You are on page 1of 15

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE HBEF 3503 ( PENDIDIKAN INSKLUSIF )

TAJUK TUGASAN : PENDIDIKAN INSKLUSIF DI SK PUNCAK ALAM

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

MOHD RAZY BIN ABD HAMID 640601056583001 640601-05-6583 013-2350800 arerzekwai@yahoo.com PETALING JAYA LEARNING CENTRE
0

PUSAT PEMBELAJARAN :

1.0 Pengenalan

Sebelum abad ke -19, dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh diajar dan menerima pengajaran sepertimana lazimnya. Awal abad ke -19, Thomas H, Gallandet (1781-1851) & Louis Braille(1809-1852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah penglihatan dan masalah pendengaran. Pertengahan abad ke-19 organisasi politik telah bertindak memberi penekanan yang khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas. Pada tahun 1975 The Education of All Handicapped Act telah dibaca di Kongress Amerika. Muncul pendidikan segregated. Golongan pendidik dan keluarga mempersoalkan pengasingan ini.

Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa. Program pendidikan inklusif adalah untuk golongan berkeperluan khas yang bermula pada tahun 1987 di bawah Kementerian Pendidikan dan digubal selaras dengan falsafah pendidikan negara. Program pendidikan inklusif menitik beratkan program inklusif bagi muridmurid dengan keperluan khas yang boleh menhadiri kelas biasa , belajar bersama-sama dengan murid biasa . Pendidikan inklusif perlu dilaksanakan kerana keperluan kesaksamaan pendidikan berkualiti dan keperluan sosial, namun terdapat isu dan cabaran yang perlu ditangani untuk memastikan keberkesanan pendidikan inklusif sepenuhnya dalam pendidikan di Malaysia. Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa. Peraturan (2) menyebut, Pendidikan Inklusif bermaksud satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa. Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada tahun 2000 iaitu: 6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa, dan ditadbir oleh JPN. Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar oleh guru biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas.
1

Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu dan hidup bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang dibawa masuk.(Mohd Siraj Awang,1996). Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengambil kira perbezaan individu. Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk membolehkan murid khas belajar dalam iklim persekolahan senormal yang boleh. Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa. Terdapat dua jenis Pendidikan Inklusif iaitu Inklusif Penuh dan Inklusif Separa/Separuh Inklusif. Program Pendidikan Inklusif dimulakan pada tahun 1993 (3 orang pelajar ditempatkan di Ting. 6 Rendah di SM. Methodist (L), KL. Pada tahun 1994, Pembukaan kelas Pendidikan Inklusif secara projek perintis di 14 buah sekolah di seluruh negara (pemilihan pelajar adalah melalui program percantuman/sekolah khas, 2 atau 3 orang dalam 1 sekolah). Manakala pada tahun1998, kelas Pendidikan Inklusif telah diteruskan di 53 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah.

1. 1 Latar Belakang Pendidikan Inklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan seperti Slow Learner, terencat akal ringan, Down Sindrom, Autisme, Epilepsi dan sebagainya supaya dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya. Mereka diberikan alat sokongan khas seperti mendapat bimbingan dari guru kelas yang bekerjasama dengan guru kelas khas bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan lain-lain mata pelajaran dengan lebih berkesan. Kelas Pendidikan Khas mempunyai seramai 38 orang murid. 4 orang murid difikirkan layak mengikuti Program Pendidikan Inklusif ini.

1.2 Rasional Pendidikan Inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program
2

Inklusif akan dapat memastikan

perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan

sepenuhnya. Peluang berinteraksi antara kanak-kanak Istimewa dengan kanak-kanak lain serta pengagihan perkhidmatan yang lebih adil. Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil dan memberi peluang kepada kanak-kanak Istimewa untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat. Seterusnya menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain. 1.3 Matlamat Pendidikan Inklusif adalah merujuk kepada percampuran ( mainstreaming ) kanak-kanak Pendidikan Khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya, ini memberi peluang kepada kanakkanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan. Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran tertentu sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari. Seterusnya melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam pelajaran serta kerjaya yang dibina. 1.4 Objektif Kanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya ( role model ). Objektif lain adalah:
1)

Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa bersama, mereka dapat membina suatu hubungan yang bermakna dan saling menguntungkan bersama.

2)

Murid-murid normal mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan.
3

3)

Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak istimewa untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

4)

Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKI dengan murid di aliran perdana.

5) 6)

Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas . Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.

1.5 Kumpulan Sasaran Murid-murid berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan yang mampu dan berupaya dalam akademik sahaja yang diinklusifkan dalam kelas aliran perdana. Selain telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri, berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Paling utama juga muridmurid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka. Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.

