You are on page 1of 24

NORIZAN BT USOFF D20112055393

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 2 SESSI 2012/2013 KBK 3073 MURID- MURID BERKEPERLUAN KHAS

TAJUK

TUGASAN 1

DISEDIAKAN OLEH NAMA NORIZAN BT USOFF NO. ID D20112055393 NO. TELEFON 0137008781

PUSAT PEMBELAJARAN :EL-BP01 NAMA TUTOR E-LEARNING: DR KWAY ENG HOCK

TARIKH SERAH: 05 MEI 2013

NORIZAN BT USOFF D20112055393

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1. 2 3 4. 5. 6. 7. 8.

Pengenalan Definisi Kanak-kanak Hiperaktif Punca-punca ADHD Ciri-ciri Kanak-kanak Hiperaktif Intervensi Awal Pentingnya Intervensi Awal Perlaksanaan Intervensi Awal Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan Perkembangan Emosi dan Sosial Ciri-ciri Perkembangan Emosi dan Sosial Kesimpulan Rujukan

3 4 6 9 13 14 15 17

9. 10. 11. 12.

19 21 23 24

NORIZAN BT USOFF D20112055393

1.0 Pengenalan

Sering kali kita mendengar istilah hiperaktif yang merujuk kepada kanak-kanak yang bertingkah laku terlampau aktif.Sebenarnya kanak-kanak hiperaktif adalah salah satu daripada kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran.Kategori kanak-kanak ini dikenali sebagai Attention Deficit-Hyperactivity Disoder (ADHD).Kehadiran kanak-kanak dengan ADHD di dalam keluarga sentiasa menimbulkan kekecohan dan memeningkan kepala ibu bapa atau pengasuh akibat tingkah laku mereka yang tersangat aktif dan sukar diramal. Begitu juga di dalam kelas Program Khas Masalah Pembelajaran (PKBP), guru terpaksa memberi perhatian yang lebih kepada mereka kerana mereka sangat sukar memberi tumpuan dan sentiasa bergerak ke sana ke mari di dalam kelas. Keadaan ini menyebabkan gangguan kepada proses pengajaran guru didalam kelas.Kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir, tetapi tidak mengendahkannya. Sememangnya lumrah semua kanak-kanak bersikap begini,tetapi bagi ADHD perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya,terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. Apabila kanak-kanak gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan kanak-kanak menghadapi masalah tingkah laku hiperaktiviti.Kerapkali kanak-kanak yang hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat.Walaupun kanak-kanak ini ada kalanya menunjukkan tingkah laku yang terlalu aktif atau lasak, ibubapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka hiperaktif.Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka bergurau dianggap normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka.

NORIZAN BT USOFF D20112055393

2.0

Definisi Kanak-kanak Hiperaktif

Hiperaktif adalah istilah yang digunakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif (overactive) dan mengganggu (disruptive).Kebiasaannya kanakkanak hiperaktif mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau tumpuan yang singkat.Istilah ini sebenarnya merangkumi dua masalah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini iaitu terlampau aktif dan kekurangan tumpuan.Kesukaran ini mungkin disebabkan oleh desakan yang tidak terkawal, terlalu aktif dan tidak memberi perhatian (Paul Cooper dan Katherine 2002: 9).Pada awal kurun ke-20, kanak-kanak kategori ini dikenali sebagai hyperkineticdan dikatakan mengalami kecacatan otak minima.Selepas itu mereka dikenali sebagai hyperactive.Pada tahun 1980, Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disoders-III (DSM-III) yang dikeluarkan oleh persatuan Psikologi Amerika (APA) telah memperkenalkan istilah Attention Deficit Disoders (ADD) untuk menerangkan kumpulan kanak-kanak itu dan dijelaskan juga sama ada keadaan ini wujud atau tidak wujud bersama-sama hiperaktiviti. Beberapa tahun kemudian istilah ini didefinisikan semula supaya meliputi kedua-dua jenis kecelaruan ini dan dikenali sebagai Attention Deficit-Hyperactivity Disoder (ADHD).Istilah ADHD telah ditegaskan lagi dalam DSM-IV.Walaupun terdapat ibu bapa dan professional yang menggunakan istilah ADD, namun istilah terkini yang paling tepat digunakan adalah ADHD.Rief (2005) pula mendifinisikan Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) sebagai ADHD is neurobiological behavioral disorder characterized by chronic and developmentally inappropriate degrees of inattention, impulsivity and in some cases hyperactivity. ADHD is a brain based disorder that arises out of differences in the central nervous system (CNS)-both in structural and neurochemical areas. ADHD is a developmental disorder of self-control, consisting of problem with attention span, impulse control and activity level. ADHD refers to a family of related chronic neurobiological disorders that interfere with an individuals capacity to regulate activity level (hyperactivity), inhibit behavior (impulsivity) and attend to task (inattention) in developmentally appropriate way.

