You are on page 1of 11

257 - Proceeding of the Global Summit on Education (GSE2013)

PREJUDIS DAN STEREOTAIP DALAM KALANGAN MURID PELBAGAI


ETNIK DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MALAYSIA
Mohd. Amar b. Hj. Ibrahim,
SMK Dato Abdul Rahman Yaakob Bota Perak
Hazri b. Jamil
Najeemah bt. Mohd. Yusof
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM Pulau Pinang

Abstract
Kajian ini menguji sejauh mana sikap prejudis dan stereotaip dalam kalangan murid
pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan pelbagai etnik di negeri Perak, Pulau
Pinang dan Selangor. Beberapa teori mengenai prejudis dan streotaip juga telah
dibincangkan. Seramai 1304 murid yang terdiri daripada murid Melayu, Cina dan India
dari Tingkatan 1, 2 dan 4 telah dipilih untuk menjawab soal selidik ini. Data kuantitatif
telah dianalisis menggunakan program SPSS Windows (Versi 15.0) yang melibatkan ujian
Sampel T bebas dan ANOVA sehala. Kesimpulan dapatan kajian telah menunjukkan
bahawa tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam konstruk prejudis dan
stereotaip murid sama ada mengikut jantina , etnik , jenis sekolah rendah asal dan
mengikut tingkatan. Hasil kajian ini boleh menyumbang kepada proses pembentukan
polisi di peringkat sekolah (bottom to top) yang bertujuan untuk memupuk integrasi murid
pelbagai etnik.

Kata Kunci: Hubungan Etnik; Prejudis; Stereotaip ; Polisi Sekolah

Latar Belakang Kajian

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Keunikannya dapat diperhatikan


daripada banyak segi. Kepelbagaian penduduk yang sekaligus menganuti pelbagai agama
dan kepercayaan serta mempunyai aneka budaya dan cara hidup merupakan ciri istimewa
yang mendasari keunikan itu.

Kepelbagaian etnik dan budaya merupakan cabaran kepada kerajaan dalam usaha
mengintegrasikan rakyatnya. Menurut Ting dan Chua (1989), usaha mencapai perpaduan
negara merupakan satu preoccupation walaupun ianya bukanlah satu matlamat negara.
Masalah perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik akan menjadi semakin kompleks
jika anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik tidak mengenali antara satu
sama lain kerana perbezaan ciri asas seperti agama, bahasa, budaya dan ekonomi politik,
wilayah dan pengalaman sejarah. Ciri-ciri perbezaan yang ketidaksamaan ini menjadi
penghalang utama dalam proses pembinaan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat
pelbagai etnik (Rabuskha 1973 : 21)
Bagi pandangan Ahmad Fawzi ( 1987), institusi pendidikan merupakan pendekatan
yang paling sesuai dan berkesan untuk menghasilkan integrasi nasional. Polisi

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)


11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1011
pendidikan Kebangsaan dengan jelas menyatakan integrasi nasional adalah matlamat
utama sistem pendidikan kebangsaan. Matlamat integrasi melalui pendidikan telah mula
difokuskan sejak Laporan Razak 1956.

Maka secara kesimpulannya jelaslah dikatakan bahawa perkembangan polisi


pendidikan adalah selari dengan matlamat untuk mencapai perpaduan kaum. Pengukuhan
perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat akan dapat dicapai melalui usaha
pembangunan pendidikan negara yang utuh. Perubahan dan pembaharuan yang dalam
bidang pendidikan negara perlu dilakukan demi memenuhi aspirasi negara maju yang
beridentiti Malaysia. Ia menggambarkan bahawa pendidikan ialah satu aspek yang amat
penting dalam pembinaan satu negara bangsa Malaysia bersatu, bersetia, beretika dan
beragama, berkeupayaan dan berketrampilan, memainkan peranan aktif dan produktif
dalam masyarakat negara dan masyarakat antarabangsa.

