You are on page 1of 4

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia (2013), salah satu aspirasi sistem pendidikan ialah perpaduan. Sistem
pendidikan pada zaman kini mementingkan penawaran perkongsian pengalaman dan nilai
kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian. Oleh itu, guru di sekolah memainkan
peranan penting kerana perlu menerapkan pengetahuan kepelbagaian sosiobudaya kepada
murid dalam bilik darjah. Jadi, bagaimanakah penghayatan guru terhadap kepelbagaian
sosiobudaya diperlukan supaya dapat mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur
dengan kepelbagaian kaum mengikut Wawasan 2020?

Kebanyakan murid menghabiskan lebih satu per empat daripada masa mereka di
sekolah sejak masuk sekolah rendah. Mereka akan berjumpa dengan kawan-kawan dari latar
belakang yang berbeza seperti perbezaan kaum dan agama. Guru yang mempunyai
pengahayatan terhadap kepelbagaian sosiobudaya dapat mengawal kelas yang melibatkan
sosiobudaya dengan menggunakan strategi dan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang mesra budaya. Menurut Tan Sri Alimuddin Mohd. (2012), kreativiti dan
inovasi boleh diterapkan dalam strategi pengajaran secara tidak langsung untuk menarik
minat murid. Guru boleh menjalankan kerja berkumpulan, main peranan, aktiviti luar bilik
darjah untuk menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid. Aktivit yang dirancang oleh
guru harus melibatkan semua kaum supaya tidak mempunyai murid yang berasa dipinggirkan.
Menurut Abdul Ghani (2007), guru juga perlu menerapkan unsur kecindan dalam sesi
pengajaran supaya murid tidak bersa keko apabila belajar dengan rakan-rakan yang berlainan
kaum.

Penghayatan guru terhadap kepelbagaian sosiobudaya boleh ditunjukkan melalui


tahap pengetahuan guru terhadap budaya pelbagai kaum. Menurut Malay Mail Online
(2014), sikap mengambil tahu akan budaya serta agama masyarakat lain merupakan sesuatu
yang terpuji dan adalah penting jika setiap rakyat Malaysia besikap proaktif dan tahu akan
sensitiviti setiap kaum. Guru yang mengambil tahu isu sensitiviti pelbagai kaum tidak akan
menimbulkan perselisihan faham dalam kelas. Guru boleh mengajar murid cara dan
kepentingan meghormati budaya kaum lain. Dengan pengetahuan guru tentang budaya yang
mendalam, maka boleh menjadi teladan baik kepada murid. Pengetahuan seperti pantang
larang kaum Melayu, sejarah perayaan kaum Cina dan agama Hindu harus dicurahkan oleh
guru kepada murid supaya mereka menjadi rakyat Malaysia yang menghayati keunikan
sosiobudaya.

Guru yang menghayati kepelbagaian sosiobudaya akan mengajar dengan


menggunakan bahasa yang difahami oleh semua kaum iaitu bahasa kebangsaan kita,
Bahasa Melayu. Setiap bangsa mempunyai bahasa ibunda sendiri seperti Bahasa Cina,
Bahasa Iban dan dialek etnik masing-masing. Penggunaan bahasa masing-masing dalam
persekitaran sosiobudaya mudah menimbulkan perselisihan faham kerana saling tidak
memahami bahasa yang diguna. Menurut Laporan Razak 1956 dalam Dunia Pendidikan
Online (2017), Bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa perpaduan dan bahasa pengantar
ilmu pengetahuan. Menurut Utusan Online (25 Ogos 2014), ahli UMNO juga mempertahankan
laporan ini kerana mempercayai bahawa apabila satu pendidikan dan satu bahasa wujud,
pasti dapat memberi nilai tambah kepada keadaan sosial negara sekali gus mencerminkan
aspirasi gagasan 1 Malaysia. Oleh itu, guru harus menggalakkan murid berkomunikasi
dengan Bahasa Melayu supaya mewujudkan persekitaran sosiobudaya yang harmoni dalam
kelas. Contoh strategi yang boleh diambil oleh guru ialah mengajar dalam Bahasa Melayu,
menguatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu murid dan menjadi bahasa ini sebagai
bahasa yang seronok untuk dipelajari. Apabila guru dan murid bergaul dengan bahasa
kebangsaan, suasana dalam kelas menjadi selesa dan semua orang dapat menikmati
kemudahan pendidikan sama.

