You are on page 1of 11

1

PENGENALAN

Nasionalisme merupakan satu fahaman yang memiliki gambaran makna yang luas dan kata
Nasionalisme ini juga boleh diberikan dengan kerangka tertentu dan bersesuaian dengan
perspektif yang dimiliki oleh sarjana-sarjana yang menghuraikan definisinya. Pendekatan yang
bervariasi juga boleh digunakan untuk memahaminya dan ianya berbeza mengikut aliran yang
wujud baik dari golongan primodialist ataupun modernist. Kata Nasionalisme ini juga
mewujudkan perselisihan antara sarjana untuk memberi takrifan terhadapnya sama ada kata
bersifat asli dan tradisi ataupun moden dan dibentuk. Nasionalisme ini juga boleh dianggap sebagai
sebuah ideologi politik, sentimen dan semangat mahupun sebagai sebuah proses pembentukan
sebuah negara moden. Penulisan ini akan menghuraikan kefahaman nasionalisme dalam kerangka
modernisme dari sarjana modernist, Ernest Gellner. Huraiannya akan merangkumkan titik tolak
perkembangan negara dan nasionalisme dalam peningkatan sejarah tamadun manusia dan
menerangkan bagaimana konsep ini semakin dikukuhkan dengan proses modenisasi yang
menerapkan budaya tinggi melalui pendidikan serta kajian kes di negara Jepun pada asalnya
sebagai negara feudal dan agararia menjadi negara moden dan kapitalis.

NASIONALISME & MODERNISME

Kebanyakan teori nasionalisme tertumpu kepada andaian bahawa nasionalisme adalah produk, dan
tidak boleh dipisahkan daripada kemodenan. Oleh itu, Ernest Gellner berhujah bahawa
masionalisme adalah secara langsung, atau tidak langsung, merupakan akibat perindustrian dengan
bahagian buruh bentuk baru (Acuff, 2010). Oleh itu, nasionalisme adalah warisan yang terhasil
daripada persilangan antara negara dan budaya dan kedua-dua ini diraikan pada kebangkitan
pemodenan (Gellner 2006: Conversi, 2007). Meric Hobsbawm, David Laitin, John Breuilly, Elie
Kedourie, Walker Connor dan Michael Hechter, sekadar menamakan beberapa sarjana, semua
melihat nasionalisme tertumpu kepada kebangkitan negara moden (Breuilly, 1994: Connor, 1994).

Ernest Gellner menambah lagi bahawa nasionalisme adalah merupakan satu proses yang
bergerak seiring dengan kemodenan yang turut melalui proses iaitu modenisasi. Bahkan
nasionalisme juga bagi beliau merupakan sebahagian elemen daripada poses modenisasi.
Nasionalisme yang menjadi sebahagian daripada proses modenisasi dibuktikan melalui
2

kapasitinya yang memobilisasi massa ke arah kemajuan sebagaimana juga faham kelompok
modernist yang lain. Keadaan yang wujud ini adalah bertitik tolak juga daripada Revolusi Industri
ketika urbanisasi dalam skala besar dan memaksa masyarakat pada ketika itu untuk membentuk
kesamaan identiti (Ernest Gellner, 1983). Gellner dalam tesisnya berpendapat bahawa
nasionalisme ini membawa peningkatan fasa masyarakat yang bersifat transisi dari masyarakat
petani kepada masyarakat industri dan pengekalan status masyarakat industri perlu dilakukan
melalui satu budaya yang sama, difahami dan dipraktikkan.

Proses ini juga memberi definisi bahawa nasionalisme merupakan budaya tinggi yang
dikenakan kepada masyarakat secara umum di mana sebelum ini budaya rendah telah menjadi
pegangan masyarakat majoriti. Prasyarat dan pengekalan nasionalisme ini adalah termasuk celik
huruf dan masyarakat bersungguh-sungguh ke arah pertumbuhan ekonomi dengan komitmennya
terhadap mobiliti sosial secara menegak dan mendatar. Dalam buku Nations and Nationalism
nasionalisme dilihat berbeza dengan kemodenan dan dalam sejarah yang diperihalkan bahawa
perkembangan kemajuan manusia ini telah mampu dikelaskan kepada tiga fasa utama iaitu pra-
agraria, era agraria dan juga era industri. Secara tidak langsung juga Nasionalisme ini memberi
penjelasan sesebuah perkembangan peradaban manusia selain daripada budaya rendah kepada
budaya tinggi, pra-agraria kepada ekonomi industri tetapi juga memperlihatkan perubahan
daripada masyarakat kolonial kepada masyarakat multi-ektnik serta masyarakat feudal dan sara
diri kepada masyarakat kapitalis.