Kajian Hubungan Murid Pelbagai Etnik di sekolah

Kajian yang dibuat oleh Ibrahim (1980), Santhiram (1999) , Hazri et.al (2004) dan
Joseph (2006) yang telah memberi fokus kepada mendapatkan maklumat dan gambaran
tentang tahap atau senario hubungan etnik dan faktor-faktor yang mempengaruhi
interaksi dan perpaduan antara murid pelbagai etnik di sekolah. Kajian oleh Ibrahim
(1980) telah menumpukan kepada soal mengenal pasti tahap identiti nasional dalam
kalangan murid pelbagai etnik. Dapatan kajian beliau mendapati bahawa murid di
kawasan luar bandar lebih tinggi dari segi iltizam mereka terhadap mengenali item-item
nasional berbanding dengan murid di kawasan bandar.

Kajian Santhiram (1999) pula berkaitan pendidikan etnik India di Malaysia yang
telah menyentuh pola persahabatan pelajar-pelajar India dengan kumpulan etnik yang
berlainan di sekolah. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa wujud polarisasi antara
kumpulan etnik dan pelajar sering melihat perbezaan etnik dalam hubungan dengan
pelajar-pelajar dari kumpulan etnik yang berbeza.

Manakala kajian oleh Hazri et.al (2004) cuba mengenalpasti tahap interaksi sosial
antara murid pelbagai etnik di sekolah menengah. Dapatan daripada kajian ini
menunjukkan tahap interaksi sosial murid pelbagai etnik dipengaruhi oleh situasi , latar
belakang sosial, tahap keetnikan, prasangka murid dan juga polisi sekolah.

Joseph (2006) pula mengkaji pembentukan identiti keetnikan dalam kalangan murid
perempuan di sekolah-sekolah Malaysia. Kajian beliau mendapati polisi mempengaruhi
pemikiran murid dalam pembentukan identiti keetnikan. Hazri (2008) pula telah
menganalisis polisi di peringkat nasional dalam mencapai matlamat perpaduan melalui
pendidikan. Kajian beliau mendapati terdapat perbezaan perspektif dan ideologi terhadap
polisi-polisi untuk perpaduan yang telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan di
Malaysia.

Najeemah (2006) dalam kajiannya mengenai Pola Interaksi Sosial antara kumpulan
murid dari etnik yang berlainan di Sekolah Menengah di Malaysia telah menemukan
dapatan-dapatan seperti di bawah iaitu ; a) Masing-masing kumpulan etnik melaporkan
etnik lain telah mengugut mereka tapi masih bukan masalah serius. Ini jarang berlaku di

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)


11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1012
sekolah. Namun, tindakan pencegahan perlu diambil untuk mengelakkan keresahan di
kalangan murid daripada kumpulan etnik yang berbeza. Meningkatkan interaksi sosial
yang positif akan mempromosikan pemahaman dan kesatuan di antara murid daripada
pelbagai kumpulan etnik ; b) Berkelahi dan salah faham sering berlaku dalam kumpulan
etnik berbanding antara kumpulan etnik yang berbeza. Namun, kadang-kadang berkelahi
atau salah faham berlaku antara kumpulan etnik di sekolah; c) Kumpulan etnik lebih suka
belajar atau berbincang dengan rakan-rakan mereka dalam kumpulan etnik yang sama.
Mereka jarang atau kadang-kadang berbincang atau belajar dengan kumpulan etnik lain;
d) Masing-masing kumpulan etnik selalu menyebut rakan-rakan mereka daripada
kumpulan etnik yang sama ketika mereka memerlukan atau mencari bantuan. Mereka
jarang meminta bantuan dari kumpulan etnik lain. Penemuan kajian ini menunjukkan
bahawa budaya kesukuan masih ada di antara murid di sekolah menengah walaupun
mereka sedang belajar bersama-sama ; e) Mereka adalah perbezaan yang signifikan antara
kumpulan-kumpulan etnik dalam persepsi mereka tentang interaksi sosial di sekolah. f.
Perbezaan jantina tidak mempengaruhi interaksi sosial di sekolah.; g) Prestasi akademik
tidak mempengaruhi interaksi sosial di sekolah. Murid yang cemerlang menunjukkan
perbezaan yang signifikan berbanding dengan murid berpencapaian rendah dan sederhana
pencapaian akademik persepsi mereka interaksi sosial di sekolah-sekolah ; dan h) Jenis
sekolah rendah asal juga telah menunjukkan perbezaan yang signifikan antara murid dari
SK SRJK ( C ) dan SRJK (T) .

