You are on page 1of 1

MOBILITI SOSIAL

Mobiliti sosial suatu gerakan perpindahan dari satu kelas sosial ke kelas sosial lainnya atau gerak
pindah dari status yang satu ke status yang lainnya. Proses perubahan kedudukan sosio-ekonomi
seseorang dapat dilihat dikenali sebagai mobiliti sosial. Mobiliti sosial merujuk kepada pergerakan
sosial atau individu untuk meningkatkan taraf seseoarang dari aras bawah kepada satu tahap yang
lebih tinggi atau baik (pergeseran, peningkatan, ataupun penurunan ). Terdapat dua jenis mobiliti
sosial iaitu mobiliti antara generasi dan mobiliti dalam generasi.

Mobiliti sosial berlaku apabila individu yang tinggal dalam sesebuah komunii telah berubah atau
bergerak dari satu kedudukan kepada kedudukan lain. Perubahan ini boleh memberikan nilai
hierarki secara khusus dalam sesebuah komuniti. Sorotan literatur secara ringkas memperjelas
bahawa mobiliti sosial sebenarnya perubahan atau pergerakan yang dialami individu daripada
kedudukan yang dimiliki pada tingkat tertentu kepada kedudukan sama ada ke tahap lebih tinggi
atau rendah dalam sistem sosial. Mobiliti sosial juga boleh berlaku kerana sebab dan akibat
perubahan dalam struktur sosial yang terhail daripada pergerakan secara berkumpulan atau individu
( Aldridge 2001).

Mobiliti sosial boleh dinilai melalui dua peringkat iaitu sama ada secara inter-generasi dan intra-
generasi. Mobiliti inter-generasi ialah perubahan taraf sosial yang berlaku antara satu generasi
dengan generasi lain. Perkara yang sering dilihat dalam mobiliti inter-generasi pula ialah anak-anak
mendapat peluang tertentu berdasarkan kelas sosial atau kadar pendapatan ibu bapa mereka.
Manakala mobiliti intra-generasi pula ialah perubahan kedudukan soial berlaku dalam hayat hidup
seseorang individu. Perkara yang sering menjadi perhatian dalam mobiliti intra-generasi ialah had
kedudukan sosial seseorang individu atau perubahan kadar pendapatan di sepanjang hayat hidupnya
(Aldridge 2001).

You might also like