Guru yang mempunyai penghayatan terhadap kepelbagaian sosiobudaya juga akan


menyediakan persekitaran fizikal yang sesuai untuk menggalakkan perpaduan
kepelbagaian sosiobudaya seperti susunan tempat duduk murid. Contoh susunan yang
berkesan untuk menjalin hubungan antara pelbagai kaum ialah pembentukan kumpulan
berempat. Setiap kumpulan dibentuk dalam heterogeneous maknanya percampuran kaum
dalam satu kumpulan. Menurut kajian Abdul Rahim dan Ismail (n.d.), kedudukan berkumpulan
dapat membantu murid dalam pembelajaran. Dalam kumpulan, ahli-ahli akan saling
membantu dalam memahami pelajaran, menjadi pendorong, menjadi penyaing dan ahli-ahli
boleh memberikan pengaruh yang besar terhadap kejayaan diri. Suresh Kumar (2014) telah
membuktikan dalam kumpulan murid dapat belajar dengan lebih berkesan berbanding belajar
berseorangan. Kumpulan kecil yang terbentuk daripada kepelbagaian kaum dapat
merapatkan hubungan mereka antara satu sama lain. Selain itu, guru juga boleh menyediakan
sudut budaya dalam kelas. Guru boleh mempamerkan maklumat tentang kepelbagaian
sosiobudaya, buku-buku atau majalah yang berkaitan dengan budaya berbilang kaum supaya
murid boleh mendapat ilmu di sudut tersebut pada masa lapang.

Walaupun guru mempunyai penghayatan yang tinggi terhadap kepelbagaian


sosiobudaya, namun masih terdapat banyak kekangan sedang mengancam semangat guru
untuk mengamalkan kemesraan sosiobudaya dalam kelas. Antara kekangannya termasuk
penguasaan murid yang kurang matang dalam Bahasa Melayu. Menurut Chew Fong
Peng (2016), tahap penguasaan pelajar terhadap Bahasa Melayu berada pada tahap yang
kurang memuaskan terutama bagi murid yang terdiri daripada bukan penutur jati Bahasa
Melayu. Kajian Chew membuktikan bahawa mojoriti murid belajar Bahasa Melayu untuk
tujuan kelulusan peperiksaan atau sebagai bahan pembelajaran. Niat murid untuk belajar
bahasa kebangsaan bukan kerana minat tetapi demi ujian. Mereka tidak gemar untuk
berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu kerana mempunyai tanggapan bahawa Bahasa
Melayu hanya diperlukan untuk menduduki peperiksaan dan tidak perlu berkomunikasi
dengan bahasa yang begitu susah. Jika dipaksa untuk bercakap dengan Bahasa Melayu,
mereka akan lagi benci terhadap bahasa ini yang sepatutnya menjadi simbol kebanggaan kita.