Teori-teori yang berkaitan Prejudis / Prasangka Etnik

Menurut Allport (1968), prasangka merupakan sifat dalaman manusia yang salah
dan kaku, boleh dirasai, diarah dan dinyatakan kepada suatu kumpulan masyarakat atau
hanya kepada individu tertentu. Miller (1975), McLeno ( 2004: 127-128) dan Healey (2009
: 33) mentakrifkan prejudis sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik
lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Ini bermaksud
sikap prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan
maklumat yang jelas, tepat dan terbuka. Apabila prejudis disuarakan, ia akan menjadi
stereotaip.

Selanjutnya Healey (2009) menegaskan bahawa prejudis antara etnik berlaku


apabila sesebuah kumpulan etnik memandang negatif terhadap kumpulan etnik lain.
Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik lain sukar diubah walaupun fakta yang kukuh
diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah. Melalui proses
sosialisasi , sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi
mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial dan
sebagainya.

Kebiasaannya prejudis timbul akibat penilaian awal yang dibentuk dan tidak dirujuk
dengan tinjauan terhadap fakta-fakta sebenar. Para sarjana telah mendekati isu-isu yang
berkaitan dengan prejudis ini melalui empat teori utama iaitu ;

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)


11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1013
a. Teori Scapegoat
Teori ini yang diperkenalkan oleh Dollard pada tahun 1939 yang mengaplikasikan
perspektif psikologi (dalam Macionis , 1987: 263, Haeley, 2009 : 109). Teori ini
mengusulkan bahawa prejudis timbul akibat penilaian awal yang dibentuk , tidak dirujuk
dengan tinjauan fakta-fakta sebenar. Biasanya prejudis ini bermula dengan perasaan
kekecewaan lalu akhirnya dijadikan sebagai alat oleh golongan majoriti untuk menindas
golongan minoriti. Contohnya pekerja wanita kulit putih bekerja di kilang tekstil begitu
kecewa kerana menerima upah yang rendah dan keadaan kerja yang buruk, maka
kekecewaannya itu akhirnya menimbulkan kebencian. Jika pekerja kulit putih itu mahu
melahirkan kebenciannya kepada pihak pengurusan kilang, sudah pasti akhirnya dia akan
kehilangan pekerjaan. Maka tindakan yang selamat adalah dengan menyalahkan kepada
golongan yang tidak berdaya iaitu golongan kulit hitam atas alasan kerana golongan kulit
hitam yang ramai di kilang itu maka maka golongan putih turut menerima kesusahannya.
Oleh kerana golongan kulit putih biasanya mempunyai sedikit kekuatan sosial, kumpulan
minoriti boleh dengan mudah digunakan sebagai kambing hitam. Walau bagaimanapun,
ianya tidak bererti bahawa golongan minoriti yang tertekan tidak mempunyai sikap
prejudis pula terhadap anggota majoriti atau kelompok lain.

