You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA AMAN

TAMAN DESA COALFIELDS, FASA 3,

47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN


KOD SEKOLAH : BBA 3038
NO TELEFON : 03 6O382696 FAX: 03 60383835

_____________________________________________________________________________________
Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Kedua 2023 / 2024

Tarikh : 23 Mei 2023 ( Selasa )


Masa : 12.15 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran :

1. En Shahidan bin Haji Said Guru Besar


2. En Norherman Shah bin Mohd Ansor PK Pentadbiran
3. Pn Noraidah binti Abdullah Setiausaha Kurikulum
4. Pn Nur Aelina bt Bahtiar Jamil Naib Setiausaha Kurikulum
5. Pn Hapiza bt Ismail KP Bahasa Melayu
6. Cik Kamini A/P Chandra Sekera Setiausaha Bahasa Inggeris
7. Pn Cik Anizan binti Abdullah KP Matematik
8. Pn Kartina @Norlela binti Mohamad Noor KP Sains
9. Pn Syakirah binti Ab Hadi KP Sejarah
10. Pn Siti Faten Hamima binti Mohd Hairi KP Muzik
11. Ustaz Mohamad Fairus bin Ismail KP Agama Islam
12. En Mohd Azmi bin Idris KP Pendidikan Jasmani/Pendidikan Kesihatan
13. Pn Azilahwati binti A.Rahim Penyelaras Peperiksaan Dalaman (Tahap 2)
14. En Mohd Shahnaz bin Saidu PPKI
15. Pn Mazliana bt Mohd Penyelaras Jadual Waktu
16. Pn Aminah bt Hassan PSS
17. En Othman bin Kadir Penyelaras Kecemerlangan Akademik (Tahap 2 )
18. Pn Yusnita bt Yusof Penyelaras Kecemerlangan Akademik (Tahap 1 )
19. Pn Noorhazatul Azura binti Zainal Penyelaras PBD ( Tahap 1 )
20. Cik Ain Nurbatrisyia binti Nordin Penyelaras PBD ( Tahap 2 )
21. Pn Wan Halimah bt Wan Abdullah Penyelaras IDME
22. Pn Norwati bt Imammuhairi Penyelaras Program Kemenjadian Murid T6/
Penyelaras T6
23. Pn Nurulhuda bt Mohd Shamsudin Penyelaras Program STEM
24. Pn Siti Norzini Hana bt Mohammed Nor Penyelaras KBAT
25. Pn Noorwisma binti Shaari Penyelaras Prasekolah
26. Pn Noredayu bt Mohamad Penyelaras Pemulihan
27. Pn Farahwahidah bt Tajuddin Penyelaras Bilik-bilik Khas (Tahap 1)
28. Pn Noorhildawati bt Taib Penyelaras ICT (Tahap 2)
29. Pn Diana bt Mohamed Noor Penyelaras Tahun 1
30. Pn Nur Asyikin bt Mohamad Penyelaras Tahun 3
31. Pn Nik Azlina bt Mustapa Penyelaras Tahun 2
32. Pn Sarifah bt Abu Kari Penyelaras Tahun 5
33. En Mohamad Azharie bin Ijahar Setiausaha PSV
34. Nurul Syuhada’ bt Mohd Saad Wakil Penyelaras Prasekolah
Turut Hadir :

1. Pn Zaiton bt Abdul Rahman PK HEM


2. En Abdul Halim bin Wan Hassan PK Kokurikulum
3. Pn Hajah Anum binti Sagaf PK Petang
4. En Mazlan bin Imam NPQEL

Tidak Hadir (Bersebab)

1. Pn Nabila Hanis bt Abdul Samat Cuti Bersalin


2. Pn Shazana binti Shamsuddeen Bicara Buku
3. Pn Dayang Supia bt Darmawi Cuti Sakit
4. Pn Malarvile A.P Kuppusamy Cuti Sakit
5. Pn Sharifah Nor Asmah binti Syed Alwee Bicara Buku
6. En Mohd Rusydan bin Mohd Rosli Mesyuarat Lembaga Peperiksaan
7. Pn Nurhani binti Mohamed Razali CRK
8. Pn Siti Faizah bt Jamadi PTM
9. Pn Nor Adenin binti Mustafa PTM
10. En Khairil Aswan bin Hara Bayni

1.0 KATA ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan umul kitab Al Fatihah .

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Induk yang hadir ke Mesyuarat
Kurikulum Kali Kedua bagi sesi 2023/2024 .