Marilyn Friend (2006) pula mendefinisikan ADHD sebagai mereka yang memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan.For some student with ADHD, inattention is the primary symptom. These student might skip important parts of an assignment may appear to be day
4

NORIZAN BT USOFF D20112055393

dreaming during large group instruction,cannot seem to get organized and generally seem forgetful both in school and at home. This variation of the disorder is call ADHD. Foe another group of student with ADHD, the primary symptom is combination of hyperactivity and impulsivity and inability to put on the brakes before acting.

Menurut Oregan (2005) mendefinisikan ADHD seperti berikut........ attention deficit hyperactivity disorder,more commonly known as ADHD,is a complex and often controversial term. It is an internationally validated medical condition, involving brain dysfunction, in which individuals have difficulty in controlling impulses, inhibiting their behaviour and sustaining their attention span. This leads to a variety of educational, behavioural, social and related difficulties.

Merujuk kepada Wintraub (1997) dalam Natural Treatments for ADD and Hyperactivity, bunyi, imej, warna dan pergerakan semuanya berterusan bergerak dan berterusan mengganggu.Pemikiran merawang dan mengembara kerana rangsangan yang ada.Mereka sukar mengawal diri secukupnya untuk menumpukan perhatian dan menyelesaikan segala tugasan.ingatan dan pemikiran berlaku dan ini akan menyebabkan mereka tidak menghiraukan sesiapa yang bercakap dengan mereka.

Manakala mengikut The DSM (Dragnostic & Statistical ManualUS), hiperaktif adalah sebahagian dari ADHD, berlaku sebelum umur 7 tahun,berulang-ulang selama tidak kurang 6 bulan. Ciri-ciri yang tetap ialah tingkahlaku yang sukar dikawal disebabkan rangsanganrangsangan luar, tumpuan yang singkat, pergerakan tangan dan kaki yang kerap, menghilangkan barang dan gagal mendengar dengan baik (American Psychiatic Association, 1987).Selain itu, menurut Lahey et.al (1997) ADHD adalah masalah kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian keranan terhadnya kebolehan untuk memberi tumpuan dan mereka menunjukkan tanda-tanda tingkah-laku yang tidak sabar. Menurut Azizi Yahaya et al. (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal. Selalunya ibu bapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai
5

NORIZAN BT USOFF D20112055393

hiperaktif.Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanak-anak.Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD.Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu.Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat.Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD.Justeruitu, kanak-kanak ADD tidak hiperaktif, biasanya kanak-kanak ini tidak menimbulkan gangguan di bilik darjah dan tingkah laku mereka tidak membimbangkan dan dapat di kawal oleh guru.Walau bagaimanapun, ADHD boleh memberi masalah kepada kanakkanak dan menyebabkan pencapaian dan konsep kendiri yang rendah.

3.0

Punca-punca ADHD

Banyak perdebatan dan berbagai-bagai pendapat diberi tentang punca-punca terjadinya ADHD di kalangan kanak-kanak.Ada yang berpendapat tingkah laku kanak-kanak ADHD terjadi daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak sehingga tidak ada batasan dalam tingkah laku mereka.Ada pendapat mengatakan ADHD berpunca daripada amalan pemakanan,alahan makanan tertentu, atau mengambil terlalu banyak gula dalam makanan. Kajian oleh Friend (2006) menunjukkan bahawa sifat dan ciri ibu bapa, adik beradik atau ahli keluarga yang rapat mempengaruhi kecacatan.Individu yang mengalami ADHD selalunya dipengaruhi oleh faktor keturunan.Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD adalah tiga kali ganda lebih berpotensi menjadi ADHD berbanding mereka yang tidak mempunyai sejarah ADHD.Beliau juga membuat kajian terhadap sepasang kembar di mana kembar ini dibesarkan dalam dua persekitaran yang berbeza. Hasilnya beliau mendapati bahawa kanak-kanak ini tetap menunjukkan sindrom hiperaktif walaupun dibesarkan di kawasan dan suasana yang berbeza.Menurut Baekley (1998) 80 peratus kanak-kanak ADHD adalah berpunca daripada keturunan.Pendapat ini turut dipersetujui oleh Lombroso et.al (1998).Kanak-kanak yang mengalami simptom ADHD biasanya mempunyai ibu atau bapa, adik beradik, nenek moyang ataupun saudara rapat yang mempunyai masalah atau simptom ADHD semasa kanak-kanak.Menurut Mohd Sharani Ahmad (2004) kejadian ADHD berkait dengan baka ia bermula dengan hubungan seksual suami dan isteri. Ia dibahagikan kepada dua iaitu jika ibu bapa mempunyai kecacatan maka ia
6