b. Keperibadian Autoriti
Pada akhir Dunia Kedua iaitu pada tahun 1950, T .W. Adorno dengan beberapa
orang rakannya telah mencadangkan bahawa melalui soal selidik dan wawancara, sikap
prasangka yang ekstrim mungkin menjadi sifat peribadi hanya kepada beberapa individu
sahaja (Macionis, 1987: 263; Haeley 2009: 110). Individu yang kuat berprasangka ini telah
digambarkan memiliki kepribadian autoriti, sangat tegas terhadap nilai-nilai budaya dan
sangat percaya kepada isu-isu moral untuk menentukan soal benar dan salah. Selain itu
kelompok individu seperti ini juga sangat bersikap kompetetif dan memiliki status yang
tinggi yang akhirnya akan mendominasi individu-individu yang lemah. Pada pandangan
lain pula , individu yang diandaikan kurang berprasangka pula memiliki nilai moral yang
kurang tetapi percaya bahawa semua masyarakat yang seharusnya memiliki prinsip hak
sama rata. Mereka merasa tidak selesa apabila berhadapan dengan situasi di mana
beberapa orang yang mempunyai kuasa atas orang lain (Macionis, 1987: 263; Haeley 2009:
110).

Faktor utama bagi pandangan Macionis (1987) dan Haeley (2009) bagaimana
terjadinya individu yang memiliki sikap kepribadian autoriti ini adalah kerana asalnya
mereka hanya mempunyai taraf pendidikan yang minima dan dibesarkan oleh ibu bapa
dengan corak keras dan tegas. Maka apabila dibesarkan dengan ketegasan dan emosi,
akhirnya anak-anak akan bersikap kasar , pemarah yang membuat mereka menjadi benci
dan agresif terhadap golongan yang lemah dan akan bergabung dengan teori kambing
hitam.

Walau bagaimanapun Haeley (2009: 110) menjelaskan bahawa ini teori


kepribadian autoriti ini telah banyak dikritik kerana hanya berfokus pada personaliti
dalaman dan tidak melihat bagaimana seorang individu itu bertindak hanya apabila
beberapa orang melakukan prasangka sebagai cara untuk menangani masalah-masalah
kepribadian mereka. Haeley (2009 : 110) juga menegaskan bahawa untuk kita memahami

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)


11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1014
prasangka, kita perlu melihat hubungan antara struktur sosial, kelas sosial dan konteks
serta sejarah hubungan antara kumpulan tersebut. Ini bermakna teori ini masih tidak
lengkap kerana seperti mana yang kita maklum pemahaman dan pendekatan yang lebih
luas perlu diambil untuk mengkaji perspektif sosiologis .

c. Prejudis dan Budaya


Pendekatan ini menunjukkan bahawa prasangka tidak terhad pada orang tertentu
atau yang dihasilkan oleh situasi tertentu, tetapi lebih umum kepada unsur budaya. Salah
satu daripada prasangka budaya ialah ethnosentrisme. Macionis telah mendapati bahawa
nilai-nilai budaya tempatan lebih dominan untuk dikekalkan berbanding budaya yang
dibawa oleh masyarakat luar. Kajian Bogardus pada tahun 1968 (dalam Macionis, 1987 )
selama lebih daripada empat puluh tahun juga menggunakan konsep jarak sosial atau
seberapa dekat individu yang bersedia untuk berinteraksi dengan ahli kumpulan ras dan
etnik yang pelbagai. Borgadus mendapati bahawa jarak sosial bervariasi mengikut
kategori di Amerika adalah dengan cara yang berpola. Paling rendah jarak sosial adalah
dari Britain, Kanada dan Scotland manakala yang paling tinggi jarak sosial adalah dari
Perancis, Jerman, Sweeden dan Belanda. Penilaian ini mencerminkan kenyataan bahawa
budaya America telah dibentuk oleh sebahagian besar oleh orang-orang keturunan
Inggeris. Penilaian yang sama juga telah dilakukan di Amerika ke atas semua bangsa dan
etnik yang mana setiap individu melihat tentang jarak sosial yang kecil dalam kumpulan
mereka sendiri . Ini menunjukkan bahawa sikap prasangka sama ada positif dan negatif
yang dwujud dalam budaya di Amerika.

