You are on page 1of 31

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/352837877

ANALISIS KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA: FAKTOR, CABARAN,


IMPLIKASI DAN PERANAN GURU DI SEKOLAH

Presentation · February 2021

CITATIONS READS

0 2,271

4 authors, including:

Abdul Adib Asnawi


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
14 PUBLICATIONS   7 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

FRG0433: Kecerdasan Emosi Sosial iaitu Kawalan Rangsangan dalam Kalangan Remaja (Social Emotional Intelligence of Impulse Control among
Adolescent) View project

Hubungan antara Jangkaan Ibu Bapa dengan Kepuasan Keibubapaan (The Relationship Between Parents' Expectation and Parenting Satisfaction) View
project

All content following this page was uploaded by Abdul Adib Asnawi on 28 November 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN

EDUP2102:
SOSIOLOGI
DALAM
PENDIDIKAN
P E N S YA R A H :

E N . AWA N G N A Z R U L B I N AG M A S R I

AHLI KUMPULAN 3:
A B D U L A D I B A S N AW I . FA U Z I A H M O H D J A N I

H A Z R E N A PA U L . SITI SABARIAH JAMALUDIN


• Kepelbagaian budaya dilihat merupakan ciri istimewa yang wujud di Malaysia, yang terbentuk
daripada rakyat berbilang agama dan bangsa. Maka, kepelbagaian budaya ini sangat
ditekankan apabila menjadi satu daripada enam aspirasi sistem pendidikan dalam Pelan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (dalam Hafzan, Zolkepeli & Khairol Anura, 2018).

• Mahbub (2017) menjelaskan kepelbagaian budaya adalah mengenai penerimaan dan


penghargaan terhadap sesuatu budaya, baik budaya sendiri mahupun budaya orang lain.

• Meskipun begitu, Malaysia masih berhadapan dengan isu “ketegangan sosial” yang boleh
menggugat perpaduan kaum (Mansor et al., 2016). Isu ini masih wujud bukan sahaja dalam
kalangan masyarakat tetapi juga dalam kalangan pendidikan di sekolah (Yong et al., 2018).

• Selain keluarga, sekolah merupakan salah satu institusi yang berperanan penting sebagai agen
sosialisasi (Yaşaroğlu, 2016).

• Sekolah menjadi satu tempat pengintegrasian pelajar khasnya pelajar berlainan etnik dan
budaya (Yong et al., 2018). Sekolah bukan sahaja berfungsi sebagai pusat menimba ilmu
pengetahuan, malah berfungsi sebagai medium untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan pelajar. Kesesuaian persekitaran sekolah inilah yang dapat menghasilkan
kesefahaman antara kaum kerana sering terdapat penambahan idea dan perspektif yang
dibangkitkan (Hafzan & Zolkepeli, 2017; Yong et al., 2018).
Faktor Pendidikan
• Peranan pendidikan terhadap kepelbagaian budaya menjadi komitmen global apabila ia
dicadangkan oleh UNESCO pada 1994 di Jenewa (dalam Mahbub, 2017). UNESCO memberi
penekanan kepada kesedaran akan kepelbagaian budaya yang boleh diterapkan melalui
pendidikan. Kesedaran ini dicadangkan melalui penyataan “learning to live together in peace
and harmony”.

• Bahkan, dalam deklarasi Johannesburg 2007 dalam UNESCO (2010 dalam Hafzan, Zolkepeli &
Khairol Anura, 2018) juga menjelaskan bahawa, bagi memupuk keharmonian dan kehidupan
yang lebih lestari, sistem pendidikan haruslah mengambil kira kepelbagaian yang wujud.

• Di Malaysia, pendidikan dilihat sebagai aset utama dalam membentuk hubungan antara etnik
dalam kalangan pelajar yang dimulai di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat
pengajian tinggi (Suresh, 2017; Hafzan & Zolkepeli, 2017).

