You are on page 1of 14

FAKULTI FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN ( SMP )

SEMESTER / TAHUN SEMESTER JANUARI / TAHUN 2013

KOD KURSUS HBEF 3503

TAJUK KURSUS PENDIDIKAN INKLUSIF

NAMA

1.0

PELAKSANAAN

PROGRAM

PENDIDIKAN

INKLUSIF

DI

S.K

PUNCAK

ALAM.....................2

2.0

LATAR BELAKANG MURID...3

3.0

PROGRAM PENDIDIKAN SEPARA INKLUSIF.6 3.1 Rasional Pendidikan Separa Inklusif

3.0

STRATEGI PELAKSANAAN..8

4.0

RUMUSAN..10

6.0

RUJUKAN.

1.0

PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DI S.K PADANG KALA Pendidikan inklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai

kecacatan seperti lembam, terencat akal ringan, down sindrom, autism, epilepsy dan sebagainya supaya dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya. Mereka diberikan sokongan khas seperti mendapat bimbingan dari guru kelas yang bekerjasama dengan guru kelas khas bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu , Matematik, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani dan lain-lain lagi yang difikirkan sesuai berdasarkan kebolehan dan keupayaan murid yang telah dipilih. Dalam satu program pendidkan khas, hanya beberapa orang sahaja yang akan dipilih untuk diinklusifkan supaya keberkesanan program inklusif akan mencapai matlamatnya. Pendidikan Inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program Inklusif akan dapat memastikan : Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya. Peluang berinteraksi antara kanak-kanak Istimewa dengan kanak-kanak lain. Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil. Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil. Peluang kanak-kanak Istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat. Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanakkanak lain.

Pendidikan Inklusif adalah merujuk kepada percampuran ( mainstreaming ) kanak-kanak Pendidikan Khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya, ini memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.
2

Kanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluangpeluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya ( role model ).

Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa bersama, mereka dapat membina suatu hubungan yang bermakna dan saling

menguntungkan bersama.

Murid-murid normal mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan.

Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak istimewa untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

2.0

LATAR BELAKANG MURID Dalam melaksanakan kajian ini, seorang murid perempuan iaitu Nurul Asyikin

binti Ramli telah dipilih untuk mengikuti program inklusif . Nurul Asyikin telah dilahirkan pada 7 Ogos 2001 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Sekarang dia berumur 10 tahun tetapi pencapaian akademiknya seperti murid yang berumur 7 tahun. Ibunya bekerja sebagai penjual nasi lemak manakala ayahnya bekerja sendiri. Sebelum dia memasuki Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembalajaran (PPKIBP) Sekolah Kebangsaan Puncak Alam, dia telah belajar di Sekolah Kebangsaan Melor. Dia telah memasuki kelas PPKIBP pada awal tahun 2011 setelah melalui ujian penempatan dan mendapat kelulusan dari doktor. Nurul Asyikin telah dapat mengenal huruf-huruf konsonan dan vokal dengan baik tetapi dia tidak dapat membaca dengan baik terutama bila melibatkan perkataan yang mempunyai lebih dari 2 suku kata sama ada suku kata terbuka atau pun tertutup. Dia boleh menyebut suku kata kvkv seperti perkataan saya, mata, buku dan lidi dengan
3