d. Prejudis dan Konflik Sosial


Prasangka juga berlaku akibat konflik sosial di antara individu untuk membenarkan
penindasan kumpulan minoriti. Mengambil idea Karl Marx ( Ashley dan Orenstein, 2001) ,
prasangka terhadap kumpulan minoriti boleh difahami sebagai melayani kepentingan
kelas kapitalis (bourgeasie) iaitu untuk membolehkan pekerja kumpulan minoriti
menerima baik rendah upah dan keadaan kerja yang buruk. Selain itu pihak kapitalis
mewujudkan sikap prasangka sebagai sarana untuk mengawal pekerja sehingga mereka
cenderung menjadi terancang . Ini bermakna golongan kelas atasan dapat
mempertahankan eksploitasi dan penindasan ke atas kaum bukan kulit putih dalam zaman
penjajahan, perhambaan dan imperialisme (Macionis , 1998: 220)

Menurut Simpson dan Yinger (1985: 107-108) pula, budaya prejudis adalah
bersifat konservatif dan akan berterusan dari masa ke masa seperti juga dengan sikap,
nilai-nilai dan keyakinan. Generasi akan datang akan belajar tentang prejudis dengan cara
yang sama dan akan menggunakan alasan yang sama bahawa mereka belajar dari
pengalaman orang dan budaya sebelumnya. Ini bermaksud kita mengamalkan sikap
prejudis dan perkauman melalui warisan budaya dan dilangsungkan pula dengan idea-
idea stereotaip dan emosi . Apabila kita sudah beranggapan bahawa prejudis itu
merupakan sebahagian daripada warisan budaya, maka seseorang individu akan sentiasa
berfikir dan bersikap negatif terhadap kumpulan lain sebagai rutin sosialisasi yang
akhirnya sampai ke tahap rasis.

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)


11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1015
e. Stereotaip

McLemore (1994: 124), Healey (2009: 110) mengistilahkan stereotaip sebagai


kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik. Misalnya
gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan
kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain terutama kepada etnik minoriti. Hal ini
terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip
ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat, khususnya
masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini kerana fahaman steretoip akan mengakibatkan
sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan
seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman
yang menebal.

Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa setiap kumpulan etnik akan
memiliki pandangan stereotaip mereka terhadap kumpulan etnik lain. Misalnya pandangan
masyarakat Barat terhadap kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia. Begitu juga etnik
Melayu mempunyai gambaran stereotaip terhadap etnik Cina dan India dan sebaliknya.

Seterusnya Healey (2009) melihat kesan stereotaip yang boleh berlaku berterusan
dari satu generasi ke generasi yang akan menjejaskan hubungan antara kumpulan
dominan dan minoriti. Kandungan stereotaip juga yang sebenarnya antara yang dominan
dan kumpulan-kumpulan minoriti dan sering salah satu cara penting di mana kumpulan
dominan cuba untuk membenarkan atau merasionalisasi hubungan itu.

Simpson dan Yinger (1985) pula telah membahagikan stereotaip kepada dua
bentuk. Pertamanya dengan memberi sifat rendah yang melampau seperti pemalas dan
tidak cerdik kepada kumpulan minoriti. Sifat ini cenderung berlaku semasa institusi
perhambaan masih berlaku di mana kumpulan minoriti menjadi sering dieksploitasi oleh
kumpulan dominan. Keduanya stereotaip turut berlaku apabila kuasa dan perbezaan
status kumpulan minoriti dengan kumpulan dominan semakin rapat . Kumpulan minoriti
juga telah mengalami mobiliti ke atas dan memiliki beberapa kejayaan sama ada di
sekolah atau perniagaan. Kejayaan relatif mereka tetap dipandang negatif sehingga
muncul ungkapan-ungkapan seperti terlalu pintar, terlalu materialistik , terlalu licik
dan sebagainya.

