You are on page 1of 2

SITI NADIRA BINTI ABU SAMAH

PAI 2
D21121068

1) Bincangkan secara ringkas isu-isu ketidaksamaan daripada aspek bahasa, layanan

guru, gender dan kaum serta pencapaian akademik akibat kepelbagaian sosiobudaya.

Perkembangan sosiobudaya adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kewujudan

pelbagai bangsa, bahasa, struktur sosial, agama dan juga kepercayaan adat resam.

Kepelbagaian sosiobudaya telah menyebabkan timbulnya beberapa isu sejak sekian lama dari

aspek bahasa, layanan guru, gender dan kaum, serta pencapaian akademik. Dari aspek

bahasa, terbitnya isu ini apabila wujudnya murid yang berlatarbelakang kaum dan etnik yang

berbeza menyebabkan berlakunya pertembungan dialek bahasa yang digunakan dirumah

banyak memberi kesan kepada sesi pembelajaran dan pengajaran didalam bilik darjah.

Menurut kajian,sememangnya mata pelajaran Sejarah diajar menggunakan Bahasa Melayu

namun disebabkan terdapat kepelbagaian etnik di bilik darjah guru akan menyampaikannya

mengikut loghat yang difahami pelajar (Nurhijrah et al., 2019). Seterusnya, timbul isu

ketinggalan dalam pembelajaran sekiranya murid tidak dapat menguasai bahasa yang

sepatutnya dikuasai. Isu bahasa menjadi satu cabaran kepada guru yang mengajar di sekolah

kepelbagaian etnik (Abd Rashid Jamian, 2001).

Aspek seterusnya pula adalah layanan guru yang mencetuskan ketidaksamaan kerana

terdapat guru yang bersikap acuh tak acuh dalam memberi tindak balas kepada murid

mengikut tahap sosial murid berkenaan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,guru

perlu mahir dalam menangani perbezaan kelas sosial dengan memberi layanan samarata

kepada semua murid. Sebagai contoh, dalam sesi pembelajaran, apabila membentuk

kumpulan, guru perlu lebih peka agar tidak berlaku perwujudan kumpulan mengikut kelas

sosial atau etnik. Diskriminasi dapat dielakkan jika guru lebih memahami latar belakang
murid dan merancang pengajaran dan pembelajaran dengan sebaiknya dan adil. Gender dan

kaum juga merupakan faktor dalam isu ini, Gender dan kaum turut memberi kesan kepada

aktiviti pembelajaran Jika dikaitkan dengan jantina, isu yang timbul dari segi pendidikan

ialah isu-isu yang melibatkan unsur bias kepada jantina dan kaum atau dikatakan pilih kasih.

Sebagai contoh, guru meletakkan murid berdasarkan jantina dan kaum didalam kumpulan

didalam kelas namun, perkara ini perlu dielakkan kerana akan wujudnya jurang di antara

murid. Guru sememangnya harus mengelakkan dari melakukan perkara-perkara begini.

Mereka seharusnya diletakkan didalam satu kelompok yang sama supaya peluang untuk

berkomunikasi dan bertukar idea mengenai pembelajaran dan juga dapat mempelajari tentang

budaya kaum lain. Dengan cara ini, pemikiran murid lebih meluas.

Seterusnya, pencapaian akademik juga terkesan disebabkan oleh kepelbagaian

sosiobudaya ini. Ia memberi kesan terhadap tahap pencapaian murid samada cemerlang,

sederhana atau lemah. Ini adalah kerana, mereka kebiasaanya akan diasingkan mengikut

prsetasi mereka dalam pembelajaran. Hal ini juga adalah kerana faktor kesungguhan murid

tersebut yang berusaha untuk berjaya. jurang pendidikan juga wujud antara jenis sosio-

ekonomi dan tahap keupayaan murid. Dari sudut lokaliti sekolah juga mencetuskan jurang

yang juga akan memberikan impak terhadap pencapaian murid termasuklah penyediaan

kemudahan fizikal untuk murid belajar Sebagai contoh dikawasan pedalaman yang biasanya

menjadi tempat tinggal etnik asli, kekurangan kemudahan insfrastruktur, seperti kemudahan

elektrik dan juga ICT merupakan faktor yang menyumbang kepada isu ini.Justeru itu, semua

pihak haruslah memainkan peranan penting dalam meleraikan isu ketidaksamaan ini dan

mencari cara untuk menyelesaikannya. Ini adalah kerana usaha-usaha ini pada akhirnya akan

mencetuskan sistem pendidikan yang adil dan mempersiapkan Malaysia menjadi sebuah

negara yang lebih maju dengan adanya anak-anak muda sebagai aset negara yang

mementingkan pendidikan.

You might also like