You are on page 1of 9

BIODIVERSITI

1.1 Kepelbagaiaan Organisma

Apakah Biodiversiti?

1. Biodiversiti berasal dari perkataan bio yang maksudnya benda hidup dan diversiti yang maksudnya
pelbagai.

2. Biodiversiti atau kepelbagaian biologi merujuk kepada kepelbagaian organisma hidupan yang terdapat
dibumi merangkumi tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma.

3. Kewujudan biodiversiti akibat kepelbagaian habitat dan cuaca.

4. Saintis menganggarkan terdapat kira-kirg 13 juta spesies haiwan dan tumbuhan walaupun hanya 1.75 juta
sahaja yang dikenal pasti dan diberi nama secara sistematik.
5. Sebagai sebuah negara yang kaya dengan biodiversiti, Malaysia juga terkenal dengan spesies-spesies
endermik iaitu spesies yang hampir pupus di muka bumi.

INFO
Spesies endermik ialah spesies asli yang boleh dijumpai di sesuatu kawasan atau tempat.
6. Kerajaan mengambil langkah untuk melindungi spesies-spesies tersebut dengan mewujudkan pusat-
pusat pemeliharaan dan pemuliharaan di samping menguatkuasakan undang-undang serta
meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat negara ini.

KEPENTINGAN BIODIVERSITI
Pengurusan Biodiversiti Secara Berkesan

1. Manusia perlu menguruskan biodiversiti dengan baik bagi memastikan semua flora dan fauna
terpelihara dan tidak pupus.

2. Antara aktiviti manusia yang boleh memusnahkan biodiversiti:


(a) Aktiviti pembalakan boleh memusnahkan hutan yang juga merupakan habitat bagi flora
dan fauna.

3. Perburuan haram untuk mendapatkan haiwan yang berharga akan mengurangkan bilangan
haiwan tersebut termasuk spesies endermik seperti badak sumatera dan orang utan.

4. Penyahhutanan tanpa kawalan untuk tujuan petempatan dan pertanian boleh menyebabkan
hidupan hilang habitat lalu bermigrasi atau mati.

Langkah-
langkah
melingdungi
biodiversiti
Pengelasan Haiwan
1. Terdapat lebih kurang satu juta spesies haiwan telah dikenal pasti oleh ahli s iins setakat ini.
2. Pengelasan haiwan memudahkan ahli sains untuk mengenal lebih jelas spesies haiwan.
3. Haiwan boleh dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu vertebrata dan invertebrata

1. Invertebrata ialah haiwan yang tidak bertulang belakang.

2. Invertebrata membentuk kumpulan yang sangat besar iaitu merangkumi lebih daripada 95% spesies
haiwan.

3. Kebanyakan invertebrata mempunyai saiz yang kecil dan berstruktur ringkas kerana tidak mempunyai
tulang belakang yang boleh menyokong beratnya.

4. Invertebrata boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu haiwan berkaki dan haiwan tidak
berkaki.
Pengelasan tumbuhan

1. Tumbuhan boleh dikelaskan kepada tumbuhan berbunga dan tidak berbunga.


2. Tumbuhan berbunga membiak melalui biji benih
3. Tumbuhan ini boleh dikelaskan berdasarkan biji kotiledon di dalam biji benih monokotiledon
dan dikotiledon.
4. Monokotiledon dan dikotiledon berbeza dari segi bentuk urat daun , jenis akar, bilangan
kotiledon dan batang.
5. Tumbuhan tidak berbunga terdiri daripada lumut, paku pakis dan konifer.

TUMBUHAN TIDAK BERBUNGA

Lumut (Tanpa vascular) Vaskular (Paku Pakis) Vascular (Konifer)


Membina kekunci dikotomi.

1. Kekunci dikotomi adalah satu siri langakah yang setiap langkah terdapat dua pilihan yang
berbeza.Langkah akan diulang sehingga setiap ciri mempunyai satu organisma.
2. Untuk mengenalpasti organisma , kita perlu memerhatikan ciri-ciri organisma tersebut.
3. Contoh Kekunci dikotomi.

You might also like