You are on page 1of 15

HBEF 3503

FACULTHY OF EDUCATION AND LANGUAGE (FEL)

SEMESTER MEI 2018

HBEF 3503

PENDIDIKAN INKLUSIF

NO. MATRIKULASI : 870418086198001


NO. KAD PENGNEALAN : 870418086198
NO. TELEFON : 0122858012
E-MEL : yuvaneshwary@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SRI RAMPAI LEARNING CENTRE


HBEF 3503

1.0 Pengenalan

Menurut Haji Sabri Salleh, Timabalan ketua pengarah pendidikan(2016), pendidikan


inklusif adalah pendidikan yang sama taraf yang diberikan kepada pelajar yang kurang
berupaya dapat belajar bersama-sama dengan pelajar yang normal di dalam kelas yang sama.
Serta guru yang mengajar juga guru biasa dan bukan guru pendidikan khas. Ini bertujuan, untuk
mendapat pendidikan yang sama taraf kepada kanak-kanak keprerluan khas. Dengan ini pelajar
juga boleh menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran yang normal. Selain itu, mereka juga
boleh menunjukkan bakat atau kebolehan mereka seperti pelajar-pelajar normal dan mereka
berdikiri untuk membuat sesuatu kerja.
Pendidikan inklusif juga boleh diketogarikan kepada dua.Iaitu pendidikan inklusif penuh
dan pendidikan inklusif separa. Pendidikan inklusif penuh adalah dimana pelajar berkeperluan
khas dapat menjalankan pembelajaran dan pengajaran dan aktiviti-aktiviti yang lain
sepenuhnya didalam kelas normal. Pendidikan inklusif separa adalah pelajar yang
berkeupayaan khas yang berkerjasam apabilamengadakan aktiviti-aktiviti tertentu sahaja.
Sekolah inklusif adalah sekolah yang menampung semua kanak-kanak tanpa mengira
fizikal, intelektual, sosial, emosi, bahasa dan syarat-syarat lain, termasuk kanak-kanak dengan
keperluan pendidikan khas. Sekolah-sekolah inklusif sebagai satu cara yang bertujuan untuk
menanggapi keperluan semua pelajar.

2.0 Pengumpulan Data di Sekolah inklusif

2.1 Latar belakang sekolah


Saya juga dapat berkesempatan untuk melawat sesuatu sekolah yang mempunyai
pendidikan inklusif. Sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Seri Langkap. Sekolah ini
terletak di Langkap, Perak. Guru besar sekolah ini ialah En.Mohamed bin Che Ree. Orangnya
sangat peramah.Penolong Kanan Pentadbiran ialah Pn.Rus Anita bt Mohd Yunus, Penolong
Kanan Hem ialah Pn.Farahliza bt Ahmad Radzuan dan Penolong kanan ko-kurikulum ialah
En.Shahrul Bahtiar bin Mohd Ghazali. Sekolah ini mempunyai 58 orang guru di aliran perdana
dan 16 orang guru di pendidikan khas. Sekolah ini juga mempunyai seramai 555 orang pelajar
dan 51orang pelajar di pendidikan khas.
HBEF 3503
Barisan Pentadbir SK Seri Langkap 2018

Saya mendapat tahu tentang sekolah ini daripada salah seorang kawan saya. Saya meminta
kebenaran kepada guru besar melalui telefon. Saya hanya menelefon Guru besar sekolah
tersebut dan menerangkan tentang tugasan pendidikan inklusif. Tanpa seberang masalah
En.Mohamed bin Che Ree telah memberi kebenaran untuk membuat temu bual dengan seorang
guru sekolahnya.