NORIZAN BT USOFF D20112055393

akan diwarisi oleh anak dan jika ibu bapa tidak cacat tetapi anak adalah cacat. Umumnya suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan kromosom. Begitu juga isteri menghasilkan 23 pasang ovum. Setiap pasang kromosom yang wujud dalam pasangan itu akan menghasilkan empat percantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat (ketidaksempurnaan). Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu autosomal dominant di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh anak. Perwarisan autosomal excessive iaitu kedua ibu bapa pembawa gen cacat. Jika salah seorang sahaja pembawa baka cacat maka anak yang dilahirkan tidak cacat tetapi cuma pembawa baka cacat.Namun bagi pasangan yang normal tetapi pembawa baka cacat maka kemungkinan anak yang dilahirkan cacat adalah tinggi.Rajah 1 di bawah menunjukkan pewarisan baka daripada ibu bapa kepada anak-anak.

Menurut Sandra (2005) ADHD juga berlaku disebabkan kekurangan aktiviti dan tahap metabolisma yang rendah di bahagian otak yang tertentu. Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang mengalami ADHD menghadapi masalah kekurangan aktiviti di bahagian otak
7

NORIZAN BT USOFF D20112055393

berbanding dengan mereka yang tidak mengalami ADHD di mana aktiviti ini mengawal perjalanan bahagian otak yang lain. Bahagian ini akan mengawal tahap aktiviti otak, dorongan dan perhatian seseorang. Friend (2006) menyatakan kajian yang dijalankan ke atas bahagian otak menunjukkan bahawa terdapat tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia dan cereblum.Ketiga-tiga bahagian otak ini mengawal fungsi yang berlainan.Bagi penghidap ADHD mereka kekurangan electrical activity dan kekurangan tindak balas kepada stimulasi di bahagian otak. Rajah di bawah menunjukkan otak penghidap ADHD.

Namun begitu, Marilyn Friend membahagikan punca terjadinya ADHD kepada dua , iaitu (1) faktor fisiologikal, dan (2) faktor persekitaran.

3.1

Faktor Fisiologikal

Ramai ahli psikologi dan pendidik telah mengkaji punca-punca fisiologikal terjadinya ADHD. Di antara punca ADHD yang dikenal pasti adalah:

(a)

Faktor Keturunan

Individu dengan ADHD berkemungkunan besar mempunyai corak ADHD dalam keluarganya.Malah, kanak-kanak yang ibu atau bapanya mengalami ADHD berkemungkinan tiga kali ganda mempunyai ADHD.

(b)

Perbezaan Fungsi Otak

Ahli sains mendapati tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, bisal ganglia dan
8

NORIZAN BT USOFF D20112055393

serebelum kerap berfungsi secara berbeza-beza pada individu dengan ADHD barbanding individu lain. Khusus bagi kanak-kanak dan orang dewasa dengan ADHD, terdapat kurang aktiviti elektrikal dan kurang tindak balas terhadap rangsangan bagi bahagian-bahagian tersebut.

(c)

Faktor Biokimia

Bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter yang memancarkan maklumat daripada salah satu daripada tiga bahagian di atas kepada bahagian yang lain, tidak dipecahkan dan diserap semula dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD.

3.2

Faktor Persekitaran

(a) Persekitaran Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa faktor fisiologi merupakan punca utama terjadinya ADHD dan faktor persekitaran pula dilihat sebagai penyumbang kepada tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanak-kanak. Misalnya kanak-kanak dengan ADHD yang dididik dalam keluarga yang teratur dan mempunyai peraturan yang jelas akan berkemungkinan besar menunjukkan ciri-ciri ADHD yang ringan.

(b) Kecederaan Otak Kecederaan otak mungkin terjadi semasa tempoh prenatal akibat daripada penggunaan dadah, merokok atau pengambilan alcohol oleh ibu. Semasa proses kelahiran, kecederaan otak berlaku akibat kekurangan oksigen. Selain itu kecederaan otak boleh juga disebabkan demam panas yang teruk atau kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala.

4.0

Ciri-ciri Kanak-kanak Hiperaktif 4.1 Ciri-ciri PerkembanganFizikal Menurut William Cruickshank (1986) ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

(a). Sensory Hyperactive (pancaindera) : 1. Lemah dan gagal memberi tumpuan :


9

NORIZAN BT USOFF D20112055393

Kanak-kanak hiperaktif ini biasanya lemah dalam pelajaran kerana terlalu suka bermain dan pemikiran sentiasa tertumpu kepada sesuatu yang menghiburkan walaupun seketika. Selalunya mereka gagal memberikan tumpuan yang baik di dalam proses pembelajaran.

