You are on page 1of 3

2.

0 Laporan Temu Bual

Transkrip temubual yang telah disediakan ini mengandungi temubual bersama dengan
Puan Zalina Binti Ghazali. Beliau telah berkongsi mengenai pengalaman dan sumbangan beliau
selama berkhidmat sebagai seorang guru di Kementerian Pendidikan Malaysia. Kini, beliau
menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Chendering.
Temubual ini diadakan di Pejabat beliau di SK Chendering pada 15hb Mac 2017 dan
mengambil masa selama lebih kurang 1 jam. Puan Zalina telah dilahirkan pada 28 September
1965 di Terengganu. Beliau telah berkhidmat sebagai pendidik selama 28 tahun iaitu selama 22
tahun di beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan, lima tahun bagi sekolah di Terengganu
dan setahun bagi sekolah di Melaka.

Beliau mempunyai pengalaman mengajar di sekolah yang berbilang bangsa dan agama.
Selama berkhidmat di Negeri Tanah Adat, beliau telah mencurahkan bakti di Sekolah
Kebangsaan Rahang, Sekolah Kebangsaan Ampangan dan Sekolah Kebangsaan Ladang yang
mempunyai murid daripada pelbagai latar belakang bangsa.

Ketika ditanya mengenai maksud kepelbagaian sosiobudaya, beliau mengutarakan


pandangan iaitu sosiobudaya adalah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi
sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan
untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat berkenaan. Di sekolah, kepelbagaian kaum
telah mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan hidup mereka. Dalam
dunia pendidikan terutamanya di sekolah, bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar yang
digunakan di Sekolah Kebangsaan.

Bahasa Mandarin juga dijadikan bahasa pengantar bagi Sekolah Jenis Kebangsaan
(Cina) dan Bahasa Tamil pula diguna pakai sebagai bahasa pengantara di Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil). Hal ini menunjukkan betapa masyarakat Malaysia mengamalkan sikap
toleransi antara satu sama lain dalam menghormati pengamalan budaya di negara ini namun
mereka masih perlu menghormati dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan bagi mengekalkan perpaduan antara masyarakat dan kaum di negara ini.

Menurut beliau, ketika mengajar di SK Ampangan, kebanyakan kaum Cina dan India
mampu bertutur dalam bahasa Melayu bahkan ada di antara mereka lebih mahir berbanding
dengan orang Melayu sendiri. Hal ini kerana, kebanyakan mereka bergaul dengan orang
Melayu dan bertutur menggunakan bahasa Melayu di rumah. Semasa beliau di SK Ladang

1
pula, terdapat pelajar dari Negara Kemboja dan Arab. Pada awalnya, mereka menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, tetapi lama-kelamaan mereka juga mampu
menggunakan Bahasa Melayu. Mereka juga menggunakan Bahasa Melayu semasa
berinteraksi dengan sahabat mereka meskipun berlainan bangsa dan kaum.

Beliau berkata , kepelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat Malaysia ini boleh dilihat
secara jelas dalam beberapa aspek seperti bangsa, struktur masyarakat dan kelas sosial,
agama dan kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina. Aspek –aspek inilah perlu yang
boleh dilihat mempengaruhi kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia.

Selain itu, guru juga seharusnya mampu untuk menangani kepelbagaian sosiobudaya ini
bagi melahirkan masyarakat yang aman dan harmoni kerana guru pembentuk negara bangsa.
Antara cara yang boleh digunakan ialah mengelakkan penggunaan tutur kata yang berkait
dengan isu perkauman. Isu perkauman boleh menyebabkan berlakunya perpecahan di antara
satu sama lain. Untuk memupuk perpaduan antara pelajar, guru perlu memastikan kedudukan
meja murid-murid dalam bilik darjah melibatkan semua kaum supaya dapat menggalakkan
interaksi antara mereka dalam keadaan kondusif dan selesa. Isu yang melibatkan perkauman
dalam bilik darjah perlu diatasi segera bagi mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih besar.
Guru seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mengatasi masalah yang timbul.

Guru juga perlu mengetahui kepelbagaian sosiobudaya untuk lebih memahami budaya
murid-muridnya di dalam bilik darjah terutamanya pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya
seperti kaum Cina, India, suku peribumi serta suku kaum Sabah dan Sarawak. Salah satu cara
untuk mengetahyui budaya mereka ialah guru perlu berkongsi tentang budaya masing-masing
di dalam kelas. Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara murid dan guru.

Beliau berpendapat bahawa kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem pendidikan pasti


memberi kesan kepada guru, murid dan sekolah. Antaranya ialah murid harus bersosial dalam
melakukan aktiviti pembelajaran dan berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu
membuang sikap prejudis terhadap rakan bangsa lain. Proses sosialisasi ini dapat membentuk
kendiri murid. Secara tidak langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam kalangan
pelajar di sekolah.

Guru pula perlu menggunakan bahasa ‘standard’ apabila mengajar dalam suasana kelas
yang terdiri daripada kepelbagaian sosiobudaya dan secara tidak langsung dapat melatih guru
supaya mahir dalam menggunakan Bahasa Melayu tanpa menggunakan dialek mengikut negeri

2
masing-masing. Konklusinya, pihak sekolah dan guru seharusnya berganding bahu dalam
menangani isu kepelbagaian sosiobudaya bagi melahirkan masyarakat yang aman, damai dan
harmoni.

You might also like