Teori Nasionalisme yang digagaskan oleh Gellner juga diperlihatkan adalah sebagai
sebahagian daripada fungsionalisme ekonomi. Dalam karyanya Nations and Nationalism, So the
economy needs both the new type of central culture and the central state: the culture needs the
state; and the state probably needs the homogeneous cultural and state is something quite newm
and springs, inevitably, from the requirement of a modern economy. Hujah beliau dapat difahami
dalam beberapa focus iaitu i. Nasionalisme merupakan kesan daripada modensasi dan ii.
Nasionalisme memberi kebaikan kepada Negara sedang maju kerana pembahagian pengkhususan
tenaga buruh memerlukan budaya tinggi yang dikongsi dan ianya adalah dengan melalui sistem
pendidikan yang maju dan khusus.
3

MASYARAKAT PETANI & INDUSTRI

Pembentukan sesebuah masyarakat dan aktiviti asasnya memiliki pemeringkatannya yang


tersendiri dan memiliki hubungan secara langsung dengan negara dan nasionalisme. Gellner
membahagikan perkembangan yang lahir ini kepada tiga peringkat utama iaitu peringkat yang
diwakili dengan tamadun i. Pra-agraria, ii. Agrarian dan juga iii. Industri. Analisis beliau
mendapati bahawa perkembangan ini berlaku adalah bersifat transisi di mana masyarakat
berevolusi dari masyarakat tradisional kepada masyarakat moden setiap peringkat ini mewakili
tahap ketamadunan manusia yang berbeza-beza dan berlaku setahap demi setahap. Politik dan
negara tidak wujud pada awal perkembangan sejarah manusia dan ketika itu juga manusia masih
mengamalkan aktiviti memburu. Namun peningkatan ketamadunan manusia pada tahap kedua
telah mewujudkan bentuk masyarakat yang bervariasi dan ketika ini negara dan nasionalisme
mulai muncul walaupun kehadirannya tidak dapat disedari. Peringkat terkemudiannya menurut
Gellner, di mana kewujudan negara merupakan teras kepada masyarakat moden dan nasionalisme
memainkan peranannya secara signifikan menuju kepada aspirasi masyarakat moden yang
universal.

Gellner turut membezakan kewujudan negara dan nasionalisme di antara dua peringkat
iaitu agrarian yang turut dianggap sebagai masyarakat pra-moden dan juga industri yang
dikelaskan sebagai masyarakat moden. Masyarakat pra moden ini memiliki struktur negara yang
bertiangkan kepada kedudukan sosial berstrata. Wujud kelompk elit yang terdiri juga daripada
lapisan ketenteraan, birokrasi, golongan agamawan serta aristokratik. Mereka merupakan
kelompok kecil masyarakat dalam negara tetapi memegang kekuasaan pemerintahan, memiliki
latar belakang pendidikan serta memiliki budaya yang tersendiri. Kelompok ini sering
menggunakan kandungan budaya ini sebagai simbolik prestij mereka yang berbeza dengan
sebahgian kelompok masyarakat yang lain. Kelompok tersebut pula merujuk kepada masyarakat
yang menjadi golongan majority. Mereka ini menjalani aktiviti ekonomi yang berbentuk
pengeluaran asas tani. Mereka juga memiliki adat resam dan budaya tersendiri. Kedua-dua
kelompok ini berinteraksi juga adalah atas hubungan ekonomi dan berlaku dalam bentuk
komunikasi kontekstual. Kenggenan mereka untuk mebentuk satu entiti masyarakat yang
homogeny menjadikan nasionalisme hamper tidak mungkin wujud dalam peringkat peradaban ini.
Namun bentuk lain yang akan mengambil alih seperti imperialisme budaya seperti golongan
4

Brahmin dan golongan setara ini berpendapat bahawa budaya mereka perlu dikekalkan konsep
hubungan darah dan keturunan (Gellner, 1983).