2. Mudah hilang tumpuan : Apabila proses pembelajaran sedang berlangsung, kanak-kanak ini hanya memberi tumpuan untuk seketika sahaja tetapi selepas beberapa minit mereka akan mengalihkan tumpuan mereka kepada sesuatu yang lain yang lebih memberikan sesuatu perasaan yang menghiburkan hatinya.

3. Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali : Di dalam kelas juga atau di tempat-tempat lain seperti di rumah, perhatiannya tertumpu pada pandangan dan pendengaran yang berulang kali.

4. Tidak boleh membuat gambaran, pengasingan dan menyatakan kaitan atau perhubungan : Biasanya kanak-kanak ini tidak dapat membayangkan sesuatu objek, membezakannya dan menghuraikan sesuatu perkara yang ada hubung kait seperti perbezaan di antara lori dan bas sebagainya contohnya.

5. Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang : Kanak-kanak ini tidak dapat membezakan suasana dan keadaan persekitaran dari segi saiz, jarak dan keadaan ruang.

(b)Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus) :

1. Tingkahlaku yang aktif dan melampau : Kanak-kanak ini terlalu aktif dalam aktiviti sehariannya. Dalam lain perkataan, kanakkanak ini tidak boleh duduk diam dan ada ketikanya mereka bersikap agak agresif sehingga menyebabkan pergaduhan mencederakan rakan-rakan.

10

NORIZAN BT USOFF D20112055393

2. Memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang : Apabila mereka mendapat sesuatu, mereka akan mencuba pelbagai cara seperti menghentak,memukul, membaling atau sebagainya terhadap benda tersebut. Sasarannya adalah orang atau benda yang berada berhampiran dengannya.

4.2 Ciri ciri Perkembangan Motor 1. Risau/resah/gelisah : Kanak-kanak ini sentiasa risau, mereka resah dan gelisah apabila tidak dapat melakukan sesuatu perkara yang mereka suka dan berminat.

2. Suka mengelamun/berkhayal : Apabila kanak-kanak ini bersendirian, mereka banyak berkhayal dan mengelamun tentang perkara-perkara yang digemarinya dan apabila tersedar dari lamunannya mereka akan mengaplikasikan.

3. Tidak tahu erti bahaya : Kanak-kanak ini biasanya tidak pernah membayangkan tentang bahaya atau kecederaan yang akan mereka alami dan tempuhi disebabkan mereka sentiasa berkhayal seterusnya dengan tidak disedarinya mereka terus melakukan sesuatu di luar kawalannya.

4.Selalu melakukan perlakuan yang merbahaya : Kanak-kanak ini selalu melakukan aktiviti yang merbahaya seperti melompat longkang yang besar, memanjat pagar seterusnya terjun ke bawah, memegang kaca yang pecah dan sebagainya.Mereka ini merasa seronok apabila dapat melakukannya.

5.Agresif iaitu suka berlari-lari : Apabila berada di dalam kelas atau berada di mana-mana sahaja, kanak-kanak ini suka berlari ke sana ke mari untuk memuaskan hatinya. Mereka merasakan berlari itu sesuatu yang menyeronokkan tanpa mempedulikan orang lain walaupun akan mengakibatkannya terjatuh atau tersungkur.

11

NORIZAN BT USOFF D20112055393

6.Tidak berhati-hati : Apabila kanak-kanak hiperaktif ini melakukan sesuatu perkara, mereka tidak berhatihati dan sentiasa terdedah dengan perkara-perkara yang akan mendatangkan masalah kepada dirisendiri atau orang lain.

7. Tingkahlaku yang memerlukan pengawasan yang rapi : Biasanya kanak-kanak hiperaktif akan sentiasa berkelakuan dengan mengikut perasaan tanpa memikirkan tentang keselamatan diri sendiri. Oleh kerana itu, kanakkanak ini perlu pengawasan yang rapi oleh guru-guru, ibu bapa atau seseorang yang lebih dikenalinya atau rapat dengannya.

8. Tidak boleh menyesuaikan diri dalam permainan : Apabila berada di dalam sesuatu permainan atau pasukan, kanak-kanak hiperaktif ini tidak dapat untuk menyesuaikan dirinya dengan permainan tersebut atau tidak dapat untuk bersamasama dengan rakan-rakan yang lain kerana kanak-kanak ini biasanya berada dalam dunianya sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain.