agak baik tetapi dia sukar menyebut suku kata kvkvk dengan baik dan terpaksa dieja terlebih dahulu sebelum membunyikan perkataan tersebut. Kadang kala lain perkataan yang dieja dan lain pula sebutan yang dibunyikannya. Contohnya perkataan sembunyikan, apabila diejanya, dia telah menyebut makan walau pun ejaan yang telah disebutnya betul. Dalam penulisan , Nurul Asyikin merupakan salah seorang pelajar yang mempunyai tulisan yang agak baik dalam kelas PPKIBP . Dia menulis abjad dan perkataan dengan baik dan jelas tanpa bersambung-sambung. Jika ada kesalahan ejaan atau tulisan, dia akan memadam tulisan tersebut sehingga betul-betul terpadam dan bersih sebelum dia menulis perkataan yang baharu. Semasa aktiviti penulisan, Nurul Asyikin perlu dipantau pada setiap masa kerana jika tidak dipantau, dia akan terus membuat aktiviti lain samada dengan mengganggu kawan-kawan atau pun aktiviti kegemarannya iaitu bercerita dengan macam-macam cerita yang didengarnya seperti tentang kemalangan, persiapan hari raya, aktiviti yang dilakukan semasa di rumah dan sebagainya. Dalam matematik pula, Nurul Asyikin boleh mengenal nombor sehingga nilai ribu dan dia boleh menyelesaikan operasi tambah dan tolak nombor 2 digit tanpa mengumpul semula. Jika operasi tambah yang melibatkan pengumpulan semula, dia perlu dibimbing secara individu dan berterusan sehingga mendapat jawapan bagi soalan yang diselesaikannya itu. Nurul Asyikin seorang murid yang mempunyai minat yang mendalam terhadap matematik. Dia selalu bertanya dan cuba menyelesaikan setiap latihan dan soalan yang diberi oleh guru tanpa merasa jemu walaupun mengambil masa yang agak lama. Apa yang menjadi halangan dalam matematik kepada Nurul Asyikin, dia mudah lupa dan perlu diajar asas pengiraan setiap kali sesi pengajaran. Dalam bidang pergerakan samada motor kasar dan motor halus, tiada masalah yang besar yang dihadapi oleh Nurul Asyikin. Dia seorang yang aktif dan selalu berminat kepada aktiviti dalam pendidikan jasmani dan kesihatan. Kerjasama dan toleransi yang baik juga ditunjukkan olehnya semasa dia berada di padang.

Sepanjang pemerhatian terhadap Nurul Asyikin, didapati dia seorang murid yang mempunyai beberapa kelemahan yang membantut proses pengajaran dan

pembelajaran yang diajar kepadanya. Antara kelemahan pada diri Nurul Asyikin, dia suka bercerita dan banyak bercakap samada semasa guru sedang mengajar atau pun tidak. Dia tidak suka kawan-kawan atau guru mengganggu proses dia bercerita. Dia pandai menambah-nambah sesuatu cerita sehingga dapat menarik perhatian kawankawanya yang mendengar dan kadang kala ceritanya itu akan menyebabkan kelas menjadi riuh rendah dengan lawak-lawak dan cerita kelakar yang disampaikan olehnya. Jika guru menyuruhnya berhenti semasa dia bercakap-cakap atau bercerita, dia tidak mahu mengikuti proses pengajaran yang dilakukan oleh guru. Dia tidak mahu mendengar penerangan guru dan tidak mahu membuat latihan yang diberikan oleh guru. Jika kawan-kawannya memotong percakapan dia, dia akan marah sehingga sanggup memukul-mukul kawannya itu. Satu lagi kelemahan Nurul Asyikin, dia sukar mengawal emosi marah dan akan bertindak keterlaluan jika dia tidak dapat menerima pendapat atau sesuatu keputusan. Contohnya jika dia tidak dapat mengejar kawannya, dia akan menyepak kerusi dan memecah barang-barang lain yang ada di sekitarnya. Bagi mengawal pergerakan dan tindakannya di dalam kelas terutama semasa proses pengajaran, guru perlu pandai mengambil hati dan emosinya. Nurul Asyikin seorang yang suka dipuji dan sangat suka apabila kawan-kawannya memanggil dia bos. Jika guru dapat mengawal emosi dan pergerakannya, dia akan mengikuti apa yang diajar dengan baik malah dia dapat membimbing rakan sekelas untuk belajar bersamanya. Pada umumnya perkembangan fizikal dan mental Nurul Asyikin adalah setara dengan perkembangan rakan sebaya yang normal. Ramai guru dan ibubapa tidak menyedari masalah sebenar kanak-kanak pendidikan khas ini. Akibatnya mereka dianggap malas dan degil atau bermasalah, malah ada yang dianggap biadap apabila mereka tidak dapat memenuhi kehendak norma bilik darjah, pembelajaran atau tatasusila masyarakat setempat atau sekolah.