2.0 Polisi Kementerian Pelajaran Malaysia

Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program Pendidikan Inklusif bagi muridmurid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri didalam kelas biasa belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa. Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 bertanggungjawab untuk merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah, merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas
4

integrasi (percantuman), merancang, menyelaras dan menilai dasar- dasar dan peraturan dari segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat Bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas, merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas, menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan khas,

menyediakan perancangan latihan dan pembangunan staf, dan menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas. Program pendidikan khas bererti (AKTA PENDIDIKAN 1996) satu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang berkeperluan khas terutamanya murid bermasalah pembelajaran. Juga merupakan satu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dan satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama dengan muridmurid biasa. Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat bersama golongan kanak-kanak khas, tetapi perlu diketahui oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu. Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas. Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas. Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas disekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan

34(1)(b) atau dimana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri sesuai dan manfaat. Kesempatan ini perlu diambil kerana telah ada Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 Kementerian Pelajaran yang menyediakan landskap pendidikan melalui 11 Anjakan yang meliputi penyediaan akses, penguasaan kemahiran berbahasa, penghayatan nilai dan sebagainya. Oleh itu sekolah tidak terkecuali dan mempunyai peranan besar untuk membantu mewujudkan perpaduan dalam kalangan kanak-kanak arus perdana dan kanak-kanak berkeperluan khas daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Dalam merangka dasar dan hala tuju sekolah maka isu perpaduan perlu diberi perhatian utama. Antara strategi yang boleh dilaksanakan ialah menjadikan bidang kokurikulum dan sukan sebagai aktiviti penting dalam kalangan murid-murid di kelas pendidikan inklusif ini. Aktiviti ini memberi peluang kepada mereka untuk bercampur gaul di gelanggang atau padang permainan yang sedia ada dan seterusnya memberi keyakinan dan keberanian dalam menepuh alam persekolahan sepertimana murid-murid di arus perdana.

3.0 Kategori Individu Berkeperluan Khas Pelbagai cara pentaksiran dijalankan sebelum menempatkan pelajar ke program Pendidikan Khas ini. Proses pra-rujukan bagi menempatkan murid-murid di program ini adalah dibuat menerusi saranan daripada pihak sekolah kepada pengamal perubatan menggunakan borang tertentu yang telah dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan ke Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Pelajaran Daerah dan sekolah. Keputusan ujian saringan yang telah diperolehi boleh dijadikan asas untuk membuat rujukan. Murid yang telah dirujuk akan didiagnosis oleh pengamal perubatan. Jika murid didapati mempunyai satu atau beberapa ketidakupayaan yang melayakkan mereka menyertai Program Pendidikan Khas, tawaran penempatan akan dikeluarkan kepada ibubapa atau penjaga. Seterusnya, ujian bertulis daripada ibubapa atau penjaga mesti diperolehi terlebih dahulu sebelum penilaian sebenar kepada murid dilaksanakan. Seterusnya ibubapa perlu mendaftarkan anak mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diletakkan di bawah Akta Perlindungan dan Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU).

Seterusnya ibubapa dan pihak sekolah perlu membuat perbincangan secara bersemuka berkaitan tindakan-tindakan yang akan diambil serta permohonan membuat penilaian ke atas anak-anak meraka. Jika ibubapa atau penjaga bersetuju, mereka boleh terus menandatangani borang persetujuan dan setelah itu tarikh penilaian boleh terus ditetapkan. Selepas tarikh ditetapkan proses pentaksiran akan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Antara perkara yang perlu diambil kira bagi memastikan kelayakan seseorang murid untuk mengikuti program ini ialah memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber. Antaranya ialah ibubapa, ujian pencapaian atau tahap kecenderungan murid, perakuan daripada guru, keadaan fizikal, sosial atau budaya, latar belakang serta tingkah laku murid. Setelah itu segala maklumat yang telah diperolehi akan didokumentasikan dan penilaian akan dilakukan bertujuan untuk membuat keputusan pengelasan untuk murid tersebut. Kelayakan dan keperluan pendidikan murid khas ini akan dibincangkan oleh jawatankuasa yang melibatkan ibubapa, guru, pakar perubatan dan lain-lain profesional. Seterusnya kanak-kanak itu akan menduduki Ujian Saringan untuk menentukan kategori Pendidikan Khas mereka sama ada masalah penglihatan, pendengaran ataupun pembelajaran. 4.0 Rasional Pendidikan Separa Inklusif Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996) Murid yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan perkembangan dan kemampuan mereka secara menyeluruh. Mereka hanya sekadar kurang bertindak balas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran dan mengambil masa yang lebih lama untuk memahami apa yang telah diajar kepada mereka berbanding dengan murid-murid normal. Begitu juga dengan diri Faris. Jika sebelum memasuki kelas pendidikan khas , dia diabaikan dikelas normal disebabkan kurang tumpuan oleh guru dan jumlah murid yang ramai didalam kelas, maka setelah memasuki kelas pendidikan khas, terdapat peningkatan yang agak ketara telah berlaku. Oleh itu , satu program khas perlu disediakan untuk murid-murid yang berlaku peningkatan semasa mereka
7