2.2 Pengalaman di sekolah SK Seri Langkap

Pada haribulan 4 Julai 2018 saya dapat melawat sekolah itu. Saya dapat berjumpa dengan
beberapa guru akdemik biasa tetapi saya hanya memberi kebenaran untuk temu bual dengan
seorang guru akademik biasa dan Guru Besar sekolah tersebut. Saya hanya berpeluang untuk
bertemu bual dengan Guru Besar sekolah itu sekurang-kurangnya 10 minit sahaja. Beliau
memberi serba sedikit penerangan tentang pendidikan inklusif yang melaksanakn di sekolah
beliau. Beliau berkata bahawa beliau adalah seorang yang bertuah kerana dapat menjadi guru
besar di SK Seri Langkap. Beliau berkata sedemikian kerana beliau bertkata sekolah di sekolah
ini saya dapat berjumpa pelbagai ragam pelajar. Beliau berkata lagi guru-guru yang berada di
SK Seri Langkap juga dapat membantu guru besar untuk mejayakan melaksanakan pendidikan
inklusif. Beliau dan Penolong kanan pentadbir terpaksa keluar awal dari sekolah untuk
masyuarat di PPD.
Saya dapat bertemu bual dengan seorang guru Pendidikan Khas. Nama guru itu ialah
En.Murugan A/L Balasundram.Umurnya adalah 30 thaun dan
beliau berkerja disekolah itu selama 7 tahun. Beliau juga
seorang yang peramah dan berdisiplin. Beliau dapat memberi
respon dan sokongan yang baik kepada saya. Dia mengajar
kelas pendidikan khas selama 7 tahun dan beliau memberitahu
setelah dia berkeja sebagai seorang guru pendidikan Khas,
belai telah menjadi seorang penyabar dan dapat bertoleransi
dengan kenakalan pelajar keperluan khas. Dia beritahu juga
sebelum dia menjadi guru, dia berpendapat negatif mengenai pelajar berpendidikan khas.
Tetapi sekarang dia lebih suka dan berseronok untuk mengajar pelajar berkeperluan khas.
Beliau juga menyatakan bahawa pelajar pendidikan khas yang ramai dapat mencapai
kecemerlangan dalam kurikulum dan kokurikulum. Beliau menyenaraikan beberapa
HBEF 3503
sumbangan pelajar pendidikan khas untuk mencapai pencapaian yang cemerlang di peringkat
sekolah, peringkat daerah dan di peringkat kebangsaan.
 Dalam permainan futsal- peringkat negeri perak (2017)
 Olahraga - olympik perak dapat menang 3 emas dan gangsa.
 Pencapaian tertinggi meyertai agonori pengakap pakaian khas kebangsaan.
 Lafasan Al-quran peringkat daerah (2016)
 Pertandingan melukis kerjasama dengan malaysia dan jepun 2016.

2.3 Pelaksanaan Pendidikan inklusif di SK Seri Langkap.

Sekolah ini menggunakan program pendidikan inklusif separa. Seramai 20 murid yang
berpendidikan khas telah mendapat peluang untuk melibatkan diri dalam program pendidikan
inklusif disekolah itu. Pelajar itu dihantar ke kelas aliran perdana pada waktu subjek-subjek
tertentu sahaja. Subjek-subjek tersebut adalah subjek Bahasa Malaysia, pendidikan jasmani,
pendidikan seni visual, matematik dan pendidikan islam.

Senarai nama pelajar yang menyertai


dalam program inklusif separa.

Pelajar yang berpendidikan khas ini telah dibahgikan kepada 5 kelas. Iaitu dari tahun 1
hinggan tahun lima dan pihak sekolah hanya memberi kebenaran untuk satu kelas dalam semua
darjah untuk menjalankan program ini. Kelas-kelas tersebut adalah tahun 1 harmoni, tahun 2
amanah,tahun 3 kreatif, tahun 4 inovatif dan tahun 5 budiman. Pelajar-pelajar ini dipilih untuk
program inklusif ini dari segi kebolehan pelajar, pelajar yang boleh menumpukan perhatian
apabila proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, keupayaan mereka semasa
berkomunikasi, pelajar yang boleh memahami arahan yang diberikan oleh guru.
Beliau memberitahu beberapa kebaikan pendidikan inklusif. Beliau berkata dengan
mengadakan pendidikan sebegini dapat mencungkil bakat pelajar berpendidikan khas. Dapat
mengelakkan rasa rendah diri pelajar tentang diri sendiri. Pelaja dapat berkomunikasi dengan
HBEF 3503
lebih bebas tanpa batasan. Pelajar berpendidikan khas yang belajar dalam kelas pendidikan
inklusif dapat meluahkan kebolehan dan keupayaan mereka untuk melakukan sesuatu dengan
sendiri dan pelajar dapat belajar untuk menyesuaikan diri mereka dalam kehidupan yang biasa.
Beliau juga telah memberi beberapa pandangan berkaitan kelemahan melaksanakan
pendidikan inklusif. Beliau berkata kadang-kadang ada juga pelajar pendidikan khas menjadi
marah. Ini kerana kelakuan kawannya yang suka membuli.Beliau berkata setiap seminggu
mesti ada kes buli. Selain itu sokong ibubapa juga tidak beberapa baik. Ada beberapa ibubapa
yang tidak menghiraukan anaknya sendiri juga. Semasa guru minta ibubapa datang kesekolah
mereka tidak akan datang dan tidak pedulikan tentang perkembangan anaknya.