Namun keadaan masyarakat moden pula berbeza sama sekali. Mereka ini memerlukan satu
budaya homogen yang mampu menyatukan kesemua ahli penduduk negeri masing-masing, kerana
dalam masyarakat ini, setiap orang adalah bebas bergerak, memiliki latar pendidikan serta
komunikasi bebas konteks serta setiap individu memiliki hak dan kuasa masing-masing:

In an age of universalised clerisy and Mamluk-dom, the relationship of culture


and polity changes radically. A high culture pervades the whole of society,
defines it, and needs to be sustained by the polity. That is the secret of
nationalism
(Gellner 1983, 18)

Idea utama dalam masyarakat moden adalah terdiri daripada pertumbuhan kognitif dan
ekonomi yang tidak berkesudahan, penemuan dan inovasi yang berterusan. Semua orang dan
aktiviti dalam masyarakat moden dianggap sebagai sama ataupun unit yang setara supaya mereka
kemudian boleh bersama-sama dalam masyarakat massa, atau bernegara. Masyarakat moden -
industri dengan sifat mereka yang dinamik, sentiasa berubah; cara pengeluaran terlalu bergantung
pada pembahagian tenaga kerja, di mana individu perlu memenuhi dan berkomunikasi dengan
orang-orang yang mereka tidak pernah kenal sebelum ini, dan mesti berupaya untuk bergerak dari
satu aktiviti yang sentiasa berubah kepada yang lain.

Masyarakat moden terdiri daripada tenaga buruh mahir dan kerjanya juga diseragamkan
secara ketata dan menjadi prasyarakat atas darjah keilmuan yang merupakan sebahagian daripada
setiap ahli. Hal ini memberi makna bahawa setiap ahli memiliki latar pendidikan kemahiran yang
sama diikuti dengan latihan khusus untuk dan ke atas tugas tersebut. Kemahiran generik secara
asasnya seperti membaca dan mengira yang memboleh setiap orang berpotensi menjadi pakai dan
tanpa pendidikan tersebut, mereka tiada peluang untuk dilatih (Gellner, 1973). Sistem pendidikna
moden ini adalah sangat besar dan sistem yang kompleks bersifat awam, diseragamkan, institusi
yang diselenggara dan dokumen pengiktirafan - yang institusi terhadap penerapan kemahiran,
teknik dan nilai kemodenan. Hanya sistem yang sedemikian mampu mendidik sebilangan besar
manusia untuk menjadi clerk dan golongan ini sahaja menurut Gellner mampu menjdi rakyat
yang berguna dalam masyarakat moden. Hal ini bermakna saiz dalam sistem pendidikan massa
5

awam menetapkan had lebih rendah yang skala negara. Ia juga bermakna bahawa pendidikan
massa sahaja boleh memberi kualiti kepada rakyat dengan maruah dan identiti:

Modern man is not loyal to a monarch or a land or a faith, whatever he may


say, but to a culture. (Gellner 1983, 36)

Saiz juga merupkan aspek politik yang penting. Peringkat moden sahaja yang
mempunyai kapasiti yang besar dan berkeupayaan untuk mengekal dan menyelenggara
sistem pendidikan awam yang diperlukan untuk mentrasformasi masyarakat ke arah
budaya tinggi yang tersemai dalam masyarakat industri. Sistem pendidikan awam
mengikat budaya dan negara secara bersama dan berbeza di waktu dahulu di mana
pautannya adalah sangat tipis dan longgar dan pada hari ini keterkaitannya adalah satu
perkara yang pasti dan inilah juga sebabnya zaman moden ini digelar sebagai zaman
nasionalisme1.

NASIONALISME & PENDIDIKAN AWAM

Teori Gellner berkaitan hal ini mencadangkan bahawa sistem pendidikan ini diberikan tugasan yan
mendasar untuk menyemai kesetiaan oleh rakyat terhadap negara dan menyekalkan budaya tinggi
yang menjadi keperluan bagi sesebuah masyarakat industri. Sistem yang universal bagi pendidikan
massa umum juga adalah berdasarkan kepada kurikulum terseragam terutamanya dalam subjek
kenegeraan seperti Kesusasteraan, Geografi, Sejarah dan Pendidikan Jasmani. Terdapat juga
sedikit keraguan di mana pemimpin negara baru (mahupun yang lama) telah mengambil peranan
sivik dalam pendidikan umum secara serius. Namun kebanyakan pemimpin nasionalist telah
memainkan peranannya dengan semangat yang jitu.

