You are on page 1of 3

JURNAL MINGGUAN 1

PERBEZAAN INDIVIDU MURID 4 IKHLAS, 4 JUJUR DAN 5 IKHLAS

1. ISU YANG DIFOKUSKAN

Saya telah mendapat jadual waktu pada minggu pertama praktikum fasa dua.
Seterusnya, saya menjalankan tugas sebagai guru praktikum yang mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu di Kelas 4 Jujur dan mengajar mata pelajaran Pendidikan
Pendidikan Seni Visual di kelas 4 Ikhlas dan 5 Ikhlas. Oleh itu, ini menjadikan
bilangan murid bagi ketiga-tiga kelas adalah seramai 53 orang. Sudah pastinya,
saya akan berhadapan dengan 53 orang yang mempunyai perbezaan individu dari
segi perangai, karenah, pemikiran dan penerimaan yang berbeza di dalam kelas 4
Ikhlas, 4 Jujur dan 5 Ikhlas. Tambahan lagi, isu yang difokuskan pada minggu
pertama praktikum fasa dua ini adalah tentang Perbezaan Individu Murid 4 Ikhlas
dan 4 Jujur dan 5 Ikhlas.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU):

Punca murid mempunyai perbezaan individu adalah lahir daripada keluarga yang
berbeza. Hal ini menjadikan mereka berbeza dari segi taraf hidup. tempat tinggal
dan demografi tempat tinggal. Di sekolah ini terdapat ramai murid yang lahir
daripada keluarga pendidik seperti anak guru di sekolah ini sendiri ataupun dari
sekolah yang berhampiran. Tambahan lagi, melalui soa jawab dan dapatan pada
minggu pertama ini, bilangan murid yang lahir daripada keluarga anggota polis dan
tentera serta bekerja sebagai jururawat di hospital berhampiran adalah ramai.
Namun, murid yang lahir daripada keluarga yang tiada latar belakang pendidikan
turut bersekolah di Sekolah Kebangsaan Penjom.

Oleh yang demikian, sewaktu proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc),


murid yang lahir daripada latar belakang keluarga yang mempunyai tahap
pendidikan yang tinggi kelihatan lebih menonjol daripada murid yang lahir daripada
keluarga yang tiada latar belakang pendidikan yang tinggi. Namun, murid yang lahir
daripada keluarga biasa juga turut menonjol sama seperti murid lain seperti aktif
mengadakan sesi soal jawab dengan guru dan lebih mahir apabila melakukan
kemahiran sewaktu Pendidikan Seni Visual.
3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU
(PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS:

Setelah menelaah bahan rujukan, menurut Wan Maznah Wan Harun, Azahan
Awang, Shamsuddin Man menyatakan hidup masyarakat berkait rapat dengan
tahap pendidikannya. Contohnya, masyarakat yang berada di bandar akan terdedah
dengan bidang pendidikan berbanding masyarakat yang tinggal di luar bandar.
Masyarakat di bandar telah menyedari tentang pentingnya memiliki pendidikan.
Namun, bagi masyarakat yang menetap di luar bandar beranggapan pendidikan
tidak begitu penting kerana mereka selesa dengan cara hidup yang diwarisi dari
turun-temurun dan hanya bekerja di kampung tetapi masih dapat melangsungkan
kehidupan. Tetapi, sikap begini ternyata dapat dibendung di sekolah ini, hal ini
kerana murid di kampung juga telah mula menyedari kepentingan mendapat
pendidikan dengan menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan di
sekolah ini. Jelas membuktikan, masyarakat di bandar dan di luar bandar telah
menyedari kepentingan mendapatkan pendidikan bagi menjamin masa depan
cerah.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH:

Cadangan bagi isu pada minggu ini adalah sebagai seorang guru yang
diamanahkan untuk mendidik anak bangsa, kita perlu sentiasa mengingatkan dan
mendedahkan tentang pentingnya mendapat pendidikan sejak dari sekolah rendah
sehingga ke sekolah menengah. Contohnya, guru boleh melakukan motivasi secara
lisan di hadapan kelas. Hal ini kerana, kata-kata guru adalah benar di telinga murid-
murid. Mereka lebih mempercayai guru berbanding ibu bapa mereka sendiri apabila
guru menasihati mereka. Tambahan lagi, guru di kelas 4 Gamma dan 4 Beta
wajarlah menjaga hubungan dengan lebih bersikap prihatin dan penyayang bagi
menggalakkan kehadiran mereka di sekolah. Sebagai contoh, saya selaku guru
praktikum menerangkan tentang mengapa perlu kerap hadir ke sekolah dan
manfaat kepada individu yang rajin datang ke sekolah. Malahan, saya turut
menyediakan papan ganjaran bagi mencatat kemajuan murid bagi menggalakkan
kehadiran mereka ke sekolah.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN:

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh masa seminggu agar
murid-murid dapat bergaul mesra dengan semua rakan mereka tanpa mengira taraf
dan saling bantu-membantu dalam proses PdP sekaligus bekerjasama dalam
melakukan semua tugasan atau aktiviti yang telah dirancang oleh guru.
6. TINDAKAN SUSULAN:

Saya susuli tindakan pada minggu pertama ini dengan mengenali keperibadian
murid 4 Ikhlas, 4 Jujur dan 5 Ikhlas dengan lebih rapat supaya mereka lebih selesa
untuk berinteraksi secara dua hala. Contohnya, sebarang pertanyaan yang diajukan
akan saya jawab disertai dengan pelan tindakan kepada murid tersebut.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN:

16 Januari 2023

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN:

Melalui cadangan penambahbaikan yang dirangka, saya mendapati masalah ini


semakin reda dan berjaya membantu murid untuk mempunyai semangat kekitaan
dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Kesannya, aktiviti murid berjalan lebih
lancar dan selari dengan waktu yang telah dirancang. Hal ini demikian kerana murid
kelihatan lebih aktif dan seronok sewaktu pembelajaran berlangsung kerana mereka
mampu bekerjasama dengan baik dalam menyiapkan tugasan berkumpulan.
Kesannya, tiada murid yang membuat kerja sendiri dan tidak terlibat dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Ternyata langkah-langkah yang dicadangkan
berkesan dalam membantu saya merancang aktiviti yang lebih baik serta sesuai
dengan tahap kemampuan murid-murid sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung,

9. KESIMPULAN

Kesimpulannya, aspek interpersonal dalam bilik darjah amat penting untuk


menjalankan PAK-21 yang berkesan. Hasil daripada penambahbaikan yang
dijalankan aktiviti yang dirancang berjalan seperti yang dirangka, murid dapat
menghasilkan sebuah karya dan hasil yang lebih baik dan kreatif. Oleh hal yang
demikian itu, guru perlulah menjadi perantara murid-murid dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi kerana mereka kurang mahir mengekspresikan diri mereka
menyebabkan berlaku perselisihan faham dalam kalangan murid.

10. RUJUKAN

Wan Maznah Wan Harun, Azahan Awang & Shamsuddin Man. (2016). Kualiti
hidup dan tahap pendidikan isi rumah di; pinggir bandar di Malaysia: Satu
Penerokaan Isi Rumah di Mukim Rawang II, Selangor. Vol. 12. Isu.19

You might also like