3.0 Kompentasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid kelainan
upaya.

Kompentasi berasal daripada bahasa inggeris yang bermaksud keupayaan atau kemahiran.
Sadirman AM menyatakan bahawa istilah kompetensi digunakan dalam dua konteks iaitu,
sebagai penunjuk kemampuan yang menunjukkan kepada perbuatan yang dapat diperhatikan
dan sebagi konsep yang merangkumi aspek-aspek kognitif dan efektif dengan tahap
pelaksanaan. Selain itu, Winarno Surachmad juga menyatakan bahawa kompetensi adalah cara
mengajar yang mempergunakan teknik yang beraneka warna untuk menarik minat pelajar.
Pelajar berpendidikan khas selalunya ada pelbagai kecerdasan dan keupayaan yang
berbeza-beza antara satu sama lain. Menurut Howard Garner (1983), setiap manusia
mempunyai 9 kecerdasan yang berbeza. Dalam hal ini juga, setiap seorang kanak-kanak khas
mesti mempunyai kepelbagaian kompetensi yang berbeza-beza. Oleh itu, guru perlu
berkompetensi.
Kompetensi guru adalah keupayaan untuk menguruskan pembelajaran pelajar keperluan
khas yang terdiri daripada aspek pengetahuan, pemahaman, keupayaan, nilai, sikap dan minat
sebagai satu kewajipan yang penuh bertanggungjawab. Saya juga terdapat banyak pandangan
dan pendapat daripada guru Sekolah Kebangsaan Seri Langkap tentang kompetensi guru
pendidikan khas.

3.1 Aspek Pengetahuan


Dari segi aspek pengetahuan, kebolehan dalam bidang kognitif pada guru adalah seperti
berikutnya, guru perlu mengetahui cara mengidentifikasikan kelemahan pelajar dalam pelajaran
dan perlu mencari kaedah penyelesaian masalah mereka dengan kaedah yang sesuai. Kaedah
HBEF 3503
tersebut perlu bersesuaian dengan tahap perkembangan minda pelajaran. Guru juga harus
mendapat tahu latar belakang sosial ekonomi, keluarga, tahap kecerdasan, kemampuan
pelajaran, kesihatan, hubungan interpersonal, emosi dan sifat keperibadian pelajar.
Sebagai contoh, Cikgu Murugan selalunya mengambilberat jika pelajar sering mengambil
cuti. Beliau beritahu bahawa beliau menziarahi rumah pelajar dan ambil tahu masalah pelajar
dan beliau juga cuba menyelesaikan sekiranya ada masalah yang serius. Beliau juga beritahu
dalam hal ini pihak sekolah juga memberi sokongan yang baik.

3.2 Aspek pemahaman


Dari segi aspek pemahaman, guru pendidikan inklusif perlu memahami kognitif dan efektif
yang dimiliki oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran seperti perlu memahami tentang
ciri-ciri dan keadaan pelajar keperluan khas untuk dapat melaksanakan pembelajaran dan
pengajaran yang efektif dan efisien. Menurut Mash, 2010 guru harus memahami
ketidakupayaan dan kebolehan belajar pelajar.
Dalam sesi temu bual , Encik Murugan menyatakan bahawa pernah sekali ada seorang
pelajar pendidikan khas yang mengikuti program inklusif telah memukul kawannya dengan
kerusi semasa menjalankan kelas inklusif. Beliau berkata dia tidak pernah tengok pelajar yang
berpendidikan khas itu berkelakuan begitu. Selepas kejadian itu, beliau berjumpa dengan
pelajar itu, untuk mendapat tahu, apa yang membuatkan pelajar itu marah. Selepas tanya
beberapa kali baru pelajar itu telah memberitahu bahawa kawannya mengejek pelajar itu
semasa pelajar pendidikan khas tanya tentang kerjarumah dan pelajar itu juga beritahu yang dia
tidak faham apa yang diajar oleh guru. Beliau juga berkata ini adalah satu pengajaran untuknya.