Sistem pendidikan umum dan nilainya adalah merupakan hasil pengeluaran dan bukannya
penyebab bagi gerakan nasionalist dahulunya yang kini telah memperoleh kuasa. Jika diimbau
kembali sejarah dan punca nasionalisme itu maka akan diketahui bahawa gerakan ini muncul

1
Gellner juga menambah walaupun pembangunan moden lain membawa perubahan Reformasi kepada kolonialisme
yang telah membantu penyebarannya, tetapi nasionlisme ini secara asasnya adalah hasil produk daripada organisasi
sosial yang bersifat industri. Secara tepatnya disebabkan oleh budaya homogen yang diterapkan sebagai keperluan
masyarakat tersebut dan dengan hasilnya setiap negara moden mestilah di abashkan dengan prinsip kebangsaan
(Gellner, 1983).
6

dalam populasi di wilayah tertentu adalah tatkala pendidikan awam masih lagi tidak bersifat
terseragam bahkan mereka ini adalah hasil dari pendidikan tradisional ataupun pendidikan kolonial
atau informal. Tambahan lagi, pejuang nasionalist juga mungkin terdedah dengan pendidikan
awam tetapi di negara yang lain hasil perantauan mereka ataupun melalui pembacaan dan media
massa. Sebahagiannya adalah melalui keinginan untuk menandingi sistem tersebut maka pejuang
nasionalist yang mula-mula memegang kuasai mulai memperkenal dan mengekalkan sistem
pendidikan awam mengikut acuan mereka dan menjadi releks dan luahan terhadap sistem nilai
kebangsaan mereka (Argle, 1976: A.D. Smith, 1983).

Negara liberal dan demokratik yang memiliki sistem pendidikan massa kebangsaan bukan
pula untuk meng-homogen-kan populasi mereka kepada penyatuan melalui nilai, simbol, mitos
dan sejarah yang dikongsi bersama, dan mencari untuk menampung atau menggabungkan elemen
ini dalam budaya awam yang luas dan mitologi kebangsaannya. Tuntutan yang mendesak daripada
etnik dan kelompok agama minority dan kebencian masyarakat liberal terhadap penindasan budaya
ini tidak membawa mereka kepada pengabaian kesetiaan negara ataupun pendidikan sivik.
Sebaliknya, usaha telah dilakukan dalam sistem pendidikan massa oleh masyarakat perindustrian
yang paling maju untuk memenuhi pelbagai budaya ethno-agama sama ada secara senyap atau
lebih secara terang-terangan melalui ideal bagi 'kepelbagaian budaya', menggunakan kepelbagaian
budaya yang terhasil bagi meningkatkan kualiti 'identiti kebangsaan' yang lebih komposit dan
terintegrasi2.

NEGARA JEPUN: PERKEMBANGAN BENTUK NEGARA MODEN

Permulaan Era Meiji dan permulaan jalan Jepun ke arah pemodenan bermula apabila maharaja
berusia 16 tahun, Mutsuhito dipilih sebagai pemerintah. Tempoh ini bermula dengan kejatuhan
Shogunate Tokugawa dan membawa kepada transformasi negara Jepun dari sebuah negara feudal
ke dalam negara perindustrian moden. Jepun muncul dari Era Meiji dengan satu negara dengan
sistem kerajaan berparlimen dan sebagai kuasa dunia melalui pengembangan tentera di luar negara.
Reijim Meiji pertama bermula sebagai satu pakatan antara Satsuma dan Choshu, kedua-dua