Demografi Responden Murid

Sampel Murid diambil dari negeri Perak , Pulau Pinang dan Selangor. Maklumat di
Jadual 1 menunjukkan sampel Murid iaitu seramai 1304 orang yang terdiri daripada 546
orang murid lelaki (43.3%) dan 740 orang murid Perempuan (56.7%). Murid dari etnik
Melayu merupakan majoriti sampel kajian dengan jumlah 693 orang (53.1 %) . Manakala
murid dari etnik Cina dan etnik India masing-masing terdiri daripada 337 orang (25.8%)
dan 274 orang (21%). Seterusnya berdasarkan soal selidik yang dijawab seramai 186
(14.3%) murid tingkatan satu , 321 (24.6%) murid tingkatan dua dan seramai 797
(61.1%) murid tingkatan empat. Lokasi sekolah pula adalah dari SMK pelbagai etnik.
Manakala nilai sisihan piawai dan Min bagi konstruk Prejudis dan Sterotaip masing-masing
12.19 dan 10.23.

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)


11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1016
Jadual 1 : Demografi Responden Murid

Deskripsi
Bilangan (N=) Peratus (%)
1304
Jantina Lelaki 546 43.3
Perempuan 740 56.7
Bangsa Melayu 693 53.1
Cina 337 25.8
India 274 21.0
Tingkatan 1 186 14.3
2 321 24.6
4 797 61.1
Asal Sekolah SK 839 64.3 murid mengikut pilihan respon
Seterusnya Jadual 2 pula menunjukkan peratus responden
Rendah SRJK ( C ) 321 24.6
SRJK (T) 144 11.0
berkaitan dengan prejudis dan streotaip berbanding dengan kelas BERSETUJU. Ujian
Sampel T Bebas dan ANOVA sehala juga digunakan untuk menguji sama ada wujud
perbezaan dalam konstruk Prejudis dan Stereotaip mengikut Jantina, Etnik, mengikut
Tingkatan dan Jenis Sekolah Rendah murid

Jadual 2 ; Analisa Jawapan Murid mengikut Pilihan Respon

Ko Soalan STS % TS % KS % S % SS % SS % JUM


d soal S
selidik
E1a Penipu 60 46. 34 26. 23 18. 78 6.0 1 1. 24 1. 130
5 4 2 2 7 2 8 4 8 4
E1 Pemalas 51 39. 31 23. 27 20. 14 10. 3 2. 32 2. 130
b 9 8 1 8 1 8 1 8 0 3 5 4
E1c Pengotor 63 48. 34 26. 22 17. 69 5.3 1 1. 18 1. 130
5 7 1 2 4 2 7 3 4 4
E1 Tamak 59 45. 35 26. 23 17. 82 6.3 2 2. 17 1. 130
d 6 7 1 9 2 8 6 0 3 4
E1e Kasar 47 36. 30 23. 27 21. 16 12. 3 2. 46 3. 130
8 7 8 6 4 0 0 3 8 9 5 4
E1f Tidak 47 36. 32 25. 27 21. 14 11. 3 2. 39 3. 130
menepat 9 7 8 2 7 2 8 3 3 5 0 4
i masa
E1g Bodoh 66 50. 29 22. 20 15. 73 5.6 2 2. 37 2. 130
4 9 6 7 7 9 7 1 8 4
E1 Kolot 63 48. 32 24. 22 17. 85 6.5 1 1. 23 1. 130
h 3 5 2 7 3 1 8 4 8 4
E1i Suka 46 35. 30 23. 21 16. 17 13. 5 4. 85 6. 130

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)


11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1017
bergadu 3 5 8 6 4 4 5 4 9 5 5 4
h
E2 Pelajar- 55 42. 27 21. 22 17. 14 11. 4 3. 61 4. 130
pelajar 3 4 4 0 7 4 4 0 5 5 7 4
mengeje
k agama
yang
dianuti
E3 Saya 58 44. 34 26. 26 20. 65 5.0 2 1. 35 2. 130
anggap 1 6 0 1 1 0 2 7 7 4
bangsa
lain
tidak
pandai

Persoalan Kajian 1 : Adakah terdapatnya perbezaan amalan prejudis dan streotaip


berdasarkan jantina murid

Berdasarkan Jadual 3 didapati min bagi murid Lelaki ialah (M = 12.73, SD =


10.43) manakala min bagi murid Perempuan ialah (M =11.78 , SD = 10.06) dan nilai p = 0.10
iaitu melebihi p = 0.05. Kesimpulan yang boleh diperolehi ialah tidak terdapatnya
perbezaan yang signifikan antara murid Lelaki dan murid Perempuan dalam mengamalkan
sikap prejudis dan stereotaip di sekolah masing-masing; t (1302) =1.66 p = .010 . Ini
bermakna Hipotesis nol diterima.