• Keadaan ini dapat dilihat melalui pembentukan persahabatan dalam kalangan pelajar, interaksi
sosial, pengurusan bilik darjah dan hubungan antara guru-murid. Bahkan, keberkesanan
kurikulum dan kokurikulum juga semakin diberi perhatian yang serius dalam memupuk
hubungan murid merentasi etnik dalam persekitaran sekolah (Suresh, 2017).
Faktor Bahasa & Etnik
• Konsep kepelbagaian budaya terhasil daripada • Di sekolah, murid terdiri daripada pelbagai kaum
kepelbagaian bahasa, kaum, etnik, latar dan mempunyai dialek pertuturan tersendiri (Ngien
belakang dan amalan masyarakat (Noraini, & Ching, 2016).
Mohd Aderi, & Mohd Isa, 2017). • Meskipun begitu, ibu bapa bebas memilih jenis
sekolah untuk menghantar anak-anak mereka dalam
• Hal ini kerana manusia secara fitrahnya
mendapatkan pendidikan (Ngien & Ching, 2016).
dijadikan dalam bentuk, kelompok dan budaya
yang berbeza dan semua mesti menerima dan • Jenis sekolah di Malaysia:
menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu - Sekolah Kebangsaan – bahasa pengantar Bahasa Melayu
sebagai satu lumrah dan hukum alam yang
- Sekolah SJK(C) – bahasa pengantar Bahasa Mandarin
akan terus berlaku (Noraini, Mohd Aderi, &
Mohd Isa, 2017). - Sekolah SJK(T) – bahasa pengantar Bahasa Tamil

• Justeru itu, pengadaptasian kepada kehidupan • Keadaan ini mendedahkan murid untuk memahami,
multietnik perlu diberikan perhatian agar bahkan dapat bertutur menggunakan lebih daripada
satu jenis bahasa (Ngien & Ching, 2016).
keharmonian dan perpaduan dapat dikecapi
dan dikekalkan (Noor Aziera et al., 2017; • Hal ini mewujudkan kepelbagaian bahasa di
Hafzan & Zolkepeli, 2017). peringkat sekolah, kesan daripada percampuran
pergaulan etnik dalam institusi pendidikan (Ngien &
Ching, 2016).
Faktor Gender
• Gender berkait rapat dengan pembahagian peranan dan kedudukan di antara golongan lelaki dengan
perempuan dalam sesebuah masyarakat yang terhasil daripada proses sosialisasi dan budaya
(Suhadan & Salmah Jan, 2016).

• Wan Abdullah (dalam Suhadan & Salmah 2016) menjelaskan bahawa dapat dilihat perbezaan antara
lelaki dan perempuan kebanyakannya adalah disebabkan oleh proses sosialisasi dalam sesuatu
budaya.

• Proses sosialisasi atau penghayatan norma dan nilai masyarakat berkaitan jangkaan peranan yang
sering dirujuk sebagai satu pewajaran tentang kenapa terdapatnya perbezaan gender. Perkara ini juga
mewujudkan ketaksamaan antara lelaki dan perempuan dalam masyarakat, di mana perbezaan asas
antara gender termaktub dalam struktur kelas, gender dan stratifikasi, peranan dalam institusi
keluarga, keutamaan pendidikan, pekerjaan, dan banyak lagi (Suhadan & Salmah Jan, 2016).

• Dari aspek psikologi pula yang melihat kepada tingkah laku manusia, menjelaskan bahawa pelajar
perempuan dilihat lebih tekun dalam pembelajaran berbanding pelajar lelaki. Selain itu, pelajar
perempuan lebih mengikut disiplin berbanding pelajar lelaki, dan pelajar perempuan lebih pandai
berbanding pelajar lelaki (Berita Harian, 2015).
Faktor Agama
• Kepelbagaian agama merupakan ciri masyarakat masa kini dan boleh dikatakan tidak ada
negara yang bersifat homogenous lantaran sikap manusia yang suka bermigrasi sehingga
membentuk sebuah negara bangsa yang berbeza latar sosial (Suraya et al., 2019).

• Begitu juga dengan Malaysia, yang mana agama Islam merupakan agama rasmi, namun setiap
individu bebas memilih dalam beragama (Perlembagaan Persekutuan, 2009: 1).

• Kepelbagaian agama yang dianuti oleh masyarakat di Malaysia telah mewujudkan


kepelbagaian budaya (Nur Farhana et al., 2019). Hal ini kerana, perbezaan budaya dan agama
dalam kalangan pelajar di sekolah memaparkan variasi dalam bahasa, nilai, norma, tradisi,
kepercayaan dan aspirasi yang dimiliki dan di bawa oleh pelajar ke dalam persekitaran sekolah
(Suresh, 2017).

• Suresh (2017) menjelaskan bahawa meskipun pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang
sosiobudaya, namun pelajar bebas bergaul walaupun wujud perbezaan nilai dan kepercayaan
agama.
Cabaran Positif

Aspek Guru
• Guru merupakan modal peranan dalam memahami perbezaan antara budaya. Ini
kerana kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia menjadi cabaran besar kepada
rakyat Malaysia umumnya dan warga pendidik khasnya (Hafzan & Zolkepeli, 2017).

