkan pada 25 Febuari 1966. Umur beliau 44 tahun. Nombor kad pengenalan beliau 661225-045022. Puan Vasentha Dewi berbangsa India dan beragama Hindu. Pengalaman beliau mengajar selama 15 tahun di Tabika Perpaduan Pulau Sebang Selatan,Pusat Rukun Tetangga, Jalan Utama,Taman Mahsuri,78000 Alor Gajah,Melaka. Puan Vasentha Dewi akan sambung belajar pada tahun ini di IPRM,Seremban. Beliau akan memgambil kursus Diploma Pendidikan Prasekolah. Selain itu beliau sudah berumah tangga dan mempunyai empat orang cahaya mata iaitu dua orang putera dan dua orang puteri Beliau berasa gembira dengan kehidupan beliau sekarang. Beliau seorang guru dan ibu yang sangat prinhati, penyayang, amanah dan baik hati. Beliau juga seorang isteri yang bertanggungjawab. Beliau seorang juga yang tegas , boleh bawa berbincang ,dan seorang peramah.

MENGAPA MEMILIH PROFESION PERGURUAN

Beliau memilih profesion perguruan ini kerana beliau sangat minat untuk mengajar kanakkanak. Bukan itu sahaja,beliau juga sangat suka pada kanak-kanak ini kerana kakak-kanak ini sangat manja, comel, nakal,mempunyai berbagai ragam, karenah dan pewatakan yang sangat lucu dan sebagainya. Kanak-kanak ini bagaikan permata yang dikurniakan oleh Tuhan di muka bumi ini. Selain itu, Puan Vasentha Dewi berkata , beliau memilih bidang perguruan ini kerana kanak-kanak ini bagaikan kain putih. Orang yang akan mencorakkan mereka menjadi hitam,merah ataupun berwarna-warni ialah kita, ibu bapa mereka dengan sebaiknya,kalau kita menjadi seorang guru yang kreatif dan bijak mencorakkan mereka. Dengan kesedaran ini wajarlah kita sebagai pemimpin dan pendidik memberi perhatian yang lebih berat kepada cara kita memberi pendidikan awal yang tidak formal di peringkat kanakkanak lagi. Kita sebagai guru mendidik kanak-kanak ini menjadi seorang bakal pemimpin yang bertanggungjawab dan sebagainya di masa akan datang. Menjadi seorang guru ini adalah kerja yang mulia kerana kita memberi ilmu serta mendidik mereka menjadi insan yang berguna. Beliau memberitahu bahawa tugas menjadi seorang guru bukanlah hanya mengajar kurikulum tetapi bertanggungjawab untuk membimbing para pelajar dengan nilainilai murni yang tidak seharusnya diabaikan di dalam kelas ataupun di luar kelas. Melahirkan insan yang mempunyai nilai positif di dalam hidup sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru juga wajar menjadi pendorong dan pembimbing kepada pembelajaran kanak-kanak. Guru seharusnya menyediakan kanak-kanak ke arah mencapai matlamat dan objektif-objektif yang dikehendaki itu serta perkembangan kanak-kanak pada peringkat prasekolah. Dorongan dan galakan yang diberikan seharusnya bersesuaian dengan kemampuan seseorang kanak-kanak. Guru hendaklah mencari pendekatan yang dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi seseorang kanak-kanak itu. Aktivitiaktiviti yang dirancangkan oleh guru hendaklah membolehkan kanak-kanak mencapai kejayaan mengikut peringkat kebolehan atau keupayaan mereka. Dalam memotivasikan pembelajaran kanka-kanak,sifat-sifat kreatif perlu ada pada diri seorang guru itu.