9.Masalah tidur yang lasak, berjalan-jalan dan kurang tidur : Sewaktu tidur pula, kanak-kanak ini biasanya tidur dalam keadaan yang tidak menentu iaitu seringkali beralih ke kiri dan ke kanan, ke atas atau ke bawah dan posisinya sering beralih arah.Semasa sedang tidur juga, kanak-kanak boleh berjalan mengikut suka hatinya sama ada pergi tidur bersama adik-beradik yang lain atau mencari tempat yang lebih selesa. Kadang-kadang mereka juga kurang tidur ataupun suka tidur lewat.

10.Bertindak cepat tetapi kurang berkesan : Apabila diberikan tugas oleh guru, kanak-kanak hiperaktif akan segera melakukan tugasan dengan penuh semangat dan berkeyakinan tetapi dalam masa yang sama tugasan tersebut kurang berkesan kerana dilakukannya dengan tidak teliti dan tiada peraturan atau strategi tertentu.

12

NORIZAN BT USOFF D20112055393

11.Lemah koordinasi : Perlu juga kita ketahui bahawa kanak-kanak hiperaktif ini adalah lema koordinasinya.Mereka sebenarnya tidak dapat menyeimbangkan dirinya atau pemikiran serta perlakuannya dengan lebih sempurna.

INTERVENSI AWAL Definisi Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa, mempertingkatkan kemahiran matematik,memperkembangkan

kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Mengapa amalan intervensi awal tidak berleluasa? Salah satu sebab ialah kadar pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda. Golongan pendidik enggan mencadangkan kanak-kanak prasekolah yang menghadapi kesukaran belajar mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003). Mereka lebih cenderung untuk mengaitkan kanakkanak yang menghadapi masalah pembelajaran dengan perkembangan lewat (late developers) dan perlu diberi lebih banyak masa. Ini telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak mendapat perkhidmatan pendidikan khas yang sewajarnya dan akhirnya gagal untuk menguasai kemahiran asas. Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut dis-leksia] (sejenis masalah penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat membaca pada tahap kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu diberi lebih banyak masa. Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pembelajaran menjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan menyelesai masalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untuk memberi

13

NORIZAN BT USOFF D20112055393

tumpuan dan lemah dalam kemahiran motor (contohnya, tidak boleh bergerak dengan pantas). Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah, apabila mereka dikehendaki mempelajari bidang-bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial. Setelah beberapa tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula muncul yang menghalang interaksi dengan murid lain. Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa dan guru tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebaliknya, mereka harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal. Pentingnya Intervensi Awal Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada kanakkanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanakkanakberisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa? Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanakkanak berkeperluan khas (Lerner, 2003). Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanakkanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa.Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah danmenengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan. Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan
14

NORIZAN BT USOFF D20112055393

bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan.

Perlaksanaan Intervensi Awal Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti mana guru telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan. (a) Intervensi Berpusatkan Guru Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Atas sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudah dewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guru yang menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi arahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.

15

NORIZAN BT USOFF D20112055393

(b) Intervensi Berpusatkan Pelajar Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar yang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi berpusatkan pelajar dilaksanakan. Istilah berpusatkan pelajar membawa imej tentang pelajar yang berdikari, bergantung pada diri sendiri dan Berjaya mengendalikan proses-proses pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajar memainkan peranan utama tetapi masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar untuk berdiri di atas kaki sendiri. (c) Intervensi Berpusatkan Keluarga Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pembelajaran kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak dengan golongan dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas. Apakah persamaan dan perbezaan di antara intervensi berpusatkan pelajar, berpusatkan guru dan berpusatkan keluarga?

16

NORIZAN BT USOFF D20112055393

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN PENYARINGAN DAN PENGUJIAN DIAGNOSTIK Sebelum program intervensi awal dapat dilaksanakan, penaksiran, sama ada secara formal atau tidak formal perlu dilakukan (Dowker, dalam Gersten dan Jordan, 2005). Penaksiran ialah proses pengumpulan maklumat berkenaan kanak-kanak yang diajar dengan bertujuan membuat keputusan tentang kekuatan, kelemahan dan keperluan mereka. Daripada penaksiran yang teratur keputusan-keputusan penting tentang strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat dengan lebih tepat. Penaksiran bertujuan untuk mengenal pasti intervensi awal yang sesuai bagi seseorang individu atau kumpulan kanak-kanak. Penaksiran, sama ada berbentuk formal atau tidak, haruslah bergantung kepada situasi dan instrumen yang digunakan. Sebagai contoh, Ujian Kecerdasan Weschler digunakan untuk menilai tahap kecerdasan kanak-kanak yang syaki mengalami kerencatan mental. Penaksiran juga dilakukan untuk menilai keberkesanan sesuatu intervensi awal. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk mengubahsuai strategi pengajaran ke arah memperbaiki lagi kaedah intervensi awal. Secara umum, penaksiran digunakan untuk penyaringan dan diagnosis. Penyaringan Sebelum bermula intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak hendak ditentukan. Kadang kala, masalah yang dihadapi sesetengah kanak-kanak sangat nyata dan pengujian tidak diperlukan. Contohnya, sindrom Down dan kurang upaya fizikal boleh ditentukan dengan memerhati ciri-ciri fizikal kanak-kanak berkenaan. Bagi sesetengah kanakkanak pula adalah sukar untuk menentukan masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyaringan (screening) perlu dilakukan. Proses saringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang sesuatu perkara, contohnya kemahiran bahasa. Lazimnya, teknik saringan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah dengan melibatkan bilangan pelajar yang ramai. Setelah dikenal pasti, guru akan membuat pengubahsuaian pengajaran sesuai dengan pelajar berkenaan. Sekiranya pengubahsuaian tersebut tidak membantu, maka guru akan merujuk pelajar itu untuk menjalani pengujian diagnostik yang lebih terperinci.