Cabaran kedua terhadap pengamalan penghayatan sosiobudaya dalam kelas ialah


asuhan keluarga yang bersifat perkauman. Kebanyakan ibu bapa tidak menggalakkan
anak-anak mereka untuk bergaul dengan kawan yang berlainan kaum. Sebagai contoh, ibu
bapa Ah Chong mengarah dia supaya jangan berkawan dengan Muthu kerana mereka
menganggap bahawa orang India pengganas dan tahap sosioekonomi mereka juga rendah.
Ibu bapa juga meminta guru supaya mengatur anak mereka duduk dengan anak yang pandai
dan kaum yang sama. Semua usaha guru untuk mewujudkan suasanan sosiobudaya yang
harmoni tidak akan berfungsi dengan berkesan. Menurut Zeti (2017), rakyat harus sedar
bahawa perpaduan sangat penting bagi membentuk negara yang stabil, maka mereka harus
memahami konsep perlembagaan negara kita bagi mengelakkan sebarang salah faham
antara kaum. Ibu bapa sebagai orang terdekat dengan anak murid septutnya mengajar
mereka tentang kehormatan terhadap kaum lain tetapi bukan menerapkan pengalaman yang
salah dalam hati mereka.

Tuntasnya, untuk memikul segala halangan tersebut, guru harus menguatkan iman
dan semangat diri terhadap kepelbagaian kaum. Guru boleh mengingati diri tentang
kepentingan untuk menerapkan kepentingan menjalin hubungan yang baik antara pelbagai
kaum, saling memahami budaya, agama dan adat resam yang bercorak unik. Malaysia
bangga dengan keharmonian pelbagai kaum, semua pihak harus menghayati dan memelihara
keindahan ini supaya anak bangsa kita dapat dibesarkan dalam suasana yang aman dan
mesra budaya serta mencapai Wawasan 2020. Bak kata pepatah, “Bersekutu bertambah
mutu.” Semoga guru-guru sekolah terus berusaha dalam penerapan unsur kepelbagaian
sosiobudaya kepada murid-murid keindahan kepelbagaian sosiobudaya supaya dapat
dinikmati oleh semua rakyat.

(1027 patah perkataan)


Rujukan

Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz & Abdul Rashid Mohamed. (2007). Humor
dalam pengajaran. Kuala Lumpur: PTS Profesional.
Abdul Rahim Bin Hamdan, Ismail Fauzi Bin Jamaludin (n.d.). Tahap Perpaduan Pelajar
Pelbagai Kaum Dalam Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Dimuatturun
darihttp://eprints.utm.my/10544/1/Tahap_Perpaduan_Pelajar_Pelbagai_Kaum_Dala
m_Pelajaran_Kemahiran_Hidup_Bersepadu.pdf
Alimuddin Mohd. (2012). Kreativiti, Inovasi dalam Pendidikan. Dimuatturun pada 28 Februari
2018 dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121210/re_01/Kreativiti-
inovasi-dalam-pendidikan
Chew Fong Peng (2016). Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina
Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM. ISSN: 2180-4842. Vol.6,
Bil. 2 (Nov.2016):10-22
Dunia Pendidikan Online (2017). Bahasa Melayu dalam Pendidikan Negara: Kepentingan
dalam Pendidikan Kebangsaan. Dimuatturun dari
https://www.duniapendidikanonline.com/2017/07/bahasa-melayu-dalam-pendidkan-
negara-kepentingan-dalam-pendidikan-kebangsaan/
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Malay Mail Online (2014). Pentingnya memahami sensitiviti masyarakat berbilang kaum.
Dimuatturun dari http://www.themalaymailonline.com/opinion/bartholomew-
chan/article/pentingnya-memahami-sensitiviti-masyarakat-berbilang-
kaum#JHBYpOUS5CTPZgsX.97
Suresh Kumar N Vellymalay (2014). Etnisiti dan interaksi sosial dalam kalangan murid
pelbagai etnik di bilik darjah. Journal of Human Capital Development, 7(2), 47-61.
Utusan Online (25 Ogos 2014). Penyata Razak 1956 Wajar Diperkasakan. Dimuatturun dari
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Politik/20140825/po_16/Penyata-Razak-1956-
wajar-diperkasakan
Zeti Farzana Alpikri (9 Jun 2017). Sikap Perkauman Makin Membimbangkan. Dimuatturun
dari http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sikap-perkauman-makin-
membimbangkan-1.491210

You might also like