PENGALAMAN MENJADI PENDIDIK

Pengalaman yang beliau lalui semasa menjadi seorang pendidik sangat mencabar kerana kanak-kanak ini mempunyai berbagai karenah,ragam dan perwatakkan yang sangat berbeza. Ini kerana kita seorang pendidik perlulah berbanyak bersabar dengan pelbagai sikap mereka. Ini kerana dalam perkembangan seseorang kanak-kanak,peringkat prasekolah ini adalah peringkat yang amat genting lagi penting. Apa yang berlaku dari umur 0 - 3 tahun akan memainkan peranan yang bergitu besar sekali sebab ketika inilah otak manusia berkembang dengan pesat sekali. Segala yang didengari dan dialami akan disimpan di dalam ingatannya. Jadi,untuk ,memberi pengetahuan yang sebaik mungkin,pada peringkat inilah kanak-kanak haruslah dibekalkan dengan segala pengalaman yang baru dibina.Pengajaran dan pembelajaran secara tidak formal akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam ingatan mereka. Pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh mereka juga membawa ke arah perkembangan otak dan potensi mereka ke tahap yang amat maksimum. Di peringkat ini kanak-kanak mengalami proses perkembangan fizikal yang agak perlahan tetapi peringkat proses pembelajaran mereka amat cepat. Pengalaman-pengalaman yang baik akan dapat memberi kesan yang baik. Galakan dan rangsangan yang positif adalah perlu untuk membantu mereka mencapai tahap perkembangan yang diingini. Ketika ini juga dapat membentuk mereka kearah hala tuju yang diharapkan. Beliau memberitahu bahawa penyampaian ilmu bukan sekadar menyampai ikut sesuka hati tetapi melibatkan penguasaan teknik tertentu yang boleh memastikan ilmu yang disampaikan itu dapat difahami dan dihayati oleh kanak-kanak itu.

CABARAN SEPANJANG MENJADI SEORANG PENDIDIK

Cabaran utama seorang pendidik ialah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan. Cabaran yang dilalui oleh beliau semasa menjadi seorang pendidik ialah menemui karenah pelbagai kanak-kanak daripada etnik. Bukan itu sahaja,ibu bapa atau penjaga juga mempunyai berbagai karenah dan cerewet,ada yang member kerjasama ada juga yang tidak ambil peduli dengan semua ini. Beliau berkata, mengikut tradisi,tanggungjawab ibu bapa ialah membesarkan kanak-kanak,manakala sekolah adalah tempat mereka menimba ilmu. Pendapat ini sudah tidak tepat lagi kerana peranan guru terutama guru prasekolah telah banyak berubah. Pengajaran dan pendidikan hendaklah menitikberatkan pemahaman ibu bapa dan sensitiviti mereka terhadap pendidikan dan tumbesaran kanak-kanak. Guru-guru hendaklah sama-sama belajar bagaimana bekerjasama dengan ibu bapa untuk membesarkan dan mengajar mereka. Selain itu,cabaran yang dilalui oleh beliau ialah guruguru hendaklah memahami kesan kehidupan berkeluarga dan struktur keluarga yang akan terjadi apabila ibu bapa melibatkan diri dalam komuniti sekolah. Tidak ramai di antara ibu bapa yang menyedari hakikat bahawa kita boleh terlibat dalam sesuatu program. Ini kerana ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga ada yang di antaranya lupa untuk meluangkan masa dengan anak-anak mereka. Perhubungan di antara rumah dan sekolah,guru perlu berinteraksi dengan ibu bapa untuk mendapat maklumat yang terkini. Pembelajaran kanak-kanak prasekolah tidak melibatkan buku dan guru sahaja,tetapi juga ibu bapa di rumah. Pembelajaran adalah gambungan dan sokongan sosialisasi di rumah dan seterusnya di sekolah. Wujudkan kesinambungan atau kontinuiti di antara kedua pendidik,iaitu di rumah dan di prasekolah. Beliau berkata lagi,ibu bapa sebagai pendidik utama dan pertama memainkan peranan kritikal dalam mempertengahkan pertumbuhan mental dan emosi kanak-kanak. Pengetahuan guru tentang pertumbuhan kanak-kanak boleh mempengaruhi perkembangannya dengan rakan-rakannya serta perhubungan dengan ibu bapa. Guru perlu menyampaikan secara jelas ciri-ciri kanak-kanak untuk mempertingkatkan pengetahuan ibu bapa tentang anak mereka. Selain itu,bagi meluaskan pengalaman dan pengetahuan,para guru prasekolah perlu mendedahkan dirinya pada pendapat-pendapat atau pandangan-pandangan baru yang terdapat dan diperolehi dari pelbagai sumber. Kemahiran guru dalam pendidikan prasekolah adalah untuk memupuk 4