• Guru perlu memiliki pengetahuan, kesedaran dan kemahiran yang akan


membolehkan mereka lebih sensitif terhadap latar belakang murid yang berbeza
kaum dan menangani masalah kaum dengan kaedah positif serta proaktif (Yasmin,
2014).

• Guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu tentang kebudayaan kaum lain
supaya guru boleh menyampaikan maklumat dengan lebih tepat mengenai
kebudayaan kaum pelajar di sekolah (Yong et al., 2018), dan dapat mengenal pasti
pendekatan yang paling berkesan untuk memberikan pengalaman yang bermakna
kepada pelajar (Noriati et al., 2011).
Cabaran Positif

Aspek Guru
• Pengetahuan tentang ilmu kebudayaan pelbagai kaum lain penting bagi
seseorang guru kerana mereka akan menjadi sumber rujukan utama pelajar
(Yong et al., 2018).

• Guru perlu mempelajari budaya dan bahasa kaum lain disebabkan wujudnya
keperluan untuk memperkasakan lagi peranan guru dalam masyarakat yang
berlainan kaum. Sebagai contoh, guru yang bekerja di pedalaman Sarawak
perlu mempelajari bahasa Iban kerana guru berhadapan dengan ibu bapa
murid yang langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu (Yong et al.,
2018).
Cabaran Negatif

Aspek Guru
• Sikap perkauman merupakan cabaran utama untuk membentuk hubungan
etnik yang harmoni. Sikap perkauman ini juga wujud dalam bidang
pendidikan, terutama dalam kalangan guru yang menunjukkan sifat
perkauman terhadap guru dan pelajar yang berlainan etnik (Yasmin &
Najeemah, 2016).

• Selain itu, guru yang kurang pengalaman dan kelewatan pendedahan


berhadapan persekitaran pelajar pelbagai kaum akan menyukarkan guru
menerima dan menyesuaikan diri dalam persekitaran tersebut (Yasmin &
Najeemah, 2016).
Cabaran Positif

Aspek Murid
• Pelajar perlu beradaptasi dengan persekitaran sekolah
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama – sama
seperti guru, pelajar juga perlu sensitif akan perbezaan
latar belakang dalam kalangan rakan-rakan kelas /
sekolah mereka (Najeemah, 2011; Yasmin, 2014).
Cabaran Negatif

Aspek Murid
• Terdapat sebilangan guru yang melakukan pengasingan pelajar mengikut
latar belakang kaum, sosioekonomi dan agama (Yong et al., 2018). Sebagai
contoh, pada tahun 2013 di Gelang Patah, Johor, berlaku insiden di mana
seorang guru perempuan Cina mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kaum
tertentu yang dianggap telah menjejaskan reputasi guru sebagai agen
memupuk perpaduan (Utusan Online, 2013 dalam Yong et al., 2018).

• Sikap prejudis dan stereotaip dalam kalangan pelajar terhadap etnik lain
mampu memberi kesan negatif ke atas pembentukan hubungan merentasi
etnik dalam kalangan pelajar di persekitaran bilik darjah (Suresh, 2017).
Implikasi Positif

Aspek Guru
• Berlakunya peningkatan kendiri pada diri guru apabila guru mempelajari budaya kaum lain
yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab guru untuk meningkatkan professional
seorang guru yang mengajar di sekolah terutama apabila guru perlu berinteraksi dengan ibu
bapa pelajar yang berlainan kaum (Yong et al., 2018).

• Selain itu, guru juga kurang menghadapi masalah ketika berinteraksi dengan ibu bapa yang
berlainan kaum terutama mereka yang tidak fasih dalam bahasa rasmi (Yong et al., 2018).

• Guru yang mempunyai pengalaman mengajar murid pelbagai etnik dan budaya lebih
daripada 10 tahun mempunyai tahap sensitiviti kepelbagaian budaya yang lebih tinggi
berbanding guru yang mempunyai pengalaman mengajar murid pelbagai etnik dan budaya
kurang daripada 10 tahun (Yasmin & Najeemah, 2016). Ini selaras dengan dapatan Yuen (2010)
yang menyatakan semakin banyak pengalaman seseorang terhadap kepelbagaian budaya,
semakin tinggi kebolehannya untuk melakukan adaptasi terhadap isu yang wujud antara
budaya.
Implikasi Negatif

Aspek Guru
• Sekiranya guru tidak menunjukkan tauladan yang baik dan memiliki sikap bias atau
tanggapan negatif terhadap satu-satu kaum mahupun agama, maka ini akan
menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap guru sebagai suri teladan kepada
golongan muda (Yong et al., 2018).