17

NORIZAN BT USOFF D20112055393

Pengujian Diagnostik Apabila proses penyaringan menunjukkan bahawa terdapat sesuatu masalah atau beberapa masalah di kalangan kanak-kanak yang diuji, kanak-kanak berkenaan dirujuk untuk pengujian diagnostik. Ujian diagnostik khusus yang digunakan tertakluk kepada jenis masalah yang dihadapi (McLean, Bailey & Wolery, 1996). Lazimnya, pengujian diagnostik dilakukan terhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu menghadapi masalah yang menghalang perkembangan dirinya (Heward, 2003). (a) Perkembangan Motor Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi pembelajaran. Pengujian tentang perkembangan motor dapat menunjukkan tahap kekuatan, kelenturan, ketahanan lasak dan kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak. Pergerakan otot besar (seperti berjalan kaki, berlari and melontar sesuatu objek) dan pergerakan otot halus (seperti mengambil sesuatu objek permainan, mengikat tali kasut) menunjukkan tahap perkembangan motor seseorang kanak-kanak.. (b) Perkembangan Kognitif Pengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti kemahiran mengira, mengingat perkara yang mereka telah lakukan pada masa lampau, merancang dan membuat keputusan tentang apa mereka akan buat pada masa depan. Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang baru dipelajari dengan maklumat sedia ada, menyelesai masalah dan menghasil idea-idea baru adalah petanda-petanda perkembangan kognitif. (c) Komunikasi dan Perkembangan Bahasa Komunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan, keperluan, pengetahuan dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan menggunakan bahasa untuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima maklumat daripada orang lain. Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan,
18

NORIZAN BT USOFF D20112055393

frasa, ayat dan bunyi. Komunikasi bukan lisan melibatkan gerak-geri tangan dan anggota badan, penumpuan mata, riak air muka dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap keupayaan komunikasi dan perkembangan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. (d) Perkembangan Emosi dan Sosial Kanak-kanak yang telah mencapai kompetensi sosial rela berkongsi barang permainan dan tidak keberatan berkerjasama dengan kanak-kanak lain. Mereka tahu pentingnya mengikut giliran dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka juga dapat meluahkan perasaan dan emosi dengan cara teratur. Pengujian terhadap ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas. (e) Kemahiran Adaptif Perkembangan kanak-kanak juga ditentukan sama ada mereka mempunyai kemahiran adaptif seperti boleh memakai baju tanpa dibantu orang lain, makan sendiri tanpa disuap, menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi dengan sendiri, membasuh tangan dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian dapat mengesan tahap kemahiran adaptif kanak-kanak berkeperluan khas. Lazimnya, kelima-lima domain ini diperincikan kepada ciri-ciri tertentu yang boleh diperhatikan dan diukur. Sesuatu kebolehan atau keupayaan itu dikaitkan dengan umur tertentu. Contohnya, pada umur 4 tahun, disenaraikan kebolehan dan keupayaan yang patut dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat umur tersebut. Oleh itu, perbandingan boleh dibuat dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang diuji. Perlu ditekankan bahawa kelima-lima domain ini tidak berasingan tetapi banyak bertindih. Contohnya, kanak-kanak yang bermain bola sepak menggunakan kelima-lima domain: kemahiran motor (berlari dan menendang bola), kemahiran kognitif (dapat meramal gerak-geri pemain), kemahiran berkomunikasi (menerima dan memberi arahan), kemahiran sosial (mematuhi peraturan permainan) dan kemahiran adaptif (memakai kasut bola tanpa bantuan

19

NORIZAN BT USOFF D20112055393

4.3

Ciri-ciri Perkembangan Kognetif.