perkembangan kanak-kanak ke arah yang diperlukan oleh masyarakat dan negara. Beliau memberitahu lagi,bahawa guru adalah seorang pengganti ibu bapa di prasekolah. Guru perlu mengawasi kanak-kanak semasa di pusat prasekolah. Guru wajib menentukan supaya kanak-kanak berada di dalam keadaan selamat atau pun berasa selamat sebagaimana berada dengan ibu bapa mereka. Guru hendaklah memberikan kasih sayang sebagaimana yang di berikan oleh ibu bapa mereka di samping memupuk perasaan hormat menghormati. Guru juga perlu menjalankan tugas-tugas asas ibu bapa seperti menentukan keselesaan mereka untuk pergi ke tandas,menyediakan makanan dan minuman serta masa berehat. Suasana di kelas yang dapat memenuhi keperluan emosi dan fizikal kanak-kanak hendaklah diwujudkan. Puan Vasentha Dewi berkata lagi guru hendaklah sentiasa menunjukkan sifat kasih sayang, tingkah laku yang lemah lembut, riang dan aktif, bermuka manis dan menggunakan nada suara yang sesuai apadila bercakap. Sifat lemah lembut merupakan sifat keibuan yang perlu dimiliki oleh seorang guru prasekolah yang baik. Sifaf pengasih seorang guru prasekolah perlu sama dengan sifat pengasih seorang ibu sejati di rumah. Sifat ini kalau dimiliki oleh seseorang guru prasekolah akan membuuat kanak-kanak seronok dan menunjukkan minat yang lebih selesa untuk berada di dalam kelas. Ia juga akan mendorong kanak-kanak cepat mesra dan menganggap guru sebagai sahabat yang memahami dirinya. Bukan itu sahaja, guru perlu menjadi model kepada kanak-kanak supaya mempunyai sifat-sifat yang baik dan melakukan perbuatan-perbuatan yang dipandang wajar. Kanak-kanak memerlukan individu dewasa untuk dijadikan teladan. Guru perlu

menggunakan peluang yang baik yang di dapati diprasekolah untuk menunjukkan teladan baik bagi menerapkan sikap positif pada kanak-kanak. Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pemerhatian dan peniruan. Sebagai model guru sentiasa perlu berhati-hati di dalam percakapannya,tingkah lakunya dan sikapnya supaya unsure-unsur negatif tidak dicontohi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak bersifat pemerhati, setiap yang dilakukan oleh guru menyerap dengan cepat dan ini akan diamalkan oleh kanak-kanak itu. Guru seharusnya menjalinkan perhubungan yang baik dengan keluarga kanak-kanak, memahami masalah dan minat mereka serta bertindak menjadi perantaraan di antara kanak-kanak prasekolah dengan masyarakat. Guru memainkan peranan penting ke arah membentuk perkembangan seorang kanak-kanak. Guru memerlukan kerjasama, sokongan dan perhubungan yang baik dengan ahli-ahli masyarakat terutamanya bagi menyampaikan penerangan pendidikan prasekolah. Guru harus menyertai dengan cergas aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat.

Guru perlu melahirkan perasaan penuh simpati, hormat menghormati dan bertimbang rasa terhadap ibu bapa mengetahui dan memahami kanak-kanak di bawah jagaannya, bukan sahaja sebagai individu dalam satu keluarga tetapi juga dalam masyarakat. Guru hendaklah pandai menyesuaikan diri sebagai seorang ahli masyarakat di tempat bertugas serta melahirkan sikap bertimbang rasa dan jujur terhadap orang lain. Guru prasekolah adalah seorang pembimbing yang sama pentingnya dengan ibu bapa. Guru memainkan peranan penting dalam mendidik kanak-kanak bagi membentuk perkembangan menuju ke arah dan aspirasi yang dharapkan.