2
Masalah yang dihadapi untuk mengekal dan membangun identity nasional dalam masyarakat multibudaya telah
mendapat perhatian dan tumpuan daripada sarjana postmodernity yang membabitkan perbezaan budaya dalam
masyarakat demokrasi liberal barat.
7

kumpulan ini bertanggungjawab untuk menumbangkan pemerintahan Shogun Tokugawa, dengan


sokongan dari kumpulan Tosa dan Hizen dan juga. Satsuma dan Choshu menghadapi tugas yang
amat berat untuk mengenakan dan mengekalkan perpaduan negara. Dari Januari tahun 1868 hingga
Jun 1869, kerajaan baru Meiji telah terlibat dalam perang saudara antara Tokugawa yang berpecah
belah dan angkatan pembangkang. Angkatan Tokugawa akhirnya dikalahkan dan bekas Negara-
kota Edo telah dinamakan semula sebagai Tokyo dan ditetapkan sebagai negara-kota baru.
Kerajaan Meiji memberi kepastian kepada rakyat bahawa order baru ini bersifat adil dan saksama.
Maharaja telah mengisukan Chater Oath pada 6 April 1868 yang memberi janji untuk
menghapuskan adat resam feudal yang menindas. Pada awal pelaksanaan sumpah tersebut, rejim
pemerintahan kembali kepada struktur otoriatian namun perbezaan antara kelas sosial semakin
dipecahkan dan berubah ke arah pengenalan hak asasi manusia dan kebebasan beragama pada
tahun 1873.

Jepun memperkenalkan perlembagaannya yang pertama pada tahun 1889 beradasarkan


corak Eropah. Parlimen yang digelar sebagai Diet telah dibentuk semnetara mahasraja pula
dikenali sebagai Kepala Utama Kerajaan. Maharaja berkuasa ke atas tentera, tentera laut, eksekutif
dan legislative. Hakikatnya Genro memegang kekuasaan dalam erti kata sebenar untuk mentadbir
negara. Parti politik ketika ini masih lagi tidak memperoleh kuasa disebabkan kurangnya kesatuan
antara ahli parlimen. Dalam usaha menstabilkan negara baru, bekas pemerintah feudal (Daimyo)
perlu mengembalikan semula tanah kekuasaan masing-masing kepada maharaja pada 1870.
Pengembalian tanah kepada kerajaan pusat membolehkan kutipan cukai tanah lebih berkembang
dan membenarkan rakyat untuk memiliki tanah sendiri. Usaha ini mengarah kepada pensturturan
negara ke dalam bentuk wilayah yang masih dilaksanakan sehingga hari ini.

Kerajaan Meiji mereformasi sistem pendidikan setelah dilaksnakan oleh Perancis dan
Jerman di kemudiannya. Sepanjang langkah perubahan tersebut yang paling signifikan dan
berkekalan adalah pengenalan terhadap kewajipan terhadap sistem pendidikan. Setalah satu atau
dua abad proses pembaratan berlangsung, kebangkitan semangat konservatif dan nasionalisme
mula mengambil tempat: prinsip Confusionsme dan ajaran Shinto termasuk menyembah dul
maharaja semakin diterapkan dan didoktrinkan dalam institusi pendidikan (Margaret Mehl 1988,
104). Selain itu, para sarjana Jepun telah dihantar belajar ke luar negara untuk mempelajari bahasa
8

dan sains Barat untuk mentransformasi ekonominya daripada berasaskan agrarian kepada negara
indsustri maju.

Kerajaan juga melaburkan secara besar dalam sektor umum seperti pengangkutan keretapi
dan rangkaian komunikasi. .Ia juga terus menyokong industri yang menguntungkan, terutama
perniagaan milik keluarga yang kuat, yang dikenali sebagai Zaibatsu. Perbelanjaan besar menuju
ke arah perindustrian membawa kepada krisis kewangan di pertengahan tahun 1880 yang
mengakibatkan pembaharuan sistem mata wang dan perbankan. Era ini Jepun dalam sejarahnya
telah memperlihatkan modenisasi negara feudal kepada negara industri moden dengan betuk
kerajaan berparlimen dan muncul sebagai kuasa tentera (Michio Umegaki 1988, 73). Zaman Meiji
telah membawa perubahan drastic dalam politik, ekonomi dan sosial di Jepun yang menjadi
keranka dan asas kepada Jepun moden yang dikenali pada hari ini.

REFORMASI PENDIDKAN

Mark E. Lincicome menyatakan bahawa Gellner seringkali menghubungkaitkan kerajaan dan


budaya menerusi sistem pendidikan universal yang diurus tadbir oleh kerajaan.