• Guru yang tidak melengkapkan diri dengan pendidikan dan latihan serta
perkembangan semasa mengenai tentang ilmu kebudayaan kaum lain akan
menyebabkan kekeliruan dan pertembungan kebudayaan yang tidak sihat (Yong et
al., 2018). Ini disokong oleh pengkaji sebelunya yang menjelaskan, pertembungan
pelbagai kebudayaan kaum akan berlaku sekiranya seseorang guru menyampaikan
sesuatu ilmu yang tidak sesuai dengan latar belakang pelajar yang berlainan kaum
di dalam kelas (Cartledge et al., 2000 dalam Yong et al., 2018).
Implikasi Positif

Aspek Murid
• Murid dapat memupuk perpaduan dan menerima kepelbagaian sosiobudaya tanpa
mengira latar belakang agama dan kaum. Sebagai contoh, melalui program
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang dilaksanakan di sekolah,
didapati tiga komponen di bawah program tersebut diterima baik oleh pelajar dari
etnik Cina dan Melayu, sekaligus dianggap Berjaya dalam memupuk perpaduan
kaum dan menerima kepelbagaian sosiobudaya di sekolah. Tiga komponen tersebut
adalah sukan dan permainan, aktiviti perayaan dan perhimpunan serta aktiviti
perkhemahan dan lawatan (Hasnul & Mohd Syariefudin, 2018).

• Sekiranya kepelbagaian sosiobudaya itu dapat diterapkan dalam diri pelajar, mereka
akan dapat melihat perbezaan yang wujud adalah secara positif dan berupaya
mengharmonikan perbezaan tersebut (Suraya et al., 2019). Sikap menghormati dan
menghargai perbezaan boleh dilihat hanya dengan ambil kira perkara yang tidak
boleh dimakan, tetapi juga melalui perkara yang boleh dimakan, dengan erti kata
lain pemakanan halal (Aiedah, 2018).
Implikasi Negatif

Aspek Murid
• Pelbagai perbezaan dapat diperhatikan apabila pelajar berada di bangku sekolah,
yang mana perbezaan ini mempunyai potensi yang tinggi untuk membentuk jarak
sosial atau sempadan antara etnik dalam kalangan pelajar sekiranya tidak diberi
perhatian yang sewajarnya (Suresh, 2017). Slavin dan Cooper (dalam Suresh, 2017)
turut menjelaskan bahawa keterbatasan hubungan antara pelajar merentasi etnik
akan menimbulkan sikap strereotaip dan membawa kepada ketegangan antara etnik.

• Sikap prejudis dan stereotaip yang wujud dalam kalangan pelajar terhadap sesuatu
etnik mengakibatkan pelajar yang mendapat dampaknya akan merasa persekitaran
yang penuh dengan nilai syak-wasangka antara satu dengan yang lain. Bahkan,
sikap ini juga akan menggugat keyakinan dan kepercayaan pelajar terhadap etnik
lain, serta usaha untuk mewujudkan hubungan yang positif antara pelajar pelbagai
etnik sukar untuk dicapai (Suresh, 2017).
• Murid perlu didedahkan dengan lebih awal berkenaan kepelbagaian budaya
supaya mereka lebih peka atau sensitif kepada kepelbagaian dan lebih
memahami maksud kepelbagaian tersebut (Hafzan, Zolkepeli & Khairol Anura,
2018).

• Guru memainkan peranan sebagai agen sosiolisasi (Yong et al., 2018):-

✓ mengajar pelajar untuk memainkan fungsi serta peranan yang sesuai dalam
persekitaran sekolah yang mendukung pelajar daripada pelbagai etnik;

✓ menyatupadukan pelajar pelbagai kaum dan membentuk kesedaran generasi


muda mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara;

✓ memupuk nilai, sikap dan budaya antara kaum supaya mereka dapat
mengatasi pelbagai isu perkauman;