Ciri-ciri kognetif kanak-kanak hiperaktif dianggap berkaitan dengan kelainan otak mereka. Sebab itulah dikatakan bahawa bukannya kanak-kanak hiperaktif tidak dapat menumpu perhatian mereka tetapi sebenarnya mereka tidak dapat mengatur di mana tumpuan mereka harus tertumpu dan sekerap mana pula tumpuan itu berpindah ke tempat lain. Terdapat empat aktiviti mental terlibat dalam masalah ini iaitu :

1. Ingatan Kerja (Working Memory ) Aktiviti ini membolehkan murid mengingat apakah tugasan mereka dan berapa banyak masa yang digunakan untuk menyiapkan tugasan itu.Namun , bagi murid hiperaktif mereka berkemungkinan tidak dapat mengingat arahan yang diberikan oleh gurunya.

2. Pertuturan Arah Kendiri Mekanisme ini digunakan oleh murid untuk membuat refleksi tentang perkembangan tugasan mereka, menyelesaikan masalah dan mengikut arahan.Murid hiperaktif biasanya lemah dalam kemahiran ini.

3. Mengawal Emosi dan Motivasi Aktiviti mental ini melibatkan keupayaan mengasingkan kekecewaan dan masalah emosi lainbagi menyiapkan tugasan. Selain itu, melibatkan juga penjanaan emosi dalaman.Ada murid hiperaktif yang tidak berupaya mengawal emosi mereka dan juga melaksanakan tugasan-tugasan yang berat sehingga mereka berlari keluar kelas atau cepat meradang.

4. Membentuk Semula Ativiti mental ini merujuk kepada keupayaan memecahkan perkara yang diperhatikan dan menyatukan bahagian-bahagian untuk melaksanakan tindakan baru. Misalnya apabila murid belajar sebahagian daripada ayat, mereka biasanya akan menulis ayatayat yang pendek dan panjang, menambah kata sifat, kata kerja dalam ayat itu dan dapat mengecam ayat dalam pelbagai konteks. Sebaliknya bagi murid hiperaktif mereka bermasalah dalam tugasan sebegini.
20

NORIZAN BT USOFF D20112055393

4.4

Ciri-ciri Perkembangan Sosial dan Emosi

Ciri-ciri sosial dan emosi lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri dan kefungsian social secara menyeluruh.Individu hiperaktif didapati lebih cenderung mengalami kemurungan.

1. Penghargaan Kendiri Penghargaan kendiri merujuk kepada anggapan seseorang terhadap dirinya sebagai seorang individu. Sekiranya seseorang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi, dia akan menganggap dirinya sebagai mempunyai banyak kekuatan dan begitulah sebaliknya. Namun begitu, sama ada individu hiperaktif mempunyai penghargaan kendiri yang positif atau negatif masih belum jelas.

2. Kefungsian Sosial Berbeza dengan penghargaan kendiri, maklumat tentang fungsian social murid hiperaktif adalah jelas. Mereka kerap menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dengan tuntutan sosial di sekolah dan juga di tempat lain.

Di samping itu juga, keadaan individu yang mengalami ADHD mereka cepat berasa bosan dan pada waktu yang sama tidak berdaya hendak menumpukan perhatian pada tugas yang perlu disiapkannya. Mereka juga mungkin kurang faham atau tidak empati pada perasaan orang lain. Ini dapat dilihat daripada tindakan yang mengikut gerak hati dan mereka juga gagal memahami kenapa mereka dihukum kerana perbuatan yang dilakukan.Kanak-kanak ADHD kerap mengalami kesukaran pemprosesan auditori. Apa yang dimaksudkan adalah mereka mungkin mempunyai pendengaran yang baik dan boleh mendengar arahan tetapi tidak berkeupayaan memahami bunyi yang didengar. Selain daripada itu, mereka juga seorang yang pelupa dan tumpuan mereka mudah terganggu. Mereka juga selalunya gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya APA (2000) dalam dalam Azizi Yahaya et al. (2006)

21

NORIZAN BT USOFF D20112055393

5.0

Langkah-langkah Pencegahan

Implikasi pembelajaran bagi kanak-kanak dengan ADHD adalah jelas iaitu kepelbagaian tingkah laku yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini akan mengganggu pembelajaran murid-murid lain dan juga menimbulkan masalah pembelajaran kepada dirinya sendiri. Kanak-kanak hiperaktif mengganggu rutin kelas dan memerlukan lebih perharian daripada guru.Keperluan pendidikan kanak-kanak dengan ADHD memerlukan intervensi dari awal lagi dari segi penglibatan ibu bapa, guru, sokongan persekitaran, tingkah laku dan proses pengajaran dan pembelajaran.