3.3 Aspek Keupayaan


Yang seterusnya adalah dari segi aspek keupayaan, iaitu sesautu yang perlu dimiliki oleh
seorang guru dalam melaksanakan tugasnya seperti mengubah suai isikandungan pelajaran
berdasarkan keupyaan pelajar berkeperluan khas. Guru juga perlu memilih cara yang sesuai
dalam menyampaikan isikandungan pelajaran. Serta guru juga perlu menggunakan pelbagai
ABM dan BBM yang pelbagai dan sesuai untuk menarik perhatian pelajar.
Guru yang mengajar dalam kelas inklusif di SK Seri Langkap, selalunya berupaya
membuat ABM yang sesuai untuk menjalankan proses pdp yang efektif. En. Murugan berkata
dengan menggunakan ABM guru-guru yang mengajar kelas inklusif dapat kawal murid yang
berkeupayaan khas dan juga pelajar dapat memahami isi kandungan pelajaran dengan mudah.
HBEF 3503
3.4 Aspek Nilai
Aspek nilai juga adalah sangat penting kerana pelajar semuanya belajar daripada seorang
guru, apatah lagi pelajar berkeupayaan khas. Oleh itu, guru perlu menunjukkan nilai-nilai yang
positif seperti jujur, toleransi,sabar, dan lain lagi. Yang paling penting dalam aspek nilai adalah
penghargaan. Pelajar selalunya suka kalau guru menghargai dan memberi pujian apabila
melakukan sesuatu kerja dengan baik.
Apabila tanya tentang nilai beliau berkata ia sangat memerlukan apabila mengajar kelas
inklusif. Beliau berkata sedemikian kerana dalam kelas inklusif terdapat pelbagai ragam
pelajar, oleh itu kita perlu menunjukkan nilai yang baik kepadanya agar pelajar dapat mengikuti
jejak kaki kita.

3.5 Aspek Sikap


Sebagai seorang guru pendidikan inklusif, aspek sikap adalah sesuatu aspek yang paling
penting. Aspek sikap boleh bermaksud perasan atau reaksi terhadap pembelajaran pelajar. Ini
akan memberi kesan kepada cara dan pengoptimuman pembelajaran.
Saya kagum apabila dapat tengok guru yang mengajar kelas 4 inovasi. Ini kerana, beliau
terlalu sabar walaupun anak muridnya menanya pelbagai soalan dan semasa membuat bising.
Beliau tidak memarahi pelajar yang membuat nakal tetapi beliau hanya memberi isyarat tangan
dengan sabar dan menunjukkan sikap yang baik.
3.6 Aspek minat
Selain itu, aspek minat juga adalah satu kecenderungan guru untuk mempelajari atau
melakukan pengajaran dan pembelajarn kepada pelajar. Tanpa minat guru tidak boleh berkerja
dengan pelajar berkeupayaan khas.
Semasa temubual En.Murugan berkata bahawa dia sangat berminat untuk mengajar pelajar
berpendidikan khas. Disebabkan itu beliau seronok mengajar dan pelajar juga suka padanya.
Beliau berkata lagi sebab minat, dia dapat mengajar pelajar tanpa sebarang penekanan.

4.0 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (pdp) dalam pendidikan inklusif.

Di SK Seri Langkap, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan inklusif


berjalan secara lancar. Pihak pentadbir sekolah juga memberi sokongan yang baik kepada guru-
guru yang mengajar kelas pendidikan inklusif. Oleh itu, guru-guru juga menjalankan aktiviti
dengan baik dan efektif.
HBEF 3503
Ativiti pdp dalam pendidikan inklusif perlulah mengatur secara sistematik untuk
menyenangkan guru untuk menyampaikan isikandungan kepada pelajaran. Selain itu dengan
aktiviti yang bersistematik dan efektif boleh menarik minat pelajar dan dapat melibatkan
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4.1 Aktiviti mentor mentee