1.3 Pengerusi memaklumkan dan mengalu-alukan kehadiran Cikgu Mazlan bin Imam yang sedang
menjalani praktikal NPQEL di Sedesa.

1.4 Pengerusi menyatakan agenda mesyuarat pada hari ini .

Tindakan : Makluman

2.0 UCAPAN GURU BESAR

2.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran Cikgu Mazlan bin Imam yang akan menjalani latihan
selama 11 minggu di SK Desa Aman. Praktikal ini merupakan satu syarat bagi melepasi kelayakan
untuk menjadi Guru Besar . Beliau berharap guru-guru Sedesa dapat membantu Cikgu Mazlan
menyiapkan projeknya di sekolah ini.

2.2 Seterusnya, beliau mengingatkan penyelaras yang ada bilik-bilik khas untuk menjaga kebersihan
dan memastikan ia dijaga dengan baik . Beliau turut memaklumkan bilik khas Prasekolah iaitu
Auna dan Fateh ditutup kerana ada kes HFMD.
Tindakan : Penyelaras Bilik-bilik Khas
2.3 Guru Besar memohon semua Ketua Panitia memaklumkan sebarang info dari JPN/PPD yang
diperoleh dari kumpulan whatsapp atau telegram panitia kepada pihak pentadbir terlebih
dahulu. Jika ada maklumat , guru yang perlu berkursus atau menghadiri taklimat , pihak sekolah
yang akan memilih dan memberikan nama untuk diisi dalam google form . Ini untuk
mengelakkan tiada ketirisan maklumat kerana ada masa pihak sekolah tidak menerima
maklumat yang telah diberitahu dalam kumpulan whatsapp atau telegram.
Tindakan: Ketua Panitia

2.4 Penyediaan soalan untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi mata pelajaran teras akan
diusahakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama dari SK Puncak Alam. Soalan -soalan elektif
akan disediakan oleh panitia masing-masing.
Tindakan/ Makluman: KP

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 1 /2023

Pencadang : En Shahnaz bin Saidu


Penyokong : Ustaz Mohamad Fairus bin Ismail

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 Pentadbir memutuskan Buku Keberadaan Guru (MMI) akan digunakan semula .

5.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

5.1 Laporan/ Aktiviti Jawatankuasa Induk Kurikulum Sesi 2023/2024

5.1.1 Jadual waktu

- PK Pentadbiran, Ustaz Norherman Shah menyatakan setakat ini jadual waktu guru
berjalan dengan lancar.
Tindakan : Makluman

5.1.2 Pusat Sumber Sekolah

- Pn Aminah memaklumkan proses tempahan kad telah selesai .


- Beliau turut menyatakan selepas cuti sekolah akan diadakan aktiviti perkongsian 5
minit di tapak perhimpunan .
- Aktiviti ini akan dikendalikan oleh panitia teras bermula hari Selasa, Rabu dan
Khamis.
- Pengerusi mengingatkan aktiviti mesti menepati masa dan pastikan murid-murid
telah berada di dalam kelas pada pukul 7.30 pagi untuk PdP.

Tindakan : Makluman

5.1.3 Kecemerlangan Akademik


- Pengerusi memohon penyelaras mengadakan perbincangan dengan panitia mata
pelajaras teras untuk mengadakan kelas tambahan .
- Pastikan pada bulah Jun , senarai nama guru dan murid yang terlibat telah dikenal
pasti.
- Bagi Kecemerlangan Tahap Satu, tumpuan hendaklah diberi kepada Program
Membaca atau Penguasaan 2M.
Tindakan : Makluman

5.1.4 IDME dan PBD

- Setakat ini, sistem IDME masih tidak boleh diakses oleh ibu bapa.
- Pihak sekolah masih mengisi data secara manual , cetak dan disimpan dalam fail
murid.
- Info terkini dari pihak PPD dan JPN , data guru boleh dikemas kini dalam sistem
IDME

Tindakan : Makluman.
5.1.5 Peperiksaan Dalaman

- Ujian Pertengahan Sesi Akademik akan diadakan pada bulan Ogos.


- Bagi mata pelajaran teras , pihak sekolah akan beli satu set untuk direso manakala
soalan elektif disediakan oleh panitia masing-masing.
- Bagi tahap satu, terpulang pada guru mata pelajaran tersebut.