5.1 Ibu Bapa Ibu bapa perlu mempunyai pengetahuan tentang ADHD supaya mereka dapat membantu anak mereka mengurangkan masalah yang timbul daripada ADHD. Di antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh ibu bapa adalah seperti pengurusan tingkah laku,bagaimana menetapkan jangkaan dan hadnya, membina peraturan disiplin yang berkesan,membina strategi untuk menangani masalah tingkah laku yang serius dan ibu bapa juga perlu belajar cara mengurus perasaan marah dan juga tekanan.

5.2 Guru Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang ADHD supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Selain itu kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku murid ADHDnya. Kerjasama guru dengan ibu bapa adalah sangat penting kerana ibu bapa dapat menyediakan maklumat-maklumat penting tentang anak mereka yang boleh membantu guru menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran.

5.3 Sokongan Persekitaran Kanak-kanak dengan ADHD boleh belajar sekiranya dibantu melalui sokongan persekitaran seperti susunan kelas yang boleh membantu mereka. Di antara sokongan persekitaran yang dapat diberi untuk membantu kanak-kanak dengan ADHD adalah seperti berikut: i. Susunan kelas hendaklah bebas daripada gangguan tumpuan perhatian. ii. Menetapkan peraturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang diharapkan.
22

NORIZAN BT USOFF D20112055393

iii. Menyediakan dan mematuhi rutin harian kelas dan mengingatkan murid sekiranya terdapat sebarang perubahan. iv. Menyusun pembelajaran- misalnya menjadikan pembelajaran lebih aktif dengan cara memberi murid peluang bergerak.

5.6

Kurikulum

Sebagai mana murid berkeperluan khas yang lain, murid ADHD akan ditempatkan di dalam kelas Program Khas masalah Pembelajaran (PKBP) dan mengikuti kurikulum PKBP berdasarkan Sukatan Pelajaran PKBP Sekolah Rendah dan Menengah. Pelaksanaan kurikulum adalah luwes (Flexible) mengikut keupayaan murid. Pengajaran guru akan disesuaikan dengan tahap keupayaan mental pelajar, tingkah laku, tumpuan, perhatian, tahap kemahiran, motor kasar dan halus, keupayaan berkomunikasi dan lain-lain. Sebab itulah Sukatan Pelajaran PKBP digabungkan antara sekolah rendah dan sekolah menengah bagi menunjukkan kesinambungan kurikulum. Murid yang menunjukkan peningkatan pencapaian yang baik akan mengikuti pelajaran pada tahap yang lebih tinggi berbanding rakan mereka yang lain.

6.

KESIMPULAN

Sebagai seorang guru kesemua aspek yang melibatkan kecerdasan iaitu IQ, EQ SQ dan pelbagai kecerdasan perlu ditekankan dalam p & p bagi melahirkan insan-insan yang cemerlang lagi berpotensi serta mempunyai kepelbagaian. Semua individu memiliki

kecerdasan pelbagai tetapi tahapnya adalah berbeza antara satu sama lain. Maka guru perlu memupuk kecerdasan tersebut dalam dirinya sendiri dan juga dalam diri murid-muridnya Guru juga perlu menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid serta menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Justeru mempelbagai cara p & p dan penilaian kepada murid juga perlu diwujudkan. Selain itu, mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah dan meningkatkan profesionalisme guru serta menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam p & p harus dilaksanakan. Di samping itu, dengan meningkatkan harga diri, kreativiti dan

motivasi melalui p & p yang menyeronokkan dapat menyumbang ke arah melahirkan modal insan yang berpotensi tinggi. Akhirnya guru juga perlu memainkan peranannya dalam meningkatkan kecerdasan seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas.
23

NORIZAN BT USOFF D20112055393

7.

Rujukan

1. Pusat Pendidikan Luar UPSI (2011). KBK 3073 Murid Murid Berkeperluan Khas. Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris

2. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2004 ) Stesen Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Buku Panduan. Kuala Lumpur. KPM

3. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan : Bacaan Asas.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Jabatan Kebajikan Masarakat ( 2010).:Pemulihan Dalam Komuniti Network: www.pdknet.com.my

5. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, (2000). Buku Panduan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Murid-murid Berkeparluan Khas.

6. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia,(2003). Sukatan pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendan dan Menengah.

7. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian pelajaran Malaysia,(2005) Maklumat Pendidikan Khas. Putrajaya

8. Jamilah K.A.Mohamed(2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa.Selangor.PTS Profesional Publishing Sdn Bhd

9. Kementerian Pelajaran Malaysia, (2005).Buku Maklumat Pendidikan Khas.Kuala Lumpur.

24

You might also like