Time was when education was a cottage industry, where men could be made by a
village or clan. That time has now gone, and gone forever Exo-socialization, the
production and reproduction a men outside the local intimate unit, is now the norm,
and mus be so. The imperative of exo-socialization is the main clue to why state
and culture must now be linked, whereas in the past their connection was thin,
fortuitous, varied, loosed, and often minimal, now it is unavoidable. That is what
nationalism is about, and why we live in age of nationalism (Gellner 1983, 38).

Gellner bukanlah seorang Japanologist, tetapi katanya menggambarkan keadaan semasa dalam
perbincangan santifik sosial terhadap Jepun moden yang mana perbincangan terhadap budaya dan
pendidikan seringkali dikerangkakan dengan kategori dominan dalam negara dan nasionalisme.
Strategi ini membawa kelebihan untuk mengukuhkan pautan antara budaya, pendidikan dan
politik. Namun kelemahannya pula hubungan itu cenderung untuk menghadkan intepretasi makna
terhadap budaya, pendidikan, politik, negara dan nasionalisme. Keterkaitannya mampu dihayati
melalui pendekatan pensejarahan naratif yang memperlihatkan kemodenan awal di Jepun di bawah
9

kekuasaan Tokugawa. Zaman ini menunjukkan kebangkitan perindustrian yang seiring dengan
pertumbuhan teknologi meransang tuntutan bahawa terhadap tenaga kerja yang berbakat (jinzai)
dan pembelajaran praktikal (jitsugaku). Tuntuan ini pula menghasilkan perkembangan terhadap
celik huruf dan penghakisan terhadap hubungan kelas sosial tradisional dan identity komuniti
tempatan.

Permulaan ini terus diikuti dalam komponon evolusinya sebagaimana yang dijelas oleh
Gellner transisi ke arah nasionalisme. Jepun dan negara yang lain juga menghasilkan kerajaan;
sebagai kekuasaan daripada politik dan negara melalui asas budaya yang wujud dalam negara
moden tersebut. Walau bagaimanapun, komponen ini adalah tidak dapat dielakkan, bagi
masyarakat industri mesti mengamalkan nasionalisme untuk terus melangsungkan peradabannya.
Kemudian, negara Jepun yang moden menuntut untuk monopoli dalam pendidikan dan menjadi
kewajipan untuk memenuhi permintaan industri yang semakin berkembang untuk tenaga kerja
mahir, tetapi untuk turut sama mereka bersosial sebagai ahli negeri yang disatukan melalui budaya
tunggal dan sejagat.

Japans new leader realized that a modern educational system was an essential
tool for transforming Japan from a weak, feudal state into a strong modern one.
This is not to suggest the Japanese ligarchs were motivated by democratic
principles, but rather to point out that their actions served democratic ends by
increasing literacy, expanding the number of people possessing at least a basic
education and opening up peoples minds to Western learning
(Edward Beauchamp 1989, 226-227)

Sementara penulis ini mengiktiraf perwatakan barat, beliau menyambung lagi bahawa,

From about 1880 a conservative reaction to the earlier liberal decade emerged,
and authoritariansm clearly became the dominant characteristic, of prewar
Japanese education. The educational system became hghly centralized,
unabashedly elitist, and strongly state-centered. Ideologically the system was
driven by Confucian principles, especially the version propounded by the followers
of Chu His and expressed most eloquently in the 1890 Imperial Rescript in
Education. This rescript emphasized the five relationships considered necessary by
Confucians for good society Chu Hiss thought was congenial to Japans
10

conservative leadership in that it emphasized the need for unswerving loyalty to the
state and ones superiors. The educational philosophy expressed in the Imperial
Rescript, and the required moral education courses, was [sic] hostile to
democratice education. It was expected that the individual submerge himself in
servie to the empreror as symbol of the state. (Ibid, 228)