Tindakan : KP

5.1.6 Program Kemenjadian Murid tahun 6

- Ustazah Norwati menerangkan antara aktiviti yang telah dirancang ialah:

- mesyuarat guru-guru tahun 6 pada 22 Jun


- kem motivasi pada 8 Julai
- taklimat kemasukan ke asrama bersama ibu bapa pada 22 Julai
- program alam remaja pada 5-6 Disember
- taklimat sekolah menengah pada 7 Disember
- aktiviti akhir tahun merangkumi konvo , jamuan dan lawatan pada 11-15
Disember

5.1.7 Bilik-bilik Khas

- Pengerusi meminta penyelaras mengeluarkan satu senarai semak tentang keperluan


di bilik-bilik khas seperti buku pelawat dan sebagainya .

Tindakan: Farawahidah dan Rusydan

5.1.8 Pembelajaran Abad ke 21


- Papan kenyataan di hadapan bilik pekerja merupakan papan kenyataan terkini
untuk Abad ke 21 .

Tindakan: Pn Malar

5.1.9 Prasekolah

- Pn Noorwisma memaklumkan prasekolah telah menerima 2 orang guru tetapi masih


kekurangan tenaga PPM.
- Jumlah murid adalah 100 orang dan terdapat 2 orang murid yang berumur 5 tahun.
- Dua buah kelas , Auna dan Fatih ditutup seminggu kerana kes HFDM

Tindakan: Makluman
5.1.10 PPKI

- En Shahnaz memaklumkan terdapat 40 orang murid PPKI dan PPKI masih


kekurangan tenaga pengajar kerana pertambahan kelas.
- Pada tahun ini , ramai murid PPKI yang agak agresif dan selalu mengamuk.

5.2 Pengurusan fail

5.2.1 Fail panitia dan semua fail di bawah unit kurikulum hendaklah menggunakan warna
yang sama dan muka hadapan yang diselaraskan .

5.2.2 Guru-guru boleh mendapatkan cover fail di komputer PK Pentadbiran di bawah nama
Cover Fail Kurikulum .

5.2.3 Fail panitia yang sedia ada masih boleh digunakan lagi kecuali untuk fail panitia tertentu
yang perlu buka Jilid 2.

5.2.4 Kertas untuk cetakan fail kurikulum ialah warna merah muda dan boleh didapatkan di
pejabat.

5.2.5 Sela fail untuk sesi 2023/2024 telah dikongsikan di dalam kumpulan whatsapp ketua
panitia.

Tindakan dan makluman: AJK Induk Kurikulum

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Status Murid Tidak Hadir

- Penyelaras tahun 2, Ustazan Ashikin menyatakan terdapat seorang murid yang tidak
hadir sejak tahun lepas dan Namanya masih terdapat dalam sistem.

- PK HEM meminta nombor telefon keluarga tersebut agar beliau boleh


menghubunginya untuk mengetahui status persekolahannya dan tindakan yang
perlu diambil.

Tindakan: Penyelaras dan guru kelas terlibat


6.2 NPQEL

- En Mazlan menyatakan beliau akan menjalani latihan praktikal pada bulan Julai
sehingga September dan beliau mengharapkan kerjasama semua guru untuk
menyelesaikan projeknya. Projek ini melibatkan semua pihak termasuk orang
luar ,PPD dan JPN.

- En Shahidan merupakan penasihat dan beliau ialah pengerusi bagi projek yang akan
dijalankan ini.
Makluman dan tindakan : Guru-
guru

6.3 Bilangan kelas tahun 5

- Penyelaras PBD meminta kepastian tentang bilangan kelas tahun 5 yang perlu diisi
dalam data kerana beliau perlu menyelesaikan senarai nama murid dan guru
sebelum pengisian data PBD.

- Ustaz Norherman akan memaklumkan kepadanya nanti.

Tindakan : Penyelaras PBD

6.4 Pemulihan

Puan Noredayu membentangkan data murid pemulihan yang terkini berdasarkan


saringan pertama bulan Mac. Bilangan murid pemulihan terkini ialah 30 orang
murid pemulihan Bahasa Melayu tahun 2 dan 3 dan 26 orang murid pemulihan
Matematik tahun 2 dan 3. Pengisian data di dalam APDM telah dilaksanakan pada
bulan April dan telah diverifikasi oleh pihak PPD Kuala Selangor.

Tindakan :Makluman guru subjek terlibat

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 Pengerusi menutup mesyuarat dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.

7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang

Urus setia,

Setiausaha Kurikulum,
SK Desa Aman.

Tarikh : 24 Mei 2023

You might also like