You are on page 1of 2

1.

0 Pengenalan

Kepelbagaian sosiobudaya setiap individu murid menghasilkan kepelbagaian di dalam


bilik darjah. Pengajaran yang mengambil kira kepelbagaian sosiobudaya amat penting
agar setiap murid dapat belajar dengan berkesan. Pada 3 Mac 2020, sebuah temu bual
telah dijalankan bersama dengan guru di SJK(C) Sacred Heart Chinese Sibu untuk
mengutarakan beberapa soalan berkaitan kepelbagaian sosiobudaya dan implikasinya
terhadap pembangunan pendidikan di sekolah selari dengan sistem pendidikan semasa
di Malaysia.

2.0 Laporan Temu Bual

Kepelbagaian sosiobudaya menyumbang kapada perubahan dan perkembangan


pendidikan abad ke-21. Menurut responden, pendidikan masa kini sudah berbeza
dengan pendidikan dahulu yang hanya fokus kepada kurikulum murid-murid sahaja.
Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan
semata-mata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan
mematuhi peraturan masyarakat. Responden telah menyatakan bahawa bilik darjah
mesra budaya dapat dibangunkan melalui saluran penerapan nilai-nilai murni dan aktiviti
penyebaran kebudayaan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Sebagai contoh,
murid-murid menulis kaligrafi, membuat kraf tangan seperti wau bulan dan anyaman
tikar dalam PdP dan hasil produk mereka dipamerkan di Sudut Seni.

Dalam pengurusan bilik darjah kepelbagaian sosiobudaya, guru memainkan


peranan sebagai teladan kepada murid-murid supaya mereka mencontohi sikap guru
yang menghormati perbezaan budaya dan adat resam antara kaum. Responden
memberitahu bahawa hal ini dapat mengelakkan diskriminasi kaum dalam kalangan
murid yang berbilang kaum. Menurut responden, bagi merancang pengajaran, beliau
akan menyelitkan unsur-unsur etnik lain dalam isi kanduangan pengajaran dan
mengadakan pembelajaran koperatif. Melalui itu, murid-murid dapat berkongsi
pengetahuan dan pengalaman, saling membantu, berinteraksi serta mengenali budaya
secara tidak langsung.

Kepelbagaian sosiobudaya di dalam bilik darjah memerlukan guru mengambil


perhatian yang sesuai bagi membekalkan peluang yang adil bagi setiap murid untuk
pembelajaran yang berkesan. Menurut responden, antara isu yang harus diambil
perhatian dalam pengurusan bilik darjah sosiobudaya ialah guru perlu menggunakan
bahasa standard yang dapat difahami oleh semua murid dan mengelakkan penggunaan
perkataan yang sensitif. Guru perlu sedar bahawa kepelbagaian sosiobudaya
mempengaruhi gaya pembelajaran murid dan menyediakan pembelajaran yang
berkesan mengikut kemampuan murid. Hal ini memandangkan Kementerian Pendidikan
Malaysia berhasrat untuk ‘memastikan guru mengamalkan pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan murid dan memenuhi keperluan murid yang berbeza-beza’
(PPPM 2013-2025).

Rujukan

Noriati A. Rashid, et.al. (2017). Budaya Dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2002). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan
Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025.

You might also like