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PENDIDIK YANG CEMERLANG

Beliau memberitahu bahawa untuk menjadi seorang pendidik yang cemerlang perlulah banyak membaca buku berkenaan dengan psikologi kanak-kanak ini kerana kanak-kanak mempunyai pelbagai sikap yang berlainan. Selain itu juga,seorang pendidik perlulah mempunyai fikiran terbuka ini kerana seorang pendidik akan berhadapan dengan pelbagai sikap ibu bapa kanak-kanak ini. Pendidik yang berfikiran terbuka akan mempertingkatkan prestasi akademik pelajar kerana mereka menjdi idola pilihan pelajar. Dalam ajaran Islam, sikap dan budaya berfikiran terbuka ini sudah lama dipraktifkan. Selain itu, pendidik yang berfikiran terbuka sentiasa bersedia menerima sebarang kelemahan dan kekurangan yang dimiliki oleh pelajarnya. Setiap kesulitan dan kesusahan yang dihadapi mampu ditangani dengan baik kerana sikap keterbukaan ini. Sikap rendah diri dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna akan membantu setiap pendidik untuk menerima pandangan orang lain, walaupun orang yang memberikan pandangan itu kedudukan lebih rendah atau usia yang lebih muda. Kesedaran sedemikian akan sentiasa membantu pendidik untuk memberikan ruang kepada setiap pelajar dalam memberikan komen. Berkeyakinan tinggi adalah berkait rapat dengan kepercayaan diri serta keberanian seseorang pendidik dalam menyalurkan maklumat kepada pelajar.Mestilah berkeyakinan tinggi,mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kerjaya. Keyakinan yang tinggi juga dapat membantu pendidik menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan. 6

Pendidik perlu sentiasa bersikap dan berfikiran positif. Pendidik perlu melafazkan ungkapan kata-kata yang optimistik. Tanpa keyakinan diri yang tinggi, pendidik akan mudah brasa gugup, menggelabah, pucat, darah gemuruh, dan panik serta berasa tertekan. Usaha tanpa keyakinan umpama membawa air di dalam bekas yang bocor. Selain itu, perancangan pengajaran adalah disediakan secara sistematik oleh seseorang pendidik dengan berpandukan sukatan pelajaran yang ditetapkan. Perancangan yang teliti akan memastikan setiap waktu mengajar digunakan sebaik mungkin bagi tujuan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak. Disamping itu, seorang guru atau bakal pendidik haruslah mempunyai rancangan pengajaran agar kanak-kanak tidak merasa cepat bosan atau hilang tumpuan semasa di dalam kelas. Selain itu, guru perlulah memberi komunikasi dua hala semasa didalam bilik darjah. Di samping itu, kita juga boleh bertanyakan kepada guru yang lebih berpengalaman dalam bidang pra sekolah ini. Orang yang cemerlang ialah apabila diberikan tugas, maka dia melakukan dengan penuh kesungguhan dan bertanggungjawab. Pendidik yang bertanggungjawab ialah pendidik yang menjalankan segala tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan akan berusaha bersungguhsungguh untuk memastikan segala matlamat dan objektif tugasnya tercapai dengan cemerlang. Untuk menjadi seorang pendidik yang cemerlang, seseorang itu perlulah bertanggungjawab terhadap kanak-kanak semasa didalam bilik darjah sehingga mereka pulang kerumah. Beliau berkata lagi,penampilan menarik merupakan kunci paling penting bagi seseorang pendidik untuk memenangi hati pelajar. Kegagalan pendidik untuk mempamerkan penampilan menarik menyebabkan kanak-kanak hilang minat dan menjauhkan diri daripadanya. Aspek yang paling penting dalam penampilan menarik dalam keadaan fizikal yang kemas. Seorang guru atau pendidik haruslah berpenampilan menarik agar kanak-kanak ini kelihatan ceria. Seorang pendidik perlulah mempunyai sifat kreatif ini kerana sifat kreatif akan membawa ke alam penerokaan baru melalui pemikiran yang lebih luas. Daya kreatif yang tinggi merujuk kepada sifat mencari sesuatu kelainan dalam menjalankan tugas dan peranan sebagai pendidik. Daya imaginasi yang tinggi juga menjadi asas yang utama untuk menjadi pendidik yang kreatif. Situasi sedemikian akan menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran tanpa menjemukan kanak-kanak. Semasa guru menjallankan aktiviti seharian, guru sepatutnya menarik cara-cara yang lebig kreatif supaya menarik minat kanak-kanak untuk belajar dengan lebih bermakna dan berkesan. Pendidik yang cemerlang bukan hanya berperanan sebagai penyampai ilmu tetapi juga sebagai pembimbing kepada kanak-kanak. Untuk menjadi peembimbing yang baik, pendidik perlu merangsang, menyakinkan, dan memberi sepenuh tumpuan kepada keperluan kanak-kanak yang sedang berhadapan dengan ilmu. 7