Kita mampu melihat bahawa kuasa pemerintah lain gagal membangunkan negara-negara
mereka seolah-olah telah meletakkan banyak kepentingan mencapai perpaduan negara melalui
pendidikan. Kejayaan Jepun telah diperolehi tidak begitu banyak daripada modal kewangan atau
teknologi yang diimport, tetapi dari pengumpulan dan pembentukan kejayaan modal insan melalui
pendidikan yang massa (Latourette 1957, 48). Satu sistem baru pendidikan wajib telah
diperkenalkan pada tahun 1871, dan ia diletakkan penekanan kepada semangat ingin tahu saintifik.
Teks biasa digunakan ialah "Illustrated Course in Physics" yang ditulis oleh Fukuzawa Yukichi
dan telah diterima sebagai buku teks utama oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1872. Satu
program lengkap sekolah awam telah dijalankan secara beransur-ansur, bermula dengan sekolah
rendah kemudian terkemuka melalui "tengah" dan sekolah "tinggi", dan untuk beberapa universiti
kebangsaan. Usaha ditumpukan pada usahanya untuk menemui dan menggalakkan bakat (lelaki)
kerana pada ketika itu, hanya lelaki sahaja dibolehkan untuk menerim pendidikan.

Perintah Pendidikan 1872, menyatakan bahawa pendidikan tidak lagi harus dimonopoli
golongan atasan atau sememangnya hanya penduduk lelaki. Bekas pimpinan Meiji menetapkan
sedemikian sebagai matlamat literasi sejagat, dan membahagikan negara kepada daerah yang lebih
tinggi - sekolah dengan sokongan rangkaian sekolah-sekolah menengah dan rendah. Kadar celik
huruf daripada jumlah penduduk pada awal tempoh Meiji di suatu tempat di rantau ini sebanyak
40%, tetapi oleh akhir eranya, kadar celik huruf telah meningkat dua kali ganda kepada kira-kira
80% (Wylie 1999, 12). Perkembangan pendidikan di Jepun juga tidak terhenti setakat itu tetap
turut berkembang dengan keadaan semasa termasuk jugalah ketika era Perang Dunia ke-2 dan
tahun kemudiannya. Regulasi, peraturan dan dasar yang ditetapkan juga turut dipengaruhi dengan
proses pembaratan yang pernah berlaku tetapi masih mengekalkan adat resam dan nilai yang
dibawa oleh masyarakat Jepun moden yang didasari oleh ajaran falsafah daripada Confuciansm
dan juga agama Shinto sebagai simbol nasionalisme mereka.
11

KESIMPULAN

Pendidikan merupakan satu instrument yang sangat penting menurut Gellner kerana sistem
pendidikan merupakan alat strategik bagi proses homogenisasi masyarakat yang hetrogenus.
Keadaan masyarakat yang berbilang etnik dan berbeza ini semakin dihomogenkan kepada dua
keadaan iaitu aspek sosial di mana masyarakat memiliki kesatuan antara mereka. Manakala proses
nasionalisme pula telah menasionalisasikan kewarganegaraan masyarakat multi-etnik tersebut.
Kehomogenan dalam nasionalisasi tersebut juga memperlihatkan satu budaya dominasi menjadi
imej umum masyarakat.

Selain dari proses homogenisasi itu, pendidikan juga telah membawa paradigm baru
berkaitan dengan faham idea nasionalisme dalam sesebuah masyarakat. Masyarakat yang
mengamalkan budaya rendah (low culture) menghayati faham nasionalisme yang bersifat primitif
melalui budaya popular, kisah rakyat dan juga mitos bagi memupuk sentiment dan emosi. Namun
proses yang berlaku dalam sistem pendidikan akhirnya telah mengacu pemikiran yang objektif
berkaitan dengan nasionalisme yang membolehkan mereka mengenal pasti sempadan antara
mereka dengan masyarakat lain serta persamaan antara mereka dalam menjalani sistem yang sama.

Natijah yang ditunjukkan kepada masyarakat dunia pada hari ini apabila Jepun benar-benar
berjaya membawa negaranya dengan pelbagai perubahan bermula dari sistem politik dan
negaranya yang menjadi moden termasuklah aktiviti ekonomi agrarian kepada ekonomi industri
serta perbezaan strate dan kelas sosial telah dihapuskan. Akhirnya semangat nasionalisme telah
berjaya diresapkan keseluruhan masyarakat tersebut di bawah satu sistem pendidikan umum tanpa
mengenal perbezaan kelas dan menjadikan mereka terkenal sebagai bangsa Jepun.

You might also like