Aktiviti mentor mentee dijalankan didalam setiap kelas inklusif di SK Ser Langkap.
Aktiviti ini dilaksanakan untuk membantu pelajar pendidikan khas melibatkan diri semasa
pengajaran dan pembelajaran. Pelajar aliran khas adalah mentor kepada pelajar berpendidikan
khas. Tugas mentor adalah menjaga dan memberi penerangan tentang pembelajaran kepada
mentee. Apabila guru memberi aktiviti dalam kelas mentor akan membantu mentee untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan. Mentor juga membantu mentee untuk mengumpul
maklumat tentang sesuatu pelajaran.
Dengan aktiviti ini pelajar berpendidikan khas dapat berinteraksi dengan pelajaran aliran
perdana tanpa sebarang masalah. Selain itu pelajar aliran perdana juga dapat tahu masalah
pelajar pendidikan khas. Dengan aktiviti ini juga pelajar pendidikan khas tidak dapat dibiarkan.
Selain itu, pelajar berpendidikan khas dapat menunjukkan kebakatan mereka dan mereka juga
bermesra dan bersosial dengan pelajar aliran perdana. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
juga dapat dijalankan tanpa sebarang masalah.
4.2 Aktiviti kumpulan

Aktiviti kumpulan adalah sesuatu aktiviti yang popular di SK Seri Langkap. Kerana
dengan mengadakan akativiti kumpulan, pelajar aliran perdana dapat membantu pelajar
pendidikan khas. Mereka dapat berinteraksi dalam kumpulan dan pelajar pendidikan khas
tidak dapat diabaikkan dan pelajar pendidikan khas tidak akan meninggalkan isi pelajaran.
Denagn mengadakan aktiviti kumpulan semua pelajar boleh berinteraksi antara satu sama
lain tanpa sebarang pandangan rendah. Selain itu, semasa dalam kumpulan pelajar
pendidikan khas rasa selesa dan mereka berasa seperti selalunya ada orang bersamanya.
Semasa aktiviti kumpulan pelajar aliran perdana tunjukajar kepada pelajar pendidikan
khas untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dan pelajar pendidikan khas juga dapat
memberikan pandangan mereka tanpa sebarang keraguan. Dengan aktiviti ini guru dapat
memberi lebih input mengenai pembelajaran.
HBEF 3503
4.3 Aktiviti hafalan Al-Quran
Aktiviti hafalan al-quran ini dijalankan dalam setiap kelas inklusif. Ini membantu
pelajar untuk membentukkan tingkah laku dan sahsia pelajar. Dengan ini pelajar dapat tahu
cara berkelakuan dengan guru, ibubapa dan pelajar-pelajar lain.
Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari dalam mataprlajaran bahasa malaysia.Mereka
hanya mengambil masa 10 minit untuk hafalan Al-quran. Aktiviti ini bukan sahaja dapat
membantu untuk membentuk ahklak pelajar tetapi pada wal tahun ini seorang pelajar
berpindidikan khas yang belajar dalam kelas inklusif telah mendapat tempat ketiga di
peringkat daerah Perak.

Adik Mohamad
Adha Izudin bin kamaruddin.
di peringkat daerah

4.4 Aktiviti melukis gambar

Aktiviti menggunakan gambar, dilaksanakan di sekolah ini untuk semua subjek yang
yang terlibat dalam program inklusif. Aktiviti ini dilakukan dalam kelas inklusif untuk menarik
minat pelajar semasa membuat sesuatu tugasan. Dengan melukis gambar pelajar dapat
memahami sesuatu isikandungan pelajaran dengan lebih jelas. Dengan ini pelajar juga boleh
menggembangkan fikiran mereka dengan kreatif dan mengungkit bakat pelajar secara tidak
perasan. Pelajar akan melukis gambar berdasarkan apa yang mereka faham tentang pelajaran
hari tersebut.
Oleh itu, pelajar berpendidikan khas yang belajar dalam kelas inklusif dapat menyertai
pertandingan melukis kerjasama dengan Malaysia dan Jepun pada tahun 2016. Pelajar tersebut
telah mendapat tempat naib johan.
HBEF 3503

4.5 Aktiviti bercerita

Biasanya pelajar suka kalau kita bercerita. Apatah lagi kalau kita menerapkan aktiviti
bercerita dalam pelajaran harian. Dalam kelas guru selalunya menggunakan kaedah bercerita.
Kaedah bercerita ini selalunya melaksanakan dalam matapelajar bahasa melayu, pendidikan
islam dan pendidikan seni visual.
Apabila amanahkan pelajar untuk bercerita tentang apa yang mereka belajar dalam kelas,
mereka berasa seronok dan meraka cuba untuk menceritakan apa yang mereka belajar. Apabila
mereka melakukan aktiviti ini mereka tidak rasa ketakutan dan mereka bebas untuk bercerita.
Selalunya bercerita pada hujung proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan aktiviti ini dapat
mengawal kelas dengan senang dan dapat menyampaikan isikandungan pelajaran dengan
senang. Pelajar juga menunjuk minat dan memberikan perhatian semasa mengajar oleh guru.
Ini adalah disebabkan kerana apabila memberi perhatian, pada hujung pengajaran mereka dapat
bercerita.