berada dalam program pendidikan khas. Untuk permulaannya, program pendidikan separa inklusif dilakukan dan jika terdapat perkembangan yang positif, mungkin Amir boleh diinklusifkan sepenuhnya. Melalui program pendidikan separa inklusif ini diharapkan dapat : i. Berkongsi kemudahan dan alatan pembelajaran didalam kelas normal bersama-sama murid-murid normal. ii. iii. Menggunakan peluang untuk berinteraksi dan belajar bersama-sama murid normal. Mendapat layanan dan hak yang sama seperti murid normal. Ini akan dapat member keyakinan kepadanya untuk belajar. iv. Belajar mengikut sukatan rancangan pengajaran arus perdana. Semasa berada dikelas pendidikan khas, sukatan pelajaran yang diajar lebih rendah daripada yang diajar diarus perdana. v. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas untuk menyesuaikan diri bergaul dengan murid normal dan belajar hidup bermasyarakat. vi. Menggalakkan kewujudan masyarakat penyayang yang sangat penting dalam sesebuah negara.

5.0 Cara Untuk Mengenalpasti Individu Berkeperluan Khas; Bagi tujuan memenuhi cadangan ini, saya telah memilih beberapa orang kanak-kanak pendidikan khas yang layak di sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Puncak Alam untuk mengikuti program pendidikan inklusif ini. Di bawah ini dinyatakan latar belakang kanak-kanak yang dipilih berdasarkan ciri-ciri, perbezaan serta jenis masalah yang dialami dan tahap kemampuan yang membolehkan mereka ini mengikuti kelas pendidikan inklusif ini. Nama No. I/C Alamat Nurul Asyiqin binti Ramli 030807031084 No 5 Lrg Lautan Samudera 9/1 Bandar Puncak Alam Tarikh Lahir 07.08.2003

Umur Jantina Kategori Ketidakupayaan

10 Tahun Perempuan Masalah Pembelajaran

Nama No. I/C Alamat

Norsafika binti Idris 000111061302 Lrg Cekera Purnama, Bandar Puncak Alam

Tarikh Lahir Umur Jantina Kategori Ketidakupayaan

11.01.2002 11 Tahun Perempuan Fizikal

Nama No. I/C Alamat

Muhamad Alif Aiman bin Mohd Asri 001225100919 Lrg Mahkota Impian , Bandar Puncak Alam

Tarikh Lahir Umur Jantina Kategori Ketidakupayaan

25.12.2001 12 Tahun Lelaki Masalah Pembelajaran

Nama No. I/C

Mohd Faris bin Zuki 000901106795


9

Alamat

Lrg Mahkota Impian Bandar Puncak Alam

Tarikh Lahir Umur Jantina Kategori Ketidakupayaan

01.09.2000 13 Tahun Lelaki Masalah Pembelajaran

6.0 Keperluan Fizikal atau Insfrastruktur Serta Strategi Perlaksanaan Kelas Pendidikan Inklusif di Sekolah Antara keperluan fizikal dalam menubuh program inklusif ini ialah menggunakan sokongan yang sedia ada dalam kelas iaitu sokongan semulajadi. Sokongan yang dipilih itu adalah yang paling kurang intrusif. Sementara, untuk sokongan dalam kelas yang kekal efektif, ia perlu sesuai dengan perjalan seharian pembelajaran kelas supaya ia dapat dilihat sebagai efektif oleh pelajar berkeperluan khas dan juga oleh pelajar biasa. Ini juga merupakan nilai tambah dalam repertoire / portfolio teknik pembelajaran guru yang mengajar. Apa yang dianggap khas tidak semestinya menonjol dalam konteks kelas yang dijalankan kerana sesuatu yang menonjol biasanya susah untuk diterima dan susah untuk dikekalkan dalam perjalanan seharian kelas, terutama sekali untuk jangkamasa yang lama. Berikut disenaraikan langkah-langkah yang bakal dijalankan dalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah ini. 6.1 Sebelum Program

1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif . 2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan. 3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan mengikuti Program Inklusif.
10

4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan Khas dan PPM . 5. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas tersebut. 6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa. 7. Membuat perjumpaan dengan semua murid yang berkenaan.

8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran 9. yang sama dengan kelas aliran yang perdana sama iaitu dengan di kelas aliran PPKI8. perdana.