3.0

PROGRAM PENDIDIKAN SEPARA INKLUSIF. Dalam melaksanakan program inklusif untuk Nurul Asyikin, kami guru-guru telah

berbincang dan telah bersetuju untuk menghantar Mohd Faris ke kelas Tahun 2 untuk mengikuti Pendidikan Separa Inklusif . Program ini akan menempatkan Nurul Asyikin di kelas tahun 2 untuk dia belajar bersama-sama dengan kanak-kanak normal dalam mata pelajaran tertentu yang sama dengan murid-murid normal. Tiga tujuan utama Nurul Asyikin di hantar untuk Program separa inklusif ialah: i-Integrasi Sosial ii-Integrasi akedemik iii-Intergrasi fizikal kelas. Bagi membantu proses menginklusifkan Nurul Asyikin ke kelas normal, satu perbincangan untuk menghantar Nurul Asyikin ke kelas normal telah dilakukan. Seorang guru pendidikan akan dilantik untuk bersama-sama Nurul Asyikin ke kelas normal. Nurul Asyikin tidak akan ke kelas normal jika guru yang mengiringinya itu tiada bersama-sama. Ini adalah untuk menjadikan proses pembelajarannya di kelas normal akan menjadi lebih berkesan. Sebagai permulaan, 3 subjek telah dipilih untuk diinklusifkan iaitu, Bahasa Melayu, Matematik dan Pendidikan Jasmani. Nurul Asyikin akan masuk ke kelas normal untuk mengikuti 3 subjek tersebut berdasarkan jadual kelas yang dimasukinya.

3.1

Rasional Pendidikan Separa Inklusif Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan

yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama
6

dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996) Murid yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk

menerima pendidikan yang sesuai dengan perkembangan dan kemampuan mereka secara menyeluruh. Mereka hanya sekadar kurang bertindak balas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran dan mengambil masa yang lebih lama untuk memahami apa yang telah diajar kepada mereka berbanding dengan murid-murid normal. Begitu juga dengan diri Faris. Jika sebelum memasuki kelas pendidikan khas , dia diabaikan dikelas normal disebabkan kurang tumpuan oleh guru dan jumlah murid yang ramai didalam kelas, maka setelah memasuki kelas pendidikan khas, terdapat peningkatan yang agak ketara telah berlaku. Oleh itu , satu program khas perlu disediakan untuk murid-murid yang berlaku peningkatan semasa mereka berada dalam program pendidikan khas. Untuk permulaannya, program pendidikan separa inklusif dilakukan dan jika terdapat perkembangan yang positif, mungkin Amir boleh diinklusifkan sepenuhnya. Melalui program pendidikan separa inklusif ini diharapkan dapat : 1-Berkongsi kemudahan dan alatan pembelajaran didalam kelas normal bersama-sama murid-murid normal. 2-Menggunakan peluang untuk berinteraksi dan belajar bersama-sama murid normal. 3-Mendapat layanan dan hak yang sama seperti murid normal. Ini akan dapat member keyakinan kepadanya untuk belajar. 4-Belajar mengikut sukatan rancangan pengajaran arus perdana. Semasa berada dikelas pendidikan khas, sukatan pelajaran yang diajar lebih rendah daripada yang diajar diarus perdana. 5-Memberi peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas untuk menyesuaikan diri bergaul dengan murid normal dan belajar hidup bermasyarakat.
7

6-Menggalakkan kewujudan masyarakat penyayang yang sangat penting dalam sesebuah negara.

4.0 STRATEGI PELAKSANAAN Program inklusif yang dijalankan lebih kepada bentuk integrasi. Ini adalah kerana kebanyakkan murid yang memasuki program ini belum menguasai 3M sepenuhnya. Oleh itu sukar untuk diinlusifkan dalam matapelajaran dalam semua mata pelajaran. Di antara matapelajaran yang dirasakan boleh diinklusifkan atau diintegrasikan adalah Bahasa Melayu, Matematik pendidikan seni,dan pendidikan jasmani. Pada peringkat permulaan Pendidikan Inklusif dijalankan secara Partikal Integration sahaja. Perlaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini bertujuan bagi memudahkan pihak pentadbiran mengenal pasti guru-guru kelas normal yang sesuai dan inovatif sebagai guru integrasi. Pilihan yang tepat ini sangaat penting dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif. Pada tahun 2013 sebagai tahun permulaan, Program Pendidikan Inklusif ini dijalankan secara Partikal Inclusion. Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah ini. 1. Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas normal yang akan terlibat dengan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif. 2. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid Khas yang akan mengikuti Program Pendidikan Inklusif. 3. Mengadakan sesi suai kenal di antara Kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal. 4. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas dalam bilik darjah biasa. 5. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
8

6. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas ini. 7. Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas. 8. Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal semasa mengikuti sesi P&P di dalam kelas normal. 9. Menjalani P&P mengikut jadual yang telah ditetapkan. 10. Penilaian keberkesanan Program Pendidikan Inklusif dijalankan secara

berperingkat-peringkat. Guru resos beroperasi sepenuh masa iaitu dengan memberi bimbingan untuk Matemati, Bahasa Malaysia secara Individu dan menginklusifkan dalam pendidikan , P.J, MT, BM. Membantu guru kelas pendidikan khas dan guru kelas

biasa. Mengendalikan pengajaran di Kelas Pendidikan khas. Bekerjasama dengan guru resos dalam mengintegrasikan murid dalam kelas biasa dan saling bantu membantu dalam penyediaan RPI. Murid pendidikan khas akan mengikut jadual kelas biasa dan akan pulang ke Kelas Pendidikan khas apabila pelajaran diikuti tamat. Matapelajaran yang dijangkakan boleh di inklusifkan adalah yang telah ditetapkan oleh guru kelas pendidikan khas. 1. Murid-murid pendidikan khas tetap akan balik ke kelas pendidikan khas setiap kali subjek di kelas normal selesai. 2. Guru resos membawa murid yang telah bersedia untuk diinklusifkan ke kelas biasa untuk pengajaran dan pembelajran dalam kelas biasa mengikut subjek yang telah ditetapkan. 3. Kemudian mereka dibawa ke bilik resos untuk diberi bimbingan dan pengukuhan. 4. Semasa guru kelas biasa mengajar, guru resos akan berada bersama-sama pelajar pendidikan khas ditempatkan.

5. Murid pendidikan khas terlibat akan mengkuti kurikulum biasa . 6. Kelas yang dilakukan integrasi adalah kelas yang kecil bilangan saiznya. 5.0 RUMUSAN. Pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikan khas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalan menuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila perubaha ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat. Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan program inklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan. Faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut juga mempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan akademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dankemahiran kefungsian hidup. Oleh itu adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkan peranan mereka masing-masing dengan

sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikan inklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikan inklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka amsing-masing bagi

mengerakkan pendidikan inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak. Satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik, perubahan sosial, taraf hidup dan budaya adalah melalui program menginklusifkan murid-murid dalam kelas pendidikan khas untuk membuka peluang kepada murid-murid pendidikan khas mendapat hak yang sama rata dalam bidang pendidikan seperti muridmurid normal. Terdapat ramai murid pendidikan yang mempunyai pencapaian akademik
10

yang baik dalam bidang tertentu seperti Bahasa, Matematik, Seni, Muzik, Vokasional dan lain-lain lagi, Jika diberi ruang dan peluang untuk murid pendidikan khas ini memajukan diri mengikut keupayaan dan kebolehan diri, maka sudah tentu peluang untuk murid pendidikan khas berada dan berjaya dalam masyarakat akan lebih cerah lagi. Berdasarkan kapasiti murid pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Padang Kala yang seramai 38 orang, 9 orang muridnya boleh diinklusif samada separa inklusif ataupun inklusif sepenuhnya. Semua pihak perlu cakna dan sesi perbincangan antara pihak pentadbir dan guru-guru serta ibu bapa perlu diadakan untuk mengenal pasti murid-murid yang layak untuk diinklusifkan. Pihak pentadbir sekolah perlu memberi penerangan kepada semua guru terutama guru yang berada di kelas arus perdana supaya dapat memahami rasional dan odjektif pelaksanaan program pendidikan khas untuk murid-murid berpendidikan khas. Apabila semua pihak telah memahami tentang pendidikan inklusif, maka proses pelaksanaannya akan lebih mudah dan segala masalah yang timbul akan dapat diselesaikan dengan baik. Guru-guru pendidikan khas perlu melihat kekuatan dan keupayaan yang ada pada murid-murid pendidikan khas. Kebolehan murid dalam bidang tertentu seperti matematik, bahasa, seni dan lain-lain lagi akan dapat dipertingkatkan lagi dengan kerja dan usaha yang bersungguh-sungguh dari guru. Sebelum seseorang murid pendidikan khas dihantar untuk diinklusifkan, guru pendidikan khas perlulah menyediakan diri murid sama ada dari segi mental dan fizikal untuk belajar bersama-sama murid normal di kelas arus perdana. Kebanyakan murid pendidikan khas mempunyai kelemahan dalam bidang tertentu dan mempunyai kebolehan dalam bidang yang lain. Pada masa hadapan diharapkan program pendidikan inklusif menjadi satu program yang wajid ,selari dengan program pendidikan khas. Segala kemudahan untuk murid pendidikan khas sepatutnya disediakan untuk murid pendidikan khas belajar bersama-sama murid normal. Murid pendidikan khas berhak mendapat pendidikan yang sama seperti murid normal seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara iaitu pendidikan yang sama rata untuk semua orang tanpa mengira taraf hidup, agama, bangsa dan status.
11