5.0 Kesimpulan
Pendidikan inklusif adalah sesuatu program yang mana dapat mengembangkan minda
pelajar yang berpendidikan khas. Pendidikan inklusif bukan hanya memberi peluang kepada
pelajar berpendidikan khas bertempatkan di aliran perdana tetapi dapat merangkumi
kecepakan, kebolehan,dan pemikiran pelajar berpendidikan khas. Dengan pendidikan pelajar
berpendidikan khas juga dapat peluang untuk menjayakan diri mereka dalam kalangan orang
yang normal.
Saya telah mendapat pengalaman yang baik kerana dapat berjumpa dengan pelajar-pelajar
yang berkeupayaan khas. Mereka lebih mesra apabila bersembang dengan saya. Saya telah
mempelajari daripada mereka untuk menyakinkan diri dalam apa jua cabaran.
Akhir kata,pelaksanaan pendidikan inklusif di SK Seri Langap sangat berkesan.

(2537 patah perkataan)


HBEF 3503

6.0 Lampiran
Transkrip wawancara
bersama dengan Guru Besar dan guru pendidikan khas SK Seri Langkap

S : Soalan GB : Guru besar G : Guru

S : Terima Kasih tuan untuk memberi kebenaran untuk temu bual dengan
anda dan guru sekolah ini.Bolehkah guru besar menceritakan serba
sedikit tentang diri sendiri?

GB : Nama saya Muhammad bin Cee ree. Saya orang Teluk Intan. Sebelum
ini saya bekerja di SK Pekan Rabu, Teluk intan.

S : Bolehkah Guru Besar kenalkan saya dengan guru sekolah guru besar?

GB : Ya. Boleh. Cikgu ini cikgu pendidikan khas. Namanya En.Murugan. Nanti cikgu
sendiri memperkenalkan dengan cikgu. Murugan.

S : Ya boleh tuan. Tuan saya na tanya macam mana pengalaman tuan di sekolah ini?

GB : Saya berasa seronok bekerja disekolah ini kerana saya dapat bertemu dengan
pelajar yang pelbagai keupayaan. Kadang-kadang ada juga pelajar membawa
rambutan untuk saya. Selain itu pelajar seramai 51 orang murid pendidikan khas.
Mereka sangat beramah mesra dengan saya.

S : Tuan, tolong memberi penjelasan tentang pendidikan inklusif yang melaksanakan


disekolah tuan.

GB : Disekolah ini ada 5 kelas pendidkan inklusif. Seramai 20 pelajar pendidikan khas
telah belajar di kelas ini. Selain daripada ini tolong tanya soalan-soalan yang lain
pada En.Murugan. Saya terpaksa pergi masyuarat bersama dengan PK.
HBEF 3503
S : Ya. boleh tuan.terima kasih untuk memberi sedikit masa untuk bersembang
dengan tuan.
GB : Sama-sama. Saya minta diri dulu yea.

S : Saya Yuvaneshwary .Saya tengah belajar di OUM . Ada tugasan mengenai


pendidikan inklusif jadi saya datang ke sekolah cikgu untuk mendapat beberapa
penjelasan tentang pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah cikgu.

G : Yea… boleh…boleh…

S : Tolong beritahu serba sedikit tentang cikgu.

G : Kan, tadi guru besar telah memberitahu nama saya. Takpe sekali lagi sajalah saya
beritahu nama saya. Nama saya En.Murugan Balasundram. Umur saya 30. saya
bekerja disekolah ini selama 7 tahun sebagai guru pendidikan khas. Ini sekolah
pertama saya selepas tamat pelajaran saya.

S : Tolong beritahu perasaan anda sebagai guru pendidikan khas.