Jadual 3 Ujian T sampel bebas amalan prejudis dan streotaip mengikut Jantina Murid di
sekolah pelbagai etnik .

Jantina N Min Sisihan Darjah T sig


Murid Piawai Kebebasan
Lelaki 564 12.73 10.43 1302 1.66 0.10*

Perempuan 740 11.78 10.06

Perbezaan min adalah signifikan pada aras 0.05

Persoalan Kajian 2 : Adakah terdapatnya perbezaan amalan prejudis dan stereotaip


berdasarkan Etnik Murid

Berdasarkan Jadual 4 didapati nilai F (2 , 1301) = 1.38 , p = 0.25 iaitu lebih tinggi
daripada p = 0.05. Ini bermakna tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan amalan
prejudis dan stereotaip antara murid Melayu , Cina dan India di sekolah masing-masing.
Ini bermakna Hipotesis nol diterima.

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)


11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1018
Jadual 4 Ujian ANOVA amalan prejudis dan streotaip mengikut Etnik Murid di sekolah
pelbagai etnik
Sumber Jumlah Min Kuasa Darjah F Sig.
Kuasa Dua Dua Kebebasan
Antara 289.470 144.735 2 1.38 0.25*
Kumpulan
Dalam 13611.874 104.623 1301
Kumpulan
Jumlah 136404.344 1303

Perbezaan min adalah signifikan pada aras 0.05

Persoalan Kajian 3 : Adakah terdapatnya perbezaan amalan prejudis dan stereotaip


mengikut Tingkatan Murid

Berdasarkan Jadual 5 didapati nilai F (2 , 1301) = 1.25 , p = 0.29 iaitu lebih tinggi daripada
p = 0.05. Ini bermakna tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan amalan prejudis dan
stereotaip antara murid Tingkatan 1 , Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 di sekolah masing-
masing. Ini bermakna Hipotesis nol diterima

Jadual 5 Ujian ANOVA amalan prejudis dan streotaip mengikut Tingkatan Murid di
sekolah pelbagai etnik

Sumber Jumlah Min Kuasa Darjah F Sig.


Kuasa Dua Dua Kebebasan
Antara 261.469 130.734 2 1.25 0.29*
Kumpulan
Dalam 136142.875 104.645 1301
Kumpulan
Jumlah 136404.344 1303

Perbezaan min adalah signifikan pada aras 0.05

Persoalan Kajian 4 : Adakah terdapatnya perbezaan amalan prejudis dan stereotaip


mengikut sekolah rendah asal murid

Berdasarkan Jadual 6 didapati nilai F (2 , 1301) = 2.66 , p = 0.70 iaitu lebih tinggi daripada
p = 0.05. Ini bermakna tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan mengenai amalan
prejudis dan stereotaip antara murid dari berasal dari Sekolah Kebangsaan (SK) , SRJK ( C
) dan SRJK ( T ) . Ini bermakna Hipotesis nol diterima

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)


11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1019
Jadual 6 Ujian ANOVA amalan prejudis dan streotaip mengikut Tingkatan Murid di
sekolah pelbagai etnik

Sumber Jumlah Min Kuasa Darjah F Sig.


Kuasa Dua Dua Kebebasan
Antara 556.375 278.187 2 2.66 0.70*
Kumpulan
Dalam 135847.969 104.418 1301
Kumpulan
Jumlah 136404.344 1303
Perbezaan min adalah signifikan pada aras 0.05

Kesimpulan dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tidak terdapatnya


perbezaan yang signifikan dalam konstruk prejudis dan stereotaip murid sama ada
mengikut jantina , etnik , jenis sekolah rendah asal dan mengikut tingkatan.

Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini akan dapat menyumbangkan kepada proses pembentukan


polisi di peringkat sekolah yang bertujuan untuk memupuk integrasi murid pelbagai etnik.
Ini juga akan menggalakkan sekolah dalam proses polisi pendidikan untuk mencapai
integrasi nasional. Memetik pandangan Ozga (2000), perkara-perkara yang berkaitan
dengan polisi tidak sepatutnya hanya menjadi kegiatan eksklusif di peringkat atasan
(kerajaan ) , sebaliknya proses penghasilan polisi perlu juga melibatkan peringkat mikro
seperti sekolah bagi mencapai tujuan dasar di peringkat nasional

BIBLIOGRAFI

Ahmad Fawzi, B. (1987). Isu-Isu Perpaduan Nasional : Cabaran, Pencapaian dan Masa
Depan. Kuala Lumpur: UUM.
Allport, G. W. (1978). The Nature of Prejudice. Cambrigde: M.A. Addison Wesley.
Ashley, D. dan Orenstein, D. M. (2001). Sociological Theory: Classical Statements (5
th ed.). USA: Ally and Bacon.

Healey , J. F. (2009). Race, Ethnicty , Gender and Class : The Sociology of Group Conflict and
Change (5 th ed.). Newport: Christopher Newport University.
Hazri , J., Molly, N. N. L., Santhiram , R., Hairul Nizam, I., Nordin , A. R., Wah, L. L., Nair , S.
(2004). Ethnic Interaction Among Students in Secondary School in Malaysia: USM.
Hazri, J. (2007). Ethnic Arithmetic and The Challenges of Nation Building: A Study of
Malaysian Education Policy for National Integration , 1970 to Present. Tesis
PhD Tidak diterbitkan, University of Sheffield, Sheffield.

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)


11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1020
Ibrahim , S. (1980). Competing Identities in a Plural Society. Singapore: The Institute of
South East Asian Studies.

McLemore, S. D. (1994). Racial and Ethnic Relations in America. USA: Allyn & Bacon.

Macionis, J. J. (1987). Sociology. New Jersey: Prentice Hall.


McLemore, S. D. dan Romo , H. D. (2004). Racial and Ethnic Relations in America (7th ed.).
Boston, Mass: Pearson/Allyn and Bacon.
Miller, N. dan Brewer, M. (Eds.). (1984). Groups in Contact : The Psychology of
Desegregation. New York: Academic Press.
Najeemah , Mohd. Yusof. (2005). Pola Interaksi Sosial dalam kalangan murid pelbagai etnik
di SMK sekitar Sungai Petani Kedah. Tesis PhD Tidak diterbitkan, US Pulau Pinang.
Ogza, J. (1990). Policy Research and Policy Theory : A Comment of Fitz and Halpin, Journal
of Educational Policy, 5(4) : 359-362.
Ozga, J. (2000). Policy Research in Educational Setting : Contested Terrain. Buckingham:
Open University Press.
Rabashka, A. dan Shepsle , K., A (1972). Politics in Plural Societies : A Theory of Democratic
Instability. Columbus: Ohio Charles E. Mervill Publishing Co.
Santhiram , R. (1996). Malaysian Educational Development : A Study of Inter-Ethnic
Relations, Journal of the Institute of Asian Studies, 8(2) : 17- 48.
Simpson , G. E. dan Yinger, J. M. (1985). Racial and Cultural Minorities : an Analysis of
Prejudice and Discrimination. New York: Plenum Press

Ting, C. P.dan Chua, Y. Y. (1989). Keberkesanan Dasar Ekonomi Baru dalam Menyusun
Semula Masyarakat dan Mencapai Perpaduan Negara?, dalam P. Mohd Hanafiah &
S. Chamsuri (Eds.), Rancangan Malaysia Kelima. Bangi: UKM.

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)


11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 1021

You might also like