Menyediakan

jadual

10. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua murid aliran perdana dan warga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah.Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan tidak fomal .Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program Inklusif dijalankan. 11. Murid berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling pandai iaitu di kelas 2 Rajin, 3 Rajin dan 4 Rajin .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.Namun demikian,guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka. 12. Kedudukan murid berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kelas .Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya.

6.2 Semasa Program

1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa. 2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan.
11

3. Murid khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan murid lain.Terdapat juga beberapa orang murid khas yang aktif melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah seperti Pertandingan Bercerita,Penulisan Khat dan Jawi,Hafazan.Malah terdapat juga yang aktif dalam kokorikulum seperti Pertandingan Bowling sehingga ke peringkat kebangsaan dan mendapat tempat. 4. Semua murid khas membuat kerja kursus walaupun mereka dikecualikan.Ini juga menjadi faktor menyumbang kepada kelulusan yang lebih baik.

5. Semua guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sama dengan murid lain dan diberikan tugasan yang sama .Murid khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan murid Khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping

sahaja.Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan. 6. Dari segi sosialisasi dan komunikasi,murid-murid ini sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi biasa.Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid lain dan juga sebaliknya.Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah.

7. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada pembelajaran murid khas.

12

BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

1. Dr. Abdullah Yusof, Safani Bari dan Mohd Mokhtar Tahar, November 2011, HBSE 1103 Pengenalan Pendidikan Khas. Open Universiti Malaysia (OUM). 2. Thirugnana Sambathan a/l Muthusamy, Jun 2010, HBSE 2103 Pengurusan Pendidikan Khas. Open Universiti Malaysia (OUM). 3. Abdul Rahim Talib, November 2011, HBSL 1103 Pengenalan Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. Open Universiti Malaysia (OUM). 4. Dr. Rosadah Abd Majid, Norshidah Mohamad Salleh, Aliza Alias dan Mohd Mokhtar Haji Tahar, Februari 2010, HBSE 1203 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Khas. Open Universiti Malaysia (OUM). 4. Isu Pendidikan Inklusif. Diperoleh dari web: http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/02/isupendidikan-inklusif.html pada 30 hb April 2013. 5. PENDIDIKAN INKLUSIF - Amaljaya.com Diperoleh dari web: http://www.amaljaya.com/guru/Pendidikan%20Khas/Pendidikan%20Inklusif.pdf pada 30 hb April 2013. 6. Pendidikan Inklusif dan Pelajar Berkeperluan Khas - UKM Diperoleh dari web: http://www.ukm.my/penerbit/fx919-0.html pada 02 hb Mei 2013. 7. Puad Zarkashi: Pendidikan inklusif diperluas . Diperoleh dari web: http://www.sinarharian.com.my/nasional/puad-zarkashi-pendidikan-inklusif-diperluas-1.100469 pada 02 hb Mei 2013. 8. Kelangsungan dasar pendidikan melalui gabungan kementerian. Diperoleh dari web:http://agendadaily.com/Analisa/kelangsungan-dasar-pendidikan-melalui-gabungankementerian.html pada 06 hb Mei 2013. 9. Dasar Pendidikan Kebangsaan - Kementerian Pelajaran Malaysia Diperoleh dari web: http://www.moe.gov.my/bppdp/dasar/BUKU%20DASAR.pdf pada 06 hb Mei 2013. 10. garis panduan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah Diperoleh dari web: http://penselcikgu.blogspot.com/2011/12/garis-panduan-perlaksanaan-program.html pada 06 hb Mei 2013.
13

11. Pendidikan Inklusif dan Pelajar Berkeperluan Khas - UKM Diperoleh dari web: http://www.ukm.my/penerbit/fx919-0.html pada 10 hb Mei 2013. 12. Peranan Kerajaan Dan Pihak Lain dalam memupuk kesedaran Diperoleh dari web: http://alkindi10autisme.blogspot.com/2012/06/peranan-kerajaan-dan-pihak-lain-dalam.html pada1 0 hb Mei 2013. 13. Keperluan Pendidikan Inklusif Dalam Program Arus Perdana Di Malaysia Diperoleh dari web: http://www.scribd.com/doc/87285149/Pendidikan-Inklusif pada 12 hb Mei 2013. 14. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Diperoleh dari web: http://agendadaily.com/Analisa/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025.html pada 12 hb Mei 2013. 15. Kertas Konsep Selangkah Ke Program Inkusif Berkesan : Peranan Guru, Ibubapa, Sekolah dan Pihak Luar. Diperoleh dari web: http://mnby75.blogspot.com/ pada 12 hb Mei 2013.

14

You might also like