G : Saya berasa seronok dan bersyukur untuk mengajar pelajar berkeupayaan khas.
Mereka sangat sayang saya.pernah sekali ada seorang pelajar pendidikan khas
yang mengikuti program inklusif telah memukul kawannya dengan kerusi semasa
menjalankan kelas inklusif. saya tidak pernah tengok pelajar itu berkelakuan
begitu. Selepas kejadian itu, saya berjumpa dengan pelajar itu, untuk mendapat
tahu, apa yang membuatkan pelajar itu marah. Selepas tanya beberapa kali baru
pelajar itu telah memberitahu bahawa kawannya mengejek.

S : Adakah sekolah ini melaksanakan pendidikan inklusif sepenuh masa atau


pendidikan inklusif separa?

G : Sekolah kami hanya membuat pendidikan inklusif separa. Pendidkan iklusif


separa senang. Selain bahasa melayu, PSV,PJ, P Islam dan matematik pelajar ini
akan membuat aktiviti-aktiviti yang lain dalam kelas pendidikan khas.
HBEF 3503
S : Adakah guru yang mengajar kelas inkulusif berasa beban?

G : Saya rasa tidak, kerana guru-guru ini memang ada pengalaman yang luas dalam
pengajaran selain itu guru - guru itu membuat beberapa aktiviti-aktiviti untuk
menyampaikan objektif pengajaran dan mengawal kelas.

S : boleh tak memberitahu tentang aktiviti-aktiviti itu?


G : aktiviti mentor mentee, aktiviti bercerita, aktiviti kumpulan, aktiviti melukis dan
juga aktiviti hafalan Al-Quran. Denagn mengadakan aktiviti begini semua pelajar
boleh berinteraksi antara satu sama lain tanpa sebarang pandangan rendah. Selain
itu, semasa dalam kumpulan pelajar pendidikan khas rasa selesa dan mereka
berasa seperti selalunya ada orang bersamanya.Semasa aktiviti kumpulan pelajar
aliran perdana tunjukajar kepada pelajar pendidikan khas untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan dan pelajar pendidikan khas juga dapat memberikan
pandangan mereka tanpa sebarang keraguan. Dengan aktiviti ini guru dapat
memberi lebih input mengenai pembelajaran.

S : Tolong beritahu kelebihan kelas inklusif.

G : Dengan mengadakan pendidikan sebegini dapat mencungkil bakat pelajar


berpendidikan khas. Dapat mengelakkan rasa rendah diri pelajar tentang diri
sendiri. Pelajar dapat berkomunikasi dengan lebih bebas tanpa batasan. Pelajar
berpendidikan khas yang belajar dalam kelas pendidikan inklusif dapat meluahkan
kebolehan dan keupayaan mereka untuk melakukan sesuatu dengan sendiri dan
pelajar dapat belajar untuk menyesuaikan diri mereka dalam kehidupan yang
biasa.

S : Apakah kekurangan?

G : Kadang-kadang ada juga pelajar pendidikan khas menjadi marah. Ini kerana
kelakuan kawannya yang suka membuli. setiap seminggu mesti ada kes buli.
Selain itu sokong ibubapa juga tidak beberapa baik. Ada beberapa ibubapa
yang tidak menghiraukan anaknya sendiri juga. Semasa kami minta ibubapa
HBEF 3503
datang kesekolah mereka tidak akan datang dan tidak pedulikan tentang
perkembangan anaknya.

S : Adakah pentadbir sekolah menyokong guru-guru yang mengajar kelas pendidikan


inklusif?

G : Mestilah, tanpa sokongan mereka kami takkan dapat melaksanakan kelas


pendidikan inklusif dengan berjaya.
HBEF 3503

7.0 Rujukan

1. https://www.academia.edu/8213117/TRANSKRIP_TEMU_BUAL
2. https://www.moe.gov.my/index.php/my/pendidikan-khas/program-pendidikan-inklusif
3. https://www.slideshare.net/suzianakamaruddin/presentation-pendidikan-inklusif-di-
pendidikan-khas-masalah-pembelajaran?next_slideshow=1
4. https://www.slideshare.net/cikgusuepkhas/powerpoint-presentation-peraturan-pelaksanaan-
pendidikan-inklusif1
5. https://www.slideshare.net/MohdNizam3/pelaksanaan-program-pendidikan-inklusif
6. https://www.slideshare.net/rosidaida9/isu-isu-pendidikan-khas
7. Pelaksanaan program inklusif bagi pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran di
program integrasi( sorotan literature yang diakses dari
http://eprints.utm.my/id/eprint/44622/1/MurnieHassanMFP2013.pdf)

You might also like