Sebagai satu profesion ke arah pembentukan kanak-kanak yang berilmu, bertanggungjawab, berkebolehan, dan daya saing, pendidik atau guru perlulah peka kepada tuntutan perubahan yang berlaku sama ada di luar ataupun dalam persekitaran kanakkanak. Dengan menyerdari betapa besarrnya tanggungjawab membimbing kanak kanak demi mencapai kemajuan sepenuhnya, para pendidik perlulah bersedia untuk menyempurnakan profesion ini dengan lebih peka dan terbuka demi pembentukan warganegara yang cemerlang.

NASIHAT KEPADA BAKAL-BAKAL GURU

Nasihat yang diberi oleh beliau ialah jangan sesekali berputus asa dan teruskan usaha dengan gigih, jangan mudah mengalah dan yakin pada diri kita mampu melakukannya dengan baik. Menjadi seorang yang penyayang, mempunyai kedudukan yang kukuh, mengikut perkembangan semasa,berpenampilan yang menarik,mempunyai hati yang mulia,pegangan agama yang kuat, seorang ceria,peramah,sentiasa memberi pendapat tentang perjalanan masa depan,boleh di jadikan idola mereka,sentiasa mengambil berat keadaan kanak-kanak dan bijak menangani segala masalah,sentiasa menampirkan senyuman yang manis,member perhatian yang sama rata kepada kanak-kanak tersebut,sentiasa mempunyai perwatakan yang menarik,mengajar dengan yakin dan ada sedikit unsurlawak atau lucu supaya kanak-kanak tidak berasa bosan.Sentiasa mengambil peluang menghadiri krusus motivasi untuk meningkatkan semangat kerja. Sentiasa mencari ruang dan peluang untuk meningkatkan kerjaya.selain itu, mempunyai kekuatan serta jati diri yang tinggi. Oleh itu, setiap bakal-bakal guru perlulah bijak mengintegrasikan nilai-nilai iman dan ilmu bagi membentuk akhlak yang mulia dalam memajukan jati diri masyarakat Negara ini. Dengan keadaan sedemikian, bakal-bakal pendidik haruslah memainkan peranan aktif sebagai agen dan pemudah cara untuk mencapai setiap impian murni yang termaktub dalam wawasan pendidikan negara.

Beliau memberitahu lagi, pendidik yang berkesan akan menggunakan strategi, teknik, dan bahan yang dapat merangsang anak didik mereka untuk memanfaatkan pengalaman sedia ada dan menggunakannya untuk mempercepatkan proses pembelajaran. Sesuai dengan harapan dan peranann ini, bakal-bakal guru perlu sentiasa memperbaharuhi semangat dan iltizam pada setiap masa, lebih-lebih lagi pada hari ini dalam melaksanakan tugas dan tanggungawab yang diamanahkan dengan lebih efisien. Setiap bakal-bakal pendidik perlulah berfikiran terbuka dan berpandangan jauh dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Apabila bakal-bakal guru menjunjung tanggungjawab yang diamanahkan, maka cita-cita untuk membangunkan masyarakat Negara ini agar menjadi cemerlang, gemilang, dan terbilang pasti dapat dizahirkan.

RUMUSAN

Puan Vasentha Dewi memberitahu bahawa guru memainkan peranan penting dalam membawa perubahan di dalam sistem pendidikan selaras dengan perkembangan semasa dan membentuk sahsiah murid sesuai dengan perkembangan dan keperluan masyarakat. Guru seharusnya bersikap dinamik bagi menggerak dan membolehkan pendidikan sentiasa berkembang maju yang sering berubah meningkat semasa ke semasa. Guru harus memikul tanggungjawab sebagai agen perubahan dan penyebar ilmu yang membawa perkembangan dan kemajuan sekolah dan masyarakatnya. Guru seharusnya melaksanakan cabarancabaran dalam perubahan sistem pendidikan yang baru kepada murid bagi melahirkan generasi yang cemerlang, terbilang dan geemilang. Beliau berkata lagi, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak, mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kehamonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

You might also like