✓ dengan membangunkan potensi diri dalam kalangan pelajar untuk


memahami kepelbagaian yang wujud di persekitaran sekolah (Suresh, 2017).
• Guru berperanan untuk memberi kesedaran mengenai kepelbagaian budaya
melalui penerapan nilai seperti menerima dan menghargai identiti setiap
kaum, menghormati perbezaan budaya yang wujud seperti nilai, adat resam
dan cara hidup, menghargai keunikan budaya lain, mempunyai kemahuan
untuk berkongsi persamaan dan sedia bekerjasama dan bersekutu dalam
memajukan bangsa (Suresh, 2017).
• Tambahan juga, guru perlu menyemai nilai murni dan nilai perpaduan kaum
kepada pelajar –
✓ turut dijelaskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2005 dalam Hafzan, Zolkepeli & Khairol
Anura, 2018).
✓ merupakan satu dasar yang boleh memberikan keseimbangan dalam
pembangunan ekonomi dan sosial dalam masyarakat berbilang kaum
(Zaliza & Norlin, 2009).
• Guru sebagai penyampai ilmu perpaduan dalam kepelbagaian sosiobudaya
guru perlu bijak mengendalikan kelas agar suasana pembelajaran yang
interaktif akan terbentuk (Suresh, 2017). Misalnya, guru mengadakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan (kolaborasi), di mana
kumpulan yang dibentuk adalah dengan struktur heterogen (pelbagai)
(Kamarudin et al., 2019). Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada
pelajar untuk bergaul tanpa sekatan budaya.

• Bahkan, menurut Najeemah (2011), sekiranya guru ingin mendedahkan ilmu


tentang kepelbagaian masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
budaya kepada pelajar dengan lebih berkesan, guru perlu menyediakan
bahan, maklumat dan alat bantuan mengajar visual yang bersesuaian.
• Natijahnya, kepelbagaian antara budaya itu penting dalam mewujudkan warna-warni
dalam kehidupan bermasyarakat.

• Namun, sekiranya kepelbagaian itu mewujudkan perbezaan yang ketara dan


perbezaan itu tidak diuruskan dengan sebaik mungkin, maka akan menimbulkan
kontroversi atau konflik sosial (Mansor et al., 2016; Hafzan & Zolkepeli, 2017).

• Justeru itu, kepelbagaian sosiobudaya yang wujud dalam sesebuah masyarakat dan
negara seharusnya diberikan perhatian dan seterusnya memberi pendedahan awal
khususnya kepada masyarakat muda pada hari ini melalui pendidikan.

• Maka, sekolah merupakan platform terbaik untuk mendidik mereka, kerana pelajar
yang berusia antara 7 hingga 17 tahun banyak menghabiskan masa mereka di
sekolah (Nurhijrah et al., 2017).

• Oleh yang demikian, institusi pendidikan yang ada pada hari ini perlu menggunakan
sebaik mungkin peluang yang ada dengan memainkan peranan penting agar usaha
untuk mewujudkan keharmonian sekaligus perpaduan dalam masyarakat dapat
dicapai (Ezhar & Madiha, 2016).
Rujukan
Aiedah, A. K. (2018). Eating our way to social cohesion . Di laman sesawang:
https://www.monash.edu.my/research/researchers -say, diakses pada 19/01/2021.

Berita Harian. (2015). Seimbangkan prestasi pelajar lelaki, perempuan . Di laman sesawang:
https://origin.bharian.com.my/kolumnis/2015/07/70530/seimbangkan -prestasi-pelajar-lelaki-perempuan diakses pada
18/01/2021.

Ezhar Tamam & Madiha Hashmi. (2016). Predicting Interethnic Bridging Social Capital In Youth Ethnic-Diversity Engagement:
The Role of Interethnic Interaction and Intercultural Sensitivity. International Journal of Adolescence and Youth , 21 (1), 1-14.

Hafzan Omar & Zolkepeli Haron. (2017). Pengukuran Sensitiviti Kepelbagaian Budaya dalam Kalangan Guru Menggunakan
Model DMIS. Journal of Techno Social, 9 (2), 19-30.

Hafzan Omar, Zolkepeli Haron & Khairol Anura Kamri. (2018). Sensitiviti Kepelbagaian Budaya dalam Kalangan Guru Sekolah
Kebangsaan Pelbagai Etnik. JISPO Jurnal Ilmu Sosial dan Ilmu Politik , 8 (1), 1-22.

Hasnul Husna Hussien, & Mohd Syariefudin Abdullah. (2018). Keberkesanan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan
(RIMUP) dalam Memupuk Kesepaduan sosial: The Effectiveness of the Pupils Integration for Unity Programme (RIMUP) In
Nur turing Social Cohesion Among Students. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB) , 33-50.