6.0 RUJUKAN 1. Thirugnana Sambathan a/l Muthusamy, Jun 2010, HBSE 2103 Pengurusan Pndidikan Khas. Open Universiti Malaysia (OUM). 2. Dr. Abdullah Yusof, Safani Bari dan Mohd Mokhtar Tahar, November 2011, HBSE 1103 Pengenalan Pendidikan Khas. Open Universiti Malaysia (OUM). 3. Dr. Rosadah Abd Majid, Norshidah Mohamad Salleh, Aliza Alias dan Mohd Mokhtar Haji Tahar, Februari 2010, HBSE 1203 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Khas. Open Universiti Malaysia (OUM). 4. Azrina Abdul Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap HubunganSosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 5. Kamariah Jalil. ( 1995 ). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya. Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort, Terengganu. 6. Isu Pendidikan Inklusif. Diperoleh dari web:

http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/02/isu-pendidikan-inklusif.html April 2013.

pada 30 hb

7. PENDIDIKAN INKLUSIF - Amaljaya.com Diperoleh dari web: http://www.amaljaya.com/guru/Pendidikan%20Khas/Pendidikan%20Inklusif.pdf pada 30 hb April 2013. 8. Pendidikan Inklusif dan Pelajar Berkeperluan Khas - UKM Diperoleh dari web: http://www.ukm.my/penerbit/fx919-0.html pada 02 hb Mei 2013. 9. Puad Zarkashi: Pendidikan inklusif diperluas . Diperoleh dari web: http://www.sinarharian.com.my/nasional/puad-zarkashi-pendidikan-inklusif-diperluas1.100469 pada 02 hb Mei 2013.

12

10. Kelangsungan dasar pendidikan melalui gabungan kementerian. Diperoleh dari web:http://agendadaily.com/Analisa/kelangsungan-dasar-pendidikan-melalui-gabungankementerian.html pada 06 hb Mei 2013. 11. Dasar Pendidikan Kebangsaan - Kementerian Pelajaran Malaysia Diperoleh dari web: http://www.moe.gov.my/bppdp/dasar/BUKU%20DASAR.pdf pada 06 hb Mei 2013. 12. garis panduan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah Diperoleh dari web: http://penselcikgu.blogspot.com/2011/12/garis-panduan-perlaksanaanprogram.html pada 06 hb Mei 2013. 13. Pendidikan Inklusif dan Pelajar Berkeperluan Khas - UKM Diperoleh dari web: http://www.ukm.my/penerbit/fx919-0.html pada 10 hb Mei 2013. 14. Peranan Kerajaan Dan Pihak Lain dalam memupuk kesedaran Diperoleh dari web: http://alkindi10autisme.blogspot.com/2012/06/peranan-kerajaan-dan-pihak-laindalam.html pada1 0 hb Mei 2013. 15. Keperluan Pendidikan Inklusif Dalam Program Arus Perdana Di Malaysia Diperoleh dari web: http://www.scribd.com/doc/87285149/Pendidikan-Inklusif pada 12 hb Mei 2013. 16. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Diperoleh dari web: http://agendadaily.com/Analisa/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-20132025.html pada 12 hb Mei 2013. 17. Kertas Konsep Selangkah Ke Program Inkusif Berkesan : Peranan Guru, Ibubapa, Sekolah dan Pihak Luar. Diperoleh dari web: http://mnby75.blogspot.com/ pada 12 hb Mei 2013.

13

You might also like