Kamarudin Ismail., Rosnah Ishak, Fanny Kho Chee Yuet, & Siti Hajar Kamaruddin. (2019). Komuniti pembelajaran profesional
sebagai budaya kolaborasi profesional sekolah: Teori dan amalan (Professional learning communities as a professional
collaboration culture in school: Theor y and practice). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space , 15 (4).

Mahbub Junaidi. (2017). Pendidikan Multikultular dan Pendidikan Inklusi Gender. Jurnal Pendidikan Islam, 7 (2), 130-145.
Rujukan
Mansor Mohd Noor, Azlina Abdullah & Mohd Mahadee Ismail. (2016). Mengurus dan Memahami Hubungan Etnik di Universiti
Awam Malaysia. Research Journal of Social Sciences, 3 , 59-65.

Najeemah Mohd Yusof. (2011). Persekitaran Sekolah dan Guru Meningkatkan Interaksi Sosial dalam Kalangan Murid di Sekolah
Menengah Kebangsaan. Pendidikan Sosial DP, 11 (2), 67-76.

Ngien, M. M., & Ching, T. H. (2016). Learning Chinese language in SJK (C): A Case Study of Bumiputera Students in Sarawak.
Journal of Chinese Literature And Culture , 4 (1), 63-84.

Noor Aziera Mohamad Rohana, Mohd Faizal P Rameli, Rawi Nordin & Siti Nurul Izza Hashim. (2017). Kepelbagaian dan
Kesepaduan Etnik di Malaysia Menurut Islam. Jurnal Sains Insani, 2 (2), 88-97.

Noraini Omar, Mohd Aderi Che Noh & Mohd Isa Hamzah (2017). Kepelbagaian Elemen Budaya dalam Pengajaran Pendidikan
Islam: Isu dan Kepentingan. O-JIE: Online Journal of Islamic Education , 3 , 1-11.

Noriati Abd. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah Abd. Majid. (2011). Budaya dan
Pembelajaran . Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nur Farhana Abdul Rahman, Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Nur Solehah Shapiee, & Nur Ashilah Kahar. (2020).
Pendefinisian Pluralisme Agama dalam Konteks Malaysia. Islāmiyyāt , 41 (2), 61-70.

Nurhijrah Zakaria, Zuria Mahmud, Mohd Mahzan Awang, Mohd Izham Mohd Hamzah, Ruhizan Mohamad Yasin, & Ramlee
Mustapha. (2017). Pedagogi Responsif Budaya dalam Pengajaran Sejarah untuk Persekitaran Pembelajaran Bilik Darjah
Pelbagai Budaya. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 18 , 1-12.

Suhadan Anwar & Salmah Jan Noor Muhammad. (2016). Perhubungan Gender dalam Masyarakat Tradisional Berdasarkan
Hikayat Patani. Journal of Business and Social Development , 4 (2), 25-47.
Rujukan
Suraya Sintang, Budi Anto Mohd. Tamring, Nur Farhana Abdul Rahman, Siti Aidah Hj. Lukin, Halina Sendera Mohd. Yakin.
(2019). Kesepaduan Sosial dalam Hubungan Antara Agama di Pedalaman Sabah. Borneo Internatonal Journal, 2 , 5-15.

Suresh Kumar N Vellymalay. (2017). Implikasi Budaya dan Agama Ke atas Interaksi antara Etnik dalam Kalangan Murid Sekolah
di Malaysia. E-Bangi, 12 (2), 272-286.

Yaşaroğlu, C. (2016). Cooperation and Impor tance of School and Family on Values Education. Recent Ideas and Research in
Social Sciences , 109-114.

Yasmin Ahmad. (2014). Sensitiviti dan Kompetensi Kepelbagaian Budaya dalam Kalangan Guru Pelbagai Etnik di Malaysia . Tesis
PhD. Universiti Sains Malaysia.

Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof. (2016). Sensitiviti Kepelbagaian Budaya dalam Kalangan Guru Pelbagai Etnik di
Sekola Menengah Kebangsaan di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41 (1), 71-78.

Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang & Adlina Ab Halim. (2018). Peranan guru
sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di Sekolah. Akademika, 88 (2), 95-108.

Yuen, C. (2010). Dimensi of diversity: Challenges to Secondar y School Teachers with Implication for Intercultural Teacher
Education. Teaching and Teacher Education, 26 , 732-741.

Zaliza Mohd Nasir & Norlin Ahmad. (2009). Pembangunan Sosial dalam Hubungan Etnik. Dlm Hubungan Etnik di Malaysia:
Perspektif, Teori dan Praktik . M/s 141-154. Skudai: Penerbitan UTM Press.

View publication stats

You might also like